Saturday, June 20, 2009

DRAW SOMETHING FOR VIIV

Sebuah karya yang saya hasilkan untuk menyokong kempen di facebook.com, 'DRAW SOMETHING FOR VIIV'. Kempen ni bagi memperingati protes besar-besaran transformasi komunisme pada tahun 1989 yang berlangsung selama ±7 minggu bermula 14hb. April - 4hb. Jun. Ia menyaksikan pakatan reformasi ±sejuta rakyat (terutamanya pelajar² universiti) di Republikan China yang menyokong arus perubahan yang cuba dibawa oleh mendiang Hu Yaobang dalam pemerintahan komunisme. Reformasi ini telah menyaksikan pertumpahan darah antara rakyat & tentera kerajaan China yang dipanggil 'JUNE FOURTH MASSACRE/六四屠殺.

Sebagai anak kelahiran Bukit Kepong yang dibesarkan dengan kisah² komunis di kampung oleh warga² veteran, saya melihat insiden ini sebagai satu peringkat sejarah politik yang perlu diingati. Ia mengingatkan saya bahawa perjuangan ini tidak berkaitan dengan soal bangsa, agama mahupun negara tetapi lebih kepada hak asasi manusia. Setiap fahaman politik tidak kira demokrasi, komunisme, liberisme, kapitalis & sebagainya jika tidak diselaraskan dengan keperluan hak asasi manusia yang seragam, ia akan membawa kepada reformasi perubahan secara paksa oleh rakyat.

ARTWORK TERBARU (PENTAS REALITI) Vol. 06

Masih belum diwarnakan dengan graytone sepenuhnya. Masih tercari-cari identiti yang sesuai. Bila novel dah terbit barulah korang boleh lihat identiti pewarnaan finalé! ^_^

ARTWORK TERBARU (PENTAS REALITI) Vol. 05

Ni merupakan artwork pertama yang dihasilkan diantara ±30 artworks untuk projek ni & yang pertama di-xposé-kan untuk tatapan semua. ^_^

ARTWORK TERBARU (PENTAS REALITI) Vol. 02

Dalam tempoh 5 jam dapat siap warnakan 2 artworks! ^_^

Before toning


After toning

Tuesday, June 16, 2009

ARTWORK TERBARU (PENTAS REALITI) Vol. 01

Ni baru gimik jer. Belum complete! ^_^

Before toning

After toning

Thursday, June 11, 2009

KARYA SEBAGAI HIASAN KAD BUNGA TELUR

To my friend Nazim, congratulation on your wedding! I'm proud of you & thanx a lot for making me proud for having my artworks on your gift's card. May God bless your marriage forever! ^_^






Tuesday, June 2, 2009

EKSKLUSIF UNTUK PERKAHWINAN SEORANG RAKAN....

Bukan senang untuk dia mendirikan rumahtangga. Tapi dia sanggup menyahut cabaran itu biarpun resah getir yang bakal dihadapi selepas itu. Namun setiap perkahwinan ada susah senangnya, seperti juga kehidupan kita ketika solo. Tapi takper... Ayour buatkan 10 artwork berikut untuk tatapan 600 jemputan²-nya.