Sunday, November 1, 2009

SAYA SELEPAS 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI'

Memandangkan saya dah lama tak melukis komik untuk disiarkan dalam majalah GEMPAK™ @ UTOPIA™, maka selepas selesai menyiapkan novel ringan 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI', saya dah meletakkan azam untuk meyudahkan segala stok komik yang ada. Sekarang saya sudah lebih yakin untuk hasilkan toning & warna sendiri, jadi memudahkan lagi proses penerbitan di GEMPAK STARZ™, insya-Allah. Yang penting saya perlu disiplinkan diri betul² sebab dalam waktu yang sama saya gak sedang menyiapkan 2 lagi novel ringan; 'JANGAN TUTUP LAMPUOOOO: JUMAAT 13' & 'THE FISHES' serta 4 novel ringan yang menanti untuk disunting oleh saya, antaranya 'UNDER 18'.

Ni merupakan komik comeback saya untuk majalah keluaran GEMPAK STARZ™, sebanyak 12 m/s & diinspirasikan daripada lagu all-time favourite saya, 'Tong Hua' oleh Michael Wong.

3 comments: