"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Friday, June 24, 2011

NILAI DIRI DALAM SETAHUN

Genap setahun tetapi rasa bagaikan 10 tahun, itulah yang saya harapkan selepas meletak jawatan utama di sidang editorial Gempak Starz™ pada 14hb. April 2010 & berakhir 14hb. Jun 2010. 

Bermula Jun 2000, 10 tahun berusaha dalam Industri Komik Malaysia, saya telah diangkat ke satu level yang cukup tinggi selain menjadi antara yang terbaik di Gempak Starz™.

Namun dalam tempoh 10 tahun itu juga, segalanya saya kompaskan dengan akal & kotakan dengan hati—setiap peluang yang diberi walaupun berat hati saya untuk menerimanya, tetap dipikul kerana akal saya membolehkan ia mampu. Setiap konflik yang datang melanda sepanjang bergelar 'somebody' di dalam industri, saya tangani dengan akal walau hati merintih minta dibebaskan. Namun siapa yang tahu itu semua, kerana mereka saya bahagiakan dengan senyuman & keriangan saya selalu. Kalau saya marah kerana tugas, saya tersenyum juga kerana tugas malah diam juga kerana tugas.

Akhirnya bila saya membuat keputusan berkompaskan hati & dikotakan dengan akal untuk meletak jawatan, ada yang menyindir bahawa saya mementingkan diri sendiri & ada pula yang bertanggapan saya terlebih emosional selepas arwah ibu saya meninggal. Apapun bila keputusan saya sudah berkompaskan hati, ia tetap hak saya & lantaklah apa orang hendak kata.

Akal saya sudah tidak kuasa untuk serabut fikir apa orang lain kata, yang penting FAKHRUL ANOUR ABDULLAH adalah salah satu nama yang bukan asing di dalam Industri Komik Malaysia. Impian saya semenjak kecil untuk menjadi sebahagian daripada keluarga penggiat industri tersebut sudah tercapai, bukan sekadar bakat melukis komik saya dihargai malah suara saya juga turut didengari, secara profesional. Apalagi yang boleh saya katakan kecuali bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sedaif-daif insan seperti saya tetap Dia peduli, asalkan kita manusia tahu menghargai.

Tidak dinafikan sepanjang bergiat dalam industri, secara peribadi saya banyak berkawan dengan orang yang suka melemparkan kata-kata gurauan yang kasar memperli. Manakala secara profesional, saya berkenalan dengan ramai orang yang suka memberi kata-kata membina diri. Kedua-duanya telah memberi keseimbangan yang baik buat keperibadian diri sepanjang tempoh saya berkhidmat dalam industri. 


Baiklah, 10 tahun dalam industri sudah menjadi sejarah buat saya & bermula Jun 2010, saya ingin merasai satu kebebasan yang pasti dengan menjadi The Unconditional (Si Tanpa Syarat). Jika 10 tahun saya memegang prinsip buat industri, usai itu saya mulai memegang prinsip untuk diri saya sendiri. Saya beri tempoh setahun untuk menjadi The Unconditional & kini tempoh itu hampir luput. Kini saya dalam keterujaan untuk kembali seperti 10 tahun sudah di dalam industri, insya-Allah, lebih baik semestinya.  

Kesimpulannya, setahun yang baru pergi saya gunakan sebaiknya demi muhasabah diri. Ia tidak memerlukan kemewahan, kesenangan mahupun keselesaan, kerana untuk muhasabah diri, kita perlu merasai yang payah, yang getir & mesti dengan usaha sendiri!
Setahun sudah beransur pergi, yang buruk sudahku tepis ke tepi, yang baik akan kekal dihargai, yang setia menanti akan mulaiku hampiri & yang pasti... aku tetap di sini untuk segalanya berulang kembali.
Setahun itu banyak saya rancangkan, ada yang jadi & ada yang tidak, malah ada rancangan yang masih boleh menjadi. Dalam setahun itu juga banyak takdir telah berlaku yang mengubah rancangan-rancangan tersebut hingga kesudahannya... saya di sini menulis pengakuan ini.


Jika dipandang ke belakang, baru setahun rupanya. Dalam setahun itu sudah banyak juga komik yang saya buat berbanding sepanjang bergelar editor dahulu. Malah sudah banyak idea, pesanan & juga perkongsian kreatif telah saya juadahkan di laman Facebook, Wordpress serta blog ini. Kalaulah esok saya mati, tidak menyesal kerana saya masih menyumbangkan kreativiti (menulis & melukis) dalam setahun ini, terima kasih internet.

"Tapi masalahnya apa yang kau buat setahun ni takder hasil pun. Tak buat duit banyak mana pun!" Ada teman menyuarakan. Saya tidak perlu menjawab kerana dihitung setahun itu hingga ke hari ini, saya masih cukup makan, selesa tempat tidur & masih ada tawaran kerja untuk saya sudahkan, mungkin juga untuk saya abaikan. Juga mungkinkah dia tidak terfikir, apa yang telah saya lakukan sepanjang setahun ini mengekalkan prestasi saya dalam industri? Yang penting, saya masih di sini.

Lagipun teman yang bersuara itu, apalah sangat duit dalam poket kalau setiap kali gaji habis tengah bulan, hujung bulan ternganga namun masih belum ada harta untuk diwarisi sesiapa. Setakat berkepuk duit dalam poket untuk bermewah, menambahkan kalori & bermandikan barangan berjenama, trust me... I've did better to bare the worse!

Pernahkah kita mampu tersenyum bila sesen pun tiada dalam poket? Masih tersenyum menyelesaikan hutang? Saya yakin ramai golongan sederhana di kota yang akan murung. Berbanding saya, insya-Allah sudah terlatih untuk tidak malu berjalan kaki 10 KM balik rumah sendirian, sebab duit kehabisan di poket atau berperah otak untuk melangsaikan bil-bil bulanan? Trust me, I'm more durable than meet the eyes.


Dalam setahun ini juga saya seperti makhluk berperasaan yang lain, sedang merasa pancaroba bercinta yang benar-benar sakit tetapi sangat memberangsangkan jiwa hingga membuatkan saya insaf.
Bila cuba menafikannya, semangatku bagai ditarik pergi. Tetapi bila mengakuinya, semangatku berkobar-kobar menggila! 
Namun kalau hendak dihitung perasaan & cinta ini, sampai bilapun tidak akan pergi. Kerana saya sudah berjanji selepas ini, hidup saya mahu berkompaskan hati & dikotakan akal. Maka apa pun keputusan; siapa pun dia, si kecil atau si tua, binatang atau manusia, adam atau hawa, kalau itulah pembakar semangat hidup saya yang Allah kurniakan di hati ini, saya terima seadanya sesuai dengan sifatnya.
Setiap yang pergi pasti akan kembali, setiap yang hilang pasti akan berganti... yang patah pula pasti akan tumbuh lagi!
Oh ya! Tidak lupa ingin saya ingatkan, banyak juga buku telah saya baca dalam setahun ini & menjadikan diri saya lebih berpengalaman—duit boleh dicari, tetapi hati & perasaan kita... wallahualam. 

Justeru kepada yang membaca ini, nasihat saya janganlah abaikan hati anda, kerana itulah kompas kita sebenarnya & jangan takut mengakui kehendaknya. Jika tidak, akal akan kehilangan arah membuat keputusan bagi memberi kita kebahagiaan yang sejati. Jauh atau dekat pun kita, dengar kata hati & seimbangkan dengan akal. 

Bila akal jadi kompas, pastikan hati jadi nakhodanya... 
ketika ini kebahagiaan sendiri terpaksa diabaikan dengan menumpang kebahagiaan orang lain.

Bila hati jadi kompas, pastikan akal jadi nakhodanya...
ketika ini kebahagiaan sendiri tidak diabaikan malah menumpangkan kebahagiaan orang lain.

Akhir kata, hidup ini terlampau singkat untuk kita melupakan yang asas tentang diri kita secara emosional mahupun profesional. Semua orang boleh mengejar kekayaan, namun tidak semua kekayaan itu bererti kejayaan. Erti sebenar kejayaan bukanlah dinilai pada wang ringgit, tetapi pencapaian. Dengan pencapaian itulah akan datangnya kekayaan & ia berlaku bagaikan magnet; tolaklah semahunya, tertolak yang satu pasti ada yang lain datang melekat hingga kita benar-benar menolak rezeki... bila itu semua hak Allah s.w.t. 

Wasalam... ^_^

Tuesday, June 21, 2011

DA VINCI SAID... SAYA LUKIS!

"It's easier to resist at the beginning than at the end."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 01: Bergantung kepada keselesaan saya untuk bermula melukis sebuah potret, ia bergantung kepada perasaan saya kepada karakter yang bakal saya lukis. Jika saya ingin merasa lebih mesra, saya akan bermula dengan melukis matanya...
"Human subtlety will never devise an invention more beautiful, more simple or more direct than does nature because in her inventions nothing is lacking, and nothing is superfluous."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 02: Bermula daripada mata, keseimbangan saya untuk melukis satu wajah pun bermula. Tetapi untuk memulakan sesuatu lukisan potret wajah ilusi, jika bermula dengan mata, saya belum lagi boleh membayangkan bagaimana rupa sebenarnya sesudah siap.
"I have been impressed with the urgency of doing. Knowing is not enough; we must apply. Being willing is not enough; we must do."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 03: Kini saya sudah boleh membayangkan struktur wajahnya dengan lebih teliti melalui penghasilan tona warna bagi menaikkan tulang-tulang wajah untuk diserasikan dengan gaya rambut.
"As every divided kingdom falls, so every mind divided between many studies confounds and saps itself."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 04: Seterusnya saya memperbanyakkan lagi pembayang agar struktur wajah nampak lebih jelas serta berdimensi. Dengan cara ini saya akan rasa lebih mesra dengan karakter lukisan saya supaya perjalanan melakar berikutnya jadi lebih dekat di hati.
"Iron rusts from disuse; water loses its purity from stagnation... even so does inaction sap the vigor of the mind."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 05: Apabila saya gunakan warna coklat sebagai warna asas, maka warna-warna seterusnya akan tetap menggunakan tona warna dalam rona yang sama; coklat. Untuk memilih jenis rona warna, itu bergantung pada kedudukannya dalam pewarnaan & ia harus ditetapkan melalui penilaian logik kita sebagai pelukis.
"Common Sense is that which judges the things given to it by other senses."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 06: Walau dimanapun kita letak seni mewarna kita, sentiasa beringat untuk menggunakan warna dengan keseimbangan yang logik. Adakalanya kita mudah terbawa-bawa dalam mempamerkan bakat hingga lukisan yang dihasilkan lebih tampak keegoaan, berbanding kepuasan memandang sebuah seni halus untuk disyukuri.
"He who loves practice without theory is like the sailor who boards ship without a rudder and compass and never knows where he may cast."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 07: Sebagai seorang pelukis, ada waktunya melukis sesuatu bahagian itu agak membosankan. Maka apabila saya rasa sudah terlalu tipikal dalam membentuk rambutnya, maka saya akan beralih arah pula untuk menceriakan matanya. Disaat ini saya perlu lebih berhati-hati kerana sinar matanya yang sebenar akan mulai terserlah. Tersalah bentuk, saya bakal terkecewa!
"Life is pretty simple: You do some stuff. Most fails. Some works. You do more of what works. If it works big, others quickly copy it. Then you do something else. The trick is the doing something else."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 08: Seperti kata Leonardo da Vinci, untuk memulakan sesuatu memang mudah & mudah juga untuk mengabaikan sesuatu yang baru sahaja bermula. Tetapi apabila kita sudah berada di pertengahan sesuatu, amat sukar untuk mengabaikannya. Begitulah juga apabila saya ingin menyudahkan potret ini, saya hampir gagal membayangkan ekspresi matanya yang sebenar hingga saya memberi sedikit impak keunikan.
"It had long since come to my attention that people of accomplishment rarely sat back and let things happen to them. They went out and happened to things."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 09: Saya rasa sudah selamat bila sampai ke tahap ini & berjaya serasikan bentuk kening dengan mata serta wajahnya. Akhirnya sebuah lagi lukisan yang tidak akan menjadi mangsa keronyokan saya.
"I love those who can smile in trouble, who can gather strength from distress, and grow brave by reflection. 'Tis the business of little minds to shrink, but they whose heart is firm, and whose conscience approves their conduct, will pursue their principles unto death."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 10: Sebagai melengkapi satu wajah agar tampak lebih hidup, maka saya telah menggunakan Poppy Red, satu-satunya warna yang terkeluar dari famili warna coklat tetapi sangat berbaloi buat saya—satu kelainan untuk sebuah kelebihan.
"Art is never finished, only abandoned."
— Leonardo da Vinci

Medium: Berol Prismacolor

Thursday, June 16, 2011

GERHANA BULAN DI HATI KITA

Sayang...
Aku tahu kini kau terperangkap
Antara ingin mengerti atau pergi
Antara ingin menyakini atau benci
Antara ingin memahami untuk pasti
bahawa kita memang saling mencintai...

Sayang...
Jarang sekali kita bicara bersemuka
Apatah lagi berhubung suara ke suara
Mungkin kerana permulaan kita berbeza
Bercanggah cara untuk menyatakan
Bahawa kita saling cinta dan saksama...

Sayang...
Maafkanku kerana sedetik aku terlupa
Banyak benar persamaan kita aku curiga
Kerna terlalu lama kita berdiam rasa
Konon tidak mahu aku perasannya ada
Membohongi diri sendiri tidak menyakini
Bahawa kita berdua memang jodohnya cinta...

Sayang...
Tinggi semangatku kembali mencinta
Biarpun kini payah untuk aku mengerti
Jikalah kau ada rasa kembali ke sisi
Tidak aku mengharap untuk mengenalpasti
Bahawa kau masih cintakan aku seutuhnya diri...

Sayang...
Di gerhana bulan aku terkenangkanmu
Mengerti betapa gerhananya dirimu merinduiku
Ampunkanlah diriku memberi gerhana seketika
Percayalah bila selepas hilangnya gerhana
Bahawa akulah cintamu selamanya... 

Gerhana bulan bila bumi kita selari dengan matahari
Gerhana jiwa bila hati kita selari saling mencintai

Inilah bicara purnamaku yang mencintaimu. 

Sunday, June 12, 2011

INSIDIOUS


When it comes to spiritual world, the hardest part is when to make believe until you've seen it with your own eyes. Feels don't make you believe, feels make you think to gain faith.

Why there are people who have NO FEAR? I'm not talking about those who have NO FEAR to do the extreme workout, but I'm referring to those who have NO FEAR to be left alone; in the dark, in the wild or even in the extreme. These people never encounter with the underworld when they are awake, but when asleep, yes they do, but not often. Though they dream of ghosts during their sleep, they don't consider such dreams as nightmares because they end up a hero when awake. How is that?! Because they won over the ghosts!

Why are these people will have nightmares once a while during sleep, but they will wake up smiling & not bother by it?! It is because they haunted FEAR! So what are these people exactly?

The insidious...

NOTE: Inspired by 'INSIDIOUS' (2011 film)

Tuesday, June 7, 2011

ON STRANGER TIDES


O... Pirate O... Pirate
Life's a pirate everywhere you migrate
Once a dirk forever you're a jerk
Silly old fool for the young on tool
What silly love do when his heart's a voodoo

O... Pirate O... Pirate
Dumb old pirate makes everybody tire
Slump them on dire as their ride is on fire
Pretty young liars is what you fools desire
Back on supplier for the things you admire


O... Pirate O... Pirate
Leave the ocean as a pacifier
Depart yourself from being a lover
Nothing you can do but being a loser
Suck on every rubber just like a toddler


O... Pirate O... Pirate
Not for you my pirate of the Caribbean
On stranger tides you saw a chameleon
Trades the world at worth more than a million
For my love to you surpass the cost of a billion
I'll be down the shore to greet you at the pavilion


On the 5th of June I went to see the remarkable gallery at Mid Valley, then on 6th of June I went to watch the movie at Pavilion. I must say as what Jack Sparrow said in the movie "... it's all about the Journey." & that's how I rated the movie. Indeed, the movie is all about taking a ride into a journey of Jack Sparrow to find the Fountain of Youth. They promised Jack Sparrow will be in every scene, they did, based on a novel by Tim Powers with the same titled 'On Stranger Tides', they did. Seriously... I enjoyed the journey & can't wait to see more of Jack Sparrow, the twisted lover with Johnny Depp, the great actor play on the role! 

Friday, June 3, 2011

Thursday, June 2, 2011

HATI YANG TERTINGGAL (03/03)

Usah pergi kerana hati ini tidak akan pernah mahu pergi.
Usah nafikan lagi bila rindumu membuatkan airmataku menitis.
Usah khuatir juga jika tujuanmu hanya untuk bertanya isihati.

Jelas aku tetap berada dimana aku sentiasa berada.
Jelas sejauh manapun rasanya tetap dekat selalu kita.
Jelas yang sering berbangkit dirasa kita adalah cinta...