"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Sunday, July 11, 2010

VAMP PROJECT: Synopsis (in Malay)


“Sayang sekali aku tidak dapat menggambarkan perasaanku kini terhadapmu. Adakah kau rasa apa yang aku rasa, Vamp?”

Vamp hanya mampu tersenyum dengan pertanyaan Sadid. Belum pasti dia yang hidup tanpa mati mampu memberi jawapan kepada persoalan tersebut, apatah lagi daripada seorang makhluk berjiwa dipanggil manusia.

“Sad… setiap makhluk ciptaan Ilahi, memang ada hati. Namun diriku sukar menggambarkan layakkah aku memiliki hati sepertimu. Haruskah aku percaya perasaanku sedangkan kau tahu siapa aku?”

Sadid senyap. Matanya jauh melihat ke dalam mata Vamp. Biarpun anak mata itu merah mengerikan, namun apa yang terdalam di benak hatinya tidak langsung mengerikan. Vamp memang mencintainya.

"Vamp… aku keliru.” Sadid mengadu pilu.

"Sad… aku juga keliru.” Balas Vamp hampa.

Mereka saling berpandangan namun masing-masing kaku untuk saling bersambut mesra. Jelas ia situasi yang kekok. Yang terpaku hanyalah tubuh, namun hati berbisik cinta yang kukuh.

"Vamp…" Sadid meleraikan kesunyian.

“Sad, tolonglah!”

Pantas Vamp memintas ayat Sadid. Seolah tahu apa pun alasan seterusnya, kesulitan ini akan tetap terus tergumpal.

Vamp bingkas bangun. Sadid tergamam dan berharap Vamp akan terus menemaninya di taman itu. Malam semakin larut dan cahaya purnama semakin sayu kemerahan.

“Vamp… tolong jangan pergi lagi?” Sadid memohon.

“Sad, pandang aku betul-betul. Lihat fizikal ini, sama seperti kau. Kemudian kau cuba bayangkan kekasihmu, Serti. Dia perempuan, dia lebih layak untuk kau, Sad!” Ujar Vamp kecewa.

“Aku tahu! Tetapi ini perasaan kita, Vamp!” Sadid menegaskan.

“Perasaan! Perasaan! Itu saja yang kita mampukah, Sad?! Sudah tujuh purnama dan itu sahaja yang kita mampu katakan, Sad?! PERASAAN?!!!” Vamp menghamburkan kekecewaannya.

Airmata sudah jatuh berkali-kali. Namun perasaan itu terus kuat tidak mahu pergi. Vamp mampu terus tabah memikul beban perasaan ini kerana dia sejak azali ditakdirkan memikul beban kecewa tanpa sudah. Namun Sadid, insan yang dicintainya, haruskah dia turut memikul beban yang sama? Mampukah dia? Sadid hanya seorang manusia, kelemahannya adalah kekuatan buat puaka darah seperti Vamp.

“Perasaan itu satu anugerah, Vamp.” Ujar Sadid lemah sambil wajah tertunduk melihat ke tanah, unsur kejadiannya sebagai manusia.

Airmata Sadid jatuh menitis satu persatu. Jiwanya terasa amat berat. Berkali dia meraung kepada Ilahi supaya melepaskan perasaan itu pergi jauh. Sudah acapkali jua dia cuba memindahkan kuatnya perasaan cinta itu kepada Serti. Namun cintanya kepada Serti tidak sekuat cintanya kepada Vamp… hukuman apakah ini?

“Sad… aku boleh mengubah kau menjadi mangsaku, namun kerana cinta ini aku tidak sanggup menggadaikanmu demi kepentingan peribadiku. Jika pun kau rela, belum pasti kau bersedia untuk hidup tanpa mati bersamaku.”

“Vamp… bukankah itu namanya pengorbanan jika aku sanggup menjadi sepertimu?”

“Sad… aku jiwa yang kosong, mungkin kerana itu cintamu mudah mengisi ruang hatiku. Namun kau jiwa yang penuh, kerana itu cinta Serti juga ada di hatimu.”

“Vamp…”

Sadid cuba merayu lagi namun pantas dipintas Vamp.

“Sad, kita masih ada lagi tempoh untuk bersama. Tugas kita belum selesai. Selagi kita bersama untuk selesaikan tugas ini, elok kita gunakan sebaiknya bagi menikmati saat-saat itu dengan perasaan ini. Asalkan Serti tidak perlu tahu…”

“Maksud kau?” Sadid keliru.

Vamp tersenyum, senyuman yang terus membuat Sadid senang kembali.

“Cinta tidak semestinya memiliki dan ia tidak semestinya melibatkan seksual. Aku dan kau, kita saling mencintai dan saat bersama adalah waktu yang paling kita perlu hargai. Aku yakin tugas ini tidak akan usai untuk sepurnama lagi… kita masih banyak waktu untuk terus bahagia dengan cinta ini.”

Sadid terkesima seketika dengan kata-kata Vamp itu. Jelas ia melegakan hatinya. Perlahan dia mengusap airmata di pipi Vamp dan melemparkan senyuman penuh kasih. Wajah anggun Vamp langsung tidak melalaikan nafsunya melihat puaka darah itu sebagai lelaki. Batas perlu dijaga dan Vamp adalah cintanya yang perlu dijaga.

“Vamp, kau mungkin yang dicurigai namun kau juga yang sangat aku cintai. Kata-katamu sungguh bererti dan itu yang akan aku turuti.” Setuju Sadid dengan senyuman pasti.

“… dan Serti tidak perlu tahu.” Vamp dengan mesra menegaskan.

“… dan Serti tidak perlu tahu.” Sadid mengulang mesra mempersetujui.

Sesungguhnya jika Serti tahu, perempuan puaka jadian itu akan mampu menelan jasad makhluk seperti Vamp untuk kekal tanpa jisim jitu selamanya. Sadid hanya perlu berwaspada ia tidak akan berlaku selama Vamp di sisinya…

5 comments:

Fatin Aliyya said...

nice..bila nk terbitkn new komik?

Lukisan Separuh said...

love the storyline.

suka lukisan ayour juga.
warna tu pakai marker ke atau pencil color? suka dark shadow pada lipatan baju! sungguh solid.

nama karakter ayour sangat ringkas dan mudah diingati. namanya juga unik dan mempunyai sifat nya tersendiri. sememangnya ayour mempunyai bakat menulis dan melukis.

teruskan usaha dan semoga berjaya!

Fakhrul Anour said...

Fatin: Sedang dalam proses la ni. Sejak freelance sebulan lalu, masih merancang a few plan in schedule. Ni salah 1 daripadanyalah. Tapi yg ni maybe not for Malaysia release lah. Selain masih tgh sibuk siapkan novel ringan 'The Fishes' & 'Jangan Tutup Lampuooo: Jumaat 13'. ^_^

Angah: Alhamdulillah... trimas! Semoga bakat ni terus diberkati-Nya, insya-Allah.

Anonymous said...

lukisan yg cantik dan nakpak moden - klau jadi novel untok sekolah mungkin tak boring

Fakhrul Anour said...

Anonymous: Ntuk sekolah? Insya-Allah kalau ada rezeki & waktu. Tapi bukan cerita inilah. ^_^