"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]
Showing posts with label CHARACTER CONCEPT ARTS. Show all posts
Showing posts with label CHARACTER CONCEPT ARTS. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

KOMIK USTAZ DON: BIO 01

Tak dinafikan saya ni memang salah seorang peminat Ustaz Don dan suka tonton rancangan beliau di TV Al-Hijrah. Tetapi tak pernah lak terfikir bahawa saya akan diberi peluang untuk melukis komik yang terhasil dari ilham beliau sendiri! Walaupun saya ni maklum bukanlah pilihan pertama, tetapi syukur alhamdulillah diberi peluang juga akhirnya. Jadi akan cubalah melakukan yang terbaik, insha-Allah.

#Berusaha! ^_^

 

Tanggal 12hb. Januari 2015 adalah hari saya dan rakan artis komik lain (Rani Ahmad/Wukong, Mohd. Ilham/Boy & Hana Shanani/Nani) dipanggil mengadap Ustaz Don bagi membincangkan projek komik beliau di pejabat Kuiscell. Saya dan yang lain dah siap-siap membawa contoh kerja masing-masing. Ustaz Don belek gak kerja-kerja kami tapi beliau lebih efisyen, dah research 'target' lebih awal. Tanpa banyak usul-periksa masing-masing dah punya tanggung-jawab yang perlu digalas. 

lakaran watak utama dibuat dahulu untuk cadangkan teknik outline & toning.
Lakaran asal karakter sidekicks; Qab & Zik sebelum diubah-suai...
Sidekicks berwajah baru... Qab & Zik selepas diubah-suai. ^_^
Saya punya tanggung-jawab ialah merealisasikan ilham Ustaz Don tentang konflik bioteknologi di tahun 2050. Jalan cerita semua dah ada, yang saya perlu buat ialah realisasikannya kepada sebuah karya komik. Jadi pada mesyuarat kali ke-2 (seminggu kemudian), kami meletakkan kata putus bahawa saya dipertanggung-jawabkan melukis 130 mukasurat untuk episod pertama dari tiga episod yang dipersetujui.


Dalam tempoh 2 minggu saya dapat siapkan thumbnails untuk 130 mukasurat tersebut, dan kini sedang dalam proses menyiapkan penciling dan inking untuk kesemua mukasurat tersebut sebelum masuk proses toning dan pengisian dialog kelak.
Apakah makhluk ni?! Nanti teman citerlah dalam komik tu. *wink*

No pressure... saya akan cuba menyiapkan karya ini secepat mungkin dan insha-Allah, selepas sebulan dua lagi dapatlah kiranya korang para peminat komik sekalian menyambutnya dengan hati yang terbuka. Jadikan ia sebagai sebahagian daripada koleksi komik-komik korang ya. Trimas!

Judul komik masih belum dimuktamadkan lagi jadi sebagai pendedahan pertama di blog ni, saya bagi teaser artwork... jadi korang dah boleh steady bayangkan ke mana hala tuju bioteknologi dalam citer komik ni kelak. ^_^

P/S: Projek-projek komik saya yang lain (seperti Putera Malar, L.I.F.E., Saving Echidna dan SALIGIA) di K.I.V. buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada projek ni dulu. Sabarrr... ^_^"
 

Sunday, July 11, 2010

VAMP PROJECT: Synopsis (in Malay)


“Sayang sekali aku tidak dapat menggambarkan perasaanku kini terhadapmu. Adakah kau rasa apa yang aku rasa, Vamp?”

Vamp hanya mampu tersenyum dengan pertanyaan Sadid. Belum pasti dia yang hidup tanpa mati mampu memberi jawapan kepada persoalan tersebut, apatah lagi daripada seorang makhluk berjiwa dipanggil manusia.

“Sad… setiap makhluk ciptaan Ilahi, memang ada hati. Namun diriku sukar menggambarkan layakkah aku memiliki hati sepertimu. Haruskah aku percaya perasaanku sedangkan kau tahu siapa aku?”

Sadid senyap. Matanya jauh melihat ke dalam mata Vamp. Biarpun anak mata itu merah mengerikan, namun apa yang terdalam di benak hatinya tidak langsung mengerikan. Vamp memang mencintainya.

"Vamp… aku keliru.” Sadid mengadu pilu.

"Sad… aku juga keliru.” Balas Vamp hampa.

Mereka saling berpandangan namun masing-masing kaku untuk saling bersambut mesra. Jelas ia situasi yang kekok. Yang terpaku hanyalah tubuh, namun hati berbisik cinta yang kukuh.

"Vamp…" Sadid meleraikan kesunyian.

“Sad, tolonglah!”

Pantas Vamp memintas ayat Sadid. Seolah tahu apa pun alasan seterusnya, kesulitan ini akan tetap terus tergumpal.

Vamp bingkas bangun. Sadid tergamam dan berharap Vamp akan terus menemaninya di taman itu. Malam semakin larut dan cahaya purnama semakin sayu kemerahan.

“Vamp… tolong jangan pergi lagi?” Sadid memohon.

“Sad, pandang aku betul-betul. Lihat fizikal ini, sama seperti kau. Kemudian kau cuba bayangkan kekasihmu, Serti. Dia perempuan, dia lebih layak untuk kau, Sad!” Ujar Vamp kecewa.

“Aku tahu! Tetapi ini perasaan kita, Vamp!” Sadid menegaskan.

“Perasaan! Perasaan! Itu saja yang kita mampukah, Sad?! Sudah tujuh purnama dan itu sahaja yang kita mampu katakan, Sad?! PERASAAN?!!!” Vamp menghamburkan kekecewaannya.

Airmata sudah jatuh berkali-kali. Namun perasaan itu terus kuat tidak mahu pergi. Vamp mampu terus tabah memikul beban perasaan ini kerana dia sejak azali ditakdirkan memikul beban kecewa tanpa sudah. Namun Sadid, insan yang dicintainya, haruskah dia turut memikul beban yang sama? Mampukah dia? Sadid hanya seorang manusia, kelemahannya adalah kekuatan buat puaka darah seperti Vamp.

“Perasaan itu satu anugerah, Vamp.” Ujar Sadid lemah sambil wajah tertunduk melihat ke tanah, unsur kejadiannya sebagai manusia.

Airmata Sadid jatuh menitis satu persatu. Jiwanya terasa amat berat. Berkali dia meraung kepada Ilahi supaya melepaskan perasaan itu pergi jauh. Sudah acapkali jua dia cuba memindahkan kuatnya perasaan cinta itu kepada Serti. Namun cintanya kepada Serti tidak sekuat cintanya kepada Vamp… hukuman apakah ini?

“Sad… aku boleh mengubah kau menjadi mangsaku, namun kerana cinta ini aku tidak sanggup menggadaikanmu demi kepentingan peribadiku. Jika pun kau rela, belum pasti kau bersedia untuk hidup tanpa mati bersamaku.”

“Vamp… bukankah itu namanya pengorbanan jika aku sanggup menjadi sepertimu?”

“Sad… aku jiwa yang kosong, mungkin kerana itu cintamu mudah mengisi ruang hatiku. Namun kau jiwa yang penuh, kerana itu cinta Serti juga ada di hatimu.”

“Vamp…”

Sadid cuba merayu lagi namun pantas dipintas Vamp.

“Sad, kita masih ada lagi tempoh untuk bersama. Tugas kita belum selesai. Selagi kita bersama untuk selesaikan tugas ini, elok kita gunakan sebaiknya bagi menikmati saat-saat itu dengan perasaan ini. Asalkan Serti tidak perlu tahu…”

“Maksud kau?” Sadid keliru.

Vamp tersenyum, senyuman yang terus membuat Sadid senang kembali.

“Cinta tidak semestinya memiliki dan ia tidak semestinya melibatkan seksual. Aku dan kau, kita saling mencintai dan saat bersama adalah waktu yang paling kita perlu hargai. Aku yakin tugas ini tidak akan usai untuk sepurnama lagi… kita masih banyak waktu untuk terus bahagia dengan cinta ini.”

Sadid terkesima seketika dengan kata-kata Vamp itu. Jelas ia melegakan hatinya. Perlahan dia mengusap airmata di pipi Vamp dan melemparkan senyuman penuh kasih. Wajah anggun Vamp langsung tidak melalaikan nafsunya melihat puaka darah itu sebagai lelaki. Batas perlu dijaga dan Vamp adalah cintanya yang perlu dijaga.

“Vamp, kau mungkin yang dicurigai namun kau juga yang sangat aku cintai. Kata-katamu sungguh bererti dan itu yang akan aku turuti.” Setuju Sadid dengan senyuman pasti.

“… dan Serti tidak perlu tahu.” Vamp dengan mesra menegaskan.

“… dan Serti tidak perlu tahu.” Sadid mengulang mesra mempersetujui.

Sesungguhnya jika Serti tahu, perempuan puaka jadian itu akan mampu menelan jasad makhluk seperti Vamp untuk kekal tanpa jisim jitu selamanya. Sadid hanya perlu berwaspada ia tidak akan berlaku selama Vamp di sisinya…

Thursday, April 22, 2010

TOKIO HOTEL: SPESEL UNTUK UTOPIANZ!

24 jam notis untuk menyiapkan keempat-empat ahli band TOKIO HOTEL kepada karakter lakaran komik saya. Peh! Pagi nanti (23hb. April 2010) kena submit kepada Editor UTOPIA™. Insya-Allah!

Tom Kaulitz (kiri) & Bill Kaulitz


Gustav Schäfer (kiri) & Georg Listing

SIAP DI WARNA!

Saya telah pecah rekod peribadi mengilustrasi 4 karakter paling pantas, hanya dalam masa 2 hari jer (termasuk tidur, layan TV, layan kengkawan di opis, makan roti, sengal di hujung perlumbaan & sengal menunggu data saving)! Alhamdulillah... siap sudah karakter komik TOKIO HOTEL untuk majalah UTOPIA™. Nantikan kehadiran diorang dalam isu 178 (15hb. Mei 2010) & di Malaysia di bulan Mei 2010 nanti!