"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, February 9, 2011

PREVIU KOMIK 12 M/S 'ONCE... CINTA ABADI'

Kolaborasi saya bersama penulis muda berbakat besar, Igniz diteruskan lagi dengan sebuah karya cinta 2 sejoli (yang pertama daripadanya!). Dia menulis skrip berdasarkan konsep cerita yang saya syorkan di blog ini berjudul ONCE.
Melalui karya ini, saya bertambah yakin dengan kebolehan Igniz sebagai seorang penulis. Jika sebelum ini saya hanya mengadaptasi karyanya yang sedia ada di laman blognya 'youCANNOTREADthis' dalam bahasa Inggeris, kali ini dia menghasilkan karya dalam bahasa Melayu. Saya anggap ini karya eksklusif daripada Igniz yang membuktikan dia bukan sahaja bagus menulis dalam bahasa Inggeris, tetapi juga dalam bahasa Melayu... I believe.

With his great writing, I believe I can develop even more better comic drawing, insya-Allah. Inilah hasil kolaborasi yang saya anggap cukup ekslusif berbanding yang sebelumnya & I'm looking forward for more...

Note: karya ini yang pada asalnya Igniz tetapkan 8 m/s saya kembangkan jadi 12 m/s sebab ada babak berdasarkan skrip ingin saya kembangkan dalam bentuk lukisan komik, eksklusif untuk terbitan Gempak Starz™. Enjoy! ^_^


Page 02


Page 06


Page 07

7 comments:

muhammadbobo said...

pernah membaca komik/novel ringkas anda. dan sangat tertarik dengan jalan cerita serta mesej tersirat yg cuba disampaikan.*tunduk hormat*

NeoPhantom said...

eh knapa xde dialog.. susah nak agak scrip die.. tp tetap very nice~

Fakhrul Anour said...

Muhammadbobo: TQ! Semuanya bermula semasa kecil bila apa sahaja nasihat @ peringatan yang cuba saya beri kepada orang lain tak diendahkan kerana saya dianggap masih mentah, malah rupa fizikal saya sering disalah ertikan sebagai seorang yang 'fragile'. But they were wrong, Saya tak berputus asa kerana saya tahu setiap kebaikan yang cuba saya sampaikan tak patut diendahkan. Lalu saya luahkan dengan berkarya melalui bakat yang ada... alhamdulillah now many heard me, you heard me! ^_^

Fakhrul Anour said...

NeoPhantom: Nak tahu skrip dia kenalah tunggu bila ia diterbitkan oleh Gempak Starz™ kelak. Insya-Allah... ^_^

Fakhrul Anour said...

Muhamadbobo: Oh ya... TQ for the review (http://bebelanbobo.blogspot.com/2011/02/review-komik-feveret.html)... awesome! *blush*blush*
p/s: 'Pentas Realiti: Aspirasi Seni' adalah karya pertama yang 100% menggunakan kreativiti saya dalam berkarya, termasuk editing dengan kerjasama warga kerja Gempak Starz™. Worth my miles... alhamdulillah! U witnessed the result. ^_^

muhammadbobo said...

*terima kasih*
Komik tu indah bagi saya, sampai terasa nk memaklumkan pada orang lain, biar semua baca, biar semua faham. Sebab masih ada yang berpendapat komik hanya utk budak kecil, hehe.

So, keep it up bro. Teruskan gaya karya begitu, pasti ramai lagi terpikat lepas ni. Owh, pujian juga pada segala ayat abstrak, sajak, puisi apa semua dalam komik dan blog anda. Terbaik!

Fakhrul Anour said...

"Sebab masih ada yang berpendapat komik hanya utk budak kecil" <<--- I like this. Betul tu, orang kita masih ramai terperangkap dalam kewarasan yang sengaja dibuat, kematangan yang sengaja direka demi sedikit kehormatan...walhal itu semua haruslah lahir secara semulajadi. Membaca komik bukankah ilham budak kecil tetapi bukti kematangan insan cuba mencari jalan mendidik generasi manusia tentang kebaikan mahupun keburukan. Terpulang pada persepsi masing². ^_^

Don't worry,I will keep on rocking the generations with my talent.Muahaha! Thanx for the support!!!