السلام عليكم
Jatuh cinta memang membahagiakan, tetapi kita sebagai manusia harus bijak menggunakan akal dalam memanipulasi perasaan agar tidak terjerat pada orang yang salah. Sesiapa pun boleh jatuh cinta dengan sesiapa pun! Malah sebahagian daripada kita tidak pasti samada perasaan itu terdorong oleh nafsu di ranjang atau nafsu dilanda kesunyian, atau sememangnya benar-benar jatuh cinta? Malah peluang yang terbentang di depan mata pun tidak semuanya boleh kita ambil walau ganjaran dijanji berjuta ringgit, kelak kaya raya tetapi jiwa tergadai. Begitulah juga cinta!
Cinta tidak memerlukan nafsu untuk jatuh cinta, ia hanya memerlukan naluri untuk membangkitkan rasa tanggungjawab. Bukan ketika hormon sedang menggelegak atau ketika diri memerlukan teman bercanda! Kerana itulah cinta juga bermaksud melepaskan demi kebahagiaan orang yang kita cintai, dan kebersamaan jika bermanfaat untuk kemajuan sesama sendiri. Ia bergantung pada kesefahaman saling memahami dalam mencintai, meningkatkan rasa tanggungjawab untuk engkau fahami dan aku harus senang mengerti!

Ya... Cinta adalah tanggungjawab! Tanggungjawab menjadikan orang yang kita cintai lebih baik dari sebelumnya, bukan lebih menjahanamkan kehidupan orang lain. Atau menjadi jahat sampai merompak harta masyarakat, melarikan anak orang atau menggila depan bangunan kerajaan! Malah cinta sepatutnya menjadikan seseorang itu berfikir lebih jelas, mana yang patut dan mana yang tidak patut.
Sepertimana juga tanggungjawab memilih kerjaya, perlu juga diimbangi dengan rasa cinta. Mana yang buat kita rasa lebih tenang untuk mencintai atau mana yang membuatkan kita lebih terawang-awang di ambang nafsu. Kerana kita kena beringat, cinta itu adalah tanggungjawab dan tanggungjawab itu adalah kerjaya; yang mampu membeli tiket syurga di akhirat selain tiket kebahagiaan di dunia!

Memang betul kita manusia mudah melakukan kesilapan, malah saya sendiri juga! Tetapi cinta itu sendiri akan membuatkan kita rasa bertaubat, rasa ingin menjadi baik dan memperbaiki. Walaupun kesudahannya mungkin insan yang kita cintai itu kelak hanyut dan sesat kerana tidak dapat setanding dengan perubahan diri kita yang menghargai cinta, jangan kita pula ikut sesat! Justeru ketika itulah kita wajib memanjatkan syukur kepada CINTA YANG PALING AGUNG, yakni ALLAH S.W.T ❤. Kerana ❤ALLAH S.W.T yang telah menjadikan diri kita lebih baik dan kuat, serta berdoalah untuk dia yang Allah kurniakan cinta ini, untuk turut direstui agar jadi lebih baik dan kuat sepertimana kita, dan menemui kebahagiaan yang sewajarnya.
Hidup tidak selalunya harus bersama, apatah lagi wajib jika memudaratkan! Kerana itulah dikesudahan cerita hidup kita di dunia ini akan tetap di kubur sendirian. Justeru, panjang-panjangkanlah akal dan perbaiki diri untuk menjadi manusia yang lebih baik secara individu untuk tidak lebih buruk secara majmuk. Fokuskan diri pada kerjaya, tanggungjawab yang bermanfaat buat kita kepada yang lainnya. Kerjaya yang tidak kira samada menambahkan pahala atau meningkatkan harta kekayaan dunia bagi menambah zakat, atau kedua-duanya sekaligus. Yang penting ia mesti dipertanggungjawabkan dengan penuh rasa cinta!
Saya sendiri faham bahawa kehidupan ini banyak ragamnya, malah nasib kita tidak semestinya sama dalam soal berkasih sayang, apatah lagi berjodohan dalam mencari jalan berumahtangga. Jika sudah berumahtangga pun, belum tentu nasib berpasangan sama dengan nasib pasangan yang lainnya. Bila ingin anak tidak juga kesampaian, sedangkan yang sudah beranak-pinak belum tentu semuanya 'menjadi kering di ampaian'. Yang ingin bersama untuk lebih berharta sudahnya mungkin papa-kedana, dan begitulah sebaliknya. Malah dalam hukum perkahwinan itu sendiri, cerai itu adalah halal jika kelangsungannya tidak membahagiakan. Mungkin kerana tanggungjawab tidak dapat terbina dengan rasa cinta!
Maka di sinilah nilai kemanusiaan kita di sisi Ilahi, samada ingin menjadi pungguk yang gersang mengharap Tuhan merancang dan diri sendiri menentukan atau menjadi bulan terang benderang, diri merancang Tuhan yang menentukan! Maka bila merancang pun biarlah ukur pada kemampuan diri sendiri, jangan harap orang lain melengkapi jika diri pun tidak berusaha untuk kuat berdiri.
Kalau ingin insan yang terbaik di sisi maka diri sendiri pun kenalah jadi yang terbaik juga. Janganlah jadi 'melukut di tepi gantang', kesungguhan diri tidak seberapa tetapi mengharapkan orang lain bersungguh-sungguh untuk dia. Sebaiknya jadilah 'aur dengan tebing' jika ingin bersama dalam cinta, saling melengkapi dengan kelebihan tersendiri dan jangan mudah terpedaya dengan nafsu emosi. Sepertimana juga kerjaya, tidak semua boleh buat kerja yang sama namun kita saling bergantungan dalam mencapai inspirasi yang sama; ingin berjaya!

Demi Allah, hati saya tidak pernah mati dengan rasa cinta namun tidak juga diri sempurna untuk pernah sembrono dengan nafsu. Pernah ketika kecil di-'kerja'-kan oleh nafsu orang dan bila dewasa 'kerja'-kan nafsu orang. Halal dan haram semuanya terkandung dalam hidup insan yang tidak selalunya sempurna ini. Tetapi batasnya jelas, nafsu dan cinta tidak berdiri di landasan yang sama namun mungkin seiring pada ketetapan waktu yang sementara. Kerana dalam jangka waktu yang panjang, cinta itu yang lebih membawa berkat sedangkan nafsu kepuasannya tersekat-sekat ikut kemampuan kudrat. Samalah juga dengan memilih kerjaya, mana yang dikerjakan dengan nafsu belum tentu bahagia selamanya malah sambil bekerja mungkin mengumpat, memaki malah beromen sesama sendiri! Namun jika kerjaya itu dibibit dengan cinta, untuk melakukan dengan rasa tanggungjawab lebih kuat dari mengikut halwa nafsu.
Bohonglah jika saya tidak pernah jatuh cinta, malah pernah dua (mungkin tiga...?!) kali jatuh cinta pandang pertama dan semuanya saya tolak ketepi. Bukan kerana apa, cinta sudah tertanam dalam hati saya sendiri tetapi mereka itu mungkin sekadar pungguk menanti. Bertambah kuat saya berdiri semakin lemahnya mereka menunduki. Salahkan saya yang tidak memberi? salahkan mereka juga yang tidak mengerti! Apa-apapun alhamdulillah, dengan berkat cinta sejati kepada Ilahi dan cinta murni kepada mereka (termasuk ibubapa dan penjaga kita) yang dicintai, doa kita untuk kebahagiaan mereka dunia akhirat, insha-Allah sentiasa diberkati. Ini kerana cinta membuatkan kita lebih akur, nawaitu lebih jujur dan kudrat lebih teratur. Malah dengan perasaan cinta yang tersemadi di hati, سبحان الله, kasih sayang kita kepada insan-insan sekeliling bertambah seri, nilai kemanusiaan kekal meninggi dan dalam nakal-nakal pun tetap ada hati.
'Cinta Sakti' © Kadokawa Gempak Starz™ |
Jadi begitulah pesan saya pada tahun baru 2016 ini, mungkin dengan cinta ini saya tidak selalunya mampu jadi kaya wang ringgit, kalaupun mungkin senang dengan asset tersimpan atau sedang bahagia bersama seseorang yang dirahsiakan, tidak pun mungkin sedang jatuh cinta lagi?! والله أعلم... yang penting ikhlaskan cinta dalam hati, kawallah nafsu agar kuat kendiri dan jadikanlah kerjaya yang kita pilih sebagai tanggungjawab yang sejati, إن شاء الله...
لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
2 comments:
bang nak jadi fren kat fb pleas
Ya boleh, silalah add... ^_^
Post a Comment