"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, November 25, 2009

TERIMA KASIH SEMUA!


Nampaknya berakhir sudah kemeriahan 100% GEMPAK STARZ™, tapi hati ini masih merindui saat² bersama-sama teman artis² komik & juga para kipas-susah-mati yang hadir. Tiga hari berturut-turut berkumpul di Sungei Wang KL terasa singkat sekali. Namun apakan daya, kita tidak mampu mengulang sejarah mahupun memutar waktu. Yang indah biarlah ia menjadi kenangan berharga buat kenangan kita bersama, yang payah kita jadikan sebagai pengajaran yang berharga. Tetapi 100% GEMPAK STARZ™ ternyata telah membuka mata ramai pihak akan pencapaian industri komik kita sekarang. Ayour ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para peminat yang mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan karya terkini Fakhrul Anour berjudul 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI', anda tahu siapa diri anda! Juga yang membeli karya² Fakhrul Anour sebelumnya yakni 'Hanya...', 'Cinta Tunggal' & 'Kaoru's Cake House 143'. Sokongan anda sangat Ayour hargai buat selama-lamanya. Kesungguhan anda ingin mengenali bakat yang terkandung dalam diri ini membuatkan saya terharu & lebih bersemangat untuk menghasilkan karya² baru. Semoga kita dapat bertemu lagi di sesi autograf yang akan datang, sementara itu teruskan mengikuti jejak GEMPAK STARZ™... kerana selagi diperlukan, di situlah Fakhrul Anour akan berada. Trimas!

(Berikut petikan ucapan perasmian dalam Bahasa Melayu)

لسلام عليكم
& Salam Sejahtera buat semua hadirin


Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada kipas-susah-mati, iaitu peminat setia GEMPAK STARZ™ dan semua yang berada di majlis perasmian ini. Selamat petang kepada para pengarah, rakan kongsi, rakan niaga dan tidak dilupakan wakil pengedar kami. Akhir sekali yang tidak mungkin dilupakan, rakan-rakan media yang sudi meluangkan masa menyaksikan salah satu acara gilang-gemilang dan bersejarah dalam Industri Komik Malaysia.


SELAMAT DATANG!


Kami masih ingat ketika itu di tahun 2001, ketika kami berimpian besar mahu lihat Malaysia menjadi medan konvensyen komik antarabangsa seperti Comicon yang berlangsung setiap tahun di Amerika Syarikat. Biarpun masa itu perniagaan kami masih kecil tetapi kami berwawasan mahu melihat industri komik tempatan dikongsi bersama dunia dengan menganjurkan konvensyen seumpamanya. Segala kertas kerja sudah kami laksanakan dan penyertaan daripada wakil luar negara menunjukkan tindakbalas positif. Namun sayangnya tiada penyertaan daripada wakil tempatan.

Semuanya tinggal kenangan. Ketika kami bermula, apa yang kami fikirkan ialah untuk berkongsi bakat-bakat kami bersama masyarakat dengan menerbitkan francais komik. Kemudian hadir wawasan kedua, mencipta konvensyen komik kita sendiri yang dinamakan Karnival Komik Malaysia.

Walaupun kami gagal menganjurkan konvensyen komik bertaraf dunia, namun ia tidak bererti putus asa.

“Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara pertama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan realiti.”

Tidak salah bercita-cita tinggi tetapi mesti mulakan daripada bawah. Maka Karnival Komik Malaysia yang asalnya untuk dunia kami gantikan sebagai konvensyen komik sendiri yang hanya tertumpu kepada produk kami dan lokasinya di Plaza Sungei Wang ini.

Objektif kami ketika itu untuk bersua muka dengan kipas-susah-mati yang menjadi nadi kejayaan kami. Tidak langsung kami terfikir ia akan menjadi acara komik paling besar pernah diadakan di Malaysia. Sambutan kipas-susah-mati untuk Karnival Komik Malaysia 2001 sangat memberangsangkan.

Semenjak itu, Karnival Komik Malaysia menjadi acara tahunan besar-besaran kami dan ruang legar Plaza Sungei Wang menjadi arena utamanya. Malah karnival ini juga menjadi perangsang kepada acara-acara lain seumpamanya oleh para penggiat industri komik, animasi dan mainan video tempatan. Ini telah memberikan impak ekstra dalam membina kesedaran tentang industri ini di seluruh negara.

Pada tahun 2005, kami mengambil keputusan menganjurkan Karnival Komik Malaysia dua tahun sekali. Namun ia tetap menjadi kebanggaan kami dan semestinya buat kipas-susah-mati juga. Justeru kini kami melangkah ke hadapan dengan wajah baru untuk acara komik ini.

Sudah bertahun kami menganjurkan apa yang dinamakan Karnival Komik Malaysia. Tidak dinafikan ia memang untuk Industri Komik Malaysia tetapi tidak adil mewakili yang lain dalam industri jika apa yang anda lihat hari ini hanyalah GEMPAK STARZ™ dan segala yang berkaitan dengannya.

Bermula hari ini (21hb. November 2009) sehingga Isnin (23hb. November 2009), kipas-susah-mati di seluruh negara hadir di sini untuk meraikan label komik kesayangan mereka dan bertemu dengan bintang-bintang komik pujaan masing-masing. Manakala pengunjung Sungei Wang Plaza secara tidak langsung didedahkan tentang Industri Komik Malaysia dengan hanya melihat apa yang mereka dapat lihat di sini sepanjang tarikh tersebut.

Kami tidak menyangkal kewibawaan penerbit-penerbit komik Malaysia dengan produk-produk komik masing-masing yang bermutu, tetapi hari ini di Sungei Wang Plaza KL, kami persembahkan kepada anda penerbit komik pertama Malaysia di era milenium dengan lebih 200 judul komik (kami kategorikannya sebagai novel grafik) berbahasa Melayu yang merangkumi majoritinya hasil karya tempatan dan selebih dari luar negara yang kami terjemahkan secara sah.

GEMPAK STARZ™ sudah menerbitkan jumlah komik terbanyak berbanding mana-mana penerbit seumpamanya era kini. Namun kami belum layak dipanggil sebagai gergasi dalam industri. Tujuan utama kami adalah untuk menjadi sebahagian daripada anda yang menggemari animasi, komik dan mainan video.

Justeru kami dengan rasminya mengumumkan bahawa acara Karnival Komik Malaysia anjuran GEMPAK STARZ™ kini dikenali sebagai 100% GEMPAK STARZ™.


-SEKIAN-

Friday, November 20, 2009

JADUAL FAKHRUL ANOUR d'100% GEMPAK STARZ™



SABTU (21hb. November 2009)
Memberi ucapan perasmian 100% GEMPAK STARZ™
Waktu: 2.15 pm


AHAD (22hb. November 2009)
Menjadi juri Pertandingan Bakat Baru Komik Malaysia 2009
Waktu: 10 am - 2.30 pm

ISNIN (23hb. November 2009)
Sesi autograf bersama kipas-susah-mati GEMPAK STARZ™
Waktu: 4.00 pm - 4.30 pm

FAKHRUL ANOUR DALAM 8TV QUICKIE

Pada 18hb. November 2009 (Rabu), Ayour menjadi salah seorang jemputan rancangan 8TV Quickie bagi slot 11.30 malam bersama Prem & Zher. Objektif untuk mempromosikan 100% GEMPAK STARZ™ yang akan berlangsung selama 3 hari bermula esok (21hb. November 2009) di Sg. Wang KL. Kalau sesaper ter-miss nonton, leh tonton siaran ulangan di http://www.8tv.com.my!

Ayour ditemani oleh sub-editor UTOPIA™, Ka-Mail (memakai jersi merah Lawak Kampus)!

Eeeee! Bila masa lak Ayour terbuat muka lawak cengeng ni?! >_<

Wednesday, November 18, 2009

CHARACTER BOARD NIZAM ASARI SIAP UNTUK 100% GEMPAK STARZ™

Yea! Kesemua 21 papan karakter setingga kira² 17" siap untuk dipamerkan kat 100% GEMPAK STARZ™ nanti. Ayour apa lagi, pose dulu la dengan karakter sendiri. Ni adalah hasil karya lukisan pertama Ayour yang dicetak besar camni! Fuyooo! Bangga rasa... trimas GEMPAK STARZ™! At least yang lain merasa gak dicetak atas kanvas @ dicetak besar seluas dinding opis. Ni first time buat Fakhrul Anour, harus la bangga! Alhamdulillah...

BILA BERTINDAK BODOH KERANA TERCABAR

Masa Ayour dok melayari laman blog GEMPAK STARZ™, Ayour terbaca seorang hamba Allah ni dengan nickname Anti menulis...

"Hentikan beli barangan diorang... racist, mempergunakan hak melayu."

Apa ke hei nyer ko ni jang?! Ke minah?! Inilah yang Ahmad Dhani (penyanyi/komposer Indonesia) tuduh laman internet hanya untuk pengecut! Ntah siapa ntah dia, hanya menggelar diri Anti. Kalau betul Melayu tampil ke depan & akui diri sebagai orang Melayu yang berani menyuarakan hak kalau betul apa yang dia sebutkannya sebagai hak Melayu (?!). Atau dia sengaja melepaskan geram sebab tak puashati tak dapat apa yang diinginkan daripada GEMPAK STARZ™ atau... ?

Kalau betul kata GEMPAK STARZ™ (@ apa sajalah terjemahan produk luar berbahasa Melayu!) tu racist terutamanya kepada kaum Melayu, hari ini saya takkan berdiri di sini memartabatkan komik² berbahasa Melayu bersama diorang. Malah artis² komik kaum lain pun sudi berkongsi karya² diorang untuk pembaca Melayu. Kalau ramai berperangai macam Anti (dia ni yang sebenarnya racist!), belum tentu diorang ingin memajukan orang Melayu dengan memberi peluang memartabatkan industri komik berbahasa Melayu. Lagi baik buat komik bahasa lain jer... terutamanya komik bahasa Inggeris, lagi dapat untung, boleh jual seluruh dunia daripada berhabis modal jual hanya untuk orang Malaysia yang boleh baca bahasa Melayu. Buat komik berbahasa Cina pun elok, sebab leh jual kat China, Taiwan & Hong Kong, luas pasaran tu!

Bercakap pakai otak la Anti oiii! Jangan pakai nafsu. Lagi ramai Melayu macam Anti ni lagi malu Melayu woiiii! Nak maju guna otak & jangan asyik nak menunding jari jer. Lagi kerap korang melaungkan hak Melayu, lagi racist korang jadinya. Lama² orang kata Melayu bangsa kuat racist!

Cukup² la nak tembak orang racist sebab Ayour ni Melayu gak bro! Nilai Melayu dah ada dalam diri & tak boleh dibuang walaupun ada orang dok kata Ayour ni Eurasian (demi Allah banyak kali dah kena!), Ayour tetap kacukan Bugis (abah) & Jawa+Melayu (ibu). Ayour kalau lukis komik pun tetap tak ketinggalan nak lukis karakter pakai baju tradisi kita. Bagi Ayour, kalau sudah dibesarkan dalam keluarga tradisi Melayu Johor, dah besar & camner moden pun kehidupan tetap takleh buang nilai Melayu serta cintakan adat kita (ada bersaka memang tak cinta!). Bukan macam Anti ni dibesarkan dalam tradisi keturunan racist!


Konon hak Melayu, ke nak memalukan Melayu?!


So ada faham Anti? Ayour menjawab ni daripada sudut peribadi ya, jangan nak kaitkan lak kata majikan suruh kata (ni ler antara perangai memalukan Melayu.... suka propaganda! Tak habis² dengki!). Awak ingat Ayour ni pak turut?! (tak puashati leh siasat sendiri dengan semua kakitangan di GEMPAK STARZ™, Ayour ni pak turut ke tak, silap haribulan la beb!). Tujuan Ayour ni sebab nak ingatkan kaum sendiri jangan asyik nak melatah! Ramai dah orang Melayu & bukan Melayu membuktikan diorang boleh berjaya tanpa perlu bersifat racist. So renung²-kan ler pe'el (orang Muor kata perangai!) awak tu ek!

P/S: Kalau Anti ni sebenarnya nakkan perhatian (kurang kasih sayang kot! Ke terlebih kasih sayang sebab tu mengada-ngada sampai terlebih biadab camni!). Siapa yang baca blog Ayour ni nanti pun pasti akan bagi perhatian kat anta (awak dalam bahasa Arab). Lama² Anti glamer la! Kalau tunjukkan diri yang sebenar mesti lagi glamer. ^_^

Saturday, November 14, 2009

GEMPAK™ ULANGTAHUN KE-10, DIIKTIRAF KREATIF!



Jika tahun lepas Ayour pilih cover GEMPAK™ sendiri, tahun ni ia dipilih oleh Mr. Botak memandangkan masa tu Ayour cuti merawat arwah ibu di hospital. Tidak tahu menahu langsung pasal pencalonan MPA MAGAZINE AWARDS '09 sehinggalah diberi kad jemputan minggu lepas. Terfikir gak cover GEMPAK™ mana dicalonkan? Bila belek buku mininya, Ayour memang berharap cover ni dipilih. Sebab ia merupakan cover spesel bagi ulang-tahun ke-10 majalah GEMPAK™. Time tu dah berangan dah, best-nya kalau majalah ni menang Gold Award. At least dapat imbas balik keistimewaan isu ni kepada kipas-susah-mati. Biarpun dalam kategori Remaja/Kanak² hanya dua majalah GEMPAK STARZ™ dipertandingkan; ELEMEN™ & GEMPAK™, namun harapan nak tengok ia meraih anugerah memang tipis. Sebab juri berhak tidak memberi sebarang anugerah kalau cover tak menepati kehendak diorang. Alhamdulillah... akhirnya keistimewaan isu ni mendapat pengiktirafan yang berbaloi. Tahniah!


Apa²-pun tahniah kepada Mr. Botak sebab memberi idea menghasilkan lukisan cover ala² isu pertama yang dilukis oleh Apoh/Zuan. Tahniah kepada Clay yang berusaha menghasilkan lukisan cover yang cukup kreatif bagi isu ulangtahun ke-10 Majalah Komik Generasi Baru kesayangan kipas-susah-mati ni. Memang meletop!

Friday, November 13, 2009

MPA MAGAZINE AWARDS '09

Di luar negara yang ada persatuan penerbit majalah (Magazine Publishers Association/MPA)seperti US, New Zealand & Australia, MPA MAGAZINE AWARDS dah jadi acara kelaziman bagi menghargai sidang editorial majalah syarikat² penerbitan media cetak. Biarpun di Australia awal tahun 2009 lalu mengumumkan pemansuhan acara seumpamanya, namun di Malaysia ia mulai menampakkan kemajuan. Masuk tahun ke-3, MPA MAGAZINE AWARDS '09 dirasai semakin hangat & dewan PJ Arts Live Theatre hampir tak mampu menampung kehadiran yang ada, ditambah pula dengan kehadiran penuntut² dari UiTM & UNISEL. Memang cun! Keep it up MPA... ^_^. Biarpun wujud beberapa masalah teknikal yang membuatkannya nampak sedikit sumbang, namun ternyata ia langsung tak merosakkan keseluruhan acara. Habis jer majlis, semua orang beredar tanpa sebarang kekecohan. Ayour rasa bertuah sebab sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripadanya & untuk kali ke-2 Ayour naik ke pentas mewakili GEMPAK STARZ™ bagi menerima 3 anugerah; Gold Award (GEMPAK™) & 2x Silver Award (UTOPIA™ & ELEMEN™). Maklumat lanjut boleh korang semak kat http://gempak-starz.blogspot.com/.

Masa semua kategori Gold diumumkan untuk anugerah MPA MAGAZINE OF THE YEAR, ada suara² syorkan GEMPAK™. Trimas guys but I guess that won't happen in this prestigious professional grown up event. Dapat Gold pun dah kira bagus. Majalah cam THE PEAK, GLAM, TIME OUT & seumpamanya sure layaklah. But who knows, kan? Haha!