Hari ini (9hb. Disember 2009) Ayour akan menjalankan tugas sebagai moderator untuk sesi panel berjudul 'Bringing Heroes from Pages to Eyeballs' bagi MSC Malaysia Kre8tif Digital Content Coference kat Courtyard Royale Chulan Hotel, KL. Ahli panel yang bakal Ayour ketuai bagi sesi ni ialah;
Suresh Seetharaman
Perintis bersama & Presiden, Virgin Comics & Virgin Animation (Bangalore, New York)
*juga merupakan perintis bersama & Ketua Pegawai Operasi bagi Gotham Entertainment Group, penerbit komik terbesar di Asia Selatan. Dia mengawasi operasi antarabangsa termasuk produksi, pengedaran, promosi & jualan.
* Pengalaman jawatan yang pernah dipegang termasuk sebagai Naib Presiden Senior & Pengarah Eksekutif Clarion McCann serta Pengarah Kreatif Tempatan J Walter Thompson India. Dia gak merupakan Pengarah Perintis Creative Works, kedai-laris kreatif yang telah membangunkan & membina jenama² terulung di rantau Asia-Pasifik.

Objektif Virgin Comics/Virgin Animation adalah mencipta pelantar bagi mempamerkan bakat kreatif terbesar yang telah mendominasi negara² Asia Tenggara. Mereka percaya dengan visi negara Timur berpotensi mengrevolusikan budaya industri hiburan.
Si-Bum Kim
Founder and CEO at Characterline Korea (Seoul)

• Dia merupakan penasihat senior KOTRA (Korea Trade & Investment Promotion Agency) iaitu agensi kerajaan bagi mempromosikan bisnes antarabangsa antara Korea & lain² negara. Kini dia menjadi penasihat KOCCA (Korea Culture Contents Agency) iaitu agensi kerajaan Korea yang bertanggung-jawab mempromosikan bisnes buday Korea termasuk karakter, animasi, filem, muzik, mainan & sebagainya. Dia pernah menyelia latihan di banyak negara termasuk Jepun, Taiwan, Denmark, Bangladesh, Uzbekistan, Mongolia & Korea sendiri.
• Beliau berkhidmat sebagai pensyarah tambahan perniagaan di Hanyang Business Graduate School & kini mengajar International E-Commerce, International Marketing for Culture Business, Character Planning & Creating di Hanyang University.
• Dia turun membangunkan program latihan Leadership Academy; menyelia kursus 'Intellectual Property Marketing' di KOCCA serta pembantu pengarang 2 buah buku; 'Introduction of Cultural Contents & Becoming CEO' dan 'Idea & Guts at Twenties'.

Norman Abd Halim
President / Group CEO, KRU Studios

No comments:
Post a Comment