Saya juga asalnya budak kampung, dikelilingi oleh mereka yang langsung tidak pandai berbahasa Inggeris. Namun kerana iltizam saya ketika itu melihat bahasa Inggeris mampu membawa saya pergi jauh maka saya berusaha untuk menguasainya. Dengan berkat usaha serta tawakal, terbukti ia benar. Hari ini saya sudah boleh berpuashati setelah mengecapi apa yang saya rancangkan untuk diri sendiri sepanjang tempoh saya berkhidmat dalam Industri Komik Malaysia. Dengan fasih berbahasa Inggeris, saya telah diberi peluang mewakili Malaysia. Kerana mampu menulis dalam bahasa Inggeris saya telah diberi kepercayaan menulis artikel kebudayaan komik di Malaysia untuk negara Korea Selatan. Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga menjadi punca saya diberi kepercayaan oleh majikan untuk menjadi perantara dalam urusan rasmi mereka. Malah kerana bahasa Inggeris juga, kemahiran saya dalam penulisan bahasa Melayu bertambah baik. Jadi apa kaitannya dengan visual yang saya tunjukkan di sini? So this is my story...
My point is simple, never discriminate languages. If English is the world first language, take the chance & learn from it. Don't fool yourself, I know that you can never forget your own (mother tongue) language (unless your ego does!), but who knows you may well expand it for the world to listen & understand what is 'Terima Kasih'! Just like how you might never know maybe English can really make me what the video visualize of me once we reach year 2020. It doesn't cost a penny just by dreaming you know. So be it!
No comments:
Post a Comment