Ayour adalah nama komersilku dalam bidang penulisan & semenjak menjadi seorang penulis profesional, tiada siapa rakan baruku di Kuala Lumpur lali dengan nama panggilanku yang sebenar semenjak kecil. Malah ada yang menyebutnya salah, juga ada yang menulisnya dengan salah. Biarpun arwah emak bukan seorang yang fasih berbahasa Inggeris, apatah lagi menulis dalam bahasa tersebut, namun beliau tidak gagal menulis nama panggilanku dengan betul biarpun disaat-saat akhir kehidupannya. Kerana itulah nama panggilan yang akan menjadikan diriku selain nama yang tertulis di dalam surat beranak...
Emak bilang aku sendiri yang menggelarkan diriku YOUR semenjak mula pandai berkata-kata. Dari mana aku dapat idea untuk memanggil diri dengan nama YOUR dan ditulis sedemikian rupa, emak sendiri tidak pasti. Namun... YOUR atau AYOUR, keduanya nama panggilan yang kekal istimewa buat diri ini, seistimewanya namaku sebagai FAKHRUL ANOUR.
YOUR...
AYOUR...
FAKHRUL ANOUR...
diriku seadanya!
No comments:
Post a Comment