"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, May 20, 2009

ME AT 'REMAJA 4 JIHAD' BLOGGER

Thanx a lot to our blogger fellow brothers for the visit review. It was awesome! I'm proud to be mentioned by the blogger. Trimas! Come again ya!



Check me out at

http://remaja4jihad.blogspot.com/2009/04/gempakstarz.html

Tuesday, May 19, 2009

PROJEK MELUKIS TERBARU!

Memang dah lama tak melukis secara komersil, malah dah lama tak devoted pada bidang penulisan cereka. Selepas balik bercuti dari Pulau Redang ni, semangat semakin membuak cuma masa & takdir jer yang menentukan. Bersama dengan Gempak Starz™, Ayour akan menghasilkan sesuatu yang exklusif samada dalam penulisan mahu pun lukisan. Ni antara exposé artwork untuk projek tersebut. Insya-Allah!



Friday, May 15, 2009

ANUGERAH PEKOMIK 2009

Kali kedua menganjurkan aktiviti di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (KLBF2009), Persatuan Komik (PeKOMIK) Malaysia kali ini julung kalinya mengadakan Anugerah PeKOMIK 2009 bagi memeriahkan lagi industri komik Malaysia. Jika Gempak Starz™ sudah menggondol pelbagai anugerah berprestij komik di luar negara seperti di China & Jepun, kali ini Ayour rasa sangat bangga sebab Gempak Starz™ dapat anugerah daripada orang kampung sendiri. Biarpun tidak berjaya menggondol anugerah utama tapi Alhamdulillah sebab sekurang-kurangnya Gempak Starz™ berjaya membawa pulang 5 anugerah termasuk dalam kategori Penerbit Komik Terbaik.

Bercakap mengenai anugerah komik ala² Anugerah Industri Muzik/AIM ni, biarpun ia baru pertama kali diadakan dalam dewan Kedah di PWTC yang tak seluas mana, tapi apa yang boleh Ayour katakan, ia 1 permulaan yang baik. Berbanding waktu taklimat/seminar dari jemputan² khas di tengahari, acara anugerah ni yang berlangsung sebelah petang berjaya memenuhkan dewan sampai ada yang terpaksa berdiri. Melihatkan kehadiran yang terdiri daripada pelbagai penggiat komik Malaysia membuktikan kita semua boleh bersatu bagi menjayakan industri komik kita sendiri. Syabas kepada PeKOMIK yang berusaha untuk memastikan ia sesuatu yang pasti.

PENGADILAN BERAT SEBELAH?
Tetapi saat nama² pemenang diumumkan untuk setiap 13 kategori yang diumumkan, jelas ramai yang tak berpuas hati dengan keputusan beberapa kategori yang dianggap berat sebelah. Ayour sendiri sebagai individu yang bergiat dalam bidang seni komik & berpengalaman menjadi juri profesional merasakan ia keputusan yang kurang arif & ada ciri² 'tolong kawan'.

Ada kategori yang menggunakan 50% keputusan undian di blog & 50% keputusan juri, tetapi yang menjadi persoalannya sekarang mengapa keputusan undian tertinggi & kedua tertinggi langsung tak menang tetapi keputusan undian blog ketiga tertinggi lak boleh menang?! Sedangkan sepatutnya para juri mengadili 2 keputusan undian blog tertinggi untuk dijadikan pemenang. Lainlah kalau sudah diletakkan syarat kemenangan harus berpihak kepada ciri² tertentu.

PUAN NORA ABDULLAH - BERUS EMAS
Pastinya yang menjadi kebanggaan Ayour & Gempak Starz™ ialah wujudnya anugerah khas, Berus Emas bagi menghargai penggiat seni komik yang teragung seperti Puan Nora Abdullah. Biarpun Puan Nora kini tidak melukis lagi atas sebab kesihatan diri tidak mengizinkan akibat kencing manis, namun minatnya terhadap industri ini tidak pernah luntur.

Ketika berucap selepas menerima anugerah ini, beliau tetap menunjukkan keprihatinannya terhadap industri dengan melahirkan rasa terkilan bila tidak ramai artis komik tempatan yang berminat melahirkan komik² Islam berunsur komersil selain yang wujud hanya untuk tujuan akademik.


Cuma satu sahaja yang Ayour agak terkilan ketika Puan Nora Abdullah naik ke pentas (itu pun selepas ditegur oleh Mr. Botak). Iaitu apabila tiada seorang penonton pun yang berdiri, mahupun MC yang prihatin meminta penonton berdiri, memberi rasa hormat kepada Puan Nora Abdullah ketika menerima anugerahnya. Hanya kami yang di belakang sebarisan Mr. Botak yang berdiri selepas diminta oleh Mr. Botak sendiri. Ayour berharap selepas ini jika ada anugerah sebegini, penilaian etika harus lebih dipertingkatkan & jangan asyik memikirkan etika 'pentingkan diri sendiri' kerana Puan Nora Abdullah adalah karyawan seni komik terulung wanita yang perlu dicontohi oleh artis² komik wanita yang lain di Malaysia.

Kesimpulannya, sudah menjadi lumrah sesuatu yang baru akan menerima kritikan yang pelbagai sedangkan yang lama juga tidak lari daripada kritikan. Anugerah PeKOMIK 2009 adalah satu percubaan baru yang bagus untuk industri komik Malaysia & ia perlu dicontohi oleh kita semua untuk memeriahkan lagi industri bagi melahirkan lebih ramai artis komik yang beretika serta dihargai.
Tahniah diucapkan kepada En. Azhar selaku presiden PeKOMIK & juga penggondol anugerah kedua terbanyak di sini selepas Gempak Starz™. Biarpun ramai yang sedang mempertikaikan kemenangannya dalam kategori Komik Terbaik 2009 melalui karyanya 'Liga Pendekar' terbitan PTS, namun apa yang harus dijadikan pengajaran di sini ialah untuk sentiasa memastikan ketelusan pengadilan. Mungkin ada pihak yang akan menyalahkan para juri profesional yang diantaranya terdiri daripada Dato' Lat & Jaafar Taib, 2 pengaruh industri yang cukup disegani, tetapi penganjur anugerah yang dilihat menjadi tulang belakang kepada komik 'Liga Pendekar' juga seperti wakil² penerbitan PTS & En. Azhar sendiri turut dikaitkan.

Jadi nasihat Ayour, untuk anugerah akan datang diharap Anugerah PeKOMIK harus dilihat bebas daripada pengaruh penerbitan tertentu selaku penaung utama kerana ia akan memberi kesan besar kepada maksud PeKOMIK itu sendiri yang pada dasarnya untuk penggiat² komik secara individu. Tapi tak salah untuk 'Liga Pendekar' menjadi komik terbaik kerana ia usaha menggalakkan lebih ramai menghasilkan komik berjiwa nusantara.

Trimas!

Tuesday, February 17, 2009

I'M A SINGER?!!!

Yes... singing is my hobby. Tapi dalam bilik karaoke with friends la! Tapi masa my birthday last Saturday (14th February 2009), I just suka-suka enter pertandingan saringan karaoke kat Bangsar (diuja oleh Kak Nita from Anita Entertainment & Production... huhu!), tak kenal pun who the hell is the judges masa tu. Datang pun lambat... and finally dapat masuk semi-final & later masuk final! Alhamdulillah... walaupun sebenarnya gentar menghadapi cabaran baru ni. Masa kecik dulu berangan gak nak jadi superstar performing on stage. Tapi rasanya sejak jadi artis komik ni, I rather stick to who I'm now rather than go further as an entertainer on stage! Ketar lututtttttt u'all!!!!

Semi Final (16hb. February 2009) kat Kompleks Niaga Utama, Bangsar.

Saturday, December 20, 2008

WAJAH BARU UTOPIA™


Finally... I'm back with UTOPIA™ magazine. Masa mula dilancarkan dalam majalah GEMPAK™ hinggalah ia diterbitkan sebagai stand-alone magazine, Ayour bersama team asal (termasuk editor Kit) dah merasai susah-payah memikirkan camner nak create image UTOPIA™ yang mampu menarik perhatian pembaca majalah hiburan tapi dalam masa yang sama mengajak sekali menghayati selitan-selitan komik Gempak Starz™. Sekarang Ayour kembali menerajui majalah UTOPIA™ bagi tahun 2009 dengan wajah & konsep baru.

Wednesday, December 10, 2008

WONDERFUL GIRL...

While browsing to check over fans talk abt me, I passed over her blog. TQ for blogging these pics. Chibi Ma Lady... keep blogging ya! Thanx for event review! Check it at....




Thursday, October 30, 2008

MANA PERGI FAKHRUL ANOUR?!

Ramai dok tanya apa dah jadi dengan Fakhrul Anour ni? Senyap jer tak melukis komik. Dah jadi 'THE COFFIN' ke?! Excuse me weihhh! Hidup lagi kawan ni. Sebenarnya, Ayour bukan taknak melukis, memang nak produce komik² baru. Memang dah ada dah stok² komik kat rumah tu untuk di submit kepada Slaium (Editor Komik GEMPAK STARZ™). Dia (Slaium) pun dah tengok & dia sendiri dah fed up nak tunggu. Lagi fed up tentulah Mr. Botak. Namun trimas kepada diorang yang sabar jer memandangkan alter ego Fakhrul Anour iaitu Ayour tengah busy dengan projek² baru GEMPAK STARZ™. Apa² hal where was I back in 2007, 2006, 2005 & 2004?! Haaa... Don't ask... just check over it at http://www.myspace.com/fakhrulanour

Dalam tempoh 30 minit, Ayour siap warnakan artwork yang Ayour lukis untuk salah 1 cerpen kolum Pentas Realiti back in.... errr 2003? Guna Adobe Photoshop jer...

A NEW REVOLUTION FOR MALAYSIA COMIC INDUSTRY

8 years in this Malaysia Comic Industry, 1 thing I have to say... I'm lucky to be here with Art Square Group who really works their best to ensure that our local comic industry grows larger not only in our own land but also to other region. Started with GEMPAK™ magazine 10 years ago, there are pros & cons but I'm grateful nothing can breakdown the majority of souls in this team. Whatever people said or demands that we have to bare, slowly we are making progress & improvement. There are things we need to sacrifice but with God's will, we are moving forward & POPCORN™ is our latest prove.


With local price of RM15.90, do u think it's expensive? In my years of experience, with a comic magz with such printing quality & size, I would say this is affordable. Browsing at Kino looking for similar magz with such price, only POPCORN™!

10 years GEMPAK STARZ™ has been doing comic magazines for majority readers of 7 - 25 years old, Mostly for casual readers who prefer fun drawing & commercial storyline. Now after long demands from our local profesional comic artists, finally we published an international standard magazine only for such artists. Most importantly, we not only prefer to buy the artworks & own the copyright but we also publish artworks for those who doesn't want to sell it so they can own the copyright (but free promotion!). Clearly said, POPCORN™ can be your platform to promote your high quality talent in a bigger level. For GEMPAK STARZ™, all we have to do is to ensure that POPCORN™ can reach where we want it to be reach... even US market!

More on POPCORN™ in GEMPAK™ issue 215 (1st November 2008) & issue 216 (15th. November 2008). Especially during its' first launched during '100% GEMPAK STARZ™' exhibition at Dasein Academy, Wangsa Maju, Setapak KL.

Wednesday, October 29, 2008

IN 'THE COFFIN' WITH ANANDA & EKACHAI

Seriously 8 years in this publishing line, as GEMPAK™'s sub-editor then editor, I guess my 1st job doing interview with celebrity was somewhere in 2002 (if not mistaken!). It was with Jason Lo at Snychrosound Studios, accompanied by my former 2nd editor (Kit). Since then... I less fond of such interview when Jason read less comics & said he hardly read GEMPAK™ for he was not so fluent with Malay language. Oppss...! But u are a great celebrity Jason. I love your musics! I have both of your album. Was it 2?!


How about Siti Nurhaliza?! Nope! I just accompanied Hype!'s editor, Megat for the interview in Bangkok during MTV Asia Awards 2006. But I did interviewed Slank, Indonesia most legendary rock band. Trust me, my interview always turns to become like friends reunion.


Therefore same goes to my interview with Ananda Everingham & Ekachai Uekrongtham during their promotion tour of 'THE COFFIN' at Berjaya Time Square. Me accompanied by my 2 writers; Kero & Harry was the last group to be given an exclusive interview along with The Star Two team. Anyway, all I can say Ekachai Uekrongtham & Ananda Everingham are my cliques! They really talk about comic, manga, anime & videogames! Wanna find out more? I'll let u know soon.... where to get it!