Bila rindu semakin menipis...
Cinta ini tetap membuat kau segalanya
Teruslah berbangga namamu punca aku berjaya
Kelak aku pasti menangis di pentas dunia
Menyebut namamu tanpa alpa di jiwa
Kau di sana tersenyum bahagia
Namun seperti aku juga kita derita
Kerana kita pernah terlupa
Bahwa Yang Esa juga cintakan kita
Hamba-Nya yang sentiasa hidup dalam redha
Bila cinta kekal ada...

Bila rindu tipis dalam cinta...
Pernah kita dipertemukan untuk bahagia
Sayangnya redha kita tidak disulam usaha
Masing-masing akhirnya penat untuk menduga
Langsung mencari jalan lain untuk berjaya
Aku di sini kau di sana
Di samping yang lain kita seadanya.

Bila cinta mengenang rasa...
Tetap berjaya jika redha dan berusaha
Namun tertanam rasa kesal selamanya
Andai mampu kita putar masa
Mungkin hari ini masih milik kita bersama
Redha kita tidak mahu usaha sekata
Taksub berdendam pada cinta
Yang pasti kini cinta itu dongeng kita selamanya
Setabah hatiku, seikhlas suaraku
Kini ku kata padamu...
"Terima Kasih Cinta"

No comments:
Post a Comment