Selalunya sebagai pelukis komik ni, ilham untuk mencipta visual yang terbaik dalam menghasilkan penceritaan yang sempurna bergantung kepada keterujaan pelukis dengan garapan cerita yang diperolehi. Samada ia sekadar idea atau sebuah skrip lengkap, keterujaan tersebut akan memberi impak istimewa dalam penghasilan komik yang memberi kualiti tersendiri. Ini termasuklah menghasilkan karakter yang khusus juga persekitarannya. Bagi saya setakat ini, karya Igniz telah memberi keterujaan tersebut semenjak saya hilang minat menghasilkan karya cerita sendiri. Justeru selepas 'KTM: Kisah Teladan Manusia' & 'Janji Agus... Ibu', saya meneruskan kolaborasi ini dengan 'Berkecai yang Lebih Berderai' yang mengadaptasi karya English-nya berjudul 'When It Breaks More Than It Should'...
Versi Penciling
Sebelum mula melakar sesebuah komik, permulaan saya bergantung kepada mood saya sendiri selepas membaca skrip (adakala sumbangan idea penulis juga membantu memberi kepelbagaian idea pada hasil lukisan saya bagi hasil yang lebih terjamin). Untuk komik ni saya hasilkan karakter dulu baru dapat idea nak bentukkan kotak panel bersesuaian di atas kertas lukisan bersaiz A4...



Versi Inking
Selepas siap proses penciling, barulah saya melengkapkan mukasurat pertama dengan mengisi inking menggunakan pen lukis Uni Pin bersaiz (0.1, 0.2. 0.3, 0.5) & bersaiz (0.8) untuk garis kotak panel. Manakala pen Artline210 6.0 saya gunakan untuk kotak bubble, seterusnya mewarna hitam menyeluruh dengan pen Artline High Performance (1000 & 70).

No comments:
Post a Comment