"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Saturday, June 20, 2009

DRAW SOMETHING FOR VIIV

Sebuah karya yang saya hasilkan untuk menyokong kempen di facebook.com, 'DRAW SOMETHING FOR VIIV'. Kempen ni bagi memperingati protes besar-besaran transformasi komunisme pada tahun 1989 yang berlangsung selama ±7 minggu bermula 14hb. April - 4hb. Jun. Ia menyaksikan pakatan reformasi ±sejuta rakyat (terutamanya pelajar² universiti) di Republikan China yang menyokong arus perubahan yang cuba dibawa oleh mendiang Hu Yaobang dalam pemerintahan komunisme. Reformasi ini telah menyaksikan pertumpahan darah antara rakyat & tentera kerajaan China yang dipanggil 'JUNE FOURTH MASSACRE/六四屠殺.

Sebagai anak kelahiran Bukit Kepong yang dibesarkan dengan kisah² komunis di kampung oleh warga² veteran, saya melihat insiden ini sebagai satu peringkat sejarah politik yang perlu diingati. Ia mengingatkan saya bahawa perjuangan ini tidak berkaitan dengan soal bangsa, agama mahupun negara tetapi lebih kepada hak asasi manusia. Setiap fahaman politik tidak kira demokrasi, komunisme, liberisme, kapitalis & sebagainya jika tidak diselaraskan dengan keperluan hak asasi manusia yang seragam, ia akan membawa kepada reformasi perubahan secara paksa oleh rakyat.

Thursday, June 18, 2009

Thursday, June 11, 2009

KARYA SEBAGAI HIASAN KAD BUNGA TELUR

To my friend Nazim, congratulation on your wedding! I'm proud of you & thanx a lot for making me proud for having my artworks on your gift's card. May God bless your marriage forever! ^_^






Tuesday, June 2, 2009

EKSKLUSIF UNTUK PERKAHWINAN SEORANG RAKAN....

Bukan senang untuk dia mendirikan rumahtangga. Tapi dia sanggup menyahut cabaran itu biarpun resah getir yang bakal dihadapi selepas itu. Namun setiap perkahwinan ada susah senangnya, seperti juga kehidupan kita ketika solo. Tapi takper... Ayour buatkan 10 artwork berikut untuk tatapan 600 jemputan²-nya.