"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Sunday, August 28, 2011

1432/2011: SALAM MERDEKA RAYA, MALAYSIA!

Tahun 2011 memberi keunikan tersendiri kepada sebuah negara berteraskan Islam sebagai agama rasminya di Asia Tenggara. Ia tidaklah sebesar Indonesia atau sekaya Brunei, namun Malaysia di tahun ini meraikan kemerdekaan negara dalam keseronokan umat Islam menyambut kemenangan selepas berpuasa di bulan Ramadhan.


Dalam kemelut politik, pelbagai persepsi kemerdekaan cuba dipermainkan oleh sebahagian rakyat Malaysia sendiri (ada diantaranya di bawah pengaruh luar) atas alasan inginkan perubahan mengikut citarasa mereka. Namun kita perlu sedar dalam konteks rakyat bersatu, sejak 31hb. Ogos 1957, kemerdekaan telah memberikan kita banyak peluang untuk melakukan perubahan buat negara Malaysia yang dicintai ini.

Bila hari ini dilaungkan 1Malaysia, ia merupakan kesedaran buat kita bahawa kemerdekaan negara ini daripada pentadbiran asing ke pentadbiran tempatan dijayakan oleh pelbagai bangsa dengan diterajui oleh pakatan Melayu di bawah seliaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apapun erti kemerdekaan yang cuba dipersoalkan buat negara Malaysia, hari ini kita wajib berbangga dengan kebebasan yang ada, biarpun terhad masih banyak yang boleh kita praktikkan. Sebagai manusia, kita perlu sentiasa ingat bahawa kebebasan kita tetap terhad dalam peruntukan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan keamanan sejagat.

Bagi saya, konsep dijajah banyak persepsinya. Namun apabila ada yang beranggapan bahawa mentaliti kita masih dijajah, faktor itu terlampau subjektif untuk dijadikan tuduhan buat rakyat negara Malaysia. Kerana bagi saya minda kita sampai mati pun akan terus dijajah oleh pelbagai pengaruh tidak kira baik atau jahat. Penerimaannya terpulang kepada persepsi diri kita sendiri.
"Kemerdekaan kita bergantung kepada bagaimana kita ingin dijajah. Perspektif kehidupan sebagai manusia tidak akan pernah dapat lari daripada dijajah. Sama ada dijajah oleh budaya, agama mahupun bangsa."


Dengan adanya negara merdeka seperti Malaysia, rakyatnya mempunyai kebebasan dalam memilih penjajahan mereka sendiri. Jadi tidak timbul isu negara kita masih dijajah oleh orang luar, sebaliknya yang berpendapat sedemikian sebenarnya minda merekalah yang dijajah oleh orang luar.

"Kemerdekaan bererti bila kita mampu bebaskan pemikiran daripada keresahan dilanda masalah, bersifat terbuka dengan kegetiran hidup dan redha dalam setiap ujian yang melanda diri. Jangan jadikan kesengsaraan tanda kelemahan kita, kerana kepayahan adalah tanda usaha dan keamanan adalah tanda kejayaan. Lantas kita perlu ingat, kemewahan adalah kemerdekaan kita menjayai hidup tanpa kongkongan orang lain."

Justeru kembalilah mentafsir semula maksud merdeka buat negara kita serta diri sendiri dengan baik dan saksama. Jika orang luar sudah mulai menghargai bakat orang Malaysia, itu tandanya kita sudah berjaya menjajah mereka. Jika rakyat kita sudah boleh diterima bekerja secara profesional di negara asing, itu tandanya kita sudah berjaya menjajah mereka. Jika orang luar ramai yang berkeinginan untuk bekerja di negara kita, itu tandanya kita sudah berjaya menjajah mereka. Jika bahasa kita juga sudah mulai suka dipraktikkan oleh rakyat negara lain, tanda kita sudah menjajah.

Namun teladan kita di masa lampau, janganlah menjajah hingga memudaratkan tempat tinggal orang lain. Manusia perlukan tapak untuk hidup, sumber tenaga untuk berusaha dan perniagaan untuk maju. Sebuah negara yang dijajah dengan teruk tidak akan dapat menikmati semua itu. Jadi berfikirlah seperti seorang penjajah yang baik. Apa pun kita dan siapa pun kita, sentiasalah berfikiran positif bahawa kemerdekaan itu bukanlah bermaksud bebas daripada penjajahan sepenuhnya, sebaliknya ia bermaksud memerdekakan diri kita supaya dapat menjajah dan dalam makna yang lebih sesuai, mendominasikan prinsip kebebasan tersendiri di bawah naungan yang lebih demokrasi.
"Kita perlu ingat, demokrasi itu juga salah satu prinsip penjajahan... yang penting juruskan ia ke prinsip yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang, termasuk yang ingin memanipulasikan sistem kebebasan menjajah yang merdeka."
Justeru di tahun ini, di mana sahaja anda menyambut Hari Raya Aidilfitri pastikan 31hb. Ogos 2011 (Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54) diberikan ruang kepada kita oleh kita sebagai rakyat Malaysia untuk merayakannya. Selepas negara kita menang dalam ertikata merdeka daripada pentadbiran Britania Raya, di tarikh ini sebagai umat Islam khususnya, peribadi kita menang dalam ertikata merdeka daripada terus dijajah oleh minda bermegah hingga tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t ketika masih ada.
Jalinan setia senantiasa terpatri
Tidak pinta dibalas acapkali berbudi
Salam kasihku hulur di Aidilfitri
Moga persaudaraan ini kekal abadi

Saturday, August 27, 2011

OH EDIE!!! [FB: PEOPLE YOU MAY KNOW]

Sudah lebih dua jam Yuri menunggu Momo di rumah Asa, namun baju yang dijanjikan tidak juga sampai. Ditelefon beberapa kali tidak berangkat, di hantar mesej pesanan ringkas pun tidak berbalas.

"Apa kaedahnya ni, Asa? Lambat benor dia? Apa ke hal?" Tanya Yuri keliru.

"Aku rasa la kan... dia mesti dok melepak dengan budak Edie tu. Sejak dia kenal dengan budak handsome tu, dia sangguplah melekat kat mana saja mamat tu berada." Jawab Asa yakin.

"Motif? Sampai janji kawan pun tak kisah?" Yuri kesal.

"Entahlah Yuri... tapi aku tak nafikan, jantan tu memang meletop! Hahaha!" Balas Asa sambil tergelak.

Yuri walaupun terselit rasa kesal dimungkiri janji, namun turut sama tergelak membayangkan Momo sedang gila bayang dengan seorang jejaka bernama Edie itu.

Bukanlah Momo tidak pernah begitu dengan lelaki lain, namun sampai sanggup tidak mempedulikan janjinya dengan Yuri yang jarang ditemui, pasti Edie ini begitu istimewa. Yuri tidak kisah kalau begitu, asalkan Momo bahagia.

"Takperlah, Asa. Biar aku balik jer dulu. Lain kali boleh ambil baju tu. Bukan aku nak pakai dalam waktu terdekat ni pun."

"Sorry la, Yuri. Aku tak sangka Momo camni."

"Jangan risaulah... aku tahu Momo ada alasan dia sendiri. Yang penting, kalau aku tahu siapa budak Edie tu, siap, aku cakar muka dia! Haha!"

Yuri dan Asa ketawa bersama memikirkan perihal Momo itu. Sebelum berlalu, Yuri sempat berpesan agar salam sayangnya disampaikan kepada Momo.

"Mungkin lain kali jerlah baju tu. Lagipun dah lama sangat dia simpankan baju tu untuk aku, kalau takder pun takper." Ujar Yuri.

"Tapi dia kata baju tu dia masih simpan untuk kau." Kata Asa.

Yuri mengangguk.

"Sebab tu aku nak gak. Oklah, aku blah dulu. Call me anytime ya!"

"Orait!" Balas Asa melihat Yuri berlalu pergi.

Sejak itu Yuri tidak lagi berkesempatan untuk mengambil baju tersebut daripada Momo atas kesulitan masa. Namun semenjak nama Edie disebut oleh Asa, setiap kali Yuri online sahaja di laman Facebook, profil yang asyik tertera di kolum 'People You May Know' ialah seorang jejaka bernama Edie Zary. Kalau sekali dua tertera tidak mengapalah juga. Tetapi kalau dalam seminggu setiap hari, setiap kali online, profil itulah sahaja yang muncul—Yuri mulai berprasangka. Dalam rasa tidak peduli, akhirnya Yuri terasa ingin ambil tahu.


Dari foto profil, Edie ini menarik juga orangnya; murah dengan senyuman dan pandai bergaya. Jumlah teman di senarai Friends juga hampir sama tara jumlah dengannya. Namun yang paling penting, mereka ada 29 Mutual Friends—bermaksud Edie Zary mengenali 29 orang kenalannya di Facebook! Justeru pasti Edie ini mengenali ramai juga kenalannya. Lalu Yuri segera menyemak siapa Mutual Friends mereka.

"What the heck... ?! Momo?! Asa?! Eri? Ein? Eiz? Fend? Zack? Pen? Bla... bla... bla... Heiiii! Bukan ke ni semua geng-geng boling aku?! Bila lak munculnya si Edie ni dalam group aku ni? Naper aku tak terlibat dalam senarai Friends dia?!" Yuri menjerkah sendirian.

Satu persatu foto-foto Edie disemaknya, makin banyak dilihatnya semakin terpikat pula rasanya. 

Namun yang pasti dia memang tidak pernah terserempak dengan Edie semenjak dia bergiat aktif dalam kelab boling tersebut sejak 6 tahun lalu. Justeru tidak mustahil Edie mungkin menyertai kelab ini semenjak setahun lalu—tempoh bermulanya Yuri berehat seketika daripada menyertai pelbagai aktiviti kelab tersebut.

"Haip! Stop it Yuri! He's just in your imagination. Ntah-ntah in person, jauh dari jangkaan keperibadiannya. Lagipun bukankah hatimu buat si dia di P.J.?" Hati Yuri memberi amaran kepada lamunannya sambil bibir mengukir senyuman nakal.

Tiba-tiba Yuri terfikirkan sesuatu.

"Ni ke mamat yang Momo dok suka tu?"

Sepintas itu Yuri tersenyum gelihati memikirkan kebetulan ini.

Malas untuk memanjangkan lagi cerita, Yuri membiarkan persoalan itu perlahan luput daripada pemikirannya. Ada ketikanya apa yang kita lihat tidaklah seperti yang kita bayangkan. Mungkin Momo lebih mengenali Edie, tetapi Yuri tahu dia tidak berhak membayangkan seseorang yang tidak dikenalinya secara peribadi.

Hari berlalu bulan; berbulan hampir menjejak setahun. Banyak kali juga Yuri cuba mencuri masa untuk kembali mengikuti aktiviti kelab tersebut, namun tidak pernah menjadi. Namun Hari Raya semakin dekat dan dia telah menempah hidangan kegemaran rayanya iaitu dendeng dengan Ein. Hanya Ein yang dapat memberinya dendeng yang menepati citarasanya. Untuk mengambil tempahan itu dia terpaksa turun biarpun sekejap ke aktiviti boling anjuran kelab hujung minggu ini.

"I bawak tempahan you ke boling malam ni. You amik kat sana jer." Ujar Ein dalam telefon pagi tadi.

Tanpa banyak bicara, Yuri bersetuju sahaja memandangkan sudah empat kali dia menunda tarikh untuk mengambil tempahan tersebut.

Selepas berbuka puasa dengan sahabatnya, Wani dan Ema, mereka pun ke pusat boling One Utama untuk bertemu Ein.

Yuri rasa sungguh teruja dan bahagia apabila setelah sekian lama, dapat juga dia melepaskan rindu bertemu dengan rakan-rakan kelab yang sudah berbulan tidak ditemuinya. 

Dalam leka dia melayan rakan-rakan tersebut, di celah-celah mereka terselit jejaka itu dengan senyumannya yang cukup arif di imej minda Yuri.

Yuri tergamam seketika. Renungan itu dan senyuman itu, seolah tiada beza seperti yang dilihat foto-foto dalam Facebook di profil Edie Zary. Pastinya, ia tertumpu kepadanya seketika. Bila dia bersuara dan bersenda, jejaka itu nyata mempersembahkan peribadi yang dibayanginya. 

Namun seorang bernama Edie yang sepatutnya terasa asing, seolah sudah mesra biar mereka tidak sempat berkenalan dikeriuhan teman-teman itu. Yuri rasai, Edie cuba berbicara dengannya. Yuri juga ingin berbicara dengan Edie—imaginasi yang kini adalah realiti di depan matanya. Namun apakan daya, dia kesuntukan masa kerana Wani dan Ema sedang menantinya di kereta. Hanya teman-teman lama di kelab dapat dihargainya ketika ini.

Setelah mengambil tempahannya daripada Ein, pantas Yuri memohon untuk beredar segera dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Dalam dia melangkah semakin jauh daripada teman-teman, sempat dia membalas beberapa ucapan yang kedengaran di telinga. Antaranya...

"Take care!"

"I will!" Jawab Yuri tanpa menoleh.

"Careful driving!"

Suara yang sama fikir Yuri.

"Orait!" Jawab Yuri lagi sekuat boleh kerana dia semakin jauh daripada kelompok itu.

Setelah masuk ke dalam kereta, Yuri terkenang seketika. Terkenangkan Edie. Jikalah suara yang terakhir itu adalah daripadanya. Lalu dia menggelengkan kepala sambil tersenyum sendirian.

"Mana rupa dendeng kau tu? Tunjuk sikit!" Tanya Ema.

Segera Yuri mempromosikan dendeng buatan Ein kepada Ema dan Wani. Namun ingatannya masih kepada Edie.

Semakin jauh mereka daripada pusat boling itu, semakin jauh Yuri daripada teman-teman di situ, semakin jauh Yuri daripada Edie, nyata rindu kepada kawan baru menjelma di benak jiwa. Namun Yuri hanya mampu tersenyum, apatah lagi teringatkan Momo yang ditemuinya tadi.

"Yuri! Sorry pasal last time!" Momo muncul di depan mata saat dia memutuskan pandangannya daripada Edie.

Yuri segera memeluknya dengan penuh rasa sayang seraya berkata "It's ok... tapi mana jantan yang you sampai hati mungkir janji kat kita tu? I nak cakar muka dia! Haha!"

Momo turut tergelak dan mencari-cari dia yang dimaksudkannya. Namun kerana masing-masing faham itu hanya gurauan teman yang sudah lama tidak bersenda, yang dimaksudkan dibiar lepas.

Namun Yuri tahu, itulah Edie—seorang teman kepada teman yang mungkin Yuri kenali... sekadar mungkin... namun pastinya jika ada jodoh di lain kali.

Sebelum tidur malam itu, Yuri terfikir seketika...

"Alangkah elok jika di ketika ini, hatiku tidak mencintai kepada yang lain. Mungkin dia ingin lebihku kenali... hanya mungkin."

Dalam terkenangkan pertemuan tadi, Yuri lalu terlena tidak menyangka buat pertama kali sejak jatuh cinta dengan si dia di P.J., Edie telah mengambil alih seketika lamunan cinta di hatinya. Seolah hanya Edie sebelum dia. Hanya...

'People You May Know'

Tuesday, August 23, 2011

No Good Deed Goes Unpunished

"Weeds do not easily grow in a field planted with vegetables. Evil does not easily arise in a heart filled with goodness."
We have to accept a fact that this life is occasionally unfair. There are times you thought that when you do good things, your life will turn out good, but at the end of it what's so good will practically bring along something bad. There's nothing to be afraid of if we can ponder to this fact as our reality check. Because as you may as well see, whatever lives will surely comes to an end & the only favor with the ending is either you want it to end good, or bad.
"When doing something, instead of worrying or being vexed about it, we should just be mindful."
If you're planning to do a lot of good deeds, always remind yourself that along the way you're going to find a lot of bad circumstances. This happened because the rule of life is 'everything comes in pair'. So the pair for good is bad, therefore, whatever good that come from you, will surely there's something bad. But why worry so much about the bad when you can do a lot with the good. The only worry is if you're easily taken by the bad instead of the good; that's when the reason why you always think life is unfair.
"Let go of all worries, only then will you appreciate the happiness of a compassionate heart."
Nothing good comes without challenges! If this life is all about being easy in whatever you want to achieve, trust me, who else wants to live a life where everybody can get what they want just by being easy. If everyone can be a king, who else is left for the king to rule? If everyone desires their own changes & they all are going to get it, so tell me, what's left for this world to bear all those changes? Being competitive is good, but if everyone competes for the same matter without tolerance for failure, what's good will definitely means bad.
"When we are irritated by others, it is actually because we are still lacking in graciousness."
If everybody wants to love the same person without even cares to love the person next to them, who do you think will love you if you're the one that's next to them? Let's go to the deeper part, if your heart found true love through the eyes of everyone, how many hearts can you bear to make sure that everyone will get a part of yourself? So you see friends, there is only a good hope to prevail many bad hopes.
"Only by undergoing the trials and challenges of human affairs do we become strong and resilient."
Without the right knowledge, thinking is easy, but thinking with proper knowledge is not easy. Same goes to what you want to do to be good, you have to go through many paces in order to achieve your point of good direction. It's like taking the miles just to reach where you want to be, so you can get where you want to achieve. Same point! But in order to pick up the miles, you also have to pick up the constraint that comes along the journey. The far the miles, more constraints they'll be heading your way!
"When conflict and adversity arise, always preserve a spacious heart."
Some distances maybe you can just walk, but for something big, no distance that you can just walk to achieve what you want in life. Sounds bad, right? I've been there & I knew! To be what I'm today, I have to bear a lot of pain that came along with a lot of laugh & happiness. All you have to do is just be positive with all the bad things that come forward while you are trying to be good, just stick to the one method called 'Pay It Forward'. Whatever good you do, just don't do it for yourself only, always pass it on others to learn.
"The more we give, the more we accomplish."
"If we are not attached to outcomes then we will not suffer from the pain of fallen expectations."
You must cultivate lots of energy in life in order to preserve good, so much that in your moment of downfall, though you're apprehensive & shame, have no regret to say you're ready to fall down deeper & feel the greatness of failure. In the hand of fate, we all fall down for the sake of our new uprising. There will be people talking bad about the fall, but believe this, there will be more people talking during the rise; good & bad. So either rise or fall, the faith is on you.
"Believe in yourself, but do not be attached to your own point of view."
Therefore bloggers, no matter what you say, make sure you really meant it from your pure heart. If you pick up line from other people, make sure it meant for good use or else it'll end up bad to other people's wrong perception. So no matter who said "No Good Deed Goes Unpunished" — either Clare Boothe Luce, Billy Wilder, John P. Grier, Andrew W. Mellon, Oscar Wilde or me; when it's your turn to say it, make sure punished it good!
"The hardest thing for people to see is themselves."

* Jing Si Aphorism

Thursday, August 18, 2011

PERASAAN INI...

Perasaan ini bertanya...
jika kita mampu mengerti.

Perasaan ini menduga...
Kalau yang dirasakan itu benar.

Perasaan ini mencari...
Kepastian seandainya ada kenyataan.

Perasaan ini bermohon...
Bila hati ingin bersuara.

Perasaan ini mengharap...
Kejujuran lisan diterima dalam nukilan.


Perasaan ini merintih...
Untuk mencintai yang ingin dicintai.
"Perasaan yang tidak memainkan peranan dalam tindakan seolah niat yang tidak terluah oleh perbuatan. Jika baik, ia tetap baik namun bila tidak disampaikan ia jelas mementingkan diri sendiri. Andainya berterusan begini khuatir jahat sudahnya kerana yang lama terpendam pasti memudaratkan, bimbang membusukkan hati. Justeru bila ada rasa cinta, lafazkan niat mencintai kerana memberi lebih baik daripada yang menerima."

Wednesday, August 17, 2011

'13'... KETETAPAN SATU KEBETULAN

Amaran:  
artikel ini tidak sesuai kepada yang menghadapi masalah Triskaidekaphobia, Paraskevidekatriaphobia atau Friggatriskaidekaphobia. Tetapi kalau korang rasa nak mengubati masalah tu, boleh la terus membaca. Silakan!

Tak dinafikan '13' sudah menjadi salah satu nombor istimewa di seluruh dunia dipelbagai agama, budaya & kefahaman. Namun pada saya, ia ada kelebihan tersendiri buat diri ini.

'13' memang sudah menjadi nombor kegemaran saya selain nombor '7'. Kalau jadi ahli sukan masa kat sekolah dulu, nombor pilihan saya mesti '13' atau '7' (selain daripada itu saya kurang berkenan). Kalau dalam team bola tampar sekolah dulu pun mesti nombor tu. Sebagai seorang Muslim, saya wajib tahu '13' rukun sembahyang. Manakala mengikut tarikh lahir Gregorian, '13' hb. Februari 1975 adalah tarikh sebenar saya dilahirkan ke dunia ini iaitu pada hari Khamis di waktu Maghrib, sebelum didaftarkan keesokan harinya pada 14hb. Februari 1975. Malah saya juga ada menghasilkan cerpen bersiri 'Jangan Tutup Lampuoooo' berjudul [Jumaat '13'] yang dalam perancangan untuk dijadikan novel ringan. Bagi menjadikan '13' lebih bermakna dalam hidup saya, cinta pandang pertama/LAFS saya berlaku '13' tahun setelah saya dilahirkan, iaitu pada tahun 1988 ketika saya berusia '13' tahun (dalam Tingkatan 1). Manakala LAFS kedua saya terjadi pada tahun 2009, mengakhiri '13' tahun saya dilanda amnesia... syukur Alhamdulillah.

Menarik, kan? Bukan nak percayakan sangat pun kelebihan nombor '13', namun hidup kita ni kalau tidak ditetapkan dengan nombor, pasti kita mudah lupa. Tidak mustahil kalau saya katakan setiap ibadah kita ditetapkan dengan nilai bernombor untuk menjaga ingatan serta peradaban kita dalam melaksanakan tanggung-jawab sebagai khalifah di mukabumi ini. Jadi, cuba anda peringatkan diri anda kepada satu nombor peribadi yang istimewa, pasti korang sedar akan kebesaran Ilahi yang menjadikan satu ketetapan itu seolah satu kebetulan. Jika hanya kita mahu mengerti.. d[^_^]b

Salah satu kebetulan yang menarik tentang kerjaya saya di Art Square Creation Sdn. Bhd. (Gempak Starz™) ialah ia bermula pada Jun 2000 sebagai Sub-Editor, Jun 2003 dinaikkan pangkat sebagai Editor & pada Jun 2010 saya menamatkan khidmat saya sebagai Editor di syarikat tersebut. Untuk pengetahuan korang, dalam matematik, nombor '13' adalah nombor perdana (prime number) ke-6 & Jun adalah bulan ke 6 dalam tahun Gregorian. Menariknya, di dalam surat pengesahan saya meletakkan jawatan, tarikh terakhir saya lupus kuasa ialah pada '13' hb. Jun 2010! Justeru sempena ulang-tahun ke '13' majalah GEMPAK™ pada tahun ini (2011),  saya mengucapkan... "Happy 13th! Keremajaanmu baru bermula. Yeah!"

Tuesday, July 12, 2011

TELATAH HATI KITA

Kalaulah hati boleh bersuara sendiri, pasti hari ini jodoh masing-masing sudah sampai menurut takdir-Nya. Sayangnya hati kita ada kaunselor sendiri, yakni akal yang dipengaruhi oleh pengamatan mata dan telinga. Justeru semakin banyak pengaruh yang diterima akal, banyak fikirnya, semakin tenggelam hasrat sebenar hati kita bersuara—tanda bila hati sudah tertutup dari nyatanya.

Cinta bertaut dijarak jauh,
Bila bertemu tersalah sauh,
Hatinya ingin nak bersungguh,
Namun halanya tidak bersuluh.

Bila rindu semakin memberat,
Apa kerja pun tak kuasa dibuat,
Hati sakit bak dihambat-hambat,
Minta dicintai dengan lebih dekat.

Wahai cinta, marilah kita sama berdoa agar diberi peluang untuk melihat jalan kita berdua yang pasti seadanya. Andainya tiada ruang untuk kita lagi, redhalah bahawa cinta kita tetap sama, hanya jasad untuk kita cintai saja berbeza. Namun jika cinta kita sudah termaktub ditakdir-Nya, mana mungkin bisa kita hindarinya apatah lagi mengkhianati kehendak-Nya.

Sunday, July 10, 2011

KAIHATU & KAIGA: BISU SI PERINDU (BHG. 2/2)

"Each and every person has experiences. They may be great or small, deep or high, boring or exciting. But for me, the amazing thing always is 'experience' itself. Their value is subjective, and they depend very much on the person who's judging them."
::: The Mute's Soliloquy (Page 282)

Enam tahun berlalu semenjak kepulangannya di Indonesia dari Irkutsk, Russia pada tahun 1959 dan berkenalan dengan seorang jururawat bernama Kaiga. Banyak juga yang telah dilaluinya sepanjang enam tahun di tanahair sendiri. Banyak pembangunan yang perlu dilaksanakan secara peribadi dan banyak lagi masalah yang perlu ditanganinya untuk memperoleh keselesaan hidup. Dalam kebanyakan itu semua, ada janjinya yang telah tercicir.

Ketika di era pergolakan Indonesia dan pada Oktober 1965 dimana bermulanya pembunuhan beramai-ramai oleh anti-komunis, Kaihatu merupakan salah seorang kakitangan Pejabat Kebudayaan di Kebayoran, Jakarta Selatan. Era yang menyaksikan kejatuhan Presiden Sukarno yang memimpin Parti Komunis Indonesia/PKI itu telah membuka lembaran baru buat rakyat Indonesia, termasuk Kaihatu bila menjelangnya tahun 1966.

Hubungan baik Kaihatu dengan beberapa kenamaan dari puak Maluku menjanjikannya satu perubahan besar, dia memperolehi pinjaman berpuluh-puluh juta rupiah. Dengan pinjaman tersebut dia telah membeli sebuah kilang kapur barus dan satu-satunya perusahaan seumpamanya di Indonesia ketika itu. Dalam sekelip mata, daripada seorang yang tidak punya apa-apa, dia telah menjadi kaya-raya.

Malangnya dalam meraih kejayaan itu, dia masih naif dan kurang pengetahuan tentang kerakusan manusia-manusia yang jahat serta tamak. Dituduh sebagai komunis, dalam sekelip mata kemewahannya ditarik, dan dia ditahan di penjara tentera.

Ketika di dalam tahanan itulah dia mengerti maksud hidup kesepian yang benar-benar sepi. Ibubapa serta keluarganya berkerakyatan Belanda dan semuanya menetap di Netherlands, langsung tidak dapat dihubungi gara-gara sekatan oleh pihak berkuasa.

Ketika di dalam tahanan Cellblock R di Penjara Salemba pada Jun 1969, Kaihatu telah didekati oleh seorang lagi tahanan bernama Pramoedya Ananta Toer. Ketika itu kondisi fizikalnya sungguh menyedihkan dan Pramoedya tidak nafikan ada sesuatu tentang dia yang ingin dibicara, apatah lagi bila mengetahui namanya Kaihatu.

"Kamu bernama Kaihatu, bukan? Kamu pernah ke luar negara?" Tanya Pramoedya ketika bermesyuarat kejuruteraan bersamanya sendirian di suatu malam.

"Tidak." Jawab Kaihatu tanpa perasaan.

Seperti tahanan lain, kesihatan Kaihatu tidak pernah stabil. Fizikalnya terlalu kurus dan pinggangnya sangat kecil hingga memberi kesan kepada postur tubuhnya sampai berjalan pun tidak pernah lurus. Dikondisi begitu, Pramoedya membayangkan betapa Kaiga mungkin melihat Kaihatu yang lebih sihat serta segak dan tidak sedaif ini. Mengolah fizikalnya kini yang tinggi dan kurus kering, berkulit gelap, rambut berombak, hidung lurus nan mancung serta bibir terjuih, sukar meramal pemuda yang dirindui oleh Kaiga itu ialah Kaihatu ini.

Namun naluri Pramoedya merasakan inilah orangnya. Biarpun Kaihatu banyak tidur kerana tekanan darah rendah, bila sedarnya dia banyak bermain gitar dan bernyanyi. Sifat ini mendekatkan lagi Pramoedya kepada ciri-ciri yang disebut oleh Kaiga suatu ketika dahulu; seorang pemuda yang pernah mewakili Indonesia ke Festival Belia di Vienna pada tahun 1959 namun terkandas di Irkutsk lantas bertemu dengannya.

"Tetapi kamu suka muzik, bukan?" Tanya Pramoedya mencari kepastian.

"Ya." Ringkas jawapannya.

"Kamu pernah sertai delegasi Indonesia ke Festival Belia di Vienna?" Lagi Pramoedya bertanya mencari ketelusan jawapan yang pasti, biarpun sudah diketahui jawapannya dia tidak pernah ke luar negara.

"Tidak." Jawapnya dingin.

Pramoedya mulai hilang rasa yakin bahawa inilah Kaihatu yang dicarinya. Namun untuk tidak meletakkan jurang salah faham diatas pertanyaan-pertanyaannya, lalu dia menceritakan tentang pengembaraannya ke Irkutsk pada Oktober 1960. Bagaimana dia didatangi seorang gadis tempatan di sana yang ingin mengutus pakej kepada jejaka yang dimaksudkan.

Kaihatu tidak berganjak bila mendengar rentetan cerita Pramoedya itu, namun dia tidak pula membalas apa-apa. Akhirnya Pramoedya sekali lagi bertanya "Kamu biasa dengan nama Kaiga?"

Tiba-tiba Kaihatu terbatuk dan menggelengkan kepala, kemudian membongkok serta mencapai gitarnya. Pramoedya rasa terkesan dan terus terdetik di hatinya untuk berkata "Inilah orangnya."


Pada Julai 1969, 500 tahanan dipindahkan dari Penjara Salemba ke Penjara Karang Tengah di Pulau Nusa Kambangan. Beberapa hari kemudian, 31 tahanan termasuk Pramoedya Ananta Toer dipindahkan pula ke Penjara Limusbuntu, yakni destinasi terakhir sebelum mereka dibawa ke Pulau Buru pada 16hb. Ogos 1969. Pramoedya termasuk dalam kumpulan tahanan politik pertama yang menetap di Buru dalam Unit 3, iaitu kem paling terasing yang kemudiannya dikenali sebagai Winayasa.

3 bulan kemudian, Kaihatu menyusul dan muncul di hadapan Pramoedya saat mentari pagi Ahad mulai menampakkan cerianya. Dia ditempatkan di Unit 2 yang kemudiannya dikenali sebagai Wanareja, kem yang mengisi tahanan paling dibenci pihak berkuasa. Kaihatu kelihatannya lebih sihat daripada sebelumnya, mudah tersenyum dan tergelak bila sukanya.

Namun pada 14hb. November 1973, Kaihatu dan Pramoedya ditempatkan dalam kem yang sama, iaitu Unit 1 atau kemudiannya dikenali sebagai Wanapura. Kini Kaihatu kelihatannya lebih kurus yang teramat, bongkoknya seakan kekal dan kulitnya lebih gelap daripada yang pernah dilihat oleh Pramoedya. Seluar yang dipakainya terlalu singkat—mengecut dek usia, air dan lumpur. Geronggang matanya semakin dalam, menjadikan ia kelihatan besar.

Jika dulu Pramoedya mengenali Kaihatu sebagai seorang lelaki yang pendiam tapi kini gayanya sudah tidak mampu dan tidak segagah untuk menyuarakan apa-apa. Sepatah dua kata hanya akan disusuli batuk yang sangat dalam. Sering kelihatan dia cuba melapangkan tekaknya atau batuk. Nadanya perlahan dan nafasnya terhenjut-henjut.

Difahamkan Kaihatu telah didera para tentera, kebanyakannya puak Maluku. Difahamkan ada seorang berkuasa di Kementerian Informasi, puak Maluku juga, yang disebut suka melihat tentera-tentera Maluku mendera Kaihatu. Sehinggakan kini Kaihatu bagai sudah tiada daging ditulangnya.

Namun Kaihatu seorang yang keras kepala, kuat semangat dan sentiasa redha dengan nasib diri. Dia jenis manusia yang lebih rela mati daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nalurinya.

Bagaimanapun semenjak menetap di unit yang sama, persaudaraan antara Kaihatu dan Pramoedya semakin akrab. Mereka sering saling kunjung-mengunjung dipenginapan masing-masing dan disuatu hari, Kaihatu memanggang hasil tangkapannya paling besar, ikan mujair untuk hidangan bersama Pramoedya.

"Sila makan," Pelawa Kaihatu penuh bangga sambil ketawa riang.

"Ini hari yang baik." Sambungnya lagi biar payah untuk dia menahan sesak di dada.

Di saat itulah Kaihatu mulai selesa bercerita tentang kisah silamnya, tentang mengapa dia terjebak sebagai tahanan politik, latar belakang keluarganya dan kenapa setiap pakej rawatan yang dihantar buatnya tidak pernah kesampaian. Namun tiada satu pun berkait dengan Kaiga atau pengalamannya ke luar negara.

Pada tahun 1974, Pramoedya bertanya lagi "Kamu pernah ke Siberia?"

Kaihatu terbatuk. Sambil menggaru kepalanya dia memandang Pramoedya sambil mengangguk.

Jelas terpancar sinar kepuasan di wajah Pramoedya, sangkaannya selama ini membuktikan kebenaran.

"Maka kamu benar-benar mengenali Kaiga, gadis di Irkutsk itu?" Tanya Pramoedya memastikan.

"Ya, saya kenal." Jawabnya.

"Wah... selama 14 tahun saya mencari seorang lelaki bernama Kaihatu dan akhirnya ia benar-benar kamu!" Syukuri Pramoedya.

"Saya tahu... saya mohon maaf," Pinta Kaihatu kesal. "Tapi ketika itu saya masih muda."

Pramoedya tergamam seketika lalu bersuara "Apa? Kamu ingat kamu seorang sahaja yang pernah muda?"

Melihat kepada rambut Kaihatu yang semakin memutih, Pramoedya langsung menceritakan tentang isi kandungan pakej yang diberi oleh Kaiga itu. Menceritakan isi kandungan dua buah buku yang dikirimkan oleh Kaiga yang diizinkan membacanya dalam penerbangan pulang ke Indonesia. Salah satu buku mengisi cerita kanak-kanak tentang seekor kuda tua dan catatan Kaiga buat Kaihatu, di muka surat kosong buku tersebut— ayat seruan cinta yang memanggil kekasihnya dari dataran-dataran Siberia yang bersalji.

"Menjangkakan bahawa yang berlaku itu tidak berlaku," Ujar Pramoedya kepada Kaihatu. "Pastinya pakej itu masih berada di armoire saya selama 14 tahun."

Kaihatu terus setia mendengar.

"Pada 13hb. Oktober 1965, rumah dan harta benda saya telah dimusnahkan oleh sekumpulan vandal. Termasuklah pakej itu, turut musnah sama sekali. Maafkan saya." Akui Pramoedya dengan rasa kesal.

Duduk kekal di situ, sangat membongkok, Kaihatu mengomel sendirian seperti yang Kaiga pernah gambarkan.

"Melalui kamu juga saya memohon ampun kepada Kaiga."

Mendengarkan itu, Kaihatu langsung terdiam.

"Kamu kenal dia, kan?" Pramoedya bertanya untuk kepastian buat kesekian kalinya.

Dalam nada berbisik, Kaihatu menjawab "Ya."

Semenjak itu tiada lagi bicara tentang Siberia, Irkutsk atau Kaiga. Batuk Kaihatu semakin parah, teruknya hampir tidak berhenti. Bila dia berjalan sendirian, dia kelihatannya tidak fokus dengan dunia di sekeliling. Dia seolah-olah seorang lelaki yang hidup di dalam mimpi-mimpinya sendiri.

"What I'm trying to tell you is that experience when not assessed, either by the person experiencing it or by someone else, will be a sheet of paper torn from the book of life, absent meaning. Experiences are none other than the building stones of life. Therefore, learn to evaluate your own experiences."
::: The Mute's Soliloquy (Page 282)

Di dalam buangan di Buru ini, Kaihatu telah mencipta sebuah lagu berjudul 'Karang Tumaritis'; liriknya dihasilkan oleh orang lain. Lagu yang langsung bisu buat si perindu. 

Nota: Kisah ini merupakan olahan saya yang diadaptasi daripada sebuah kisah yang tulis oleh Pramoedya Ananta Toer melalui buku autobiografinya berjudul 'The Mute's Soliloquy' dalam bab 'Music, Sports, Self-Defense & A Story' (warkah buat anak perempuannya bernama Yana).  

KAIHATU & KAIGA: BISU SI PERINDU (BHG. 1/2)

"If a person really does feel something, then he or she must do something about it—whether it be through thought or action. I hope you'll keep this in mind: Though one doesn't have to feel pity for another, one is still obliged to help."
::: The Mute's Soliloquy (Page 273)

Pada tahun 1959, sebuah delegasi anak-anak muda Indonesia melintasi Irkutsk, Rusia dalam perjalanan mereka menuju ke Festival Belia di Vienna, Austria. Delegasi tersebut telah menaiki keretapi di Canton menuju ke Peking dimana mereka kemudiannya menyertai Trans-Siberian Rail ke Eropah. 

Tetapi di sini, di Irkutsk, salah seorang daripada ahli delegasinya, seorang pemuda, terpaksa diturunkan untuk ditempatkan di sebuah hospital kerana sakit. Dia dipanggil Kaihatu, seorang pemuda berdarah Belanda yang dewasa sebagai anak jati Indonesia. Di hospital tersebut, Kaihatu telah dijaga dengan rapi oleh seorang jururawat bernama Kaiga, dan dalam sekelip mata mereka menjadi mesra bagaikan sahabat yang sedang bercinta.

Kaiga seorang gadis berusia awal 20-an, berambut hitam, bermata sepet dengan wajah serta pipi yang bulat, tubuh bersaiz besar, berdarah kacukan Rusia dan Mongol. Fasih berbahasa Inggeris menjadikan komunikasinya bersama Kaihatu tidak langsung sulit. 

Sepanjang merawat dan menjaga jejaka Indonesia itu di hospital, Kaiga langsung tertarik kepada keperibadiannya; mengenali cara dia berbicara dan mengomel serta memuji bakatnya bermain muzik serta menyanyi. Di situ juga sama langsungnya, Kaihatu mengenali Kaiga sebagai seorang gadis yang jujur dan ikhlas serta minat membaca.

Sesudah Kaihatu sembuh, dia pun meninggalkan Irkutsk untuk pulang ke Indonesia. Sebelum pergi, dia telah berjanji kepada Kaiga akan mengutus surat. Gadis itu percaya pada janjinya kerana ketulusan dan rasa kasihnya pada pemuda itu. Biarpun jangka waktu perkenalan mereka tidak selama mana, bahkan yang singkat itu juga telah meninggalkan kesan sedalamnya di jiwa yang ikhlas. 

Namun hari demi hari, bulan demi bulan dan setahun berlalu, tiada khabar yang diterima Kaiga daripada Kaihatu.


Maka di penghujung Oktober pada tahun 1960, Kaiga telah menerima berita bahawa ada seorang warga terhormat Indonesia berada di kota Irkutsk selepas menyaksikan sebuah projek belia di Bratsk. Warga itu bernama Pramoedya Ananta Toer dan tanpa banyak bicara, Kaiga bertekad untuk menghubungi Kaihatu melaluinya. 

Lalu dia segera menuju ke hotel di mana Pramoedya menginap, namun kecewa bila difahamkan beliau sudah keluar bersiar-siar di kota Irkutsk petang itu. Justeru Kaiga meninggalkan nota buat Pramoedya bahawa dia akan kembali keesokan pagi sebelum beliau pulang ke negaranya. 

Seperti yang dijanjikan, mereka bertemu di keesokan paginya di lobi hotel.

"Saya difahamkan tuan akan meninggalkan Irkutsk hari ini, maka saya pantas ke mari. Saya berharap tuan dapat membantu saya." Ujar Kaiga dalam bahasa Inggeris yang fasih.

Nadanya begitu sayu, seolah dia benar-benar perlukan bantuan.

"Siapa tahu... apa-apa saja... biar sekecil manapun pasti membuat saya senang." Ujarnya lagi.

Pramoedya melihat waktu di jam tangannya kerana ia sudah masa untuk dia berangkat. Dikesempatan yang singkat itu juga Kaiga telah menceritakan secara ringkas kisah pertemuannya dengan Kaihatu.

"Saya jururawatnya." Kata Kaiga yang kelihatan begitu sedih—terpancar di bening matanya.

"Siapa namanya?" Tanya Pramoedya.

"Kaihatu... " Perlahan Kaiga menutur nama yang dirinduinya.

"Tuan kenal dia?"

"Tidak, saya tidak tahu." Jawab Pramoedya sambil terfikir mungkin gadis ini tidak sedar bahawa Indonesia itu adalah sebuah negara yang terdiri hampir daripada 14,000 pulau.

"Malang," balasnya lalu menyambung "Namun begitu, saya berharap tuan dapat membantu saya menghubungi dia. Saya telah menulis surat ini buatnya."

Kaiga lantas mengangkat satu bungkusan di pangkunya lalu diletak di atas meja berhadapan mereka.

"Terpulanglah pada tuan, sudah tentu, tetapi saya berharap tuan dapat memberi pakej ini kepadanya. Sekadar dua buah buku, tidak cukup untuk menambah beban tuan dalam penerbangan. Kalau mahu, tuan juga boleh membacanya dalam kapal."

Sesudah itu, dia mengucapkan selamat tinggal kepada Pramoedya dan langsung ke tempat kerjanya. Saat itu juga, Pramoedya Ananta Toer bergegas menuju ke lapangan terbang bersama bungkusan tersebut dan pulang ke Indonesia. 

Nota: Kisah ini merupakan olahan saya yang diadaptasi daripada sebuah kisah yang tulis oleh Pramoedya Ananta Toer melalui buku autobiografinya berjudul 'The Mute's Soliloquy' dalam bab 'Music, Sports, Self-Defense & A Story' (warkah buat anak perempuannya bernama Yana).  

Monday, July 4, 2011

THE EMBLEM OF XANITH

Thursday — 30th June 2011/28th Rajab 1432
Time: 1.27 am (Malaysia)

"Mark the date tonight that I've cried a lot after understood my true being. Something I just found out after a series of memory flashback since childhood, what I was referred as in a book & I'm sure that's me. Then I discovered there's a term where Rasulullah s.a.w. witnessed my kind. I pray & I read Quran, but nothing can swept this feeling that I'm not human... to a betrayal." 
— Xanith


"In the history of mankind, there lies another kind... far & beyond the knowledge of the modern scholars, or in denial. The kind that will challenge your faith... beyond your expectation, unless you believe in Him & His creations thoroughly."

The emblem 1st mirrored

...مخنثون

The emblem 2nd mirrored
"If you look inside the eyes of a man & fell for the heart of a lady, don't turn away & say the feeling isn't true. If you happen to love the man with respect for dignity of a virgin lady, you fell for the right soul given by fate. No evil can create love from the heart of a human being but lust & no lust can penetrate the soul of a pure love unless taken."
The emblem reversed

Friday, June 24, 2011

NILAI DIRI DALAM SETAHUN

Genap setahun tetapi rasa bagaikan 10 tahun, itulah yang saya harapkan selepas meletak jawatan utama di sidang editorial Gempak Starz™ pada 14hb. April 2010 & berakhir 14hb. Jun 2010. 

Bermula Jun 2000, 10 tahun berusaha dalam Industri Komik Malaysia, saya telah diangkat ke satu level yang cukup tinggi selain menjadi antara yang terbaik di Gempak Starz™.

Namun dalam tempoh 10 tahun itu juga, segalanya saya kompaskan dengan akal & kotakan dengan hati—setiap peluang yang diberi walaupun berat hati saya untuk menerimanya, tetap dipikul kerana akal saya membolehkan ia mampu. Setiap konflik yang datang melanda sepanjang bergelar 'somebody' di dalam industri, saya tangani dengan akal walau hati merintih minta dibebaskan. Namun siapa yang tahu itu semua, kerana mereka saya bahagiakan dengan senyuman & keriangan saya selalu. Kalau saya marah kerana tugas, saya tersenyum juga kerana tugas malah diam juga kerana tugas.

Akhirnya bila saya membuat keputusan berkompaskan hati & dikotakan dengan akal untuk meletak jawatan, ada yang menyindir bahawa saya mementingkan diri sendiri & ada pula yang bertanggapan saya terlebih emosional selepas arwah ibu saya meninggal. Apapun bila keputusan saya sudah berkompaskan hati, ia tetap hak saya & lantaklah apa orang hendak kata.

Akal saya sudah tidak kuasa untuk serabut fikir apa orang lain kata, yang penting FAKHRUL ANOUR ABDULLAH adalah salah satu nama yang bukan asing di dalam Industri Komik Malaysia. Impian saya semenjak kecil untuk menjadi sebahagian daripada keluarga penggiat industri tersebut sudah tercapai, bukan sekadar bakat melukis komik saya dihargai malah suara saya juga turut didengari, secara profesional. Apalagi yang boleh saya katakan kecuali bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sedaif-daif insan seperti saya tetap Dia peduli, asalkan kita manusia tahu menghargai.

Tidak dinafikan sepanjang bergiat dalam industri, secara peribadi saya banyak berkawan dengan orang yang suka melemparkan kata-kata gurauan yang kasar memperli. Manakala secara profesional, saya berkenalan dengan ramai orang yang suka memberi kata-kata membina diri. Kedua-duanya telah memberi keseimbangan yang baik buat keperibadian diri sepanjang tempoh saya berkhidmat dalam industri. 


Baiklah, 10 tahun dalam industri sudah menjadi sejarah buat saya & bermula Jun 2010, saya ingin merasai satu kebebasan yang pasti dengan menjadi The Unconditional (Si Tanpa Syarat). Jika 10 tahun saya memegang prinsip buat industri, usai itu saya mulai memegang prinsip untuk diri saya sendiri. Saya beri tempoh setahun untuk menjadi The Unconditional & kini tempoh itu hampir luput. Kini saya dalam keterujaan untuk kembali seperti 10 tahun sudah di dalam industri, insya-Allah, lebih baik semestinya.  

Kesimpulannya, setahun yang baru pergi saya gunakan sebaiknya demi muhasabah diri. Ia tidak memerlukan kemewahan, kesenangan mahupun keselesaan, kerana untuk muhasabah diri, kita perlu merasai yang payah, yang getir & mesti dengan usaha sendiri!
Setahun sudah beransur pergi, yang buruk sudahku tepis ke tepi, yang baik akan kekal dihargai, yang setia menanti akan mulaiku hampiri & yang pasti... aku tetap di sini untuk segalanya berulang kembali.
Setahun itu banyak saya rancangkan, ada yang jadi & ada yang tidak, malah ada rancangan yang masih boleh menjadi. Dalam setahun itu juga banyak takdir telah berlaku yang mengubah rancangan-rancangan tersebut hingga kesudahannya... saya di sini menulis pengakuan ini.


Jika dipandang ke belakang, baru setahun rupanya. Dalam setahun itu sudah banyak juga komik yang saya buat berbanding sepanjang bergelar editor dahulu. Malah sudah banyak idea, pesanan & juga perkongsian kreatif telah saya juadahkan di laman Facebook, Wordpress serta blog ini. Kalaulah esok saya mati, tidak menyesal kerana saya masih menyumbangkan kreativiti (menulis & melukis) dalam setahun ini, terima kasih internet.

"Tapi masalahnya apa yang kau buat setahun ni takder hasil pun. Tak buat duit banyak mana pun!" Ada teman menyuarakan. Saya tidak perlu menjawab kerana dihitung setahun itu hingga ke hari ini, saya masih cukup makan, selesa tempat tidur & masih ada tawaran kerja untuk saya sudahkan, mungkin juga untuk saya abaikan. Juga mungkinkah dia tidak terfikir, apa yang telah saya lakukan sepanjang setahun ini mengekalkan prestasi saya dalam industri? Yang penting, saya masih di sini.

Lagipun teman yang bersuara itu, apalah sangat duit dalam poket kalau setiap kali gaji habis tengah bulan, hujung bulan ternganga namun masih belum ada harta untuk diwarisi sesiapa. Setakat berkepuk duit dalam poket untuk bermewah, menambahkan kalori & bermandikan barangan berjenama, trust me... I've did better to bare the worse!

Pernahkah kita mampu tersenyum bila sesen pun tiada dalam poket? Masih tersenyum menyelesaikan hutang? Saya yakin ramai golongan sederhana di kota yang akan murung. Berbanding saya, insya-Allah sudah terlatih untuk tidak malu berjalan kaki 10 KM balik rumah sendirian, sebab duit kehabisan di poket atau berperah otak untuk melangsaikan bil-bil bulanan? Trust me, I'm more durable than meet the eyes.


Dalam setahun ini juga saya seperti makhluk berperasaan yang lain, sedang merasa pancaroba bercinta yang benar-benar sakit tetapi sangat memberangsangkan jiwa hingga membuatkan saya insaf.
Bila cuba menafikannya, semangatku bagai ditarik pergi. Tetapi bila mengakuinya, semangatku berkobar-kobar menggila! 
Namun kalau hendak dihitung perasaan & cinta ini, sampai bilapun tidak akan pergi. Kerana saya sudah berjanji selepas ini, hidup saya mahu berkompaskan hati & dikotakan akal. Maka apa pun keputusan; siapa pun dia, si kecil atau si tua, binatang atau manusia, adam atau hawa, kalau itulah pembakar semangat hidup saya yang Allah kurniakan di hati ini, saya terima seadanya sesuai dengan sifatnya.
Setiap yang pergi pasti akan kembali, setiap yang hilang pasti akan berganti... yang patah pula pasti akan tumbuh lagi!
Oh ya! Tidak lupa ingin saya ingatkan, banyak juga buku telah saya baca dalam setahun ini & menjadikan diri saya lebih berpengalaman—duit boleh dicari, tetapi hati & perasaan kita... wallahualam. 

Justeru kepada yang membaca ini, nasihat saya janganlah abaikan hati anda, kerana itulah kompas kita sebenarnya & jangan takut mengakui kehendaknya. Jika tidak, akal akan kehilangan arah membuat keputusan bagi memberi kita kebahagiaan yang sejati. Jauh atau dekat pun kita, dengar kata hati & seimbangkan dengan akal. 

Bila akal jadi kompas, pastikan hati jadi nakhodanya... 
ketika ini kebahagiaan sendiri terpaksa diabaikan dengan menumpang kebahagiaan orang lain.

Bila hati jadi kompas, pastikan akal jadi nakhodanya...
ketika ini kebahagiaan sendiri tidak diabaikan malah menumpangkan kebahagiaan orang lain.

Akhir kata, hidup ini terlampau singkat untuk kita melupakan yang asas tentang diri kita secara emosional mahupun profesional. Semua orang boleh mengejar kekayaan, namun tidak semua kekayaan itu bererti kejayaan. Erti sebenar kejayaan bukanlah dinilai pada wang ringgit, tetapi pencapaian. Dengan pencapaian itulah akan datangnya kekayaan & ia berlaku bagaikan magnet; tolaklah semahunya, tertolak yang satu pasti ada yang lain datang melekat hingga kita benar-benar menolak rezeki... bila itu semua hak Allah s.w.t. 

Wasalam... ^_^

Tuesday, June 21, 2011

DA VINCI SAID... SAYA LUKIS!

"It's easier to resist at the beginning than at the end."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 01: Bergantung kepada keselesaan saya untuk bermula melukis sebuah potret, ia bergantung kepada perasaan saya kepada karakter yang bakal saya lukis. Jika saya ingin merasa lebih mesra, saya akan bermula dengan melukis matanya...
"Human subtlety will never devise an invention more beautiful, more simple or more direct than does nature because in her inventions nothing is lacking, and nothing is superfluous."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 02: Bermula daripada mata, keseimbangan saya untuk melukis satu wajah pun bermula. Tetapi untuk memulakan sesuatu lukisan potret wajah ilusi, jika bermula dengan mata, saya belum lagi boleh membayangkan bagaimana rupa sebenarnya sesudah siap.
"I have been impressed with the urgency of doing. Knowing is not enough; we must apply. Being willing is not enough; we must do."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 03: Kini saya sudah boleh membayangkan struktur wajahnya dengan lebih teliti melalui penghasilan tona warna bagi menaikkan tulang-tulang wajah untuk diserasikan dengan gaya rambut.
"As every divided kingdom falls, so every mind divided between many studies confounds and saps itself."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 04: Seterusnya saya memperbanyakkan lagi pembayang agar struktur wajah nampak lebih jelas serta berdimensi. Dengan cara ini saya akan rasa lebih mesra dengan karakter lukisan saya supaya perjalanan melakar berikutnya jadi lebih dekat di hati.
"Iron rusts from disuse; water loses its purity from stagnation... even so does inaction sap the vigor of the mind."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 05: Apabila saya gunakan warna coklat sebagai warna asas, maka warna-warna seterusnya akan tetap menggunakan tona warna dalam rona yang sama; coklat. Untuk memilih jenis rona warna, itu bergantung pada kedudukannya dalam pewarnaan & ia harus ditetapkan melalui penilaian logik kita sebagai pelukis.
"Common Sense is that which judges the things given to it by other senses."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 06: Walau dimanapun kita letak seni mewarna kita, sentiasa beringat untuk menggunakan warna dengan keseimbangan yang logik. Adakalanya kita mudah terbawa-bawa dalam mempamerkan bakat hingga lukisan yang dihasilkan lebih tampak keegoaan, berbanding kepuasan memandang sebuah seni halus untuk disyukuri.
"He who loves practice without theory is like the sailor who boards ship without a rudder and compass and never knows where he may cast."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 07: Sebagai seorang pelukis, ada waktunya melukis sesuatu bahagian itu agak membosankan. Maka apabila saya rasa sudah terlalu tipikal dalam membentuk rambutnya, maka saya akan beralih arah pula untuk menceriakan matanya. Disaat ini saya perlu lebih berhati-hati kerana sinar matanya yang sebenar akan mulai terserlah. Tersalah bentuk, saya bakal terkecewa!
"Life is pretty simple: You do some stuff. Most fails. Some works. You do more of what works. If it works big, others quickly copy it. Then you do something else. The trick is the doing something else."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 08: Seperti kata Leonardo da Vinci, untuk memulakan sesuatu memang mudah & mudah juga untuk mengabaikan sesuatu yang baru sahaja bermula. Tetapi apabila kita sudah berada di pertengahan sesuatu, amat sukar untuk mengabaikannya. Begitulah juga apabila saya ingin menyudahkan potret ini, saya hampir gagal membayangkan ekspresi matanya yang sebenar hingga saya memberi sedikit impak keunikan.
"It had long since come to my attention that people of accomplishment rarely sat back and let things happen to them. They went out and happened to things."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 09: Saya rasa sudah selamat bila sampai ke tahap ini & berjaya serasikan bentuk kening dengan mata serta wajahnya. Akhirnya sebuah lagi lukisan yang tidak akan menjadi mangsa keronyokan saya.
"I love those who can smile in trouble, who can gather strength from distress, and grow brave by reflection. 'Tis the business of little minds to shrink, but they whose heart is firm, and whose conscience approves their conduct, will pursue their principles unto death."
— Leonardo da Vinci

LANGKAH 10: Sebagai melengkapi satu wajah agar tampak lebih hidup, maka saya telah menggunakan Poppy Red, satu-satunya warna yang terkeluar dari famili warna coklat tetapi sangat berbaloi buat saya—satu kelainan untuk sebuah kelebihan.
"Art is never finished, only abandoned."
— Leonardo da Vinci

Medium: Berol Prismacolor

Thursday, June 16, 2011

GERHANA BULAN DI HATI KITA

Sayang...
Aku tahu kini kau terperangkap
Antara ingin mengerti atau pergi
Antara ingin menyakini atau benci
Antara ingin memahami untuk pasti
bahawa kita memang saling mencintai...

Sayang...
Jarang sekali kita bicara bersemuka
Apatah lagi berhubung suara ke suara
Mungkin kerana permulaan kita berbeza
Bercanggah cara untuk menyatakan
Bahawa kita saling cinta dan saksama...

Sayang...
Maafkanku kerana sedetik aku terlupa
Banyak benar persamaan kita aku curiga
Kerna terlalu lama kita berdiam rasa
Konon tidak mahu aku perasannya ada
Membohongi diri sendiri tidak menyakini
Bahawa kita berdua memang jodohnya cinta...

Sayang...
Tinggi semangatku kembali mencinta
Biarpun kini payah untuk aku mengerti
Jikalah kau ada rasa kembali ke sisi
Tidak aku mengharap untuk mengenalpasti
Bahawa kau masih cintakan aku seutuhnya diri...

Sayang...
Di gerhana bulan aku terkenangkanmu
Mengerti betapa gerhananya dirimu merinduiku
Ampunkanlah diriku memberi gerhana seketika
Percayalah bila selepas hilangnya gerhana
Bahawa akulah cintamu selamanya... 

Gerhana bulan bila bumi kita selari dengan matahari
Gerhana jiwa bila hati kita selari saling mencintai

Inilah bicara purnamaku yang mencintaimu. 

Sunday, June 12, 2011

INSIDIOUS


When it comes to spiritual world, the hardest part is when to make believe until you've seen it with your own eyes. Feels don't make you believe, feels make you think to gain faith.

Why there are people who have NO FEAR? I'm not talking about those who have NO FEAR to do the extreme workout, but I'm referring to those who have NO FEAR to be left alone; in the dark, in the wild or even in the extreme. These people never encounter with the underworld when they are awake, but when asleep, yes they do, but not often. Though they dream of ghosts during their sleep, they don't consider such dreams as nightmares because they end up a hero when awake. How is that?! Because they won over the ghosts!

Why are these people will have nightmares once a while during sleep, but they will wake up smiling & not bother by it?! It is because they haunted FEAR! So what are these people exactly?

The insidious...

NOTE: Inspired by 'INSIDIOUS' (2011 film)

Tuesday, June 7, 2011

ON STRANGER TIDES


O... Pirate O... Pirate
Life's a pirate everywhere you migrate
Once a dirk forever you're a jerk
Silly old fool for the young on tool
What silly love do when his heart's a voodoo

O... Pirate O... Pirate
Dumb old pirate makes everybody tire
Slump them on dire as their ride is on fire
Pretty young liars is what you fools desire
Back on supplier for the things you admire


O... Pirate O... Pirate
Leave the ocean as a pacifier
Depart yourself from being a lover
Nothing you can do but being a loser
Suck on every rubber just like a toddler


O... Pirate O... Pirate
Not for you my pirate of the Caribbean
On stranger tides you saw a chameleon
Trades the world at worth more than a million
For my love to you surpass the cost of a billion
I'll be down the shore to greet you at the pavilion


On the 5th of June I went to see the remarkable gallery at Mid Valley, then on 6th of June I went to watch the movie at Pavilion. I must say as what Jack Sparrow said in the movie "... it's all about the Journey." & that's how I rated the movie. Indeed, the movie is all about taking a ride into a journey of Jack Sparrow to find the Fountain of Youth. They promised Jack Sparrow will be in every scene, they did, based on a novel by Tim Powers with the same titled 'On Stranger Tides', they did. Seriously... I enjoyed the journey & can't wait to see more of Jack Sparrow, the twisted lover with Johnny Depp, the great actor play on the role! 

Friday, June 3, 2011

Thursday, June 2, 2011

HATI YANG TERTINGGAL (03/03)

Usah pergi kerana hati ini tidak akan pernah mahu pergi.
Usah nafikan lagi bila rindumu membuatkan airmataku menitis.
Usah khuatir juga jika tujuanmu hanya untuk bertanya isihati.

Jelas aku tetap berada dimana aku sentiasa berada.
Jelas sejauh manapun rasanya tetap dekat selalu kita.
Jelas yang sering berbangkit dirasa kita adalah cinta...

Saturday, May 28, 2011

HATI YANG TERTINGGAL (02/03)

Pernah mereka bicara denganku lalu bertanya jika aku punya hati yang tertinggal. Sejenak aku termenung memikirkan maksudnya sebelum menyatakan tiada. Kelmarin persoalan itu kembali menyelusuri seluruh benak kefahamanku, menyedari bahawa ada hati yang tertinggal di diriku. Hati itu khuatir, tidak ku ketahui siapa yang punya, kerana aku masih tercari-cari pemiliknya. Di fikiranku sudah terbayangkan siapa dan nyata bukan yang berhak untuk dimiliki. Lalu aku pula bertanya pada diriku sendiri, bagaimana yang ku terfikirkan tidak lolos untuk menjadi pemiliknya? Sudahku terdaya memikirkan yang berhak namun mana mungkin aku terdaya untuk memaksa jika hakikatnya tidak berhak! Sangat kasihan hati itu, tertinggalnya tiada yang empunya...

HATI YANG TERTINGGAL (01/03)

Salahkah aku bila menarik diri daripada bersekutu denganmu kerana perasaan ini? Tidak salah pada pandanganku, kerana perasaan ini hanya ada padaku dan tiada di dirimu. Sudahku luahkan rasa itu kepadamu namun tiada jawapan sama ku terima. Justeru bagaimana aku perlu rasa bersalah? Aku sendiri tidak tahu jika kau juga menumpang rasa yang sama? Seeloknya usah kita bermasam muka kelak berjumpa jika ada jodohnya, anggap sahaja aku penggodamu yang jahil dan tegurku seperti peminatmu, bukan lebih daripada itu. Aku perlu keyakinan ini untuk meneruskan hidup tanpa dibelenggu rasa benci kepadamu... wahai hati yang tertinggal.

Monday, May 23, 2011

POTRAIT OF A PADAWAN

Every Generation Has A Legend.
Every Journey Has A First Step.
Every Saga Has A Beginning.
— 'Star Wars Episode I: The Phantom Menace'
(written & directed by George Lucas)

PRACTICALLY I DON'T BUT LITERALLY I DO

It is all started with the idea of a headline 'Practically I don't but literally I do', but it took weeks for me to think of an idea of how to elaborate it into words & the relation is love. First of all, I can't think of a way how to begin my word so I begin it with honesty—in this first paragraph—literally a confession of my practical writing.

Friends had been asking me if I ever seriously involved in a love relationship. My answer is "I do!" & it's in the form of present tense so they should have known that I'm still in love. If they wonder "How long has it been?" so my answer will be "It has been more than 20 years—my first love at first sight. We were naturally in love during that every moment we'd been through; every song we heard, every move we made & every word we spoke is ours forever lives—even after we were apart."

I cannot lie to myself that when I'm in love with somebody else, means I'm in love with the first person I fell for. Every detail of how I fell in love with another person, at least the reason had been one or two quality I'd seen on my first.

A few friends advised me "Why look at the past when you can always see what's present?"

My answer would be & will be "We look at the past to value what's present. So when it comes to love I've experienced, it seems no less. You always want more than the less. So you'll know why I'm still in love with my first until now."

"But you can forgive & forget, right?"

"I can forgive but to forget, I don't think anyone can do that unless... (you know what I mean). So I was lucky when I was hit by amnesia back in 1997, I forgot almost all the details about my first & how it felt when we were in love, until I fell in love at first sight again with the second. The detail of how it felt has given back my old soul."

When you're amnesia, in a process of healing, every moment you're in or every person you've met, which or whom can unlock your old memories is consider a gift from heaven. Old friends who told story about your past are consider the angels of your life. So those who helps me to remember, directly or indirectly, will not be taken for granted & will always be in my remembrance—if I have the world today, they will be the first I celebrate. 

But sadly, nobody is able to replace my first love. The feeling & the memory I had with such love, I doubt it can be taken by anybody else. I've tried to believe when I fell in love in such a way again with a different person—the second, maybe the quality is far better than the first. But silly of me to believe love is all about quality, no it's not, exactly it's about memory—the moment of remembrance.

In the end what's left of me is just someone who is literally in love but practically single. Is there hope for another chance with someone new? I believe it is not me to hope for any others as my mind still can clearly picture the first person instead of the second. Though my heart flourishes with love for the second in memory of the first. So what's it going to be? Am I really in love? The answer to the question will be...

"Practically I don't but literally... I do!"

So it seemed with this writing & anything else. Joy to the world!