"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]
Showing posts with label GREETING. Show all posts
Showing posts with label GREETING. Show all posts

Wednesday, September 28, 2022

I'm on WEBTOON: Just...Love

https://www.webtoons.com/en/challenge/justlove/list?title_no=771764&page=1

I never thought my comic work will be published in WEBTOON when I never plan to be a part of the WEBTOON's community, yet. But when my publisher, KADOKAWA GEMPAKSTARZ joined WEBTOON and brought me along with other of their artists to be exposed in WEBTOON for English readers, I have to say it is another great honor of exposure after my work was translated for Japanese digital market since September 2020.


Also knowing my first WEBTOON series has reached above one thousand subscribers after 11 episodes being uploaded since 17 July 2022 is really a mood booster; an encouragement indeed... thanks a lot! ^_^

My humble gratitude to everyone who subscribes, comments and keeps on viewing my WEBTOON series and other artists by KADOKAWA GEMPAKSTARZ. Enjoy! ❤
     

Thursday, January 1, 2015

2015... A WHOLE RACE TO BEGIN


To whom it may concern, 

So what to be happy about when all around us are people trapped in disasters, when those who don't care found their way to party for the new year. Meanwhile those who care, mourn together with the victims. Am I trapped in a moment? No I'm NOT although I DO CARE. Therefore at home (drawing comics), on the first (almost end) first day of 2015, I just want to wish...

HAPPY NEW YEAR 2015 to everyone.

"A heart well prepared for adversity in bad times hopes, and in good times fears for a change in fortune."
Horace

Bad things happened to everyone, I had my share a few times and will happen again, I knew it. We just need to face the fact, no one escapes from bad things in life... not even the prophet. The only difference is how you and me co-op with the situation whenever bad things come into our life, maybe we're the same or maybe we're not.

"Sad people dislike the happy, and the happy the sad; the quick thinking the sedate, and the careless the busy and industrious."
Horace

Somehow when bad things happen to others, don't ignore, either we pray for their well being or donate something to ease at least some burden they're having: or both! If possible, at this critical moment, let them have their moment of grieve while we respect them with peace. But that doesn't mean we have to pause our other responsibilities. Like myself, I still have to draw comics and make sure I have my new year's resolution is in the workout, insha-Allah. 

"It is courage, courage, courage, that raises the blood of life to crimson splendor. Live bravely and present a brave front to adversity."
Horace
And sometimes when we thought this life is having too much of a conspiracy to begin with, exactly it is not. That just happened when we assumed too much, thinking that we're always right while others are wrong. So get ourselves together, because there are things in life that don't need science and spy to get it answered, whatever it is... it just need faith.

"The greatest lesson in life is to know that even fools are right sometimes."
Horace

Yours sincerely,
Fakhrul Anour

Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri '1435; I Love You... Allah'

Sepanjang Ramadhan kali ini umat Islam seluruh dunia diuji bukan dengan lapar dan dahaga, tetapi nilai kemanusiaan yang semakin merosot hari demi hari. Umat manusia tidak kira bangsa dan agama pula diduga dengan cabaran ekonomi yang melibatkan kerakusan kuasa-kuasa besar dengan muslihat yang dahsyat sekali! Di darat, kita diwartakan dengan kemalangan jalanraya yang semakin menjadi-jadi dan melibatkan kenderaan harga beribu ringgit hingga mengakibatkan kematian. Manakala di udara, dalam setahun kita dikhabarkan dengan lebih 5 buat pesawat harga berjutaan mendapat kecelakaan. Dalam bulan Ramadhan ini sahaja 3 nahas kapal terbang dilaporkan yang membawa kematian sekaligus sekelompok penumpang. Itu belum ditambah lagi dengan mangsa bunuh, samada bunuh diri atau dibunuh. Terfikirkah mengapa ini semua berlaku? Bagaimana nilai kemanusiaan boleh merosot begitu drastik sekali tatkala kemewahan semakin berlumba-lumba menunjukkan belangnya?

Pada saya, Syawal ini ialah Eid Mubarak yang menuju kepada kiamat, jika tidak Perang Dunia Ketiga kelak. Serangan Israel ke atas Gaza kali ini mungkin seperti serangan-serangan sebelumnya, tetapi muslihat tidak lagi dapat di tutup. Jelas bertebaran di laman sesawang suara rakyat Israel melaungkan hasrat membasmi puak Arab, membunuh kaum-kaum lemah di Palestin dan dalam jelajah menguasai Timur Tengah. CNN dan BBC tidak lagi dapat menutup pekung fabrikasi berita-berita mereka yang dikongkong oleh kuasa sekutu Israel yakni Amerika Syarikat. Syria dan Mesir jelas mempunyai nilai kompromi dengan kerajaan Israel secara halus, manakala negara-negara jiran Timur Tengah yang lain hanya pandai bermain sepanduk menyokong Palestin tetapi tidak berbuat apa-apa kecuali membebel. Bila bercakap soal PBB pula, ia seolah sudah tidak lagi berfungsi.

Tidak dinafikan rakyat Palestin adalah mangsa keadaan, dan mungkin sudah ditakdirkan Ilahi mereka adalah insan terpilih di dalam kesengsaraan ini... jiwa-jiwa pemaaf yang akhirnya dipijak-pijak oleh jiwa-jiwa pendendam. Perjuangan Hamas dan Al-Qassam saat ini memang seharusnya dipuji kerana akhirnya tampil lebih berani mempertahankan tanahair sendiri walau sepatutnya semangat sedemikian sudah diwujudkan sejak awal Palestin lagi, sebelum kanser Israel menguasai seluruh badan negara.

Namun apakan daya, ramai yang sudah lama tahu strategi Israel menguasai umat manusia tetapi lebih ramai yang termakan oleh kebangkitan ekonomi dengan janji kemewahan gaya dan pangkat. Tidak kira bangsa dan agama, kita sudah begitu dekat dengan resam berkereta sendiri itu lebih dipandang berbanding menaiki pengangkutan awam. Terbang ke luar negara itu membuktikan kita bukan lagi katak di bawah tempurung, lebih hebat berbanding ulat buku.

Biarlah ekonomi dibelit oleh kuasa Israel, asalkan ia tidak merundum di peringkat dunia. Walaupun di hadapan mata kita kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan AIPAC dengan bergelimpangan daging dan segala isi perut mereka di tanah Gaza, Syria dan Mesir. Menambahkan lagi keseronokan rakyat Israel melihat waris-waris Arab (yang menggunakan bahasa Al-Quran) satu demi satu tidak berkembang, manakala yang hidup dijerat satu persatu dengan keuntungan duniawi (serangan nafsu... kelemahan manusia!).

Apabila dikhabarkan dengan hujan berlimpahan di Ka'abah, ramai diantara kita melihat ia suatu rahmat, kerana ia jarang sekali berlaku. Tetapi tidak pula di antara kita merasa bimbang ia mungkin petanda untuk kita segera bangkit dan sedar. Kenapa? Kerana kita berada di kawasan yang tidak bergolak, beribadah dengan rasa sejuk kuyup di simbahan air hujan. Selamat dari serangan puak pelampau maka kita mengandaikan kitalah yang istimewa dan dilindungi manakala beribu yang mati dibedil dan dicincang itu sudah nasib mereka. Ya! Kerana kita belum lagi merasa kemalangan ngeri itu, dan kesengsaraan peperangan yang dimaksudkan.


Tidak dinafikan di Syawal ini saya bersyukur dapat meraikan kemenangan saya berpuasa di bulan Ramadhan tanpa dilanda sebarang kecelakaan yang teruk seperti mereka. Bumi Malaysia masih aman! Tetapi itu bukan bermaksud saya boleh abaikan dan berkata itu hal mereka bukan hal saya. Biarpun semalam saya gembira dapat meraikan malam bermulanya Syawal bersama saudara-mara yang berkesempatan hadir, namun hati ini lebih kepada mereka yang sedang dianiaya oleh muslihat Israel dan sekutu-sekutunya.

Majoriti umat manusia seluruh dunia tahu apa yang berlaku di Gaza, Syria, Mesir, Iraq, Rohingya, Pakistan, Afghanistan dan negara-negara berkemelut seumpamanya adalah tidak berperikemanusiaan, tetapi kebangkitan kita dari negara-negara sedang berkembang maju hanyalah suara dan cadangan. Tindakan belum lagi kerana hampir kesemua ekonomi dunia sudah dijerat Israel, dan untuk melupuskan itu kita kena berani menerima kegawatan global. Tetapi belum ada diantara kita redha untuk melepaskan Porsche, Ferrari, Ford atau mungkin juga Peugeot yang baru dibeli untuk memboikot segala perniagaan yang bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan yang melibatkan Israel. Apatah lagi meruntuhkan perusahaan Astro yang membawa pelbagai hiburan ke kaca TV rumah kita! Kerana kita berpendapat tidak salah kerana ia bukan menyumbang secara langsung kepada kuasa zionis itu. Walau kita lupa untuk faham, 5 sen yang diterima Israel jika melibatkan banyak usahasama yang berjaya di seluruh dunia tetap menyumbang berzilion dolar kepada The State of Israel (lebih banyak dari kutipan derma berjuta yang kita beri kepada Palestin).  

Jadi inilah Syawal saya kali ini, tidak begitu ghairah untuk terkinja-kinja dengan cuti yang ada (selain ingin melengkapkan Puasa 6 dengan jayanya. Insha-Allah!). Cukuplah dapat meneruskan hidup ini dengan berkarya dan jika diizinkan Allah untuk menggapai impian membina perusahaan seni sendiri. Perusahaan yang tidak akan sesen pun menyumbang kepada Israel atau sekutu-sekutunya, mahupun secara langsung ataupun tidak langsung!
Beduk berbunyi perahu ke muara,
Mencari juadah hingga ke pekan,
Kemanusiaan kita erti bersaudara,
Salah dan silap harap diampunkan.

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
& Salam Sejahtera...

Wahai taulan,

Tidak dinafikan kenyataan hidup bahawa setiap insan di dunia ini tidak menjadi semakin muda, namun itu bukan bererti kita semakin teruk dalam mengawal emosi. Malah menjadi semakin tua juga bukan bermaksud kita semakin azab dalam menjaga mental dan fizikal. Semua itu mainan psikologi yang cuba melemahkan kemampuan individu daripada terus melaksanakan tanggungjawabnya di dalam daya diri yang semakin malas. Itu semua cara manusia berpegang pada prinsip usia untuk bermain dengan pelbagai alasan agar anak muda yang melakukan semua kerja, sedangkan yang lebih dewasa mula mencari jalan melepaskan batuk di tangga.

Dewasa belum pasti berpengalaman
Usia bukan pengukur kematangan
Muda tidak semestinya kecemerlangan
Bila jati diri kejayaan ilmu & pengetahuan

Ketepikan soal berpenyakit kerana ada manusia yang sakit juga masih gagah mengawal diri, malah ada yang abnormal psikologi lebih gigih daripada yang normal psikologi. Sebagai peringatan untuk diri sendiri, cabaran hidup tidak akan pernah berhenti. Ada waktunya kita akan lelah melayan kerenah keadaan hingga membuatkan kita lebih senang berdiam diri dan mencari jalan sendiri. Tetapi itu tidak bermaksud kita mengundurkan diri, tidak bagi jiwa yang degil dan tidak mudah dipatahkan oleh caci serta dengki. Jika ada banyak kata-kata nista yang cuba melunturkan semangat kita untuk terus maju, masih ada banyak lagi kata-kata motivasi yang mampu menggerakkan kita untuk lebih cemerlang. Pandai-pandailah membawa diri, jangan terlalu manja dengan perhatian kerana bimbang kesudahannya kita senang dipermainkan. Tidak dinafikan bila di satu tahap kemajuan, ada dalang pembelotan sedang bermain di belakang kita di atas nama 'gila kuasa'. Ketika itu, jangan mudah melatah sebaliknya lakukan yang terbaik untuk memperbaikinya tetapi bukan dengan jalan 'gila kuasa' juga, sebaliknya 'waras kuasa'.

Setiap manusia pengalaman hidupnya berbeza, maka jalannya untuk berjaya juga berbeza. Ada yang berjaya dalam sekelip mata, esok tersandung mengemis di kaki lima. Ada yang berjaya terus berjaya, namun kita tidak tahu rahsia likunya untuk terus kekal berjaya. Ada yang berjaya tiba-tiba senyap entah ke mana, tidak perlu berfikir yang menggila kerana mungkin masanya menggali hasrat yang tertimba.

Hakikatnya, kita tidak mampu mengubah siapa diri kita. Jika ada yang berkata "Mampu!", itu semua pembohong kerana yang bersakit mental dengan personaliti berbeza-beza pun tidak mampu mengubah dirinya menjadi satu personaliti. Apatah lagi pelakon yang melakonkan watak yang berbeza-beza, keluar lokasi akan tetap menjadi seperti dirinya. Namun kita mampu mengubah apa diri kita, seorang pelakon kepada penyanyi, seorang pendakyah kepada pendakwah, seorang pengembara kepada pengembala, dan selainnya. Kita juga mampu mengubah di mana dan bila kita berada. Kita mampu mengubah kedudukan kita daripada rumah kecil ke rumah besar, dari duit sedikit ke duit banyak, bertubuh kecil ke tubuh besar dan begitulah sebaliknya!

Percayalah Taulan...

Siapa diri kita semalam tidak akan mudah kita lupakan dengan akal yang masih sihat dan waras. Kerana apa yang berlaku kepada kita kelmarin membentuk diri kita hari ini. Ada yang terus hanyut di bawa perasaan, ada yang melawan menentang arus perasaan. Itu semua asam garam kemanusiaan, yang pasti kita harus menikmati setiap keyakinan dengan keberanian. Ada pilihan yang terpaksa kita ketepikan dan ada kehadiran yang perlu kita raikan. Itu semua bergantung kepada nilai diri kita menghadapinya. Ada manusia yang tersilap membuat pilihan hingga berantakan, berbunuh-bunuhan dan malah ada yang gila tersepit dalam pelbagai pilihan. Malah ada manusia yang terperangkap dengan perasaan orang lain, dijerat lalu tidak berani melawan melepaskan diri. Apapun perkiraan tidak kira siapa mangsa dan pemangsa, itu semua kemelut pilihan yang hanyut dalam perasaan!

"Cinta itu bukan pilihan bila ia hadir dalam diri, namun ia pilihan untuk berdiri di sisi atau biarkan ia bebas berlari."

Jangan terlalu memikirkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan jika kita ingin melakukan perancangan di hari ini. Itu semua permainan perasaan, hasutan syaitan yang ingin melihat kita berputus asa sebelum mencuba. Teruskan berazam, teruskan merancang! Jangan bimbang duit berceceran di tepi jalan kerana masih ada banyak lagi duit di tangan insan-insan yang simpati memberi bantuan. Usah khuatir berlari berbatu jauhnya daripada mengejar masa dengan memandu kemewahan beribu batu namun masih leka dalam kelajuan nafsu. Jangan difikirkan sangat soal darjat kerana walau kaki menjejak ke bendang bernajis kerbau pun akan tetap terus dihormati jika niatnya ikhlas. 

Biarpun hidup ini hanya sementara namun di dunia ini, yang sementara itu jugalah segelintiran jadikan bekalan kebahagiaan. Teguklah arak berbotol-botol untuk melupakan perasaan, menyedut asap berkepul-kepul bagi melegakan tekanan dan mengambil dadah berbiji-biji demi membina keyakinan, semua itu tetap bukan kesudahannya jika jati diri tidak mampu mengawal perasaan. Caci dan makilah kerana dendam, kebenaran atau kealpaan kerana caci dan makian itulah yang membawa kejayaan mutlak kepada yang dihamburkan. Laungkanlah apapun sentimen yang bersifat sementara, kesudahannya jangka panjang juga pendidikan yang membawa kepada pengawalan diri.

1st January 2013... the same old me feelin' brand new!

Justeru Taulan...

Nama saya Fakhrul Anour, saya juga manusia biasa seperti kalian yang ada waktunya lalai dalam membuat keputusan. Namun tidak pernah saya gagal untuk tanamkan azam demi merancang menjadi yang lebih maju di masa akan datang. Ada yang berjaya tertunai, ada yang gagal tidak menjadi dan ada yang tertunggak dibawa ke hadapan. Yang penting kita jangan pernah berputus asa, kerana nilai kehidupan walaupun bersifat sementara bukan tanda kita kena melepaskan peluang yang ada selagi jantung berdegup. Menjangkakan waktunya kita akan mati dan dunia bakal kiamat, itu semua kerja Tuhan dan kita sebagai hamba-Nya hanya perlu menyemai dan menuai di bumi ini mengikut keupayaan serta kemahiran yang dianugerahkan kepada kita. Jangan dibazirkan benih-benih bakat yang ada, kerana dalam banyak limpahan itu pasti terselit jika tidak lebih sekurangnya satu yang bakal  menyinar membentuk segala kebenaran dan tidak mustahil mengajak kepada segala kebaikan; dalam cahaya keimanan melakar riang di kesenian duniawi. Oleh itu teruslah berazam, jika tidak untuk diri kita mungkin untuk generasi yang bakal datang dalam mengimpikan perkara sama yang kita pernah ada. Persiapkan bendang untuk mereka menyambung tradisi kita menyemai dan menuai dalam mengusahakan bakat yang kita tinggalkan. Industri Komik Malaysia tetap impian saya untuk menyemai dan menuai azam yang ada. Semoga usaha akan terus dihargai bersama... insha-Allah. ^_^

SELAMAT TAHUN BARU 2013... Industri Komik Malaysia!!!

***************
 To my yesterdays,

careful with your ego
he's the one that we should blame
had to grab my heart back
God knows something had to change
I thought that you'd be happy
I found the one thing I need
why you mad?
it's just a brand new kinda me
    
'Brand New Me' original by Alicia Keys (Girl On Fire) | music by The10thCloud

Sunday, August 28, 2011

1432/2011: SALAM MERDEKA RAYA, MALAYSIA!

Tahun 2011 memberi keunikan tersendiri kepada sebuah negara berteraskan Islam sebagai agama rasminya di Asia Tenggara. Ia tidaklah sebesar Indonesia atau sekaya Brunei, namun Malaysia di tahun ini meraikan kemerdekaan negara dalam keseronokan umat Islam menyambut kemenangan selepas berpuasa di bulan Ramadhan.


Dalam kemelut politik, pelbagai persepsi kemerdekaan cuba dipermainkan oleh sebahagian rakyat Malaysia sendiri (ada diantaranya di bawah pengaruh luar) atas alasan inginkan perubahan mengikut citarasa mereka. Namun kita perlu sedar dalam konteks rakyat bersatu, sejak 31hb. Ogos 1957, kemerdekaan telah memberikan kita banyak peluang untuk melakukan perubahan buat negara Malaysia yang dicintai ini.

Bila hari ini dilaungkan 1Malaysia, ia merupakan kesedaran buat kita bahawa kemerdekaan negara ini daripada pentadbiran asing ke pentadbiran tempatan dijayakan oleh pelbagai bangsa dengan diterajui oleh pakatan Melayu di bawah seliaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apapun erti kemerdekaan yang cuba dipersoalkan buat negara Malaysia, hari ini kita wajib berbangga dengan kebebasan yang ada, biarpun terhad masih banyak yang boleh kita praktikkan. Sebagai manusia, kita perlu sentiasa ingat bahawa kebebasan kita tetap terhad dalam peruntukan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan dan keamanan sejagat.

Bagi saya, konsep dijajah banyak persepsinya. Namun apabila ada yang beranggapan bahawa mentaliti kita masih dijajah, faktor itu terlampau subjektif untuk dijadikan tuduhan buat rakyat negara Malaysia. Kerana bagi saya minda kita sampai mati pun akan terus dijajah oleh pelbagai pengaruh tidak kira baik atau jahat. Penerimaannya terpulang kepada persepsi diri kita sendiri.
"Kemerdekaan kita bergantung kepada bagaimana kita ingin dijajah. Perspektif kehidupan sebagai manusia tidak akan pernah dapat lari daripada dijajah. Sama ada dijajah oleh budaya, agama mahupun bangsa."


Dengan adanya negara merdeka seperti Malaysia, rakyatnya mempunyai kebebasan dalam memilih penjajahan mereka sendiri. Jadi tidak timbul isu negara kita masih dijajah oleh orang luar, sebaliknya yang berpendapat sedemikian sebenarnya minda merekalah yang dijajah oleh orang luar.

"Kemerdekaan bererti bila kita mampu bebaskan pemikiran daripada keresahan dilanda masalah, bersifat terbuka dengan kegetiran hidup dan redha dalam setiap ujian yang melanda diri. Jangan jadikan kesengsaraan tanda kelemahan kita, kerana kepayahan adalah tanda usaha dan keamanan adalah tanda kejayaan. Lantas kita perlu ingat, kemewahan adalah kemerdekaan kita menjayai hidup tanpa kongkongan orang lain."

Justeru kembalilah mentafsir semula maksud merdeka buat negara kita serta diri sendiri dengan baik dan saksama. Jika orang luar sudah mulai menghargai bakat orang Malaysia, itu tandanya kita sudah berjaya menjajah mereka. Jika rakyat kita sudah boleh diterima bekerja secara profesional di negara asing, itu tandanya kita sudah berjaya menjajah mereka. Jika orang luar ramai yang berkeinginan untuk bekerja di negara kita, itu tandanya kita sudah berjaya menjajah mereka. Jika bahasa kita juga sudah mulai suka dipraktikkan oleh rakyat negara lain, tanda kita sudah menjajah.

Namun teladan kita di masa lampau, janganlah menjajah hingga memudaratkan tempat tinggal orang lain. Manusia perlukan tapak untuk hidup, sumber tenaga untuk berusaha dan perniagaan untuk maju. Sebuah negara yang dijajah dengan teruk tidak akan dapat menikmati semua itu. Jadi berfikirlah seperti seorang penjajah yang baik. Apa pun kita dan siapa pun kita, sentiasalah berfikiran positif bahawa kemerdekaan itu bukanlah bermaksud bebas daripada penjajahan sepenuhnya, sebaliknya ia bermaksud memerdekakan diri kita supaya dapat menjajah dan dalam makna yang lebih sesuai, mendominasikan prinsip kebebasan tersendiri di bawah naungan yang lebih demokrasi.
"Kita perlu ingat, demokrasi itu juga salah satu prinsip penjajahan... yang penting juruskan ia ke prinsip yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang, termasuk yang ingin memanipulasikan sistem kebebasan menjajah yang merdeka."
Justeru di tahun ini, di mana sahaja anda menyambut Hari Raya Aidilfitri pastikan 31hb. Ogos 2011 (Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54) diberikan ruang kepada kita oleh kita sebagai rakyat Malaysia untuk merayakannya. Selepas negara kita menang dalam ertikata merdeka daripada pentadbiran Britania Raya, di tarikh ini sebagai umat Islam khususnya, peribadi kita menang dalam ertikata merdeka daripada terus dijajah oleh minda bermegah hingga tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t ketika masih ada.
Jalinan setia senantiasa terpatri
Tidak pinta dibalas acapkali berbudi
Salam kasihku hulur di Aidilfitri
Moga persaudaraan ini kekal abadi

Wednesday, August 17, 2011

'13'... KETETAPAN SATU KEBETULAN

Amaran:  
artikel ini tidak sesuai kepada yang menghadapi masalah Triskaidekaphobia, Paraskevidekatriaphobia atau Friggatriskaidekaphobia. Tetapi kalau korang rasa nak mengubati masalah tu, boleh la terus membaca. Silakan!

Tak dinafikan '13' sudah menjadi salah satu nombor istimewa di seluruh dunia dipelbagai agama, budaya & kefahaman. Namun pada saya, ia ada kelebihan tersendiri buat diri ini.

'13' memang sudah menjadi nombor kegemaran saya selain nombor '7'. Kalau jadi ahli sukan masa kat sekolah dulu, nombor pilihan saya mesti '13' atau '7' (selain daripada itu saya kurang berkenan). Kalau dalam team bola tampar sekolah dulu pun mesti nombor tu. Sebagai seorang Muslim, saya wajib tahu '13' rukun sembahyang. Manakala mengikut tarikh lahir Gregorian, '13' hb. Februari 1975 adalah tarikh sebenar saya dilahirkan ke dunia ini iaitu pada hari Khamis di waktu Maghrib, sebelum didaftarkan keesokan harinya pada 14hb. Februari 1975. Malah saya juga ada menghasilkan cerpen bersiri 'Jangan Tutup Lampuoooo' berjudul [Jumaat '13'] yang dalam perancangan untuk dijadikan novel ringan. Bagi menjadikan '13' lebih bermakna dalam hidup saya, cinta pandang pertama/LAFS saya berlaku '13' tahun setelah saya dilahirkan, iaitu pada tahun 1988 ketika saya berusia '13' tahun (dalam Tingkatan 1). Manakala LAFS kedua saya terjadi pada tahun 2009, mengakhiri '13' tahun saya dilanda amnesia... syukur Alhamdulillah.

Menarik, kan? Bukan nak percayakan sangat pun kelebihan nombor '13', namun hidup kita ni kalau tidak ditetapkan dengan nombor, pasti kita mudah lupa. Tidak mustahil kalau saya katakan setiap ibadah kita ditetapkan dengan nilai bernombor untuk menjaga ingatan serta peradaban kita dalam melaksanakan tanggung-jawab sebagai khalifah di mukabumi ini. Jadi, cuba anda peringatkan diri anda kepada satu nombor peribadi yang istimewa, pasti korang sedar akan kebesaran Ilahi yang menjadikan satu ketetapan itu seolah satu kebetulan. Jika hanya kita mahu mengerti.. d[^_^]b

Salah satu kebetulan yang menarik tentang kerjaya saya di Art Square Creation Sdn. Bhd. (Gempak Starz™) ialah ia bermula pada Jun 2000 sebagai Sub-Editor, Jun 2003 dinaikkan pangkat sebagai Editor & pada Jun 2010 saya menamatkan khidmat saya sebagai Editor di syarikat tersebut. Untuk pengetahuan korang, dalam matematik, nombor '13' adalah nombor perdana (prime number) ke-6 & Jun adalah bulan ke 6 dalam tahun Gregorian. Menariknya, di dalam surat pengesahan saya meletakkan jawatan, tarikh terakhir saya lupus kuasa ialah pada '13' hb. Jun 2010! Justeru sempena ulang-tahun ke '13' majalah GEMPAK™ pada tahun ini (2011),  saya mengucapkan... "Happy 13th! Keremajaanmu baru bermula. Yeah!"

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

"I will break these chains that bind me,
happiness will find me,

leave the past behind me,
today my life begins.

A whole new world is waiting,
it's mine for the taking,

I know I can make it,
today my life begins..."
— 'Today My Life Begins' by Bruno Mars

Menjelajah ke tahun baru sekali lagi kita. Apa yang berubah? Saya tidak pernah berubah kerana saya tetap saya. Namun pengalaman hidup saya berubah, kekentalan jiwa saya bertambah & keberanian saya kini semakin menebal.

Jika 2009 ke 2010 mengubah saya daripada seorang yang berpengaruh dalam Industri Komik Malaysia dan editor majalah GEMPAK™ yang korang kenali, 2010 ke 2011 mengubah saya menjadi Fakhrul Anour Abdullah yang lebih 'sufi'. Hehe... lawak tak statement tu? So what! Bukan korang pun, kan?

Pertama sekali saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada rakan taulan, saudara mara, para peminat & sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Semoga korang lebih bersemangat menghadapi hari-hari baru di tahun baru yang lambat laun akan jadi lama gak, dengan lebih tabah.

We'll see what will happen for (ortu...) me on 2011, about the 2010... saya rasa hanya satu dua perkara jer yang saya carry forward, yang tak perlu sudah ku katakan 'GOODBYE' by Secondhand Serenade yang lain semua 'MAKE IT HAPPEN' by Mariah Carey... 'THAT's MY GOAL' by Shayne Ward. Haha!
"Guess it's hard for people who are so used to things the way they are - even if they're bad - to change. 'Cause they kind of give up. And when they do, everybody kind of loses."
— Trevor McKenney ('Pay It Forward' | 2000)


'All The Best For Us All'
Fakhrul Anour Abdullah
Written on 01.01.11...

Untuk yang lalu...

"Janganlah lagi kau
mengingatku kembali

Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon
dan meminta hatimu

Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku..."
— 'Aku Bukan Untukmu' oleh Rossa

Friday, December 31, 2010

PROMO KOMIK: THIS PART... IT BREAKS ME!

This is a plot of page 3 comic adaptation of 'When It Breaks More Than It Should' by Igniz & this is considered the most emotional plot I had to draw. You can even see a trace of my tear on it.

I'm not even close compared to the child in the story, but it was heartbreaking that I had to draw a loving mother being scold by his lovely child. The whole night I heard my mother whispered to me that I'm nothing like what they said. She even reminded me that I never raised my voice to her. Then she brought me back to our memory lanes, she said the worse act I did to protest her was drowned my head in the tempayan full of water. She said it was heartbreaking for her to hear them accused me that way when she couldn't even be there to protect me. When she was alive, it was hard to let her selfishness kills my dream by ordering me back into the cave. So she let me danced with the crowd & patiently heard my series of complaint about those love hunters until demons scared her soul to death...

Now, after she passed away, she was even worried because I have to bring her charismatic value. When I was a kid, the reason she smacked or rotan me because I easily smiled to strangers. She said don't easily smile to others unless I have someone to protect my smile. No wonder I hardly smile in the photos when I was a kid. She said I was a very loyal child but she was worried for one day I will suffered her beauty & being taken away by the wrong people. While the right people just watched with so much blame on me for not knowing to choose what's right & what's wrong. But why they didn't even say something beside blaming? Because they plan to kill the beauty they cannot own with other people's hand.

She also said I had to stick to my true love if I want to escape from forever being taken by the wrong people, even if one day this true love will not be there to enjoy my victory. No regret she said, as long we have a heart that believes what is right...

Mak... Do you remember when we acted in that movie together? When the co-actor slapped your face slowly then you fell hard on the floor by saying "Aku tak tahu! Aku tak tahu!"? Especially when we had to do the take over & over again which I almost wanted to scold the director? I really cried hard for you, mak... for every take. Thank God you understood me & patiently calmed me for every take. Separated from me during the shot was not brilliant. "For my trust," you said.

Mak...

I'm breaking away soon. dead or alive is not my choice anymore, my choice is true love though I have no power to hold it tight with me. But I can never forget what your sister -in-law said to me a few minutes after you passed away...

"You know sweety, the last thing she was worried before she passed away is your charm. She was afraid you couldn't handle all the pressures. Your mother when she was alive, since forever, she was a princess then a queen... everything around us, it was all about her. Now you..."

Mak...
After that all I heard was "Run away... be away... but before that, stay a while & teach them right. Tell them what they feel about you will only provoke defamation & only true love can feels you right."

Mak...
A year ago... before new year 2010, I fell in love at first sight again. It was beautiful though as usual... heartbreaking. It took me a journey to understand that it's real! I'm slow, yes... Yet unashamed after that, I shout to the world "I'M IN LOVE!". But as I don't want to worry you so much, I will only let the feeling controls me... the person is free to fly away unless otherwise, we'll see.

That's love... right, mak? True love.

I LOVE YOU...


Happy New Year 2011, mother...
you're my angel forever.

Thursday, July 22, 2010

INDUSTRI KOMIK MALAYSIA: 10 TAHUN PENGABDIAN EDITOR


Hari ini sudah lebih sebulan saya meninggalkan karier profesional sebagai salah seorang penyunting terunggul Industri Komik Malaysia di GEMPAK STARZ™ untuk majalah UTOPIA™ konsep baru yang bermula pada tahun 2009 dan semestinya nadi terulung saya, GEMPAK™. Namun begitu, selepas 10 tahun berkecimpung dalam arena komik ini masih ramai yang keliru dengan tanggung jawab sebenar saya terutamanya pengikut setia (kipas-susah-mati) GEMPAK™ sebagai seorang penyunting (editor). Malah tidak saya nafikan mereka juga kurang pasti bagaimana kapasiti kerja sebagai seorang ketua penyunting.

Kerjaya saya secara rasmi bermula di BRG Art Square Sdn. Bhd. pada 20hb. Jun 2000 sebagai pembantu penyunting untuk Majalah Komik Generasi Baru, GEMPAK™. Beberapa bulan kemudian syarikat penerbitan mula melangkah maju sebagai syarikat penerbitan komik dan bertukar taraf sebagai Art Square Creation Sdn. Bhd. yang berlokasi di Bandar Tasik Selatan, KL. Tidak lama kemudian saya mengambil langkah berani menerajui sendiri majalah GEMPAK™ selepas kedua-dua bekas editor saya, Kit dan Toopai memilih langkah baru masing-masing. Dengan prinsip 'alah bisa tegal biasa' dan 'berpantang mundur sebelum berjuang', saya menangkis sebarang kemusykilan diri dan berani melakukan pembaharuan.

Ketika saya memegang peranan sebagai editor, tiada siapa yang begitu yakin dengan kebolehan saya. Bagi saya itu adalah perkara lumrah memandangkan keperibadian saya sebagai graduan sains dari Universiti Teknologi Mara/UiTM. Justeru cakap-cakap sinis akan mungkin ketidakmampuan saya menjadi pembakar semangat untuk saya buktikan mereka salah. Dengan dua majalah dalam tanggung jawab, GEMPAK™ dan UTOPIA™, saya gagahkan diri untuk fokuskan yang terbaik.

Meneruskan tanggung jawab bagi mengekalkan sesuatu yang sudah terbaik di pasaran bukanlah mudah. Saat saya dipilih untuk meneruskan legasi GEMPAK™, bimbingan dan sokongan rakan-rakan sekerja serta kata-kata perangsang bekas editor saya (Kit dan Toopai) sangat dihargai. Perkongsian kreativiti daripada Mr. Botak (Terrence Choi) & keyakinan mentaliti daripada Shazabi (Chris Yew) banyak membantu saya memahami konsep produk penerbitan. Daripada situ, secara semulajadi saya membina formula baru untuk memastikan majalah GEMPAK™ kekal di pasaran biarpun mungkin nilai pasaran berubah.

Keseragaman teks
Sebelum saya menerajui sendiri majalah GEMPAK™, seperkara yang saya fahami ialah setiap penerbitan komik (terutamanya majalah humor) gemar menggunakan bahasa pasar. Justeru majalah GEMPAK™ tidak ketinggalan. Namun ketika itu ia langsung tidak dipantau dengan baik dan menjadi isu bahasa paling kritikal di Malaysia.

Dengan majalah GEMPAK™, saya menjadikan ia pelantar untuk saya melakukan perubahan paling asas iaitu memantau keseragaman penggunaan bahasa pasar berbanding rasmi dalam penulisan. Daripada situ saya mulai bina keseragaman lain seperti cara menulis bahasa asing, tajuk serta katanama dalam pembentukan tatabahasa lebih praktikal untuk memastikan pembaca majalah GEMPAK™ terutamanya golongan muda pandai membezakan mana yang rasmi dan sebaliknya.

Daripada sudut moral, ia mampu mendidik pembaca kita memahami kontradik secara dialektik dalam pembacaan. Malah keseragaman ini telah membantu saya menjawab setiap soalan yang diajukan oleh wartawan-wartawan akhbar tentang isu 'perosak bahasa'. Sekurang-kurangnya dengan adanya pemantauan bahasa pasar sedemikian di dalam majalah GEMPAK™, ia membuktikan kepekaan sidang editorial yang saya terajui terajui ketika itu.

Menaiktaraf kualiti industri
Perspektif industri sebelum kewujudan GEMPAK™ masih kelam dengan hala-tuju yang pasti. Namun semasa saya menerajui majalah tersebut, hala tuju dan identitinya memberikan perspektif jelas ia mampu mendidik pembaca tentang industri komik dunia kepada tempatan. Ini sekaligus dapat memberi rangsangan kepada industri untuk bercambah. Justeru penyertaan saya dalam sidang editorialnya adalah untuk menyambung mandat serta mengekalkan hala tuju dan identiti tersebut mengikut peredaran masa berpandukan pandangan dan ideologi sekeliling.

Seiringan dengan itu, Industri Komik Malaysia semakin bertambah sihat dengan saingan produk komik baru, penerbit komik baru dan kebanjiran komik-komik cetak rompak terutamanya daripada Jepun yakni manga. Persaingan ini memberi peluang kepada saya memantapkan status dengan berani menyahut dan mengulas setiap saingan melalui kepakaran saya sebagai editor. Majalah GEMPAK™ dijadikan pelantar untuk saya mengekspresikan pengetahuan industri komik dengan cara santai namun berinformasi tinggi.

Bukan satu perkara yang mudah untuk membentuk formula artikel dengan imej tersendiri dengan impak informasi jitu. Namun saya galas tanggungjawab itu dengan keyakinan ia mampu memberi perubahan kepada konsep penyampaian maklumat terutamanya untuk industri komik kita. Sebagai seorang editor sebuah majalah, saya sedar kelebihan saya ialah menjadi pena utama dalam menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan daripada pelbagai sumber dengan gaya yang lebih efisyen serta releven buat identiti industri berkaitan.

Memartabatkan Imej Industri
Seperkara yang saya tidak pernah terfikir untuk hadapi saat menyertai bidang suntingan di majalah GEMPAK™ ialah menjadi perwakilan buat industri secara profesional. Mulanya saya hanya melihat diri saya berkhidmat sebagai penyunting serta pelukis komik untuk majalah GEMPAK™. Selebihnya jika ada tetap kekal sebagai itu dan tidak melangkau hingga mewakili Malaysia untuk industri dalam pelbagai program dalam dan luar negara.

Oleh kerana saya memegang prinsip bertanggungjawab dan 'alah bisa, tegal biasa' maka peluang diberi tidak mungkin saya persiakan. Sekurang-kurangnya ia memberi saya lebih pengalaman sekaligus cepat mendewasakan diri dalam industri. Justeru bermula dengan menjadi ahli jawatankuasa PeKartun, wakil Malaysia untuk 'People to People Exchange Programme' dan 'Asean Art Symposium', diikuti sebagai juri tiga tahun berturut-turut 'MSC-MDeC IP Challenge' bagi kategori Komik Digital dan menjadi moderator bagi 'Kre8tif Conference 2009' serta sebagai wakil media untuk pelanggan-pelanggan iklan di dalam serta luar negara, banyak membantu menaikkan nama saya dalam industri setanding dengan nama-nama besar yang lain. Tidak ketinggalan kemunculan saya dalam program-program TV yang melibatkan isu komik tempatan.

Dalam tempoh 10 tahun saya sudah melangkau sedekad kemajuan dalam industri. Bagi saya ia sudah cukup membantu bukan saja diri saya malah juga industri. Mungkin sesetengah pihak berpendapat peranan yang saya mainkan dalam tempoh sedekad itu terlampau kecil, namun bagi saya memadai dengan kemampuan yang diri ini ada.

Industri Cabaran Perniagaan
Diperkecilkan, diperlekehkan mahupun dipersendakan oleh sesetengah pihak tidak pernah menjadi igauan ngeri buat saya untuk terus membuktikan kebolehan diri membantu Industri Komik Malaysia sebagai editor. Anggap saja ia satu cabaran yang seronok kerana ia hanya datang daripada golongan minoriti.

Dalam tempoh 10 tahun saya juga kena bergelut dengan pelbagai isu moral kemanusiaan sebagai seorang editor kepada pekerja, pembaca dan masyarakat amnya. Antara isu-isu tersebut seperti perkauman, hakcipta karya, krisis identiti bakat dan pelbagai lagi yang melibatkan ketahanan psikologi saya untuk sentiasa stabil menanganinya secara profesional dan saksama. Namun setiap sesuatu ada hadnya dan begitu juga saya.

Mungkin tugas saya sebagai penyunting paling lama di GEMPAK STARZ™ sudah berakhir, tetapi saya tidak pernah menganggap penglibatan saya dalam industri turut berakhir. Ramai yang masih keliru dengan kepentingan saya dalam Industri Komik Malaysia ketika memegang tampuk sebagai editor serta kapasiti kerja yang perlu saya lalui. Namun itu bukan hak saya menyuarakan kepentingan diri kerana itu pengiktirafan yang diberikan oleh penggiat dan penggemar industri.

Justeru selepas 10 tahun, saya bukan lagi seorang editor mahupun golongan profesional di bahagian suntingan atau mana-mana perwakilan profesional media bagi Industri Komik Malaysia. Saya kini hanyalah seorang artis komik tempatan yang ingin mencari tapak kukuh dan berhasil sebagai seorang pelukis komik bergelar FAKHRUL ANOUR. Jika ada peluang, saya hanya ingin melakukan yang terbaik, jika tiada, hidup ini masih banyak ruang untuk berdikari...

Wasalam
FAKHRUL ANOUR

Friday, July 9, 2010

SEBELUM 10 TAHUN… JEJAK FAKHRUL ANOUR

Sudah menjadi lumrah sesuatu yang bermula pasti akan berakhir. Samada ia berlaku dengan sengaja, dipaksa mahupun terpaksa bukanlah isu saya menamatkan riwayat saya sebagai penyunting (Editor) terulung majalah berbahasa Melayu di Gempak Starz™. Bagi saya ia petanda Yang Maha Esa mendengar doa yang saya tadahkan sekian lama (sejak kecil lagi) — selepas 10 tahun saya akan menamatkan sesuatu untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah kerana ia termakbul jua namun tidak percuma kerana saat saya hilang keyakinan mampu mencapai matlamat tersebut, ditakdirkan-Nya saya perlu redha akan kepulangan ibu tercinta. Selepas itu asa dan keikhlasan saya untuk meneruskan ketetapan sebagai ketua penyunting di Gempak Starz™ berbelah bagi apatah lagi diasak dengan pelbagai tuduhan, curiga dan celaan daripada sesetengah pihak yang selama ini sangat saya hormati.

Art Square Creation Sdn. Bhd. kini telah membangun gah sebagai Art Square Group dengan jenama komik tersohor Malaysia, Gempak Starz™. Secara kebetulan saya memulakan kerjaya di situ dalam bulan April 2000 dan mendapat pengesahan pekerja tetap pada 20hb. Jun 2000 sebagai pembantu penyunting (Sub-Editor). 10 tahun kemudian, saya meghantar surat perletakan jawatan saya dalam bulan April 2010 & sah meninggalkan pejabat pada 11hb. Jun 2010.

BAKAT MELUKIS BERMULA...
Mengimbau sejarah saya bermula di dalam industri ini tidak semudah seperti yang ramai sangkakan. Minat melukis komik sudah tertanam dalam diri sejak kecil dan ia makin terdorong apabila melihat pelbagai jenis komik terutamanya koleksi komik ‘Salina’ di rumah saudara mahupun pelbagai komik berbeza genre dan bahasa di perpustakaan sekolah. Namun ketegasan arwah ibu ingin melihat saya memasuki bidang perubatan seperti suaminya, tidak mengizinkan saya mengambil silibus lukisan atau menyertai mana-mana aktiviti melukis.

Tetapi arwah tahu kesungguhan saya dalam merealisasikan sesuatu impian itu datang daripada sifatnya sendiri. Ditawarkan ke sekolah berasrama di Sek. Men Tun Perak (Muar, Johor) sebagai salah seorang pelajar Rancangan Khas (program pelajar pintar) membuka ruang kebebasan untuk saya terus mendidik bakat tanpa perlu berselindung. Azam saya ialah untuk membuktikan kepada arwah bahawa saya mampu ke menara gading seiring menggapai impian saya menjadi penulis/pelukis komik professional suatu hari kelak.

Buat pertama kalinya pada tahun 1990 saya menyertai pertandingan melukis komik anjuran Utusan Malaysia. Saya telah menyiapkan sebuah karya komik bersaiz A4 berjudul ‘Supermodel’ sebanyak ±130 muka surat namun gagal ke peringkat saringan. Saya tidak berputus asa, terus memperbaiki skil melukis saya sendiri dengan merujuk komik-komik di perpustakaan. Pada tahun 1991 dan 1992 saya pernah menyertai pertandingan Kempen Melukis Anti-Dadah anjuran Umno dan mendapat juara (1991) serta naib juara (1992) bagi daerah Muar, namun nama saya tidak disebut kerana saya menggunakan nama abang saudara saya, Rizal Mokhtar (anak ketua Kampung Tui, Bukit Kepong) — seorang abang, sahabat dan teman (selepas abang Zam) yang banyak memberi dorongan untuk saya terus memperjuangkan bakat menulis dan melukis saya ini.

Di awal tahun 1992 saya telah menghasilkan sebuah proposal karya komik berjudul ‘GLOBLE’ dan diposkan ke Creative Enterprise. Namun saya masih gagal menarik perhatian penerbit dengan bakat saya dan menerima surat balas bertarikh 1hb. Jun 1992 daripada editor Azmi Bahari. Isi jawapannya langsung tidak mematahkan semangat saya sebalik semakin mendorong untuk terus saya memperbaiki kelemahan. Apatah lagi bila dia menulis…

“Selepas saya menelitinya saya dapati saudara hanya perlu memperbaikinya sedikit sahaja lagi. Jalan cerita dan bakat saudara amat saya banggakan” — Azmi Bahari

Di dalam surat tersebut, beliau meminta saya merujuk komik-komik yang pernah tersiar dalam majalah FANTASI tentang sistem penyusunan panel serta pengasingan dialog dengan artwork. Dalam surat tersebut dilampirkan sekali beberapa rujukan untuk saya teliti.

Walaubagaimana pun, perjuangan demi memenuhi hasrat arwah ibu agar saya terus ke menara gading dalam bidang perubatan membantutkan impian tersebut. Seharusnya impian arwah perlu saya dahulukan kerana seperti biasa, minat melukis dan menulis boleh saya praktikkan dalam sistem pembelajaran seharian. Sudah menjadi prinsip hidup saya, tiada perkara tidak boleh dicapai kalau kita bersungguh dan ikhlas. Yang penting, hati kita tidak boleh dikhianati dan akal kita tidak mampu ditelusi tanpa suara hati.

BAKAT MENULIS BERMULA...
Minat menulis pula sudah terdidik semenjak arwah ibu memiliki sebuah mesin taip ketika saya masih menuntut di sekolah rendah. Di situ saya berjaya menghasilkan skrip filem pertama saya berjudul ‘Sa’adah’ dan di hantar ke sebuah syarikat penerbitan filem (Cinematic) cukup terkenal ketika itu milik seorang pengarah berkaliber, Hafsham. Namun mungkin masih muda dan belum mampu mengenal pasti karya terbaik, saya menerima surat balas untuk memperbaiki karya tersebut. Walaupun gagal diterima namun dorongan tersebut menyemarakkan lagi keinginan saya untuk terus menulis. Tetapi demi memenuhi kemahuan arwah ibu untuk belajar hingga ke menara gading, hasrat itu saya tangguhkan dan banyak memperbaiki kelemahan menulis ketika menuntut di sekolah hinggalah ke peringkat ijazah.

Selepas habis ijazah (sebelum konvokesyen) saya menghabiskan waktu berehat di rumah dengan menulis novel pertama saya berjudul ‘Cinta Tunggal’ untuk Creative Enterprise. Namun sekali lagi hasrat saya terbantut untuk melihat karya saya diterbitkan, bukan kerana ia tidak bagus tetapi kerana saya perlu mengubah sendiri beberapa segmen yang tidak menepati syarat penerbit. Sedangkan saya tidak cukup masa dan perlu mencari kerja tetap. Ketika ini juga seingat saya berkenalan secara online dengan penulis/pengarah baru tidak asing lagi masa kini, Nizam Zakaria yang ketika itu masih menuntut di US. Kesungguhannya sebagai penulis kreatif blog (creative blogger) menjadi teras untuk saya terus berkarya dengan cara saya sendiri. Ucapan terima kasih untuknya setelah apa yang dia dapat buktikan hari ini.

KERJAYA MELUKIS BERMULA...
Justeru saya mulai turun naik pejabat penerbit-penerbit komik yang gah ketika itu. Namun ketika itu mereka semua hanya perlukan karya berbentuk humor sedangkan bakat komik saya tidak menjurus ke arah itu. Bila ditanya mampukah saya melukis humor seperti mereka? Saya hanya menggelengkan kepala dan berlalu pergi penuh hampa sambil berbisik pada hati “Kenapalah saya tidak sehebat mereka?” Jika ada pun penerbit yang menepati citarasa karya saya namun jawapan mereka samada “Nanti kami beritahu.” atau “Maaf, kami tidak memerlukan pelukis bebas.”

Malah saya pernah berjalan kaki sejauh 2 km di sebuah kawasan tanah lapang dengan cuaca panas terik untuk ke sebuah syarikat penerbitan baru berkonsepkan manga. Namun saya musykil untuk menghasilkan karya bersama mereka melihatkan kepada banyak manuskrip manga yang bagus tetapi masih tidak diterbitkan (hingga sekarang!). Hampir saya berputus asa untuk jadi pelukis komik hingga terjumpa majalah GEMPAK™. Tanpa berfikir panjang saya terus mencuba nasib dan mengunjungi pejabat yang nampak gah diluar (syarikat periklanan BRG Art Square Sdn. Bhd.) namun bahagian komik adalah di satu sudut sempit dengan hanya 11 kakitangan.

Insan pertama di GEMPAK™ yang menilai karya komik saya adalah Apoh (John Pek) atau kini lebih dikenali sebagai Zuan. Selepas itu Mr. Botak (Terrence Choi) tampil menilai sekali dan mereka berdua bersetuju untuk menerbitkan hasil kerja saya. Memandangkan saya hanya membawa profil hasil-hasil kerja saya, maka mereka meminta saya menghasilkan sebuah komik 6 muka surat untuk diterbitkan. Bagi saya itulah kata-kata paling bermakna dalam hidup saya dan kerana merekalah saya hari ini yang anda kenali sebagai salah seorang pelukis komik Malaysia bernama Fakhrul Anour.

KERJAYA MENULIS BERMULA...
Sejurus selepas karya pertama saya, ‘Secret Admirer’ diterbitkan dalam majalah GEMPAK™ isu 21 (Februari 2000) serentak dengan usia saya mencecah 25 tahun, surat peminat mulai menerjah ke peti surat GEMPAK™. Kira-kira 2 bulan kemudian, sebaik sahaja saya selesai interviu kerja dengan Lion Group sebagai pembantu makmal, saya menerima panggilan daripada Toopai dan Kit. Mereka menawarkan saya sertai sidang editorial GEMPAK™ sebagai sub-editor menggantikan Toopai (editor) yang ketika itu mahu menyambungkan pengajiannya. Tanpa ragu saya terus menerima dan kerana merekalah saya hari ini anda kenali sebagai antara editor majalah komik Malaysia bernama Ayour.

Bila melihat kewibawaan saya sebagai seorang penceramah serta penyumbang ideologi buat industri kita hingga terserlah hingga ke peringkat luar negara, saya khususkan ucapan terima kasih saya kepada Shazabi (Chris Yew) yang mengesyorkan saya menerima pelawaan Balai Seni Lukis Negara bagi mewakili Malaysia untuk People to People Exchange Programme ‘Asean Cultural Interaction at the Grassroots Phase III’ pada tahun 2004.

Seterusnya adalah sejarah yang terungkap selama 10 tahun saya di dalam Industri Komik Malaysia. Terima kasih kerana membukakan pintu untuk saya ke dalam industri ini dan selebihnya, usaha saya adalah ikhlas.

Sebarang kekurangan adalah mungkin kelalaian saya mengutamakan yang lain lebih daripada diri sendiri namun saya tidak menyesal. Yang kurang pada diri sendiri insya-Allah mampu saya perbaiki namun kelebihan untuk orang lain akan terus menjadi kebanggaan peribadi saya. Kerana jatuh bangunnya kita bukan kerana orang lain, tetapi kerana diri sendiri. Sebagai editor saya sudah banyak memberi peluang dan pendedahan kepada mereka dalam majalah yang saya kendalikan. Saya juga sudah cuba yang terbaik semana yang saya mampu mendidik pelapis, selebihnya terpulang pada asa masing-masing…

MAJULAH KOMIK UNTUK NEGARA

Yang Benar
FAKHRUL ANOUR

Sunday, May 23, 2010

I AM BACK TO BASIC

To all my dearest friends & fans,

Since I was very young until I passed my teenage years, drawing comic has become my very close friend to express my feeling, thought & loneliness. Then when I started a career in Malaysia Comic Industry, comic has become something more than just personal to me—it has become my only source of income that’s involved business. But the beginning of my career in the industry didn’t turned out as I expected, instead of being a comic artist I’ve become a writer for the industry itself. My job mainly focuses on my editorial skill to speak accordingly about the comic industry, from local to global. Yet I still have my chance to draw comic as a freelancer but it didn’t do any good as I grow wiser; my strength, purpose & will drained out as my energy started to weaken because of multiple tasks I had to commit for the industry in such a way.

After my late mother was diagnosed cancer final stage early September 2009, my purpose to move on doing what I do best meant nothing anymore & all I ever wanted was an escape. She was the first reason why I didn’t break down heavily throughout the years of my multi-tasking career. Yet when I found out behind her back that she had cancer stage 4, I was nothing but empty. I locked myself in my room for a day felt totally blank.

Money was never my first worry in life because she always reminded me not to be afraid of it because with your strength, money we can conquer. But it was a total loneliness what I was afraid of! Because so far in my life, the only person I would call for no reason was her. The only person I would worry if the phone was not picked up was her. The only person I was not ashamed to be pampered was her & the reason for who I am as how you know of me today, was her. All of sudden, she gone too soon & no way I could communicate with her anymore through phone or face to face.

Since little my life is all about have fun with life while reaching for my dream & I had 2 dreams; first a dream that I wish to be & second a dream I wish not to be. Now I’ve completely got both of the dreams; a dream to be acceptable in the Malaysia Comic Industry & totally alone walking this earth without someone my heart can count intimately personal.

Still NO REGRET, we are not alone & I am not alone because I still have friends around, offline or online. But most importantly I still have myself who is able to let go of my ego, especially during my crucial financial instability. As my late mother used to say to me, with my strength, money we can conquer. So I will let my strength judge my will to survive & by doing so, I’m going back to my close friend—drawing comic, a strength that has been in me since I was little.

All I need now is patience & courage, so if you find me running slower than you’ve ever seen me running for the past 10 years in the industry, it is because I am testing my patience & courage. If 10 years ago I start in the industry as ‘THE RIGHT KIND OF WRONG’ personality, now I want to restart again for being ‘THE WRONG KIND OF RIGHT’… as a freelance comic artist begin with no other than GEMPAK STARZ™, one place I can never surrender.

Thank you for the past 10 years & forward… ^_^

"DUDE... AM I GAY?!"

During my crucial moments faced my mother's death, FACEBOOK had been my closest friend & without doubt everyone in it, now & then. As gratitude over such a unique friendship networking system, I've decided to place my personal comic strips to be enjoyed by my friends in my FACEBOOK. Something I call as my 'MOTIVATION JUNKY' in drawing comic. ^_^

Friday, February 5, 2010

GEMPAK™ DENGAN KEYAKINAN BARU

Menjadi Ketua Editor, salah satu tugas saya ialah memantau kualiti majalah tersebut selepas ia diterbitkan sebagai pemantauan berskala bagi menjamin kestabilan isi kandungan selaras dengan konsep reka letaknya. Jika dulu sebagai editor, saya menikmati kepuasan menyumbangkan isi kandungan bersama Team Editorial namun kali ini saya boleh merasai kepuasan sebagai pembaca; menikmati isi kandungan selepas ia diterbitkan. Justeru hari ini saya mulakan dengan majalah paling baru tiba di meja saya, GEMPAK™ isu 246 dan hasilnya cukup membanggakan saya.

Sudah masuk 12 tahun majalah GEMPAK™ mewarnai persada Industri Komik Malaysia sejak ia mula diterbitkan pada tahun 1998 & hampir 10 tahun saya berkhidmat untuknya. Hari ini selepas lebih sebulan kita menjelalah ke tahun 2010, saya akhirnya berpeluang melihat mutu majalah tersebut dari kaca mata kipas-susah-mati sebagai pembaca melalui GEMPAK™ isu 246, keluaran khas Valentine (15hb. Februari 2010).


Hanya jauhari yang mengenal manikam kerana hanya yang pernah bertugas dalam Team Editorial di bawah seliaan saya sahaja yang tahu formula yang saya terapkan dalam gaya penulisan serta konsep penyuntingan. Ini termasuklah beberapa syarat-syarat asas wajib jurnalisme dalam menjaga hak subjek seperti tanda hakcipta, tanda dagang serta kawalan penggunaan bahasa pasar. Menjadikan penerapan ini gaya hidup penulis bukan mudah kerana masing-masing ingin tonjolkan kreativiti sendiri demi membuktikan mungkin cara mereka lebih baik daripada saya. Keyakinan yang bagus namun lazimnya ingin membuktikan sesuatu tidak berlangsung mudah di depan mata saya kerana apa yang telah saya buktikan hari ini tidak berlangsung mudah di depan mata majikan terutamanya Mr. Botak. Adakalanya sesuatu perkara itu memerlukan bertahun untuk dibuktikan dan selepas itu ada banyak lagi perkara yang perlu dibuktikan. Maka begitulah dilema yang dihadapi Team Editorial terkini GEMPAK™. Semestinya cabaran paling getir adalah buat editor barunya, Fey yang dulu selesa dengan gayanya tersendiri sebagai editor majalah STARZ™.

Prinsip saya tidak pernah berubah sejak kecil, insya-Allah setiap yang saya kerjakan perlu dengan rela hati dan berbaloi untuk jangka masa panjang. Justeru saya tidak pernah malu untuk belajar apatah lagi ditegur tidak kira apa pun pangkat mereka. Namun tatkala saya sudah membuktikan sesuatu, tegas saya katakan tiada siapa boleh menghapuskan bukti itu dan terpulang kepada mereka untuk menerima atau tidak.

Tahun 2009 jelas menguji kebolehan saya memanfaatkan amanat Mr. Botak memberi konsep baru kepada majalah UTOPIA™ melalui perspektif yang dia inginkan. Walhal ketika itu jadual kerja saya sudah berlapis dengan tugas menstabilkan Team Editorial baru majalah GEMPAK™ serta bahagian novel ringan.

Saya jenis positif dan melihat beban kerja ini sebagai tapak pengukuhan karier bagi merealisasikan matlamat saya selepas 10 tahun di sini. Biarpun matlamat itu rasanya tidak akan menjadi namun Alhamdulillah, saat Dia menurunkan bebanan ujian paling getir dalam hidup ini menghadapi hari-hari terakhir bonda tercinta, kedua-dua Team Editorial GEMPAK STARZ™ (UTOPIA™ & GEMPAK™) sudah saya yakini kemampuan masing-masing. Malah melihatkan cara kerja Ka-Mail (editor UTOPIA™) dan Fey (GEMPAK™), saya yakin mereka akan mengambil peluang untuk membuktikan kewibawaan masing-masing sepanjang ketiadaan saya.

Saya yang dulunya payah melepaskan kolum Games Waves kepada sesiapa, kini boleh tersenyum puas; isi kandungan GEMPAK™ isu 246 mengekalkan formula penulisan saya dengan kemas sekali. Sudah tentu ucapan tahniah harus diberi kepada Fey, editor majalah GEMPAK™ yang baru sah ditabalkan sekaligus meneruskan legasi 'tamparan wanita' selepas Toopai dan Kit. Namun segulung tahniah juga perlu di beri kepada para penulis yang memiliki bakat natural sebagai penulis GEMPAK™; Kero, Joi, Harry & Igniz. Biarpun setiap daripada seorang dengan perangai masing-masing, namun kualiti kerja mereka mengingatkan saya kepada diri sendiri masa mula-mula sertai GEMPAK™. Cuma yang berbeza, mampukah mereka terus bertahan dalam cabaran dunia penulisan di GEMPAK STARZ™? Saya sentiasa yakin kepada para penulis saya, namun datang dan perginya mereka dalam bimbingan saya bukan hak saya untuk dipaksa.

Walau bagaimanapun, syabas kepada Tema Editorial GEMPAK™ dan terus tingkatkan prestasi anda. Ingat! Hanya jiwa yang jujur, ikhlas dan kuat semangat berkhidmat mampu mendidik anda terus ingin membuktikan yang terbaik kerana dalam hidup berkarier, itulah yang paling sukar dilakukan tetapi saya sudah buktikan, maka anda juga boleh. Saya akan terus membimbing GEMPAK™ kerana keseronokan saya sebagai kipas-susah-mati di tahun 2010 baru sahaja bermula. Yok mara!

Wednesday, November 25, 2009

TERIMA KASIH SEMUA!


Nampaknya berakhir sudah kemeriahan 100% GEMPAK STARZ™, tapi hati ini masih merindui saat² bersama-sama teman artis² komik & juga para kipas-susah-mati yang hadir. Tiga hari berturut-turut berkumpul di Sungei Wang KL terasa singkat sekali. Namun apakan daya, kita tidak mampu mengulang sejarah mahupun memutar waktu. Yang indah biarlah ia menjadi kenangan berharga buat kenangan kita bersama, yang payah kita jadikan sebagai pengajaran yang berharga. Tetapi 100% GEMPAK STARZ™ ternyata telah membuka mata ramai pihak akan pencapaian industri komik kita sekarang. Ayour ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para peminat yang mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan karya terkini Fakhrul Anour berjudul 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI', anda tahu siapa diri anda! Juga yang membeli karya² Fakhrul Anour sebelumnya yakni 'Hanya...', 'Cinta Tunggal' & 'Kaoru's Cake House 143'. Sokongan anda sangat Ayour hargai buat selama-lamanya. Kesungguhan anda ingin mengenali bakat yang terkandung dalam diri ini membuatkan saya terharu & lebih bersemangat untuk menghasilkan karya² baru. Semoga kita dapat bertemu lagi di sesi autograf yang akan datang, sementara itu teruskan mengikuti jejak GEMPAK STARZ™... kerana selagi diperlukan, di situlah Fakhrul Anour akan berada. Trimas!

(Berikut petikan ucapan perasmian dalam Bahasa Melayu)

لسلام عليكم
& Salam Sejahtera buat semua hadirin


Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada kipas-susah-mati, iaitu peminat setia GEMPAK STARZ™ dan semua yang berada di majlis perasmian ini. Selamat petang kepada para pengarah, rakan kongsi, rakan niaga dan tidak dilupakan wakil pengedar kami. Akhir sekali yang tidak mungkin dilupakan, rakan-rakan media yang sudi meluangkan masa menyaksikan salah satu acara gilang-gemilang dan bersejarah dalam Industri Komik Malaysia.


SELAMAT DATANG!


Kami masih ingat ketika itu di tahun 2001, ketika kami berimpian besar mahu lihat Malaysia menjadi medan konvensyen komik antarabangsa seperti Comicon yang berlangsung setiap tahun di Amerika Syarikat. Biarpun masa itu perniagaan kami masih kecil tetapi kami berwawasan mahu melihat industri komik tempatan dikongsi bersama dunia dengan menganjurkan konvensyen seumpamanya. Segala kertas kerja sudah kami laksanakan dan penyertaan daripada wakil luar negara menunjukkan tindakbalas positif. Namun sayangnya tiada penyertaan daripada wakil tempatan.

Semuanya tinggal kenangan. Ketika kami bermula, apa yang kami fikirkan ialah untuk berkongsi bakat-bakat kami bersama masyarakat dengan menerbitkan francais komik. Kemudian hadir wawasan kedua, mencipta konvensyen komik kita sendiri yang dinamakan Karnival Komik Malaysia.

Walaupun kami gagal menganjurkan konvensyen komik bertaraf dunia, namun ia tidak bererti putus asa.

“Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara pertama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan realiti.”

Tidak salah bercita-cita tinggi tetapi mesti mulakan daripada bawah. Maka Karnival Komik Malaysia yang asalnya untuk dunia kami gantikan sebagai konvensyen komik sendiri yang hanya tertumpu kepada produk kami dan lokasinya di Plaza Sungei Wang ini.

Objektif kami ketika itu untuk bersua muka dengan kipas-susah-mati yang menjadi nadi kejayaan kami. Tidak langsung kami terfikir ia akan menjadi acara komik paling besar pernah diadakan di Malaysia. Sambutan kipas-susah-mati untuk Karnival Komik Malaysia 2001 sangat memberangsangkan.

Semenjak itu, Karnival Komik Malaysia menjadi acara tahunan besar-besaran kami dan ruang legar Plaza Sungei Wang menjadi arena utamanya. Malah karnival ini juga menjadi perangsang kepada acara-acara lain seumpamanya oleh para penggiat industri komik, animasi dan mainan video tempatan. Ini telah memberikan impak ekstra dalam membina kesedaran tentang industri ini di seluruh negara.

Pada tahun 2005, kami mengambil keputusan menganjurkan Karnival Komik Malaysia dua tahun sekali. Namun ia tetap menjadi kebanggaan kami dan semestinya buat kipas-susah-mati juga. Justeru kini kami melangkah ke hadapan dengan wajah baru untuk acara komik ini.

Sudah bertahun kami menganjurkan apa yang dinamakan Karnival Komik Malaysia. Tidak dinafikan ia memang untuk Industri Komik Malaysia tetapi tidak adil mewakili yang lain dalam industri jika apa yang anda lihat hari ini hanyalah GEMPAK STARZ™ dan segala yang berkaitan dengannya.

Bermula hari ini (21hb. November 2009) sehingga Isnin (23hb. November 2009), kipas-susah-mati di seluruh negara hadir di sini untuk meraikan label komik kesayangan mereka dan bertemu dengan bintang-bintang komik pujaan masing-masing. Manakala pengunjung Sungei Wang Plaza secara tidak langsung didedahkan tentang Industri Komik Malaysia dengan hanya melihat apa yang mereka dapat lihat di sini sepanjang tarikh tersebut.

Kami tidak menyangkal kewibawaan penerbit-penerbit komik Malaysia dengan produk-produk komik masing-masing yang bermutu, tetapi hari ini di Sungei Wang Plaza KL, kami persembahkan kepada anda penerbit komik pertama Malaysia di era milenium dengan lebih 200 judul komik (kami kategorikannya sebagai novel grafik) berbahasa Melayu yang merangkumi majoritinya hasil karya tempatan dan selebih dari luar negara yang kami terjemahkan secara sah.

GEMPAK STARZ™ sudah menerbitkan jumlah komik terbanyak berbanding mana-mana penerbit seumpamanya era kini. Namun kami belum layak dipanggil sebagai gergasi dalam industri. Tujuan utama kami adalah untuk menjadi sebahagian daripada anda yang menggemari animasi, komik dan mainan video.

Justeru kami dengan rasminya mengumumkan bahawa acara Karnival Komik Malaysia anjuran GEMPAK STARZ™ kini dikenali sebagai 100% GEMPAK STARZ™.


-SEKIAN-

Friday, September 25, 2009

SALAM AIDILFITRI, SALAM LEBARAN

السلام عليكم


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Sejahtera
kepada semua teman bloggers saya, para peminat & sesiapa sahaja yang mengikuti laman blog ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sempena bulan Syawal 1430 yang mulia. Ampunkan salah silap saya samada yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan.

9 tahun mengabdikan diri di dalam Industri Komik Malaysia banyak membentuk peribadi saya, yang baik dijadikan tauladan manakala yang jahat dijadikan sempadan. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Namun saya tidak pernah melupakan insan-insan yang banyak mengajar saya erti hidup, membekalkan saya ilmu-ilmu berfaedah bekalan dunia akhirat dan insan paling agung semestinya arwah ibu saya,
Allahyarhamha Sa'adah binti Hj. Fadhil yang pulang kepada Maha Pencipta pada 29hb. Ogos 2009 (8hb. Ramadhan 1430). Sebagai anak tunggal kepada Allahyarhamha, banyak pengalaman hidup saya timba dengan berikhtiar sendiri namun Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan Insya-Allah berkat doa seorang ibu untuk anaknya. Al-Fatihah kepada bonda tercinta...

Aidilfitri tahun ini membuka lebaran baru buat saya dan memberi rahmat tersendiri tanpa keluarga paling rapat dalam hidup saya. Sejak tahun 2004, hanya dengan arwah saya meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur dan rakan-rakan yang tidak dapat pulang beraya kerana tugas. Syawal pertama atau kedua kami akan mengunjungi suami tercintanya yakni bapa saya di Bukit Jelutong. Namun menjelmanya Syawal kali ini, tiada lagi suaranya membangkitkan saya awal Subuh untuk terus sembahyang Aidilfitri apatah lagi juadah ketupat, rendang dan sambal kacang kegemaran hidangan beliau. Tidak saya sesali kerana redha saya dengan ketentuan Allah s.w.t.

Alhamdulillah, saya mulai merasakan kematangan saya di Aidilfitri ini dan Insya-Allah ia akan mendewasakan lagi saya justeru menjadikan saya lebih berusaha dalam bidang kerjaya yang saya cintai. Apatah lagi untuk tidak terus lalai bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan diri yang bimbang memusnahkan masa depan saya. Ingatkan saya jika terlupa.

Mungkin ada diantara kita belum pernah bersua tapi sudah mampu menyentuh hati masing-masing melalui perkongsian bakat dan ilham seni. Marilah kita bersyukur kepada Maha Pencipta dengan penuh rasa tawadhuk dan syumul dengan anugerah-Nya. Sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama, keceriaan Syawal turut saya raikan bersama anda semua dalam 1Malaysia.


Bakat saya bakat anda juga
Ilham saya ilham anda semua
Sifat saya renungan kita bersama
Jasa anda budi saya selamanya
Cinta kita anugerah Ilahi sesungguhnya

Yang Ikhlas
FAKHRUL ANOUR (AYOUR)

Thursday, September 10, 2009

NOTICE OF APOLOGY

I'm so sorry to everyone who's waiting for update in my blog especially the latest news about my upcoming book, 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI'. Since my mother passed away last 2 weeks, I tried to stand tough & looking at it as a fact of life. The first week it was difficult as I had to pick up my strength, energy & mind after more than 4 weeks of sleepless nights looked after her at Hospital Muar & Hospital Selayang. It was hard to realize that finally I am all alone in this world.

Yes I know, there you are standing & supporting me but nothing is the same compare to my mother, the only first person I call my 'strength' throughout the years since I was born. But nothing to worry as I was raised by her to be independant & think by myself. All throughout these years I've work hard to find my own path & reach for my dream to make her proud. Seeing her leaving so soon, I feel the effort seems worthless though yet meaningful.

9 years in this comic industry, I feel I've done nothing but nothing. But thanx to GEMPAK STARZ™ for giving me the opportunity to prove my talents. I didn't know I can get this far in the industry but how far I go, I don't feel like I can go any further. But am not giving up hope to make a good living either here in this industry or somewhere else.

Now, I don't have to prove to anyone or making anyone proud. Life is all about making a journey. I am unashame if one day this industry will throw me out & maybe you'll find me serving you a dine at restaurant or hotel. My duty is my responsibility, my dream is only a dream. I will do what I do best to keep moving in this industry. So I'll see you around soon with my new book 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI' & as long GEMPAK STARZ™ support my journey, I will move on because this is where I begin & this is where it will end. TQ!

Yours Sincerely
FAKHRUL ANOUR (AYOUR)

My late mother with her beloved cat, Oppie who is still alive & well taken care by her brother (Pakcik Omar) & wife (Makcik) whom I call Ayah & Mak.

SA'ADAH BT. HJ FADZIL
(12th October 1941 - 29th August 2009)
Deceased at the age of 68 years old on the 8th Ramadhan 1430 (3.25 am) at Hospital Selayang because of Bile Duct Cancer (Hilar Cholangiocarcinoma) and was buried at Islamic Burial Site, USJ22. She left her only child (Fakhrul Anour) and her paralyze husband (Hj. Abdullah b. Hj. Shukor, 94 years old) who is now under the care of her step son, Dato' Azmi b. Hj. Abdullah. Sa'adah is the daughter of Al Marhum Kiyai Hj. Fadzil Banten, a well known Islamic missionary of Wirid Khaujakan & advisor of DYMM Sultan Ibrahim. She herself was well known in Muar especially around the district area of Pagoh as an aggresive female UMNO politician who also has done a lot for KEMAS (Kemajuan Masyarakat) in her area. She herself was a nasyid female group leader in her area & was invited by Dato' Jins Shamsuddin to play a small role in the film 'BUKIT KEPONG' as the wife of village leader (Ketua Kampung). Her death was the biggest lost for the people in her village especially Bukit Kepong & Lenga. To her son, she will always be remember as a tough woman who work hard for her community, stays loyal to her husband & giving an endless love for her only child. She knew her son will have her charisma but lead a better life than her. Knowing that, she is now rest in peace with Allah s.w.t. May we all pray endlessly for her good soul & be place among the loyal servant of Allah. Amin.

Thursday, October 30, 2008

MANA PERGI FAKHRUL ANOUR?!

Ramai dok tanya apa dah jadi dengan Fakhrul Anour ni? Senyap jer tak melukis komik. Dah jadi 'THE COFFIN' ke?! Excuse me weihhh! Hidup lagi kawan ni. Sebenarnya, Ayour bukan taknak melukis, memang nak produce komik² baru. Memang dah ada dah stok² komik kat rumah tu untuk di submit kepada Slaium (Editor Komik GEMPAK STARZ™). Dia (Slaium) pun dah tengok & dia sendiri dah fed up nak tunggu. Lagi fed up tentulah Mr. Botak. Namun trimas kepada diorang yang sabar jer memandangkan alter ego Fakhrul Anour iaitu Ayour tengah busy dengan projek² baru GEMPAK STARZ™. Apa² hal where was I back in 2007, 2006, 2005 & 2004?! Haaa... Don't ask... just check over it at http://www.myspace.com/fakhrulanour

Dalam tempoh 30 minit, Ayour siap warnakan artwork yang Ayour lukis untuk salah 1 cerpen kolum Pentas Realiti back in.... errr 2003? Guna Adobe Photoshop jer...