"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]
Showing posts with label PASSTIME ACTIVITY. Show all posts
Showing posts with label PASSTIME ACTIVITY. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

RAVE COLLABORATION: JONVU [x] FAKHRUL ANOUR

My favor in music is very extensive. But those who have been my close friends and following me on social network (even MySpace) since the very beginning of my involvement would know that I'm very much into dance music, especially in the category of trance and progressive related. Most of the time, I will spend my time making comics while listening to this type of music (besides any other type of musics). With Ministry of Sound is my favorite label; among my favorite DJs are Benny Bennasi, Tiesto, Armin Van Buuren, Paul Van Dyk, Paul Oakenfold and Norman Cook, the FatBoy Slim. But knowing one of my ex-colleague and former employee of Art Square Group (publisher of Gempak Starz™) has the talent in DJing into my kind of beat, that's really awesome! His stage name is Jonvu, and I happened to see him performed once and seriously he got the groove but still need more exposure from the industry. Now he's studying music in Australia, making experimental mix and on the move to develop his skill. Recently he requested me to illustrate an artwork for his latest work called 'Circus Beat' and I thought he never ask! It has been in my wish to draw his kind of mix. So here is my (comic-style) artwork inspired by the track and you can listen to the beat with the SoundCloud attached. Enjoy! ^_^

When I listen to the track, I told myself that you can even enjoy this to yourself. As I listen to it, I can only hear the humble groove that makes you up and going. The sound of elephant, makes you a little flamboyant to yourself and get a move on. Make yourself in a circus in your own mind, in your own room... while working in style. d[^_^]b
"Music is the art of thinking with sounds."
— Jules Combarieu
      

 

Monday, September 17, 2012

TERCIPTA DARIPADA EKONOMI: SENZE

'Ekonomi Perniagaan' (Business Economics/ECON 6120) adalah salah satu subjek yang perlu saya lalui di semestar pertama pengajian Master of Business Administrations/MBA di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Bagi saya ia subjek yang memerlukan pemerhatian yang penuh, khusus, intensif & jika tidak, ia agak sukar untuk dikuasai. Paling penting kena berseronok mempelajari pengiraan (berformula @ matematik tambahan), diagram & graf yang diselitkan dalam subjek ini.
 
Walaupun pensyarahnya, Dr. Noorihsan cukup berkesan dalam menawarkan ilmu, saya sebaliknya yang ketika itu tertekan dengan kesempitan kewangan hanya boleh menumpukan pada sudut mana yang mudah bagi saya, selebihnya saya bertawakal sahajalah. Syukur alhamdulillah, saya lulus (walaupun tidak cemerlang) & terpaksa menggugurkan subjek ekonomi di semestar kedua (untuk ditunda ke semestar akan datang) demi menumpukan lebih perhatian kepada subjek yang boleh saya dahulukan iaitu subjek utama kursus (kewangan) serta subjek yang mampu saya kuasai (pengurusan).

Menjalani pengajian Master tidak seperti ambil Ijazah atau Diploma yang majoriti pemarkahan adalah daripada kerja individu. Lain bila buat Master, hampir 50% daripada pemarkahan individu kita terletak di dalam kerja berkumpulan & selebihnya peperiksaan akhir (secara individu). Jadi memandangkan semestar pertama merupakan semestar pengenalan buat saya (yang sudah lebih 10 tahun meninggalkan zaman persekolahan/universiti), banyak perkara yang terasa asing apatah lagi jurusan yang diambil jauh menyimpang daripada jurusan asal yakni sains. Namun sesulit manapun ia, kena tabah juga melalui kerana peluang yang sama hanya datang sekali & peluang kedua mungkin tidak akan sama (bersyukurlah kalau ia datang lebih baik, namun kesal seumur hidup jika tidak).

Jadi hendak dipendekkan cerita, salah satu kerja berkumpulan kami dalam kelas ECON 6120 ini ialah menghasilkan sebuah produk kegunaan harian, mampu dibeli oleh semua peringkat tangga gaji & bersifat komersil. Paling penting ia mestilah bukan produk klise yang tidak stereotaip namun berpotensi menjana keuntungan (dari perspektif ekonomi) dengan sambutan komersil.
 
Hasil perbincangan saya (sebagai ketua) serta rakan-rakan sekumpulan (Salleh, Atikah, Ila, Sham & Sireerat Santisart) disertai hasil pandangan Dr. Noorihsan, kami sepakat (dari 6 idea yang dibentang) untuk menghasilkan sebuah jam penggera yang tidak menggunakan bunyi sebaliknya bau dengan tambahan fungsi gelang penggetar & cahaya. Kertas kerja disiapkan oleh setiap ahli kumpulan & tanggungjawab saya ia menghasilkan rekaannya serta membuat penyuntingan terakhir hasil projek (kertas kerja & pembentangan). 

Ini adalah draf jam penggera yang saya lakar secara kasar ketika di meja perbincangan awal. Di rekaan asal kami bersetuju meletakkan fungsi cahaya, namun saya tidak bersetuju memandangkan ia bakal meningkatkan kos pembikinan & pada pendapat saya ia melihatkan seolah produk itu sengaja melebih-lebih dalam menarik pembeli apabila 2 fungsi asal (bau & gelang penggetar) sudah cukup efisyen. Ahli kumpulan akhirnya sepakat untuk menerima usulan saya. Thanks mates! ^_^ 

Sebelum menghasilkan rekaan sebenar jam tersebut, kami sekumpulan telah membuat tinjauan awal di laman sesawang kalau sudah ada rekaan jam berkonsep seumpamanya & menyangka idea kami memang 100% tulen. Tetapi semasa hendak melukis konsep dengan membuat tinjaun semula (untuk mendapatkan rujukan rekaan yang sesuai), saya terkesima menjumpai idea yang sama melalui Osim Nioi oleh Alfie Lake & Wake n'Bacon oleh Matty Sallin. Di saat terakhir, ia merupakan rahmat kerana dengan penemuan ini saya sudah dapat menilai konsep sesuai bagi rekaan jam seumpamanya.
 
p/s: Rekaan saya lebih dipengaruhi oleh konsep Osim Nioi yang dirasakan lebih strategik sebagai jam penggera (tanpa perlu jadi seperti toaster).

Seterusnya saya mula pertingkatkan kualiti rekaan produk dengan memberikannya imej warna yang sesuai. Peringkat ini penting untuk aktiviti pemasaran kerana warna memainkan peranan penting dalam menjana nilai komersilnya. Sebagai produk baru, kita perlu menilai warna yang sesuai untuk mengurangkan pertikaian kehendak pelanggan. Tetapi untuk pembentangan kertas kerja, saya perlu mempamerkan rekaan yang mampu memikat pesnyarah kami, Dr. Noorihsan & para pelabur (rakan sekelas yang dilantik oleh Dr. Noorihsan).

Inilah hasilnya! Sebuah rekaan produk jam penggera yang hanya menggunakan sistem bau yang dipasarkan dalam 4 warna berbeza mengikut kesesuaian citarasa. Jenamanya, 'Senze' tidak semena-mena menjelma di idea masa membuat suntingan terakhir kertas kerja untuk pembentangan kami (kalau tidak, kekal 'MBA|Economy... :P). Hasilnya kami dapat markah 14/15 untuk projek ini. Syukur alhamdulillah...! ^_^

Sebagai tambahan, saya juga membantu rakan sekelas dari kumpulan lain untuk melakar konsep produk rekaan mereka. Ini hasilnya:

Ia adalah sebuah sudut kerja mudah-alih (portable office station).
Pembelajaran jadi lebih seronok kalau kita dapat selaraskan minat, kecenderungan & bakat kita ke dalam pendidikan yang sedang kita jalani. Yang penting, bukan hanya kita yang mendapat manfaatnya, kawan-kawan juga... itulah kepentingannya jadi Master. Muahaha~

Saturday, May 14, 2011

THROUGH THE LENS OF A WEDDING PHOTOGRAPHER


Many years ago I was photographed as a 'runaway' model for a photography student during my degree years that accidently caught me (for not more than three months) in our local modelling industry. It was not a career I happened to like (... & I was not quite a 'sale' to my agency too! :P), but the experience at catwalk & photoshoot, I treasure it until today. Being a model (especially supermodel!), seriously not an easy job. The worse moment when you happened to work under a pain-in-the-ass photographer. I respect those who sustain their capability like forever! Yet I'm happy that I used to be taught how to play my mood on lens. So when a professional photographer suddenly approached me with his 'baby', I immediately striked a pose!

At 36 years old, put on weight, a few weeks off the beauty regime (lazy...), I consider my natural look does gave an advantage to the photographer. Haha! You can reach the photographer on Facebook.  

His name is Faris Zainal, a professional wedding photographer & he happens to be my neighbour. Soon to be a father, we first met on our neighbourhood's volleyball field. None of us knew each other's background until we slowly developed our social interaction as neighbours. As he found out I'm an icon for the Malaysia Comic Industry & I happened to realize he does have a great talent in photography, without doubt, being photographed by him is surely an honor to me.

As he is on plan to go fulltime as a professional photographer, with his Lumix GF1 & its lightbox, he caught me natural on lens & my face purely 'naked'! I mean... really 'sharp' on Friday The 13th or say... I need to start doing facial again. Haha!

Sunday, March 20, 2011

SESI AUTOGRAF d'KLIBF 2011

Kepada para peminat saya & artis Gempak Starz™ yang lain bolehlah kunjungi kitorang kat Putra World Trade Center/PWTC pada 30 hb. April 2011 (Sabtu) untuk sesi autograf & beramah mesra. Mesti best punyalah! Dipersilakan hadir sebab kemasukan & sesi beramah mesra adalah percuma kecuali sesi autograf jer kena bayar dengan membeli novel grafik keluaran Gempak Starz™ (2 unit per fan for an artist). Maklumat lanjut leh semak di laman web Gempak Starz™. Orait!

GEMPAK STARZ™ ROAD TOUR 2011... I'LL BE MC!

Pengumuman penting buat semua peminat komik Malaysia, terutamanya para peminat Gempak Starz™, meh kita ramai² memeriahkan sesi jelajah Gempak Starz™ 2011 (Gempak Starz™ Road Tour 2011). Cambest bila saya turut dijemput menjayakan sesi jelajah ni sebagai MC (Master of Ceremonies) & moderator bagi memastikan korang dapat bersama beramah-mesra dengan artis² komik feveret korang dari Gempak Starz™ yang turut serta seperti berikut:


ROAD TOUR 01: MELAKA
Lokasi: MAHKOTA PARADE (MPH)
Tarikh: 26hb. Mac 2011 (Sabtu)
Artis komik: KEITH, KAORU & NISHIKI

ROAD TOUR 02: TERENGGANU
Lokasi: MESRA MALL (Popular)
Tarikh: 27hb. Mei 2011 (Juma'at)
Artis komik: ZINT, KAORU & JO

ROAD TOUR 03: KEDAH
Lokasi: STAR PARADE (Popular)
Tarikh: 11hb. Jun 2011 (Sabtu)
Artis komik: KAORU, JO & LITTLE

ROAD TOUR 04: SABAH
Lokasi: KK CENTER POINT (Popular)
Tarikh: 23hb. Julai 2011 (Sabtu)
Artis komik: KEITH, KAORU & ZINT

Saturday, March 19, 2011

WE LOVE TROPICANA LIFE... I'M SOLD!

Saya telah dijemput Gempak Starz™ untuk memperagakan t-shirt terbaru oleh Tropicana Life 'I'M SOLD SOLD SOLD SOLD'. Jadi korang pastikanlah ia jadi SOLD OUT bila kelak mula dijual di laman web rasmi Gempak Starz™ (selepas pertengahan April 2011). First time memperaga semenjak join Industri Komik Malaysia di bawah naungan Gempak Starz™. Bolehlah! ^_^

Eksklusif, kepada 6 pembeli bertuah t-shirt tu akan mendapat kad spesel ni yang saya autograf & buat lakaran karakter (karakter apa? Nak tau kenalah jadi 6 pembeli bertuah t-shirt tu!) khas buat kenangan keenam-enam diorang.

Tuesday, February 17, 2009

I'M A SINGER?!!!

Yes... singing is my hobby. Tapi dalam bilik karaoke with friends la! Tapi masa my birthday last Saturday (14th February 2009), I just suka-suka enter pertandingan saringan karaoke kat Bangsar (diuja oleh Kak Nita from Anita Entertainment & Production... huhu!), tak kenal pun who the hell is the judges masa tu. Datang pun lambat... and finally dapat masuk semi-final & later masuk final! Alhamdulillah... walaupun sebenarnya gentar menghadapi cabaran baru ni. Masa kecik dulu berangan gak nak jadi superstar performing on stage. Tapi rasanya sejak jadi artis komik ni, I rather stick to who I'm now rather than go further as an entertainer on stage! Ketar lututtttttt u'all!!!!

Semi Final (16hb. February 2009) kat Kompleks Niaga Utama, Bangsar.