"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Tuesday, May 10, 2011

AKAR FIKIRANMU

Demam panas Lusida tetap tidak pulih semenjak blog itu tidak dikemas-kini lebih seminggu lalu. Penulis blog tersebut yang menggelar dirinya 'Akar' tidak pernah gagal mengemas-kini blognya hampir setiap hari, paling lewat pun tiga hari. Namun lebih daripada tiga hari membuatkan hidup Lusida tidak keruan. Dia mungkin tidak kenal identiti sebenar Akar, namun hidup Lusida menjadi begitu bermakna semenjak wujudnya blog berjudul 'Akar Fikiranmu' itu. Setiap catatan Akar menjadikan hidup Lusida lebih bererti dan seolah Akar sudah menjadi sebahagian daripada fikirannya.

"Lusida, kau tak boleh terus begini. Aku kena bawa kau pulang kepada orang tuamu sebelum kesihatanmu semakin melarat." Ujar Nasua, teman sekolej juga sekuliahnya di fakulti sains pusat pengajian tinggi Universita Malaya Timur.

"Tidak! Aku akan terus berada di sini sehingga dia kembali mengemas-kini blognya!" Bantah Lusida sambil matanya sesekali memandang ke skrin monitor HD 21" jenama Lenovo yang kekal memaparkan laman blog 'Akar Fikiranmu'.

Nasua mendengus geram setiap kali melihat laman web tersebut. Sungguh tidak masuk akal bagaimana Lusida boleh menjadi begitu taksub dengan blog itu. Siapa Akar sebenarnya? Itu Nasua tidak pasti dan semestinya tidak langsung dikenali.

"Kenapa dia tak update blog dia lagi ya, Nasua?" Tanya Lusida sesekali terbatuk lemah.

"Ada aku peduli?! Aku lebih pedulikan mental kau ni! Pelik aku tengok ketaksuban kau dengan laman blog berpuaka Akar tu! Boleh kau jelaskan kenapa?!"

Lusida terdiam seketika. Tanpa banyak bicara dia segera menyeluk bawah bantal dan menghulurkan sekeping kertas berupa sekeping flyer.


"Flyer ini terselit dalam salah satu buku kuliahku setahun yang lalu. Kemudian aku cari maklumatnya di internet dan terus bersemuka dengan laman blognya. Semenjak itu, mengikuti setiap update-nya seolah sebahagian daripada hidupku, fikirannya adalah akar hidupku kini... "

"Kau memang dah mental-lah, Lusida! Elok aku hantar kau ke hospital sakit jiwa jer!" Bentak Nasua lantas meninggalkan rakannya itu sendirian melayan gilanya sendiri.

2 comments:

lil'su said...

sepertinya juga aku telah merasai kehilangan
(^-^)
< >
J L

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

lil'su: I feel u... haha *[^_^]*