"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Thursday, July 30, 2009

RACISM ISSUE IN COMIC CREATION... AGAIN


IPCC 2009 PITCHING DAY (30/07/09)

Interesting... again in this pitching I face the same jury (as last year) who came out with race issue. He purposely quoted on one of the artwork saying the artist should show the look of Malay by drawing character with the look of Malay. I questioned myself in the perspective as a comic artist, how can I draw someone with the malay look? The problem is he commented the issue on a Malay finalist with great artworks. The character wear Malay classic outfit, but he (the jury) thought the character drawing doesn't reveal much on the look of a Malay because the character has white hair and pale skin. Then I responded the old man looked like my late grandfather who had white hair and tough face feature just like the drawing. He totally disagreed & fought back with an anger, which then I just keep quiet because what's the use fighting for something I'm always right and majority agreed. In the name of Allah, who are you to label his creation in term of races?! Tawadhuk before you speak my brother.

This is Nizam Asaari, one of my favourite character I draw for my latest novel 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI'. He's a Malay but does he looks like a Malay or can you simply describe a Malay by the way he looks? Anyway my name is Fakhrul Anour, I'm a Malay too and everytime I draw a character, my inspirations are people. For me the meaning of Malaysia content in this IPCC 2009 is how can they (the participants) reveal the image of Malaysia into their comic creation, not standardizing a character wearing Malay costume should looks like a Malay. What?!!!

10 comments:

Anonymous said...

Hey! I really agreed with you. I was there and really piss off for what came out from his mouth. He should know why japan anime manga not really look like japanese face which eyes all sepet one. And Niezam artwork is so different from others artist... almost all did manga style. And I really respect Niezam in this case... he really so cool and take that comment in positive way. I believe Niezam is more 'senior' than that jury. He is in this industry almost 20 years... i guess his age is 40 something... he told me after the pitching session that he was in comic industry for so long and never has a chance to publish his own book. so this is his chance, but all the artist were awesome. forget about that jury... he never bknow that his face look like he from thailand.

INDRA QIRANA said...

rasanya pertandingan ini ialah pertandingan yang mempertandingkan bakat bakat yang ada di Malaysia ni... dan terbuka untuk semua warga Malaysia..tak der lak dengar untuk melayu jer..

untuk menghasilkan sebuah karya kalau terlalu dititik beratkan soal Melayunya itu...untuk zaman sekarang ini pon dah agak subjektif...

Terlalu ramai antara kita ni sebenarnya berdarah kacukan antara sedar atau tidak( masing masing cek balik salasilah keluarga k he he)...

mungkin zaman dulu kita nak lihat pendekar kita berhidung besar berambut ikal atau sebagainya sebagai satu keperluaan untuk komik komik mereka ( itu pon kebanyakan charachter komik pelukis zaman tu terpengaruh dengan komik komik barat mcm frank frazetta dan sbgnya dan kebetulan jugak sgt suitable untuk komik Malaysia pada ketika itu ) ...

tapi pada ketika ini, kita kene lihat dari segi aspek kormesialnya jugak, zaman dah berubahhhh ... takan kita nak ikut selera zaman dulu dulu lak kan...

bila kita buat komik, kita buat sesuatu yang akan di perdagangkan jugak akhirnya( takan nak letak kat muzium kot, untung untuk bleh letak kat pustakaan tu pon kalo dorang sudi), tempat yang selayaknya untuk sebuah komik adalah di rak rak kedai buku.

maka dengan itu walau mana seriusnya kita membincangkan tentang ketepatan ketelitian sesuatu fakta atau apa apa jer la...

secara faktanya jugak ingin ditegaskan disini penilainya penilai sebenarnya adalah pembeli pembeli yang ada diluar sana...



apa pon teruskan bekarya masing masing pengkritik mahupon pengkomik

Fakhrul Anour said...

Itulah masalahnya dengan sesetengah penggiat seni komik Malaysia & daripada pemerhatian Ayour, majoritinya suara daripada golongan veteran & para pelapis yang suka membodek veteran.

Masalahnya isu ni bukannya baru, sejak Ayour mula menceburkan diri lagi 9 tahun yang lalu. Ingat lagi beberapa tahun lalu masa pekartun diwujudkan, presidennya membantah keras pengaruh manga di Malaysia. Malah dia tak suka kewujudan Japan Foundation di Malaysia. Walhal yang dia tak tahu, sikapnya itu akan menjadikan dia lebih dijajah. Tujuan Japan Foundation ialah untuk berkongsi ilmiah & budaya, bukan untuk mempengaruhi sesiapa mengikut budayanya. Yang nak jadi Jepun tu terpulanglah, tapi jika 1 hari kita mampu menaikkan martabat komik kita seiring dengan Jepun tanpa perlu kerja untuk Jepun, jangan masa tu nak jadi Malaysia lak. Adanya Japan Foundation adalah 1 kelebihan perkongsian 2 hala supaya kita boleh tembus pasaran mereka.

Melahirkan manga buatan Malaysia sangat penting untuk kita membanjiri produk2 kita sebelum kita jadi cam indusri komik Indonesia yang dulunya lebih mekar daripada Malaysia. Komikus generasi sekarang di sana di anak tirikan oleh publikasi2 mereka sebab kelarisan manga2 Jepun. Kalau komikus mereka nak lukis manga, gunakan nama Jepun! Kita masih boleh bersyukur komik kita tetap orang kita! Takder selindung2 identiti.

Fakhrul Anour said...

Itulah masalahnya dengan sesetengah penggiat seni komik Malaysia & daripada pemerhatian Ayour, majoritinya suara daripada golongan veteran & para pelapis yang suka membodek veteran.

Masalahnya isu ni bukannya baru, sejak Ayour mula menceburkan diri lagi 9 tahun yang lalu. Ingat lagi beberapa tahun lalu masa pekartun diwujudkan, presidennya membantah keras pengaruh manga di Malaysia. Malah dia tak suka kewujudan Japan Foundation di Malaysia. Walhal yang dia tak tahu, sikapnya itu akan menjadikan dia lebih dijajah. Tujuan Japan Foundation ialah untuk berkongsi ilmiah & budaya, bukan untuk mempengaruhi sesiapa mengikut budayanya. Yang nak jadi Jepun tu terpulanglah, tapi jika 1 hari kita mampu menaikkan martabat komik kita seiring dengan Jepun tanpa perlu kerja untuk Jepun, jangan masa tu nak jadi Malaysia lak. Adanya Japan Foundation adalah 1 kelebihan perkongsian 2 hala supaya kita boleh tembus pasaran mereka.

Melahirkan manga buatan Malaysia sangat penting untuk kita membanjiri produk2 kita sebelum kita jadi cam indusri komik Indonesia yang dulunya lebih mekar daripada Malaysia. Komikus generasi sekarang di sana di anak tirikan oleh publikasi2 mereka sebab kelarisan manga2 Jepun. Kalau komikus mereka nak lukis manga, gunakan nama Jepun! Kita masih boleh bersyukur komik kita tetap orang kita! Takder selindung2 identiti.

Fakhrul Anour said...

Ayour cukup terkilan dengan kenyataan Dato' Lat dalam akhbar menyatakan dia tak gemar dengan pengaruh manga di Malaysia. Jangan ingat komiknya di cetak dalam bahasa Jepun & menerima anugerah Fukuoka Asian Culture Prize konon bukti tak perlu kita tiru manga, seolah identiti dia mampu buat orang Jepun buka mata imej Malaysia. Harapnya Datuk Lat jangan ler percaya saat dibodek mereka, kelebihan karya2 Datuk Lat adalah keunikan lukisannya & sentimental value yang menggambarkan kehidupannya dalam adat resam Melayu (iyerlah... anugerah Asian Culture Prize... Malaysia ada ke?! Jepun gak bagi atas dasar 1Asian). Harap Dato' Lat faham juga, once his comic reprinted in Japanese, it's already called MANGA!

Inilah yang menjadi teras goyah jati diri anak Malaysia termasuk Ayour bila mendengar kenyataan membabi-buta seorang ikon yang dihargai. Bagi Ayour, kalau tak kerana pengaruh, Ayour takkan jadi artis komik, novelis & editor sekarang ni. Pengaruh memainkan peranan penting dalam kita memupuk minat. Tapi untuk membendung orang kita menghasilkan karya kreatif dalam konteks tersendiri, seolah... very the ISA!

Fakhrul Anour said...

Para senior dalam industri ni patut lebih peka dengan era globalisasi. Kalau Malaysia taknak diterjah & diserang oleh orang luar, masanya untuk kita befriend with the enemy by learning what they do best. You live in a world where u can't deny there's no place call comfort but challenge, Bukan membungkus diri dalam tempurung, percaya diri akan selamat & mati sebagai Melayu? Astaghafirullah... patutlah ramai Melayu murtad! Sejahil-jahil Ayour sebagai seorang Muslim pun tahu Melayu hanya pada adat & budaya. Understanding other cultures only make me more wise! Rasulullah kan pernah berpesan, carilah ilmu hingga ke negara China. Banyak maksud tersiratnya tu untuk orang Islam.

Tujuan MDeC melalui MSC menyokong industri komik kita ialah sebagai landasan menjadikannya harta Malaysia & bukan sekadar titik peluh rakyat semata-mata. Jadi kepada para veteran kita yang sudah cukup megah dengan karya masing2, kalau rasa tergugat maka tingkatkan ler usaha untuk membuktikan kenyataan anda benar belaka. Bagi generasi baru komik seperti Ayour ni, kami takkan berdiam diri & akan bersaing bukan saja diperingkat tempatan tapi gak di peringkat antarabangsa.

Fakhrul Anour said...

Diorang ni nak bising2, dah fikir ke apa yang diorang cakap tu sesuai ke tak dengan konteks para jemaah Haji di Mekah?! Lagi2 nak bising melayu la, identiti sendiri la.

Laungan 1Malaysia tu bukan nak suruh Bumiputera (terutama Melayu!) lupa asal usul, tapi nak didik Bumiputera jangan takut bersaing. Selama ni asyik makan tanggung, berak cangkung semua... sampai bila nak maju? Apatah lagi dengan pelbagai subsidi untuk bumiputera & kakitangan kerajaan, itu bukan alasan untuk jalan2 cari makan setiap hujung minggu! Sekarang ni jangan sebarangan nak laung Melayu sebab ramai orang Islam di Malaysia tak semestinya Melayu & Melayu itu tak semestinya Islam! Mendabik dada banggakan Melayu tapi Allah redha ke? Biarlah kita Melayu berpegang pada adat & budaya seperti bangsa lain dengan adat & budaya masing2, tapi jangan jadikan ia sebagai sempadan perkauman & perbedaan warna kulit. Nauzubillah!

Sebagai kerajaan Malaysia, memang patut pemimpin utama kita masih yang beragama Islam & bumiputera (Melayu la tu dalam IC...!) sepertimana kedaulatan negara kita dengan sistem beraja dari golongan yang serupa. Tapi kemerdekaan Malaysia tak wujud sepertimana Indonesia, Thailand, Filipina bahkan cam Amerika Syarikat dengan ketegasan 1 bahasa dalam sistem pendidikan & pertuturan seharian. Jadi, tolonglah... kalau Ayour bukan orang Melayu takper, masalahnya memang Melayu pun & rasa malu bila ada juri Melayu sebut warna kulit... warna kulit dia tu gelap sangat ke?! Seperti kata Anonymous la... rupa pun dah cam orang Thai. Ayour juga! ^_^ Sebab bila pergi Bangkok, orang sana cakap Thai ngan Ayour. Bleyyy?! Akur jer... sebab kita serumpun, kejadian-Nya yang unik.

Harap kita dapat la tawadhuk bila menyifatkan diri sebagai Melayu. Kalau nak sangat promosi adat Melayu, buat komik wanita berkemban pakai kain batik kat tepi sungai, pakai kebaya ketat buah dada terangkat, tak pun wanita berbaju Melayu kedah, senteng sana sini... adat Melayu rasanya lelaki jer nampak sopan (songkok tinggi, samping, baju Melayu)!

Takyahlah sebut nak terbitkan komik citarasa Melayu dengan imej ada pokok kelapa, wanita bertudung litup, rumah Melaka segala... (ni laungan wakil sebuah penerbitan yang baru berjinak nak terbitkan komik ketika forum PeKomik di International Book Fair 2008). Kat Indonesia pun ada pompuan bertudung litup & banyak pokok kelapa! Rumah Melaka? Ciri2 minangkabau... & minangkabau tu dari seberang!!! Haha! Jangan cakap Indonesia la, tu ha sempadan Thailand!

Eee.... lemaslah dengan orang yang gagal sejarah tamadun kemanusiaan ni! Ada terdengar salah seorang di IPCC 2009 tu berkata (Melayu jugak!), katanya "Takder pemanas camtu tak syoklah!". Saat itu Ayour teringatkan para pendakwah agama Islam yang suka memekik-mekik bila berceramah, berdakwah dah cam berpolitik! Sampai ke maksud hadis & Kalam Allah camtu? Telinga bingit, hati sakit ada la. Cuba bayangkan qasidah masa tahfiz AL-Quran di ganti dengan jerit pekik melolong? Renung2 kan ler... tawadhuk segera. Menghakimi setiap finalist dah cukup panas dah. Tapi bila dah masuk isu warna kulit, panas tu dah jadi lain!

Wasalam

notorious_kill-joy said...

menjadi pelik...bila penyataan macam tu dikeluarkan..
bukankah komik itu menunjukkan sebahagian daripada kehidupan dan juga komikus melukis sepertimana watak yg dia inginkan..ciri sesuatu watak x semestinya ditunjjuknan dengan warna kulit..biasanya pembaca difahamkan dengan watak apabila mula membaca ceritanya...x tahulah pada org lain.. tapi bagi saya, ciri sesuatu watak itu lebih dicirikan daripada ceritanya, dan lukisan itu menghidupkannya.. x pernah pula pernah saya terfikir seperti "watak ni x macam muka cina/jepun pun" (apabila membaca komik cina@jepun) bila watak dicirikan dengan nama dan asal usulnya..
bukankah identiti itu ditentukan oleh pelukis itu sendiri?
mungkin ada pengaruh daripada karya2 lain..tapi bukankah itu untuk rujukan dan penambahbaikkan?
~kebanyakkan orang berkata2..tapi x semua kata2 itu bermakna~
^v^

KYuu™© said...

ade pic2 time pitching day tu x?

Fakhrul Anour said...

Sebab itulah saya menghasilkan karya artwork dalam pelbagai ciri dalam buku terbaru saya 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI'. Saya ingin membuka mata mereka bahawa bakat tidak cenderung kepada bangsa.

Kyuu... foto time pitching day boleh tengok kat http://gempak-starz.blogspot.com @ tunggu keluaran GEMPAK™ isu 236 nanti. Takpun boleh layari forum kat http://www.pergh.com. Trimas!