"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]
Showing posts with label IPCC. Show all posts
Showing posts with label IPCC. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

IPCC MENDIDIK USAHANIAGA KREATIVITI


IPCC (Intellectual Property Creators Challenge Series) ke-9 anjuran MSC Malaysia melalui MDeC (Multimedia Development Corp.) kali ini difahamkan menawarkan geran RM25,000 kepada 6 pemenang bagi kategori Komik Interaktif Digital (Digital Interactive Comics). Berbanding sebelum ini semasa saya menjadi juri, nilai geran daripada RM15,000 naik kepada RM20,000 untuk 10 pemenang berbanding selepas itu yang menurun hingga kepada 5 pemenang dan meningkat kepada 6 pemenang bagi tahun ini. Saya yakin ada alasan yang munasabah atas perubahan jumlah pemenang tetapi dengan nilai geran bertambah berbanding ketika saya menjadi juri, ia keseimbangan yang munasabah mengikut jumlah geran yang ditawarkan termasuk untuk 2 kategori yang lain (Mainan Video dan Animasi). Malah dengan imbuhan tema 'I Love Comedy' bagi menyelaraskan persembahan kreatif para peserta (semua kategori), memudahkan lagi para juri menghakimi produk-produk yang dipertandingkan. Menyedari tarikh tutup IPCC 2014 baru sahaja berlalu (pada 15hb. Oktober 2014 yang lalu), ingin saya berkongsi pengalaman sebagai bekas juri dan pendapat bagaimana para penggiat seni kreatif negara terutamanya dalam Industri Komik Malaysia melihat pertandingan ini sebagai peluang untuk mendedahkan diri kepada industri kreatif dan kepentingan sebagai unsur perniagaan.

Semenjak IPCC pertama dianjurkan pada tahun 2006, seramai 222 individu dan syarikat telah menerima sokongan kewangan sebanyak RM8.7 juta selain tambahan latihan dan program-program pembangunan (rujukan; The Stars). 

Tiga tahun berturut-turut (2007-2009) menjadi juri kepada pertandingan IPCC (Intellectual Property Creative Content) anjuran MSC Malaysia di bawah usaha MDeC (Multimedia Development Corporation) telah membuka mata saya kepada kemampuan bakat-bakat kreatif Malaysia yang sebenar. Para peserta semuanya adalah dikalangan mereka yang berusaha dalam memartabatkan seni kreatif dengan teknologi terkini seperti yang disyaratkan dalam pertandingan. Yang tidak pandai melukis akan bersatu dengan yang pandai menulis untuk mencipta karya. Manakala yang tidak pandai berhujah akan bersatu dengan yang pandai berniaga untuk membentangkan kertas kerja bagi memenangi geran yang ditawarkan. 

IPCC 2007
Pertama kali dipanggil menjadi juri kepada pertandingan ini telah membuka minda saya kepada bakat-bakat industri dalam mentaliti yang lebih berkonsep niaga berbanding sekadar sebagai karyawan seni semata-mata. Dari situ saya memperoleh kepercayaan bahawa MSC/MDeC serius dalam mendidik serta mengetengahkan bakat-bakat komik untuk berfikiran lebih jauh sebagai industri. Ini untuk memartarbatkan karya masing-masing sebagai penjana ekonomi dalam pembentukan industri yang lebih berhasil. Ketika ini nilai geran yang ditawarkan adalah sebanyak RM15,000 kepada 10 orang pemenang profesional dan RM10,000 kepada 5 pemenang amatur, yang kesemuanya diberi sekaligus tanpa pemantauan. Justeru cadangan diberi agar untuk IPCC seterusnya, geran sebaiknya diberi berperingkat mengikut jadual kerja dalam tempoh yang ditetapkan.       

Namun sebagai salah seorang juri yang khusus kepada kategori Digital Interactive Comic Competition, saya melihat pertandingan ini sebagai pendedahan awal para peserta dalam usaha meniagakan bakat sendiri. Namun kesedaran itu masih perlu ditelusi melalui pendedahan secara berterusan sejajar dengan keperluan industri. Kerana rata-rata peserta yang saya adili sepanjang 3 tahun tersebut, kelemahan paling ketara majoritinya ialah tidak mengusulkan kertas kerja bertepatan dengan keperluan ekonomi yang berpaksikan teknologi kreatif. Soal berkarya (melukis dan menulis) tidak dinafikan semua jelas berkemampuan, namun kertas kerja yang dibentangkan hanya terhad kepada skop untuk memenangi geran (dalam menyiapkan kerja separuh siap). Jadi apa yang juri perolehi masa pembentangan (pitching), rata-rata menilai bakat seni para peserta (dari sudut komersil tanpa meninggalkan jati diri nasional) dan kemampuan menyiapkan tugas dalam tempoh yang telah diperuntukan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Kesimpulannya apa yang saya dapat ketika itu ialah para peserta seni komik yang berbakat tetapi untuk berfikiran jauh, ada yang terlebih jauh (sampai ke laut!) tanpa memikirkan (logik) faktor terhad (yang perlu diambil kira) seperti ketetapan masa dan jumlah dana yang diperuntukan.  

IPCC 2008
Kali kedua menjadi juri untuk pertandingan IPCC memantapkan lagi kebolehan saya mengadili bakat para peserta ketika membentangkan projek komik masing-masing. Malah saya lebih berpuashati dengan cara MDeC menguruskan geran untuk para peserta di mana para pemenang bakal dipantau kerja mereka sebagai latihan perusahaan. Kecendurangan kami di IPCC kali ini adalah untuk melihat karya para peserta membawa identiti masing-masing tanpa mengenepikan budaya majmuk negara sendiri. Para peserta yang terdiri dari berbilang kaum jelas merealisasikan impian tersebut. Walau ada perdebatan tentang aspek perkauman namun kata sepakat mempersetujui bahawa di Malaysia kita tidak boleh menafikan budaya bangsa lain, asalkan imej negara kita ditonjolkan sebaiknya berbanding karya-karya komik dari negara Asian lain seperti Jepun, China dan Korea Selatan. Malah pengalaman bekerja dengan Art Square Group sebagai penerbit komik paling berjaya (setakat ini) di Malaysia yang berusahasama hingga ke peringkat Asian, memberi imbuhan perkongsian ilmu saya dengan para peserta. 

Pada saya, tidak salah untuk kita meletakkan impian yang tinggi dalam mencari titik tolak agar kita terus maju. Namun kita kena faham, impian yang tinggi itu adalah pencapaian yang kita hendak usahakan tetapi setiap kemudahan yang ditawarkan harus kita pergunakan mengikut haknya. IPCC ini hanyalah sebuah pelantar pertandingan, MDeC dan MSC bukan portal subsidi yang akan melakukan semua kerja untuk bakat kita selepas pertandingan. Malah penganjur tidak mengambil apa-apa hakcipta karya daripada peserta, kecuali yang tertakluk dalam syarat bagi menyempurnakan geran. Justeru, para peserta diharapkan lebih berkemampuan untuk melebarkan lagi karya masing-masing (yang telah memenangi geran) dengan memastikan ia sampai kepada peminat komik untuk dibeli. Usaha melebar itu perlulah tertakluk kepada azam para pemenang geran itu sendiri kerana jelas karya sudah dijamin ada kualiti komersil oleh para juri, tetapi sehingga hari ini dimanakah kebanyakan karya-karya itu di dalam industri? 

IPCC2009
IPCC yang berlangsung pada tahun 2009 menyaksikan penglibatan nama-nama besar dalam industri sebagai peserta. Ini merupakan inisiatif artis-artis komik berpengalaman untuk menyahut cabaran dana kreatif ini. Memilih pemenang di antara mereka adalah antara yang paling mudah kerana kepakaran serta profesionalisme masing-masing yang rata-rata sudah diperakui kemampuannya. Tetapi berkongsi pendapat tentang industri melalui bengkel yang dianjurkan selepas pitching day membuat saya sedikit kekok memandangkan pengalaman teori saya berbanding praktikal mereka. Namun saya menyahut cabaran itu sebagai perkongsian ilmu antara kami yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam memartabatkan Industri Komik Malaysia.    
Untuk IPCC 2009 ini, selain menjadi salah seorang juri yang memilih 10 pemenang untuk menerima geran RM20,000, saya juga terlibat dalam sesi mentoring para pemenang sebanyak 3 sesi dalam menentukan progres kerja mereka. Memandangkan geran tidak diberi sekaligus, maka sesi mentoring ini sangat penting untuk para pemenang menerima bahagian mereka secara berperingkat berdasarkan hasil kerja mereka seperti yang disyaratkan oleh MDeC (sehingga semua geran berjaya dibahagikan). Sepanjang pengalaman dalam sesi ini, ada diantara peserta yang masih tidak komited dengan deadline dan suka 'bercanda' dengan alasan untuk menyudahkan kerja. Malah ada juga yang mengubah pendirian kepada konsep kerja hingga menambahkan lagi kerumitan para mentor dalam memberi keputusan jelas kepada inisiatif mereka. Bagi saya ini adalah antar punca kemunduran artis-artis komik berbakat untuk lebih berdaya saing dalam pertumbuhan industri komik negara. Namun para pemenang geran yang sudah arif dengan kerja industri sebelum ini, jelas menyiapkan projek mereka seperti yang telah diperuntukan oleh syarat pertandingan tanpa banyak kerenah. 

Harapan saya semoga Industri Komik Malaysia akan terus diperkembangkan ke peringkat yang lebih baik, hingga dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Jangan sekadar melihat komik ini untuk hiburan semata-mata, tetapi juga sebagai antara sumber mudah menerapkan ilmu dan memelihara budaya. Malah jadikan juga industri komik ini sebagai antara penjana idea serta kemahiran kepada industri berkaitan seperti animasi dan mainan video demi melihat Industri Kreatif Negara menjadi lebih efektif bukan sahaja di dalam negara tetapi juga mampu berdiri gah di luar negara.

#BERUSAHA!

Thursday, July 30, 2009

RACISM ISSUE IN COMIC CREATION... AGAIN


IPCC 2009 PITCHING DAY (30/07/09)

Interesting... again in this pitching I face the same jury (as last year) who came out with race issue. He purposely quoted on one of the artwork saying the artist should show the look of Malay by drawing character with the look of Malay. I questioned myself in the perspective as a comic artist, how can I draw someone with the malay look? The problem is he commented the issue on a Malay finalist with great artworks. The character wear Malay classic outfit, but he (the jury) thought the character drawing doesn't reveal much on the look of a Malay because the character has white hair and pale skin. Then I responded the old man looked like my late grandfather who had white hair and tough face feature just like the drawing. He totally disagreed & fought back with an anger, which then I just keep quiet because what's the use fighting for something I'm always right and majority agreed. In the name of Allah, who are you to label his creation in term of races?! Tawadhuk before you speak my brother.

This is Nizam Asaari, one of my favourite character I draw for my latest novel 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI'. He's a Malay but does he looks like a Malay or can you simply describe a Malay by the way he looks? Anyway my name is Fakhrul Anour, I'm a Malay too and everytime I draw a character, my inspirations are people. For me the meaning of Malaysia content in this IPCC 2009 is how can they (the participants) reveal the image of Malaysia into their comic creation, not standardizing a character wearing Malay costume should looks like a Malay. What?!!!

Saturday, July 18, 2009

IPCC2009 WORKSHOP FOR THE FINALIST

When I'm sleepy & don't have the mood to do any talk, once I hold the mic, my mood will be otherwise. ^_^ No wonder a colleague called me 'Natural Born Talker'. Huhu! Tapi Ayour akan jadi lebih kuat membebel kalau audiens teramat la pasif. Macam tak puashati selagi diorang tak excited. Malangnya they beat me on the 'Silence of The Lamb' game! Kalau budak sekolah takperlah lagi, ini semuanya dah dewasa and looking forward to get the RM20,000... when asked questions, mulut diorang semua cam ada berlian! Hardly respond. Apa sudah jadi?!

Pengalaman 2 tahun menjadi juri IPCC bagi kategori komik digital, sifat pasif finalis² ni sungguh membimbangkan. Macam takder semangat jer! Takkan la semua finalis sepakat jadi pasif kot? Hmm... jangan² diorang tengah risau pasal bahan² untuk presentation nanti. Siap ke tak kerja ni? Mati la...

We have ME (^_^), Michael Chuah (C2V) & The Tentacles (winner of IPCC2008) sharing knowledge with the finalists, but why are they not taking the opportunity to ask? Well... I don't like to predict anything, let me see how their presentation will be during the pitching day! Risaunya...

>_<
Nak buat joke pun cam takder mood jer. Sebab riak muka para finalis dah cukup menghiburkan, muka steady jer semua woooo... steady takut ke? Huhu... ^_^ Take it easy guys, life is boring without challenging excitement!

Nothing is to late if we focus & stay calm! Slide Power Point yang ditayangkan kat para finalis sebagai panduan Ayour bertaklimat ni dibuat on the spot, sepanjang sessi pertama bersama C2V & The Tentacles. Lagipun, artikel 'PROFESSIONAL BUT FUN: TO BE A SUCCESSFUL MALAYSIA COMIC ARTIST' yang diagih-agihkan ke setiap finalis tu pun dikemas kini seawal 4 pagi sebelum workshop! Harap ia jadi good guide of simple motivation for each finalis. So... Pitching Day, u still have time to prepare the presentation ya! ^_^

Setiap kali Ayour jadi juri, seperkara yang Ayour akan sentiasa cuba kawal ialah my fanatical fan spirit terhadap otai² industri komik kita yang join IPCC. I was raised by their work! (tapi taknak mention la masa taklimat ni, kan... as i said, mengawal my fanatical fan spirit... katanya!^_^) I have nothing but respect for their ongoing contribution to our comic industry without prejudice. Otaikuuuu... don't give up on me this time ya!