"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2011


Allahyarhamha Sa'adah bte. Hj Fadhil adalah seorang wanita terhebat yang paling rapat pernah saya kenali. Beliaulah seorang rakyat, seorang muslimah, seorang suami, seorang isteri & seorang ibu dalam membesarkan anak tunggalnya dengan melalui setiap kepayahan dicemuh, dipandang rendah malah dikhianati tidak kira secara peribadi atau profesional. Biarpun banyak pujian yang dicurahkan kepadanya samada kerana rupa parasnya atau sumbangan yang telah diberikan kepada masyarakat penduduk, namun demi tanggungjawab beliau tidak pernah merasa angkuh malah terus berkhidmat sebagai seorang guru KEMAS, guru mengaji, guru nasyid, ahli politik UMNO/Barisan Nasional serta penyatu masyarakat.

Walau dalam kesibukan semua itu... pendidikan anak tunggalnya ini tidak pernah diabaikan. Biarpun adakalanya dia pulang kepenatan hingga marah-marah & bila saya ada melakukan kesalahan akan dirotan, tidak pernah saya berniat untuk pergi meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana saya tahu, bukan mudah membesarkan seorang anak berbanding ramai anak kerana ia melibatkan hati dan perasaan yang tunggal.
Hilang satu tiada lagi gantinya, gagal satu tiada lagi duanya, berjaya satu maka terbuktilah tiada salah didikannya. Hanya satu dapat membuktikan kejujurannya...
Malah saya pernah berharap jika diakhirnya diantara kami kematian menjemput, biarlah beliau pergi dulu supaya beliau tidak perlu merasa sakit untuk melihat kematian saya dahulu. Subhanallah, beliau pergi dalam redha saya & yakin doa saya untuk beliau dihantar terus ke syurga, insya-Allah di makbulkan kerana beliau seorang bidadari.

Beliau telah mendidik saya dengan baik. Mendedahkan saya dengan pelbagai jenis bahan telaah & ilmiah semenjak usia kecil lagi, selain kehidupan kami berkongsi hidup sebagai anak-beranak bersama di rumah belakang masjid itu.

Beliau tidak perlu selalu berada di sisi untuk mengajar & mendidik saya secara langsung. Namun jika saya ada persoalan, beliau tidak pernah gagal menjawab biarpun adakalanya jawapan itu mengambil masa untuk saya fahamkan.

Hanya dengan memerhati & mengamati beliau sahaja, saya sudah ingin menjadi seperti beliau; mantap, berusaha & tidak mudah mengeluh dalam setiap yang dikerjakan. Buat kaum wanita semua, jujur saya katakan bahawa saya dewasa belajar daripada kepayahan & usaha tegar seorang wanita bernama Sa'adah bte. Hj Fadhil... Al-Fatihah buat bondaku yang tercinta.

Kepada lelaki yang suka bersikap ego terhadap orang lain terutamanya wanita, berfikirlah dahulu sebelum anda ingin menunjukkan anda seorang yang teguh & bersikap kejantanan (kononnya!). Ingat! Ada kaum wanita hidupnya terpaksa melayan kealpaan lelaki berlagak dalam berpolitik & berdakwah demi menjaga maruah diri! Saya harap lelaki-lelaki sebegini tolonglah sedar... maruah anda tetap bermula di diri anda & hak yang ingin anda jaga, bukan atas hak orang lain. Jika alpalah cara anda menjaga hak anda, maka alpalah hak anda kelak... begitulah juga wanita, hak yang ingin anda miliki.

Wasalam!

4 comments:

Zarul Helmy -Faz- said...

menitis air mata bila baca post nih..
Mak saya, Fatimah Tarmizi.. Beliau la seorang suami, seorang isteri & seorang ibu pada 4 orang anak dier..
Alhamdulillah, beliau sentiasa ada bila anak2nya memerlukan..
suatu hari nanti, andai dier x berupaya..
biarlah saya yang selalu ada disisinya bila dier memerlukan pula..

Insya'allah..

Zarul_Helmy-faz

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Syukur alhamdulillah... semoga Faz & 3 adik-beradik yang lain dapat memberi yang terbaik buat ibu tunggal yang tersayang itu ya. Banyak doa dia dapat. Jika ada diantara 4 yang engkar, tolonglah ingatkan demi meringakankan beban seorang ibu. Bersama-samalah berganding bahu membesarkan seorang ibu yang tercinta... Insya-Allah!

Fatin Aliyya said...

al fatihah.

ayour, sngt menyayat hati skali untaian kata anda ini.

be strong ok ayour.n best of luck

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Fatin: tak dinafikan masa menulis tu memang la meleleh airmata... ^_^ Insya-Allah, saya masih kuat & tabah. Allah masih di sisi memberi kekuatan baru bagi meneruskan hidup tanpa ibu tercinta.