"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]
Showing posts with label COLLABORATION COMIC. Show all posts
Showing posts with label COLLABORATION COMIC. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

KOMIK USTAZ DON: BIO 03

Sebelum novel grafik 'C.U.B.E:46' berada di pasaran tempatan pada September 2015, KUISCELL Sdn Bhd selaku penerbit dengan usahasama MALAYSIAN BIOTECHNOLOGY CORPORATION (BiotechCorp) memasarkan secara eksklusif (Harga: RM5 senaskhah) komik 'C.U.B.E: 46' Edisi Promo berjudul 'Di Sebalik Tabir... TERMA PEMBIKINAN KOMIK' sempena ASEAN BIOECONOMY 2015 (BIO MALAYSIA) Conference & Exhibition (17 - 19 Ogos 2015), bertempat di PWTC (Tun Razak Hall 4, Dewan Merdeka, Tun Hussein Onn & Tun Dr Ismail). Edisi ini terdapat 50 mukasurat (termasuk kulit depan) dan mengisi 32 muka surat terawal komik 'C.U.B.E: 46' separa siap yang mendedahkan 5 mukasurat lengkap (siap toning), 11 muka surat separa lengkap (siap inking), 16 muka surat belum siap (hanya penciling!) serta 4 mukasurat thumbnails yang merujuk kepada 32 mukasurat komik tersebut. Objektif Edisi Promo ini selain mempromosikan komik 'C.U.B.E: 46' yang bakal menyusul bulan hadapan, ia juga memberi sedikit pendedahan ringkas tentang 4 terma asas pembikinan komik (thumbnails, penciling, inking & toning). Memandangkan ia terhad, maka ia tidak akan diulang cetak.

Merujuk kepada update blog saya sebelum ini; 'KOMIK USTAZ DON: BIO 01' dan 'KOMIK USTAZ DON: BIO 02', update terkini ialah judul untuk komik Ustaz Don telah dimuktamadkan sebagai... 


Pada 27 Julai 2015 yang lalu, satu bengkel perbincangan berlangsung selama 6 jam di HQ BiotechCorp bagi membincangkan pelancaran komik ini dan salah satu daripadanya ialah Edisi Promo (seperti yang tersebut di atas) dan keputusan mutakhir untuk melihat Novel Grafik 'C.U.B.E: 46' Episod 1 menemui pembaca komik Malaysia sekalian pada SEPTEMBER 2015. 


Untuk makluman korang semua, projek ini adalah ilham bersama BiotechCorp dan juga KUISCELL dalam memanfaatkan medium komik sebagai bahan rujukan santai tentang bioteknologi kepada para penggemar komik sekalian. Ia sebagai salah satu alternatif memperluaskan kesedaran tentang bioteknologi kepada masyarakat dalam bentuk fiksyen namun terselit fakta-fakta yang bermanfaat. 

Mukasurat 19 komik (penciling) yang terdapat di dalam Edisi Promo sahaja!

Seperti yang pernah saya maklumkan, jalan cerita komik ini dikaryakan oleh Ustaz Don Daniyal manakala saya selaku pelukis dan penulis komiknya. Diterbitkan oleh KUISCELL, ia juga merupakan Hakcipta Terpelihara KUISCELL, justeru saya tidak mempunyai hak selain sebagai pelukis dan penulis komik ini yang bertanggungjawab dari segi kualiti serta pengisian. Jadi kalau ada sesiapa yang dok tanya pasal jualan atau pesanan, itu saya kena dapatkan maklum balas dari pihak KUISCELL dahulu. Insha-Allah, kita saling membantu dalam berkongsi maklumat, akan cuba diusahakan sedaya boleh. Buat sementara ni dari pihak saya, ni jer yang dapat saya maklumkan setakat yang boleh.  

Mukasurat 7 komik (inking) yang terdapat di dalam Edisi Promo sahaja!

Seperti yang sudah saya maklumkan dalam update sebelum ni, 'C.U.B.E: 46' dijadualkan untuk 3 episod novel grafik yang mana episod 2 kami rancang di pasaran menjelangnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, dan episod 3 dijangka di pasaran pada September 2016. Mengharapkan Episod 1 mendapat sambutan dari para peminat komik tempatan (juga dua episod seterusnya), insha-Allah semoga dipermudahkan, saya di sini akan cuba mencuba memberi yang terbaik untuk 'C.U.B.E: 46' dengan terus memperbaiki mutu kerja selagi boleh. #Berusaha!



Tuesday, May 5, 2015

KOMIK USTAZ DON: BIO 02

'C.U.B.E: 46' (judul masih belum dimuktamadkan) adalah sebuah komik yang bakal memaparkan isu bioteknologi di dalam masyarakat maju di tahun 2050. Sebagai artis komiknya, saya suka berkongsi sedikit pencerahan terkini akan usaha ini. Ia merupakan karya pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal dan bakal diterbitkan oleh pihak penerbitan KUISCELL​.

Dijadualkan untuk 3 siri dengan siri pertama sudah 40% dalam pembikinan, komik ini akan lebih berorientasikan gaya hidup Islam Nusantara di Malaysia. Ia sebagai menyahut kelainan identiti komik berbanding dari Jepun dan Korea Selatan untuk genre fiksyen fantasi-futuristik. Ia bukanlah sebuah komik yang sesak dengan keperincian atau berat dengan falsafah, pendekatannya lebih kepada mesej santai tentang kemanusiaan di era bioteknologi.

Harap pendedahan ini dapat dikongsikan bersama semua sebelum terbitnya kelak di pasaran, insha-Allah.


Mukasurat 15 (finalized) mengikut turutan thumbnail

Saturday, February 28, 2015

KOMIK USTAZ DON: BIO 01

Tak dinafikan saya ni memang salah seorang peminat Ustaz Don dan suka tonton rancangan beliau di TV Al-Hijrah. Tetapi tak pernah lak terfikir bahawa saya akan diberi peluang untuk melukis komik yang terhasil dari ilham beliau sendiri! Walaupun saya ni maklum bukanlah pilihan pertama, tetapi syukur alhamdulillah diberi peluang juga akhirnya. Jadi akan cubalah melakukan yang terbaik, insha-Allah.

#Berusaha! ^_^

 

Tanggal 12hb. Januari 2015 adalah hari saya dan rakan artis komik lain (Rani Ahmad/Wukong, Mohd. Ilham/Boy & Hana Shanani/Nani) dipanggil mengadap Ustaz Don bagi membincangkan projek komik beliau di pejabat Kuiscell. Saya dan yang lain dah siap-siap membawa contoh kerja masing-masing. Ustaz Don belek gak kerja-kerja kami tapi beliau lebih efisyen, dah research 'target' lebih awal. Tanpa banyak usul-periksa masing-masing dah punya tanggung-jawab yang perlu digalas. 

lakaran watak utama dibuat dahulu untuk cadangkan teknik outline & toning.
Lakaran asal karakter sidekicks; Qab & Zik sebelum diubah-suai...
Sidekicks berwajah baru... Qab & Zik selepas diubah-suai. ^_^
Saya punya tanggung-jawab ialah merealisasikan ilham Ustaz Don tentang konflik bioteknologi di tahun 2050. Jalan cerita semua dah ada, yang saya perlu buat ialah realisasikannya kepada sebuah karya komik. Jadi pada mesyuarat kali ke-2 (seminggu kemudian), kami meletakkan kata putus bahawa saya dipertanggung-jawabkan melukis 130 mukasurat untuk episod pertama dari tiga episod yang dipersetujui.


Dalam tempoh 2 minggu saya dapat siapkan thumbnails untuk 130 mukasurat tersebut, dan kini sedang dalam proses menyiapkan penciling dan inking untuk kesemua mukasurat tersebut sebelum masuk proses toning dan pengisian dialog kelak.
Apakah makhluk ni?! Nanti teman citerlah dalam komik tu. *wink*

No pressure... saya akan cuba menyiapkan karya ini secepat mungkin dan insha-Allah, selepas sebulan dua lagi dapatlah kiranya korang para peminat komik sekalian menyambutnya dengan hati yang terbuka. Jadikan ia sebagai sebahagian daripada koleksi komik-komik korang ya. Trimas!

Judul komik masih belum dimuktamadkan lagi jadi sebagai pendedahan pertama di blog ni, saya bagi teaser artwork... jadi korang dah boleh steady bayangkan ke mana hala tuju bioteknologi dalam citer komik ni kelak. ^_^

P/S: Projek-projek komik saya yang lain (seperti Putera Malar, L.I.F.E., Saving Echidna dan SALIGIA) di K.I.V. buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada projek ni dulu. Sabarrr... ^_^"
 

Wednesday, February 9, 2011

PREVIU KOMIK 12 M/S 'ONCE... CINTA ABADI'

Kolaborasi saya bersama penulis muda berbakat besar, Igniz diteruskan lagi dengan sebuah karya cinta 2 sejoli (yang pertama daripadanya!). Dia menulis skrip berdasarkan konsep cerita yang saya syorkan di blog ini berjudul ONCE.
Melalui karya ini, saya bertambah yakin dengan kebolehan Igniz sebagai seorang penulis. Jika sebelum ini saya hanya mengadaptasi karyanya yang sedia ada di laman blognya 'youCANNOTREADthis' dalam bahasa Inggeris, kali ini dia menghasilkan karya dalam bahasa Melayu. Saya anggap ini karya eksklusif daripada Igniz yang membuktikan dia bukan sahaja bagus menulis dalam bahasa Inggeris, tetapi juga dalam bahasa Melayu... I believe.

With his great writing, I believe I can develop even more better comic drawing, insya-Allah. Inilah hasil kolaborasi yang saya anggap cukup ekslusif berbanding yang sebelumnya & I'm looking forward for more...

Note: karya ini yang pada asalnya Igniz tetapkan 8 m/s saya kembangkan jadi 12 m/s sebab ada babak berdasarkan skrip ingin saya kembangkan dalam bentuk lukisan komik, eksklusif untuk terbitan Gempak Starz™. Enjoy! ^_^


Page 02


Page 06


Page 07

Friday, December 31, 2010

PROMO KOMIK: THIS PART... IT BREAKS ME!

This is a plot of page 3 comic adaptation of 'When It Breaks More Than It Should' by Igniz & this is considered the most emotional plot I had to draw. You can even see a trace of my tear on it.

I'm not even close compared to the child in the story, but it was heartbreaking that I had to draw a loving mother being scold by his lovely child. The whole night I heard my mother whispered to me that I'm nothing like what they said. She even reminded me that I never raised my voice to her. Then she brought me back to our memory lanes, she said the worse act I did to protest her was drowned my head in the tempayan full of water. She said it was heartbreaking for her to hear them accused me that way when she couldn't even be there to protect me. When she was alive, it was hard to let her selfishness kills my dream by ordering me back into the cave. So she let me danced with the crowd & patiently heard my series of complaint about those love hunters until demons scared her soul to death...

Now, after she passed away, she was even worried because I have to bring her charismatic value. When I was a kid, the reason she smacked or rotan me because I easily smiled to strangers. She said don't easily smile to others unless I have someone to protect my smile. No wonder I hardly smile in the photos when I was a kid. She said I was a very loyal child but she was worried for one day I will suffered her beauty & being taken away by the wrong people. While the right people just watched with so much blame on me for not knowing to choose what's right & what's wrong. But why they didn't even say something beside blaming? Because they plan to kill the beauty they cannot own with other people's hand.

She also said I had to stick to my true love if I want to escape from forever being taken by the wrong people, even if one day this true love will not be there to enjoy my victory. No regret she said, as long we have a heart that believes what is right...

Mak... Do you remember when we acted in that movie together? When the co-actor slapped your face slowly then you fell hard on the floor by saying "Aku tak tahu! Aku tak tahu!"? Especially when we had to do the take over & over again which I almost wanted to scold the director? I really cried hard for you, mak... for every take. Thank God you understood me & patiently calmed me for every take. Separated from me during the shot was not brilliant. "For my trust," you said.

Mak...

I'm breaking away soon. dead or alive is not my choice anymore, my choice is true love though I have no power to hold it tight with me. But I can never forget what your sister -in-law said to me a few minutes after you passed away...

"You know sweety, the last thing she was worried before she passed away is your charm. She was afraid you couldn't handle all the pressures. Your mother when she was alive, since forever, she was a princess then a queen... everything around us, it was all about her. Now you..."

Mak...
After that all I heard was "Run away... be away... but before that, stay a while & teach them right. Tell them what they feel about you will only provoke defamation & only true love can feels you right."

Mak...
A year ago... before new year 2010, I fell in love at first sight again. It was beautiful though as usual... heartbreaking. It took me a journey to understand that it's real! I'm slow, yes... Yet unashamed after that, I shout to the world "I'M IN LOVE!". But as I don't want to worry you so much, I will only let the feeling controls me... the person is free to fly away unless otherwise, we'll see.

That's love... right, mak? True love.

I LOVE YOU...


Happy New Year 2011, mother...
you're my angel forever.

Thursday, December 30, 2010

PROMO KOMIK: EMPTINESS... WHEN IT BREAKS

There were many who asked me "Was it easy to start plotting a comic story?" & most of the time I would answer them "Only if I'm excited to draw it.". But most of the time, the only difficult part to draw a comic is looking at a blank paper & imagine how to start the plot. For example, this plot I took from my upcoming release based on Igniz's story titled 'When It Breaks More than It Should'. Early morning I had to wonder how to draw a vase that is on crash momentum. It took me half an hour looking at the blank white paper without a start with the tip of my mechanical pencil. Then I said to myself...

"Your... let the moment begin! The more you ponder at the blank space, the more you will hesitate to start something. Stop imagining it, just put the tip of the pencil lid on the paper & starts tracing! Your imagination will leads you spontaneously. There's no way you could overcome the blank without at least draw a line. As long you don't let the blank controls you, a line will at least shows you a start... then your imagination will becomes a reality, if you believe enough."

True indeed! When I draw, I seldom look for references (take so much of my time to search for it!), so it was not easy for me to draw momentum of a broken vase. But I didn't want to give up myself looking at an empty space forever, so I started drew a line... finally, here it is! Maybe not as good as how professional comic artist (I assumed myself not yet) did it, but at least it got me somewhere, from nothing to something... as long you don't let the blank moment drives you away. ^_^

Wednesday, December 29, 2010

PROMO KOMIK: 'BERKECAI YANG LEBIH BERDERAI'

Selalunya sebagai pelukis komik ni, ilham untuk mencipta visual yang terbaik dalam menghasilkan penceritaan yang sempurna bergantung kepada keterujaan pelukis dengan garapan cerita yang diperolehi. Samada ia sekadar idea atau sebuah skrip lengkap, keterujaan tersebut akan memberi impak istimewa dalam penghasilan komik yang memberi kualiti tersendiri. Ini termasuklah menghasilkan karakter yang khusus juga persekitarannya. Bagi saya setakat ini, karya Igniz telah memberi keterujaan tersebut semenjak saya hilang minat menghasilkan karya cerita sendiri. Justeru selepas 'KTM: Kisah Teladan Manusia' & 'Janji Agus... Ibu', saya meneruskan kolaborasi ini dengan 'Berkecai yang Lebih Berderai' yang mengadaptasi karya English-nya berjudul 'When It Breaks More Than It Should'...

Versi Penciling
Sebelum mula melakar sesebuah komik, permulaan saya bergantung kepada mood saya sendiri selepas membaca skrip (adakala sumbangan idea penulis juga membantu memberi kepelbagaian idea pada hasil lukisan saya bagi hasil yang lebih terjamin). Untuk komik ni saya hasilkan karakter dulu baru dapat idea nak bentukkan kotak panel bersesuaian di atas kertas lukisan bersaiz A4...

Untuk Gempak Starz™ yang tidak mementingkan impak panel melebih-lebih, maka semua kotak panel saya kekal bersaiz 4 segi & cuba mengelakkan karakter @ kotak bubble terkeluar daripada panel. Namun itu semua bergantung kepada penceritaan saya, kalau boleh saya akan kurangkan yang terlebih-lebih keluar ni, kecuali bagi muka surat pertama yang mementingkan pengenalan maksimum!

Objektif pembentukan awal karakter untuk cerita ni sebab saya mengkhususkan kepada mood pendekatan peribadi pembaca kepada mereka. Sebab citer ni ringkas & lebih mengkhususkan anda mengenali mereka lebih rapat secara visual (skrip pun sangat kurang). Juga untuk menekankan wajah si ibu serta anak ketika sebelum & selepas 30 tahun. Ini sangat penting supaya dapat memberi emosi kepada pembaca sepanjang membaca cerita komik sependek 6 m/s ni...

Mula² saya terfikirkan si anak seorang selebriti yang bergaya & berjaya. Namun dalam pengalaman hidup saya, golongan selebriti kurang pendekatan konsep si Tanggang kecuali dalam filem atau drama yang mereka lakonkan. Berbanding golongan korporat, kisah si Tanggang ni paling banyak saya perhati. Bukan nak memperli sesiapa, namun golongan korporat kebanyakkannya lebih mementingkan kebendaan berbanding seni. Malah golongan korporat yang paling ramai tiada masa bersama ibubapa mereka terutama during corporate meeting, business trip @ oustation. So, lets start to remind them now... ^_^

Versi Inking
Selepas siap proses penciling, barulah saya melengkapkan mukasurat pertama dengan mengisi inking menggunakan pen lukis Uni Pin bersaiz (0.1, 0.2. 0.3, 0.5) & bersaiz (0.8) untuk garis kotak panel. Manakala pen Artline210 6.0 saya gunakan untuk kotak bubble, seterusnya mewarna hitam menyeluruh dengan pen Artline High Performance (1000 & 70).

Monday, December 20, 2010

PROJEK KOMIK SETERUSNYA... PELAT?!

Disember 2010 nampak gayanya is my 'back on track month' bila saya dah tak berhenti melukis komik semenjak siapkan 'KTM: Kisah Teladan Manusia' (http://fakhrulanour.blogspot.com/2010/10/promo-karya-kolaborasi-ktm-kisah.html) & seterusnya 'Janji Agus... ibu' (http://fakhrulanour.blogspot.com/2010/12/promo-janji-agus-ibu-12-ms.html) & sekarang sebuah lagi kolaborasi bersama Igniz dengan karyanya berjudul 'Unable To Speak' (http://youcannotreadthis.blogspot.com/2010/10/edisi-khas-bahasa-melayu-3-unableto.html). Serius seh... ibu jari kanan kebas semacam dah sebab tak putus-putus buat inking! Tapi bila lagi nak dapat semangat berkobar-kobar buat komik camni, kan? Time to move on though once a while I feel like I wanna kick somebody's ass! Whose? Don't ask... in pressure moment, KICK ASS is a real way to pick up my strength again... >_<

Judul Melayu saya plan nak letak 'PELAT BICARA'... TETAPI kena tanya penulis dulu kalau judul tu OK buat dia. We'll see... :P (p/s: usually I'll pass the QC check! ... & funny how I still couldn't leave my editorial habit. -__-")

Saturday, December 11, 2010

PROMO: 'JANJI AGUS... IBU' (12 m/s)

Janji ibu kepada anak-anaknya, janji anak-anak kepada ibunya... janji sebuah keluarga, namun apakah erti janji-janji itu jika ia hanya pada kita namun perbuatan lebih daripada mengata. Sebuah kisah renungan, teladan & rentetan seterusnya hasil kerjasama dengan Igniz melalui karya skripnya berjudul 'PROMISES' di blog (http://youcannotreadthis.blogspot.com/2010/04/promises.html):

Muka surat pertama... ^_^


Antara lakaran awal... ^_^

Monday, October 11, 2010

PROMO: Karya kolaborasi 'KTM: KISAH TELADAN MANUSIA'


Boleh dikatakan ini adalah karya Igniz (penulis) yang pertama membuatkan saya tertarik untuk diadaptasikan ke komik. Ia hanyalah sebuah jurnal ringkas tetapi mengambil masa untuk saya memahami mesej yang cuba disampaikan. Tidak tahulah kenapa lambat saya nak tangkap mesej sebenar sedangkan saya terkenal sebagai penghasil karya² cinta. Justeru dengan membaca jurnal ini berkali-kali, terus memberi ilham untuk saya mencabar diri menjadikannya sebuah komik. Maka inilah dia! ^_^

Karya komik pendek ini mencabar saya menghasilkan lanskap arkitek di stesyen keretapi. Memandangkan saya takder lesen menggambarkan stesyen KTMB yang sebenar, maka saya hasilkan gambaran stesyen keretapi saya sendiri yang tak lari jauh daripada konsep KTMB sendiri. Sekurang-kurangnya... untuk kipas-susah-mati Gempak Starz™.

Tuesday, July 20, 2010