"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Tuesday, December 21, 2010

SUMPAH PURNAMA 'PUTERA TEDUNG MALAR'

Selar berlingkar di busut jangan kau tegur,
Sedang menanti purnama Hijrah yang pertama,
Seruan Putera saat mentari tegak di ubun Zuhur,
Menanti malam menari bersama di jingga purnama...

Sehari awal hatinya kosong tanpa keinginan rindu,
Buat cinta pertama janganlah kau tanggalkan curiga,
Tiba masanya Putera meletak hati untuk beradu,
Kerana hujan terlindung bulan demi esok lebih bertenaga...

Sumpah Putera tercatat di malam purnama biru,
Bangkitnya nakhoda tedung membawa berita,
Putera bakal menyelar penghina dengan rasa terharu,
Membalas sumpahan menyembur bisanya melata...

Putera Tedung Malar hadir tersenyum pada purnama,
Terpancar keikhlasan menikmati seluruh zat alam penuh hiba,
Mensyukuri takdir Ilahi di hati pada rasa cinta pandang pertama,
Diterang bulan wajahnya berseri mendodoi pelindung mesra di riba...



Wahai manusia...

Sedarkah dikau rahsia dunia banyak sudah terbuka,
Namun kau alpa membayangkan realiti kenyataan fizikal,
Sedang kau terlena mengakui diri nyata dan cinta bersaka,
Buta hati tidak kau kesal, buta mata mampukah kau sangkal?!

Tertegaknya purnama di malam ini menyuluh arah kiblat,
Tujuh petala langit bersusun lurus memberikan cahaya penuh,
Anugerah Allah banyak hikmahnya dibawa para malaikat,
Disimbahi mandian kesyukuran buat hamba-Nya yang tidak jenuh...

Wahai manusia...

Putera berpesan jangan kau gila kerana hina,
Kerana hina yang membuat kau gila itu adalah cinta,
Tanpa cinta kau lupa Yang Maha Esa itu bukan gerhana,
Sebaliknya Dia yang menabur cinta buat kita semata-mata...


"Demi matahari dan cahayanya di pagi hari. Dan bulan apabila mengiringinya. Dan siang apabila menampakkannya. Dan malam apabila menutupinya (malam-malam yang gelap). Dan langit serta pembinaannya. Dan bumi serta penghamparannya. Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikkan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."

– [Surah Asy Syams (matahari) : ayat 1-10]

10 comments:

Huda said...

Tergugat la tengok gambar ni. huhu! tak habis baca lagi ni. tak sempat. baca ending je. nanti huda baca balik. ^^

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Tergugat? Kuatkan iman... ia sekadar seni jer. Huhu...
P/S: Aiyoooo... puisi sependek ni pun kena sambung baca gak ke? Ke kena bagi faham 2-3-4-5-6-7 kali? Cetttt! ^_^

Huda said...

Seninya terlalu detail tu yg agak tergugat jugak lah. xP Takdelah, just...wow! Haha.
Almaklumlah, org yg kurg seninya dlm bhsa (hanya mendlm bhg imaginasi n lukisan jer). Kenala baca byk kali hehe.

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Huda: eleh... kurang seninya dalam bahasa konon... Huh! I'm not easily fool by that statement... I know U will develop. Sudeyyyyy! ^_^

Huda said...

Ahaha mcm2 je la brader ni. Not to brag, but to be embarrassed to tell you that my BM is 'B' n BI sy dpt 'A'. Nak wat cemana...huhu.
But whatever it is, I promise I will read them again and comment on it later on. Lol, sorry. ^^;

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Huda: During SPM... my BM was 8E (almost fail!) & English was 2A... lagilah nak wat camner, kan? ^_^ Finally... here I'm proving my BM is not that bad.

Huda said...

Okay..... O.O Seriously??? You sounded like you're kidding me with that result. :o Tipulah!
You made me awed alright? Haha.
Alright I'll stop complaining for not being good in BM and whatnot then, huhu.
Anyway, dah baca thoroughly and yes it is amazing. I can see how it relates with surah Asy Syams.
Petunjuk tu ada dimana2. Jalan tu sentiasa diterangi. Byk perkara boleh diselesaikan kalau kita bukak mata luas2 sket ek? Huhu.
Tetiba nak nyanyi lagi ni,
"Buta mataa~ tak bermakna buta hatiii~"
Tapi kalau hati dah buta, yg depan mata pun tak nampak. Sebab mmg sgaja atau tak nak amik kisah... Kefasikkan jiwa maka rugilah org2 tersebut~
Ada betul kaa?

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Huda: Tak tipu, memang BM saya dapat 8E dalam SPM, English 2A. Tapi saya ada English 1119, dapat 7E tak silap. Haha! Sebab tu saya kata tak mustahil kita boleh menjadi lebih baik kalau kita memperbaiki kelemahan kita. Namun kita masih memerlukan sokongan untuk meperbaiki kelemahan diri.

Haha... Jiwa yang fasik, hati yang buta & nyanyi lagu berkaitannya harap dapat menyedarkan kita takdir Allah wujud dalam pelbagai cara. Sebab itu kita sentiasa jaga hati kita untuk sentiasa redha... Ya betul kata2 anda itewww... ^_^

Huda said...

Oh yeah you rock brader! Takdir yang hadir ada hikmahnya, jika diredhai dengan jiwa yg bersih pasti bahagia. Besar fadhilat orang yg boleh terima sesuatu perkara tu dengan rasa penuh sabar kan? Bukan dengan cara membutakan mata atau memekakkan telinga right? Thanks for sharing. I learn something useful today. ^^ Hidup kalau nak selfish je mmg sampai bila tak boleh nak bahagia. We have to give and take and learn to accept a few things and that we can't be always right.

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Huda: setiap takdir Allah... besar hikmahnya. Nampak buruk di mata orang, namun percayalah, besar hikmahnya. Ya, banyakkan bersabar, ada kalanya apa yang cuba kita kejar hari ni mungkin tak dapat, tapi akan dapat yang lebih besar lagi. saya dah belajar daripada kesilapan, kita tak boleh lari daripada takdir... jika saya dianugerahkan cinta & cuba lari daripada itu,esok saya pasti sukar. Baru jer laluinya, justeru saya redha dengan ketentuan cinta Ilahi itu namun saya tak kuasa nak memaksa... takdir Allah bukan hak kita namun kita berhak tawakal dalam usaha.