"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Tuesday, April 20, 2010

PEMAIN vs PECINTA: KARYA SEHARI!

Pada hari Sabtu (17hb. April 2010) & hari Ahad (18hb. April 2010), saya menghabiskan masa duduk di rumah menguruskan persediaan untuk memulakan kerjaya freelance sebagai penulis/pelukis komik pada pertengahan Jun 2010 nanti. Hari Sabtu banyak melayan problem internet yang menyakitkan hati (sampai terpaksa buang anti-virus yang menyusahkan loading!). Hari Ahad tepat jam 1 tengahari (sebelum Zohor) saya terus melakar sebuah cerita playboy berjudul 'PEMAIN vs PECINTA'. Alhamdulillah... sehingga jam 10 malam, saya berjaya menyiapkan pencilling cerita lengkap 6 m/s (maklum ler diselang-selikan lagi dengan solat, rileks sat layan TV & buat artikel pasal industri). Akhirnya saya dapat kembali seperti mana saya dahulu sebelum bertapak di dalam Industri Komik Malaysia. Semoga selepas ini hidup saya kembali tenang dalam dunia komik saya sendiri (no players interruption please!)... Yeaaaa!



Semalam pas balik daripada opis dapat layan inking part tu jer sebab sahabat handai daripada Sg. Buloh datang belanja makan malam (dia buat sendiri tuuu!) Spaghetti Bolognaise (yummmyyyy!). Alhamdulillah! Trimas sahabat²-ku... pasni Ayour nak makan Pasta Carbonara lak. Bleh? Tapi tunggu siap inking semua komik ni dululah ek. Hehe... ^_^


9 comments:

nkecik said...

i love ur stories better than others coz they have 'meanings' and touches the hearts.

moga produce banyak lagi citer2 yang memberi makna, yang bila kitorg baca, by the time kitrg tutup komik tu pun masih memikirkannya lagi.. bukan macam tipikal komik dalam gempak yang by the time aku abes baca aku macam pikir, "wtf have i just read?"

kritikan membina untuk kartunis2, jangan marah :)

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Alhamdulillah... insya-Allah saya akan cuba sentiasa jujur dengan kerjaya saya. Haha! Setakat ni penyampaian saya masih lagi ikhlas dari hati untuk rujukan semua biarpun ia sekadar hiburan, namun hiburan yang ada mesej untuk kebaikan. Trimas for the support! Yehaaa!!! ^_^

brat2104 said...

gudlak! saya sokong awk..

p/s: masih lagi teringat karya awak kat dlm gempak. yg pasal 2 org yg selama ni berkenlan kat dalam internet tapi last2 jumpa kat menara (uitm kot). my 1st love ah!

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Brat! Trimas! Oh ya... I know which comic u meant. Haha! I guess most of my comic readers love that story... during MIRC era. Haha! Do we still play MIRC?!

brat2104 said...

huhu.. cite itu sangat sweet..

mirc mcm dah xde.. try gak channel kampung. tapi mereka ralit main kuiz.. dan nick2 yg dorang guna skrg sgt la provokatif

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

brat.... sudah lama sudah. Zaman teknologi telekomunikasi sudah lebih canggih dengan MySpace & Facebook. ^_^

brat2104 said...

oh.. dlm fb kita xleh transparent.. kita kena menjadi seperti kita dalam kehidupan seharian. dlm irc, kita lebih transparent kerana kita x dikenali..

ok. sy mmg kaki irc dulu.. =p

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Brat... Haha! Ada 2 personalitikah? Jangan la... samakan saja. Cuma tak perlu menjelaskan apa yang tak perlu dijelaskan saja. ^_^

brat2104 said...

isk.. 2 personaliti itu bahaya.. perkataan topeng lebih enak kot? =p