Kalaulah pahit tolonglah makan
Hasrat pujian saya cungkilkan
Kalau tembaga cacat tokekan
Warkah ini kan patik mulakan
Gaya berhias beriring telolan
Pantun berjulang di pucuk kayangan
Madah berhelah mengusap nukilan
Membawa erti pada pandangan
Tidak ku kenal tidak ku rapat
Tapi hati pekulun terasa rapat
Minda ku hambar hati ku nista
Termampir saudara jatuh di sela
Antara bertiga penebat beta
Ternyata tuan hamba terlebih segala
Mata ku pusar telinga ku kangkang
Bacalah lagi ada di belakang
[rangkap ni merujuk kepada material asal di atas kertas kajang]
Jauhari membuat permata sebebat
Persembah kepada Puteri Malikat
Saudara menjual berkias hebat
Kerana itu ku sudi mendekat
Wajah jelita tersalah intai
Tersilap langkah tersingkap sari
Sayang tersumpah nenek kebayan
Bila peterena terlepa tirai
Laku mu tersuih di sanubari
Hatta ku kait pantun tanda ingatan
Ayam berkokok berubah laku
Melihat subuh tidak ke pagi
Tamatlah sudah sembah hormat ku
Tidak ku tahan menyambung lagi
Cuma gurauan tidak lupa diri
Memohon maaf sepuluh jari
Jatuhnya pinang di dalam ragi
Telepak sirih lepak di junjung
Kalau di izin Allah berjumpa lagi
Mohon sembahkan hai... pemantun ku sanjung
Hasrat pujian saya cungkilkan
Kalau tembaga cacat tokekan
Warkah ini kan patik mulakan
Gaya berhias beriring telolan
Pantun berjulang di pucuk kayangan
Madah berhelah mengusap nukilan
Membawa erti pada pandangan
Tidak ku kenal tidak ku rapat
Tapi hati pekulun terasa rapat
Minda ku hambar hati ku nista
Termampir saudara jatuh di sela
Antara bertiga penebat beta
Ternyata tuan hamba terlebih segala
Mata ku pusar telinga ku kangkang
Bacalah lagi ada di belakang
[rangkap ni merujuk kepada material asal di atas kertas kajang]
Jauhari membuat permata sebebat
Persembah kepada Puteri Malikat
Saudara menjual berkias hebat
Kerana itu ku sudi mendekat
Wajah jelita tersalah intai
Tersilap langkah tersingkap sari
Sayang tersumpah nenek kebayan
Bila peterena terlepa tirai
Laku mu tersuih di sanubari
Hatta ku kait pantun tanda ingatan
Ayam berkokok berubah laku
Melihat subuh tidak ke pagi
Tamatlah sudah sembah hormat ku
Tidak ku tahan menyambung lagi
Cuma gurauan tidak lupa diri
Memohon maaf sepuluh jari
Jatuhnya pinang di dalam ragi
Telepak sirih lepak di junjung
Kalau di izin Allah berjumpa lagi
Mohon sembahkan hai... pemantun ku sanjung
Nota: Saya tak ingat siapa 'Pemantun Terbaik Daerah Muar 1992' yang bernama Mohd. Hazli ni. Tetapi daripada nota pantun yang saya hasilkan ni jelas saya mengagumi karismanya berpantun. Dari catatan saya ketika masih di Tingkatan 5 ni, Mohd. Hazli berasal dari perkampungan Panchor, Muar & menuntut di Sek. Men. Sains Muar dalam aliran sains sosial (saya ketika itu menuntut aliran sains di Sek. Men. Sultan Allaudin Riayat Shah 1 Pagoh). Brader ni rupanya pernah menjuarai gelaran yang sama pada tahun 1991. Pelajar cemerlang SPM Pangkat 1, dia melanjutkan pengajian di Sek. Men. Tun Perak sebelum mengikuti kursus guaman di Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment