"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, December 29, 2010

PROMO KOMIK: 'BERKECAI YANG LEBIH BERDERAI'

Selalunya sebagai pelukis komik ni, ilham untuk mencipta visual yang terbaik dalam menghasilkan penceritaan yang sempurna bergantung kepada keterujaan pelukis dengan garapan cerita yang diperolehi. Samada ia sekadar idea atau sebuah skrip lengkap, keterujaan tersebut akan memberi impak istimewa dalam penghasilan komik yang memberi kualiti tersendiri. Ini termasuklah menghasilkan karakter yang khusus juga persekitarannya. Bagi saya setakat ini, karya Igniz telah memberi keterujaan tersebut semenjak saya hilang minat menghasilkan karya cerita sendiri. Justeru selepas 'KTM: Kisah Teladan Manusia' & 'Janji Agus... Ibu', saya meneruskan kolaborasi ini dengan 'Berkecai yang Lebih Berderai' yang mengadaptasi karya English-nya berjudul 'When It Breaks More Than It Should'...

Versi Penciling
Sebelum mula melakar sesebuah komik, permulaan saya bergantung kepada mood saya sendiri selepas membaca skrip (adakala sumbangan idea penulis juga membantu memberi kepelbagaian idea pada hasil lukisan saya bagi hasil yang lebih terjamin). Untuk komik ni saya hasilkan karakter dulu baru dapat idea nak bentukkan kotak panel bersesuaian di atas kertas lukisan bersaiz A4...

Untuk Gempak Starz™ yang tidak mementingkan impak panel melebih-lebih, maka semua kotak panel saya kekal bersaiz 4 segi & cuba mengelakkan karakter @ kotak bubble terkeluar daripada panel. Namun itu semua bergantung kepada penceritaan saya, kalau boleh saya akan kurangkan yang terlebih-lebih keluar ni, kecuali bagi muka surat pertama yang mementingkan pengenalan maksimum!

Objektif pembentukan awal karakter untuk cerita ni sebab saya mengkhususkan kepada mood pendekatan peribadi pembaca kepada mereka. Sebab citer ni ringkas & lebih mengkhususkan anda mengenali mereka lebih rapat secara visual (skrip pun sangat kurang). Juga untuk menekankan wajah si ibu serta anak ketika sebelum & selepas 30 tahun. Ini sangat penting supaya dapat memberi emosi kepada pembaca sepanjang membaca cerita komik sependek 6 m/s ni...

Mula² saya terfikirkan si anak seorang selebriti yang bergaya & berjaya. Namun dalam pengalaman hidup saya, golongan selebriti kurang pendekatan konsep si Tanggang kecuali dalam filem atau drama yang mereka lakonkan. Berbanding golongan korporat, kisah si Tanggang ni paling banyak saya perhati. Bukan nak memperli sesiapa, namun golongan korporat kebanyakkannya lebih mementingkan kebendaan berbanding seni. Malah golongan korporat yang paling ramai tiada masa bersama ibubapa mereka terutama during corporate meeting, business trip @ oustation. So, lets start to remind them now... ^_^

Versi Inking
Selepas siap proses penciling, barulah saya melengkapkan mukasurat pertama dengan mengisi inking menggunakan pen lukis Uni Pin bersaiz (0.1, 0.2. 0.3, 0.5) & bersaiz (0.8) untuk garis kotak panel. Manakala pen Artline210 6.0 saya gunakan untuk kotak bubble, seterusnya mewarna hitam menyeluruh dengan pen Artline High Performance (1000 & 70).

No comments: