Judul majalah ni ialah 'Komik Tangun: Manhoa Chongbor' (Vol.42 dated 12/11/08). Terjemahannya boleh semak di http://www.intercomicon.org/bbs/bbs_view.asp?board_id=online_col&cate_no=&gul_no=407&s_key=&s_word=&route=&page=1
Judul artikel Ayour dalam tulisan Hangul ni ialah 'Maloeingesenga: Manhoa Sangobngee ngyoksa'. Yang penting nama Ayour dalam Hangul disebut Pak-lul Nganul (Fakhrul Anour). Kalau Ayour jadi Ngayol... Huhu!
Ayour banyak menerangkan tentang sejarah bermulanya kartun & komik di Malaysia secara komersil sejak sebelum kemerdekaan lagi. Pastu tentang jenis² komik/kartun di Malaysia & evolusinya. Juga serba sedikit tentang kebanjiran komik/manga/manhwa cetak rompak sampai ada penerbit menghasilkan majalah manga cetak rompak tanpa disedari pengguna. Last but not least about GEMPAK STARZ™ yang menjadi penerbit komik tempatan yang paling berhasil & satu-satunya mempunyai novel grafik melebihi 100 judul!
Pada tahun 2003 Ayour pernah menulis sebuah artikel mengenai industri karakter di Korea Selatan. Maklum la masa tu orang kita dok gila² dengan Hello Kitty & Mashimaro tapi masih dok kutuk pelukis komik/kartun ni hanya membuang masa. Dengan artikel ni Ayour nak orang kita sedar hanya dengan mencipta sebuah karakter, korang gak boleh jutawan besar! Buktinya, Korea Selatan merupakan negara ketiga terbesar dalam industri rekaan karakter selepas US & Jepun. Insya-Allah kitorang pun nak galakkan kreatif kita naikkan nama Malaysia dalam industri ni. Boleh ka?!
6 comments:
tahniah!
artikel ini dapat membuka mata rakyat Korea akan Komik Malaysia..
satu sumbangan besar tu Ayour..terhadap persada Komik Malaysia ni..
harap Ayour dapat promote lagi komik malaysia di serata dunia..
saya respek anda..
Trimas Azhar... same goes to u too k. ^_^
Salam... pertama sekali tahniah atas artikel tersebut. Kedua, timaseh sebab bagi link untuk artikel Ayour tu. Saya dok tercari-cari sejarah komik di Malaysia untuk tesis saya huhuhuhu. Mohon untuk guna artikel Ayour ye, penghargaan akan diberi, don't worry hehe. Sekian tima kaseh. :)
Ayaq Masak: Silakan... Ayour pun mendapatkan rujukan gak untuk menghasilkan artikel tersebut. Bersama-samalah kita berkongsi ilmu dalam menyebarkan tentang Industri Komik Malaysia sebaiknya. ^_^
salam ayour....sejarah komik di Malaysia yang Ayour tulis untuk penerbitan Korea tu ada tak penerbitan artikelnya dalam bahasa Melayu....sebenarnya saya nak wat rujukan untuk assignment....diharapkan ayour sudi membantu saya
Salam Anonymus... maaf, takder penerbitannya untuk bahasa Melayu. Mohon maaf gak lama tak check blog, baru skrg dpt semak your pending request. Saya ada salinan yang bahasa Inggeris punya? Kalau masih perlu, saya boleh e-mailkan.
Post a Comment