"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Tuesday, June 8, 2010

SAAT CINTA BERTUKAR KASIHAN

Kau yang kurindu
Tidak lagi menjengah pagiku
Membangkitkan sedar subuhku
Mengingatkanmu tika suria bersinar
Kerana cintaku bertukar kasihan…

Kau yang kurindu
Bukan lagi resah di hati
Impian mencintai lenyap sudah
Harapan indah kita bersama kian malap
Kerana cintaku bertukar kasihan…

Kau yang kurindu
Hanyalah impian semalam
Masih ku cinta namun tidak ku impi
Jiwa yang meronta kini jiwaku yang selesa
Kerana cintaku bertukar kasihan…

Kau yang ku rindu
Kau yang ku cinta
Kau tidak lagi yang ku rindu
Namun kau masih yang ku cinta
Kerana cintaku bertukar kasihan…


Bila kita ditakdirkan untuk jatuh cinta, perasaan tu akan membuatkan kita lebih bersemangat dalam menghadapi hari² mendatang. Namun apabila perasaan itu tidak bisa terluahkan kerana ia mungkin bertentangan dengan falsafah hidup masing², maka untuk mengikis perasaan itu adalah pengorbanan yang tidak bernilai kerana diakhirnya... ia satu perbuatan yang sia². Namun jika kita dapat mengikis sekurang-kurangnya harapan ingin bersama kepada nilai kasihan sesama insan, insya-Allah wajah dia akan bertukar kepada wajah insan lain apabila subuh menjelma. Biarpun lambat untuk mendidik perasaan itu namun saat kasihan itu muncul, bahagia baru pasti menjelma... ^_^

Rujukan teman:
http://youcannotreadthis.blogspot.com/2010/02/stop-missing-person-who-doesnt-miss-you.html

No comments: