"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, June 9, 2010

KISAH SINGKAT KEMBARA JALANAN (BHG. 02)

Di dalam dompetnya hanya tinggal RM10. Manakala di dalam poket kanannya masih ada RM7.50, baki wang membeli tiket KTM di stesen Kuang tadi. Dia menoleh ke belakang, ke stesen KTM Kepong yang masih penuh berpenghuni dengan para penumpang yang tidak mahu berganjak.

Keyakinan mereka begitu rapuh biarpun pengumuman menjelaskan berkali-kali perkhidmatan tergendala untuk jangka waktu yang tidak dapat ditentukan. Perlukah terus menanti sesuatu yang tidak mampu diyakini? Lumrah manusia berhati lumpur, begitulah!

Biarpun Kepong yang dijejakinya kini terasa begitu asing, namun dia terus melangkah. Di hadapannya terbentang jambatan lebuhraya dengan di kiri-kanan tersedia tangga naik ke atas. Tanpa curiga dia terus mara ke tangga tersebut dan menuju ke kaki lima di bahu lebuhraya tersebut.

Jalan agak lengang dengan kenderaan dan nun di depan matanya kini boleh melihat samar-samar bayang menara KLCC. Ditoleh ke belakangnya, stesen KTM tadi kini jelas dari pandangan atas lebuhraya. Kelihatan keretapi seterusnya baru sahaja sampai menurunkan sejumlah lagi penumpang. Pelantar stesen Kepong semakin sesak dan mereka masih tidak berputus asa menanti yang belum pasti.

Dia hanya mampu menggelengkan kepala dan terus mara ke arah yang dirasakannya pasti. Kelihatan nun di depan mata seperti sebuah bangunan kompleks membeli-belah. Bagi logiknya di situ mungkin kedudukan terbaik mencari kenderaan awam lebih murah seperti bas. Mungkin... curiga yang pasti adalah satu keyakinan.

Dalam berjalan menuju ke destinasi yang dirasa logik, di kanannya tersergam rumah-rumah banglo berpagar mewah. Manakala di kirinya menyeberang lebuhraya ialah bangunan-bangunan kilang. Sememangnya ini sistem perumahan yang cukup asing baginya, pemandangan yang jarang dapat dilihat sepanjang 10 tahun dia menghuni kota KL. Benarlah kata-kata pedoman "Sejauh lubuk orang ingin diterokai, lubuk sendiri belum tentu semua sudah dijelajahi."

Perut tiba-tiba terasa lapar, maklumlah dari bangkit subuh dia belum bersarapan. Di sisi lebuhraya tersergam beberapa gerai makan, lalu dipilih yang paling hampir dengan pondok menunggu teksi. Mana tahu, mungkin nilai RM10 sebagai tambang teksi mampu membawanya ke destinasi yang dia lebih arif berkelana. Namun untuk sementara waktu, perut kosong perlu diisi dengan wang baki RM7.50 di poket kanannya.

Kelihatan beberapa pekerja kilang sedang menikmati sarapan mereka di situ. Dia tidak mengendahkan mereka lalu terus mencapai pinggan dan mencedok sendiri mee goreng berlaukan goreng berlada beberapa keping paru serta telur rebus. Selepas memesan Nescafé ais di kaunter minuman, dia terus menuju ke meja kosong berpayung di bahu lebuhraya. Sambil makan sambil mata melilau melihat kenderaan lalu-lalang. Jelas payah benar melihat kelibat perkhidmatan awam melintas terutamanya teksi, jika ada pun pasti berpenumpang.

::: Bersambung...

No comments: