"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Saturday, August 27, 2011

OH EDIE!!! [FB: PEOPLE YOU MAY KNOW]

Sudah lebih dua jam Yuri menunggu Momo di rumah Asa, namun baju yang dijanjikan tidak juga sampai. Ditelefon beberapa kali tidak berangkat, di hantar mesej pesanan ringkas pun tidak berbalas.

"Apa kaedahnya ni, Asa? Lambat benor dia? Apa ke hal?" Tanya Yuri keliru.

"Aku rasa la kan... dia mesti dok melepak dengan budak Edie tu. Sejak dia kenal dengan budak handsome tu, dia sangguplah melekat kat mana saja mamat tu berada." Jawab Asa yakin.

"Motif? Sampai janji kawan pun tak kisah?" Yuri kesal.

"Entahlah Yuri... tapi aku tak nafikan, jantan tu memang meletop! Hahaha!" Balas Asa sambil tergelak.

Yuri walaupun terselit rasa kesal dimungkiri janji, namun turut sama tergelak membayangkan Momo sedang gila bayang dengan seorang jejaka bernama Edie itu.

Bukanlah Momo tidak pernah begitu dengan lelaki lain, namun sampai sanggup tidak mempedulikan janjinya dengan Yuri yang jarang ditemui, pasti Edie ini begitu istimewa. Yuri tidak kisah kalau begitu, asalkan Momo bahagia.

"Takperlah, Asa. Biar aku balik jer dulu. Lain kali boleh ambil baju tu. Bukan aku nak pakai dalam waktu terdekat ni pun."

"Sorry la, Yuri. Aku tak sangka Momo camni."

"Jangan risaulah... aku tahu Momo ada alasan dia sendiri. Yang penting, kalau aku tahu siapa budak Edie tu, siap, aku cakar muka dia! Haha!"

Yuri dan Asa ketawa bersama memikirkan perihal Momo itu. Sebelum berlalu, Yuri sempat berpesan agar salam sayangnya disampaikan kepada Momo.

"Mungkin lain kali jerlah baju tu. Lagipun dah lama sangat dia simpankan baju tu untuk aku, kalau takder pun takper." Ujar Yuri.

"Tapi dia kata baju tu dia masih simpan untuk kau." Kata Asa.

Yuri mengangguk.

"Sebab tu aku nak gak. Oklah, aku blah dulu. Call me anytime ya!"

"Orait!" Balas Asa melihat Yuri berlalu pergi.

Sejak itu Yuri tidak lagi berkesempatan untuk mengambil baju tersebut daripada Momo atas kesulitan masa. Namun semenjak nama Edie disebut oleh Asa, setiap kali Yuri online sahaja di laman Facebook, profil yang asyik tertera di kolum 'People You May Know' ialah seorang jejaka bernama Edie Zary. Kalau sekali dua tertera tidak mengapalah juga. Tetapi kalau dalam seminggu setiap hari, setiap kali online, profil itulah sahaja yang muncul—Yuri mulai berprasangka. Dalam rasa tidak peduli, akhirnya Yuri terasa ingin ambil tahu.


Dari foto profil, Edie ini menarik juga orangnya; murah dengan senyuman dan pandai bergaya. Jumlah teman di senarai Friends juga hampir sama tara jumlah dengannya. Namun yang paling penting, mereka ada 29 Mutual Friends—bermaksud Edie Zary mengenali 29 orang kenalannya di Facebook! Justeru pasti Edie ini mengenali ramai juga kenalannya. Lalu Yuri segera menyemak siapa Mutual Friends mereka.

"What the heck... ?! Momo?! Asa?! Eri? Ein? Eiz? Fend? Zack? Pen? Bla... bla... bla... Heiiii! Bukan ke ni semua geng-geng boling aku?! Bila lak munculnya si Edie ni dalam group aku ni? Naper aku tak terlibat dalam senarai Friends dia?!" Yuri menjerkah sendirian.

Satu persatu foto-foto Edie disemaknya, makin banyak dilihatnya semakin terpikat pula rasanya. 

Namun yang pasti dia memang tidak pernah terserempak dengan Edie semenjak dia bergiat aktif dalam kelab boling tersebut sejak 6 tahun lalu. Justeru tidak mustahil Edie mungkin menyertai kelab ini semenjak setahun lalu—tempoh bermulanya Yuri berehat seketika daripada menyertai pelbagai aktiviti kelab tersebut.

"Haip! Stop it Yuri! He's just in your imagination. Ntah-ntah in person, jauh dari jangkaan keperibadiannya. Lagipun bukankah hatimu buat si dia di P.J.?" Hati Yuri memberi amaran kepada lamunannya sambil bibir mengukir senyuman nakal.

Tiba-tiba Yuri terfikirkan sesuatu.

"Ni ke mamat yang Momo dok suka tu?"

Sepintas itu Yuri tersenyum gelihati memikirkan kebetulan ini.

Malas untuk memanjangkan lagi cerita, Yuri membiarkan persoalan itu perlahan luput daripada pemikirannya. Ada ketikanya apa yang kita lihat tidaklah seperti yang kita bayangkan. Mungkin Momo lebih mengenali Edie, tetapi Yuri tahu dia tidak berhak membayangkan seseorang yang tidak dikenalinya secara peribadi.

Hari berlalu bulan; berbulan hampir menjejak setahun. Banyak kali juga Yuri cuba mencuri masa untuk kembali mengikuti aktiviti kelab tersebut, namun tidak pernah menjadi. Namun Hari Raya semakin dekat dan dia telah menempah hidangan kegemaran rayanya iaitu dendeng dengan Ein. Hanya Ein yang dapat memberinya dendeng yang menepati citarasanya. Untuk mengambil tempahan itu dia terpaksa turun biarpun sekejap ke aktiviti boling anjuran kelab hujung minggu ini.

"I bawak tempahan you ke boling malam ni. You amik kat sana jer." Ujar Ein dalam telefon pagi tadi.

Tanpa banyak bicara, Yuri bersetuju sahaja memandangkan sudah empat kali dia menunda tarikh untuk mengambil tempahan tersebut.

Selepas berbuka puasa dengan sahabatnya, Wani dan Ema, mereka pun ke pusat boling One Utama untuk bertemu Ein.

Yuri rasa sungguh teruja dan bahagia apabila setelah sekian lama, dapat juga dia melepaskan rindu bertemu dengan rakan-rakan kelab yang sudah berbulan tidak ditemuinya. 

Dalam leka dia melayan rakan-rakan tersebut, di celah-celah mereka terselit jejaka itu dengan senyumannya yang cukup arif di imej minda Yuri.

Yuri tergamam seketika. Renungan itu dan senyuman itu, seolah tiada beza seperti yang dilihat foto-foto dalam Facebook di profil Edie Zary. Pastinya, ia tertumpu kepadanya seketika. Bila dia bersuara dan bersenda, jejaka itu nyata mempersembahkan peribadi yang dibayanginya. 

Namun seorang bernama Edie yang sepatutnya terasa asing, seolah sudah mesra biar mereka tidak sempat berkenalan dikeriuhan teman-teman itu. Yuri rasai, Edie cuba berbicara dengannya. Yuri juga ingin berbicara dengan Edie—imaginasi yang kini adalah realiti di depan matanya. Namun apakan daya, dia kesuntukan masa kerana Wani dan Ema sedang menantinya di kereta. Hanya teman-teman lama di kelab dapat dihargainya ketika ini.

Setelah mengambil tempahannya daripada Ein, pantas Yuri memohon untuk beredar segera dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Dalam dia melangkah semakin jauh daripada teman-teman, sempat dia membalas beberapa ucapan yang kedengaran di telinga. Antaranya...

"Take care!"

"I will!" Jawab Yuri tanpa menoleh.

"Careful driving!"

Suara yang sama fikir Yuri.

"Orait!" Jawab Yuri lagi sekuat boleh kerana dia semakin jauh daripada kelompok itu.

Setelah masuk ke dalam kereta, Yuri terkenang seketika. Terkenangkan Edie. Jikalah suara yang terakhir itu adalah daripadanya. Lalu dia menggelengkan kepala sambil tersenyum sendirian.

"Mana rupa dendeng kau tu? Tunjuk sikit!" Tanya Ema.

Segera Yuri mempromosikan dendeng buatan Ein kepada Ema dan Wani. Namun ingatannya masih kepada Edie.

Semakin jauh mereka daripada pusat boling itu, semakin jauh Yuri daripada teman-teman di situ, semakin jauh Yuri daripada Edie, nyata rindu kepada kawan baru menjelma di benak jiwa. Namun Yuri hanya mampu tersenyum, apatah lagi teringatkan Momo yang ditemuinya tadi.

"Yuri! Sorry pasal last time!" Momo muncul di depan mata saat dia memutuskan pandangannya daripada Edie.

Yuri segera memeluknya dengan penuh rasa sayang seraya berkata "It's ok... tapi mana jantan yang you sampai hati mungkir janji kat kita tu? I nak cakar muka dia! Haha!"

Momo turut tergelak dan mencari-cari dia yang dimaksudkannya. Namun kerana masing-masing faham itu hanya gurauan teman yang sudah lama tidak bersenda, yang dimaksudkan dibiar lepas.

Namun Yuri tahu, itulah Edie—seorang teman kepada teman yang mungkin Yuri kenali... sekadar mungkin... namun pastinya jika ada jodoh di lain kali.

Sebelum tidur malam itu, Yuri terfikir seketika...

"Alangkah elok jika di ketika ini, hatiku tidak mencintai kepada yang lain. Mungkin dia ingin lebihku kenali... hanya mungkin."

Dalam terkenangkan pertemuan tadi, Yuri lalu terlena tidak menyangka buat pertama kali sejak jatuh cinta dengan si dia di P.J., Edie telah mengambil alih seketika lamunan cinta di hatinya. Seolah hanya Edie sebelum dia. Hanya...

'People You May Know'