"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, August 17, 2011

'13'... KETETAPAN SATU KEBETULAN

Amaran:  
artikel ini tidak sesuai kepada yang menghadapi masalah Triskaidekaphobia, Paraskevidekatriaphobia atau Friggatriskaidekaphobia. Tetapi kalau korang rasa nak mengubati masalah tu, boleh la terus membaca. Silakan!

Tak dinafikan '13' sudah menjadi salah satu nombor istimewa di seluruh dunia dipelbagai agama, budaya & kefahaman. Namun pada saya, ia ada kelebihan tersendiri buat diri ini.

'13' memang sudah menjadi nombor kegemaran saya selain nombor '7'. Kalau jadi ahli sukan masa kat sekolah dulu, nombor pilihan saya mesti '13' atau '7' (selain daripada itu saya kurang berkenan). Kalau dalam team bola tampar sekolah dulu pun mesti nombor tu. Sebagai seorang Muslim, saya wajib tahu '13' rukun sembahyang. Manakala mengikut tarikh lahir Gregorian, '13' hb. Februari 1975 adalah tarikh sebenar saya dilahirkan ke dunia ini iaitu pada hari Khamis di waktu Maghrib, sebelum didaftarkan keesokan harinya pada 14hb. Februari 1975. Malah saya juga ada menghasilkan cerpen bersiri 'Jangan Tutup Lampuoooo' berjudul [Jumaat '13'] yang dalam perancangan untuk dijadikan novel ringan. Bagi menjadikan '13' lebih bermakna dalam hidup saya, cinta pandang pertama/LAFS saya berlaku '13' tahun setelah saya dilahirkan, iaitu pada tahun 1988 ketika saya berusia '13' tahun (dalam Tingkatan 1). Manakala LAFS kedua saya terjadi pada tahun 2009, mengakhiri '13' tahun saya dilanda amnesia... syukur Alhamdulillah.

Menarik, kan? Bukan nak percayakan sangat pun kelebihan nombor '13', namun hidup kita ni kalau tidak ditetapkan dengan nombor, pasti kita mudah lupa. Tidak mustahil kalau saya katakan setiap ibadah kita ditetapkan dengan nilai bernombor untuk menjaga ingatan serta peradaban kita dalam melaksanakan tanggung-jawab sebagai khalifah di mukabumi ini. Jadi, cuba anda peringatkan diri anda kepada satu nombor peribadi yang istimewa, pasti korang sedar akan kebesaran Ilahi yang menjadikan satu ketetapan itu seolah satu kebetulan. Jika hanya kita mahu mengerti.. d[^_^]b

Salah satu kebetulan yang menarik tentang kerjaya saya di Art Square Creation Sdn. Bhd. (Gempak Starz™) ialah ia bermula pada Jun 2000 sebagai Sub-Editor, Jun 2003 dinaikkan pangkat sebagai Editor & pada Jun 2010 saya menamatkan khidmat saya sebagai Editor di syarikat tersebut. Untuk pengetahuan korang, dalam matematik, nombor '13' adalah nombor perdana (prime number) ke-6 & Jun adalah bulan ke 6 dalam tahun Gregorian. Menariknya, di dalam surat pengesahan saya meletakkan jawatan, tarikh terakhir saya lupus kuasa ialah pada '13' hb. Jun 2010! Justeru sempena ulang-tahun ke '13' majalah GEMPAK™ pada tahun ini (2011),  saya mengucapkan... "Happy 13th! Keremajaanmu baru bermula. Yeah!"

No comments: