"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Thursday, June 16, 2011

GERHANA BULAN DI HATI KITA

Sayang...
Aku tahu kini kau terperangkap
Antara ingin mengerti atau pergi
Antara ingin menyakini atau benci
Antara ingin memahami untuk pasti
bahawa kita memang saling mencintai...

Sayang...
Jarang sekali kita bicara bersemuka
Apatah lagi berhubung suara ke suara
Mungkin kerana permulaan kita berbeza
Bercanggah cara untuk menyatakan
Bahawa kita saling cinta dan saksama...

Sayang...
Maafkanku kerana sedetik aku terlupa
Banyak benar persamaan kita aku curiga
Kerna terlalu lama kita berdiam rasa
Konon tidak mahu aku perasannya ada
Membohongi diri sendiri tidak menyakini
Bahawa kita berdua memang jodohnya cinta...

Sayang...
Tinggi semangatku kembali mencinta
Biarpun kini payah untuk aku mengerti
Jikalah kau ada rasa kembali ke sisi
Tidak aku mengharap untuk mengenalpasti
Bahawa kau masih cintakan aku seutuhnya diri...

Sayang...
Di gerhana bulan aku terkenangkanmu
Mengerti betapa gerhananya dirimu merinduiku
Ampunkanlah diriku memberi gerhana seketika
Percayalah bila selepas hilangnya gerhana
Bahawa akulah cintamu selamanya... 

Gerhana bulan bila bumi kita selari dengan matahari
Gerhana jiwa bila hati kita selari saling mencintai

Inilah bicara purnamaku yang mencintaimu. 

4 comments:

Miss Nobody ;) said...

hehe, abg ayour, boleh terangkan x maksud puisi ni? nk lbh lg mendalami puisi ni.. :)

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Alamak... nak kena explain ke? Errr... ok. Gini... errr... bila 2 insan sedang saling mencintai tetapi cuba menghindarinya atas sebab musabab tertentu (usually kepentingan peribadi!), walau apapun kemungkinan,secara tak langsung diorang berdua akan tetap saling mengingati perasaan masing2. Tapi paling sakit bila keyakinan mulai dicurigai... so, kalau tu cinta sejati, ada satu tahap bila keyakinan tu dah hampir2 zero... mesti kedua-duanya akan hilang semangat dalam banyak perkara until salah seorang buat something yang sorang lagi akan perasan... "that's for me!". Though that doesn't mean they're going to be together, tapi at least confident to move on slowly back in full bar.

So puisi ni, abg bikin untuk share ngan sesiapa jer yang mengalami situasi seperti yang abang explain-kan tu. Sebab mungkin there are couples out there who are in love with each other but in denial to tell their true feeling, because they are not meant to be together but meant for each other by distance or so I guess... Insya-Allah. Ok tak explanation tu? ^_^

Limezephyr said...

best sgt2 puisi nie..:')

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Limezephyr: Alhamdulillah... thanx! ^_^ Tercipta betul2 pada gerhana bulan pagi tu.