"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Tuesday, February 1, 2011

KEKASIHKU DIREMBAT ORANG... SAYA MARAH!

Beberapa hari lepas peristiwa yang paling kubimbangkan terjadi, akhirnya terjadi juga. Buah hati, pengarang jantung & penemanku di kala kesunyian kini telah dirembat orang. Tepon bimbit bijakku (smartphone) HTC TOUCH VIVA telah dirembat orang!~

Peristiwa sedih ni berlaku pada petang 29hb. Januari 2011 ketika sedang bermain bola tampar bersama jiran tetangga. Yang membuatkan ku kesal apabila orang lain jatuh handphone diorang, beberapa kali saya tegur, tetapi apabila handphone saya jatuh terus hilang entah ke mana. Jiran-jiran menduga ia mungkin dicuri oleh remaja adik-beradik yang bermain dalam pasukan saya yang mengambilnya, sebab lepas saya bilang handphone saya hilang, diorang berdua terus balik.

Saya tak suka nak menuduh sesiapa, namun saya pulang ke rumah dengan rasa hampa kerana di situlah saya menyimpan kerja² terkini saya. Malah yang lebih menghampakan ialah sesiapa sahaja yang mengambil handphone tu memang tak bertanggung jawab langsung. Jika benarlah remaja yang masih bersekolah tersebut mengambilnya maka jelaslah dia langsung takder ehsan serta kejujuran dalam hidup. Saya tak yakin dia mampu menjadi yang terbaik di masa akan datang. Ini kerana kami satu pasukan bola tampar ketika itu, dan saya cukup bertoleransi dengannya sebagai rakan sepasukan. Mencuri harta saya bila ia jatuh di depan matanya jelas daifnya pemikiran remaja zaman sekarang di bawah asuhan pengasuh masing-masing!

Nasihat saya kepada remaja yang pantang tengok handphone jatuh depan mata tu, atau duit ke, atau apa sahajalah barang bernilai yang bukan hakmilik sendiri... tolonglah jangan diambil sebagai harta sendiri kerana diakhirnya harta anda sendiri kelak akan tergadai. Saya bercakap di sini kerana harta kehidupan saya & arwah bonda dirampas orang kerana ketamakan kuasa mereka. Sekarang saya dalam misi merampas apa yang hak saya biarpun diakhirnya mungkin menggadai nyawa orang tu sendiri (itu kuasa Allah, bukan saya).

Sebagai contoh, pemfitnah hidup saya... mohon saya kepada Allah hanyalah "Lindungilah saya daripada fitnah, jauhkanlah saya daripada fitnah & hapuskanlah mereka yang mendekatiku dengan fitnah."

Kerana fitnahlah ramai yang menganggap saya berbohong kerana yang benar² berbohong ialah orang yang membawa fitnah. Pemfitnah sangat bijak misinya, dia akan mendekati semua orang yang mengenali saya (yang tidak saya kenal secara peribadi... itulah susahnya menjadi orang popular!) & dia akan menjual cerita palsu tentang diri saya. Jadi orang yang kenal saya akan sentiasa dipengaruhi oleh cerita tersebut sehinggalah saya mendekati mereka untuk mengenali saya secara peribadi.

Bila orang yang dibisikkan fitnah ni mulai saya dekati secara peribadi, di saat ini pemfitnah akan mula panas bontot sebab saya sudah mula pandai bergaul dengan orang yang disebarkannya fitnah & kepalsuan tentang diri saya. Sejak itu, pemfitnah takkan pernah senang duduk sehingga ajal menjemputnya... masya-Allah.

Kita semua manusia bukan baik pun, tetapi kalau boleh jangan jaja maruah orang dengan menyebarkan fitnah! Maruah saya harta saya, pemfitnah cuba membayar dengan harta kebendaan... mustahil! Hanya kemaafan di liang kubur mampu memaafkan itu, saya serahkan itu semua kepada Allah. Di sini saya sebagai manusia, buruk baik biarlah saya sendiri, takkan saya memburukkan orang lain kecuali orang itu telah memburukkan saya & cerita hanya akan berada di telinga sahabat baik saya, bukan orang yang tak saya kenali!

Selepas kehilangan handphone kesayangan saya itu, dua hari kita ditimpa hujan tanpa henti & alhamdulillah, hari ni cuaca kembali cerah & ceria, seceria hati saya yang redha, hilangnya harta yang disayangi dalam hidup, insya-Allah, ia akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik.

Bagi saya biarlah hilang harta, jangan hilang cinta di hati saya kerana itu lebih berharga. Namun jika harta baru yang lebih baik saya mampu perolehi, akan cuba saya pelajari daripada kesilapan yang lalu... remaja lelaki zaman sekarang (tak quote semua but yet, to be safe, everyone!) jangan mudah dipercayai, kaki rembat!

HTC TOUCH VIVA... bye bye dear, hope you're in good hand. For you, now I'm on a mission to participate as AW (Askar Wataniah)!

4 comments:

nOuRuL EyEdHa said...

jodoh xpjg.. patah tumbuh hilang berganti. :)

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Setuju... saya redha. Huhu!

hasni hanna said...

InsyaAllah, rezeki Allah akan selalu ada bersamamu... Bersabar hadapi dugaan ini, dan moga lebih berhati-hati setelah mendapat iktibar daripada kehilangan itu ya. :)

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Insya-Allah... amin ya rabbal al-amin. Thanx Hanna! Pasti akan ku ambil iktibar daripada kesilapan ini. ^_^