"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Thursday, January 6, 2011

BURUK ITU CANTIK KERANA CINTA


Amid senyum-senyum sendiri bila orang pandang dia. Sanin yang duduk di sebelah faham benar dengan perangai sahabatnya itu. Biarlah orang pandang dia kerana buruk, namun Amid tidak pernah ambil hati.

"Kau takder impian ke nak buat pembedahan plastik? Duit dah banyak, tapi satu awek pun tak sangkut. Camner ni, Amid?" Sanin bertanya.

"Ada aku kisah kalau takder awek? Muka aku buruk ke, muka aku lawa ke, apa bezanya? Aku tak meroyan nak ber-couple pun. Aku nak kahwin nanti, aku suruh jer makbapak aku cari, biar seburuk aku pun takper, yang penting dia boleh terima aku seadanya, boleh jaga makan minum aku." Jawab Amid selamba.

Hidangan di depan matanya dinikmati dengan penuh sopan. Amid sememangnya begitu.

"Lagipun, aku tengok orang yang buat pembedahan plastik tu, cam payah jer hidup diorang. Nak jer aku tegur, daripada diorang tepek plastik kat muka diorang tu, baik tepek tahi lembu jer. Ada gak khasiat mencantikkan muka!"

Sanin yang baru sahaja nak menghirup kopi suam tersedak mendengarnya.

"Kau biar benor, Amid! Ada ke orang buat facial dengan tahi lembu?!" Sanin bertanya.

"Aku tengok ada yang bantai lumur lumpur ke muka tu, bukan cam tahi lembu? Lagi heaty siot!" balas Amid selamba. Seteguk air dibantai selepas habis makan.

Sanin hanya menggelengkan kepala sambil berfikir "Dia ni tak pernah jatuh cinta ke?"

Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Sanin mencari peluang bertanya.

"Amid... kau tak pernah jatuh cinta ke?"

Amid diam seketika. Memandangkan dia jenis tidak pandai berbohong lalu dia menjawab tenang "Ada... Mata kami bertembung... serta merta jantung aku jadi tak tenang. Memang aku tetiba feeling kat dia. Dia lak dah tersenyum-senyum. Aku kaget! Terus aku lari... pastu tak tahu dah ke mana dia pergi."

Terbeliak biji mata Sanin mendengarnya.

"Kau lari?!" Herdik Sanin.

Amid mengangguk selamba.

"Apsal kau lari, bahlol! Ntah-ntah itu jodoh kau. Cantik tak?!"

"Aku tak perasan seluruhnya la, aku cuma nampak mata dia yang cantik. Aku terus jatuh cinta..."

"Dia?!" Tanya Sanin dengan rasa geram.

"Ntah... dia senyum-senyum ingatkan perli keburukan aku, jadi aku larilah..."

Tiba-tiba Amid terlanggar seorang gadis yang muncul terburu-buru daripada balik bangunan. Si gadis hampir terjatuh namun disambut dengan segera. Mereka saling berpelukan seketika. Apabila si gadis mengangkat muka, dengan pantas Amid terkedu. Segera dia melepaskan pelukan dan berniat berlalu pergi. Namun si gadis segera menahan.

"Nanti!" Pinta gadis itu seperti merayu.

Sanin yang berada di samping Amid tergamam melihat kejelitaan gadis itu. Apatah lagi bila si jelita beriy-iya menahan Amid daripada terus berlalu.

"Nama I, Mida. I praktikal kat bangunan sebelah. Sejak kita bertemu kat mahkamah hari tu, teringin gak I nak tegur you, tapi you cuba mengelak. But not now, I won't let you!"

Sanin pandang Amid. Amid mula gelisah. Cuba mengelak renungan itu.

"Maaf kalau I minta... kalau boleh I nak selalu jumpa you." Mida tanpa banyak bicara meluahkan rasa.

"Nak jumpa selalu?! Kenapa?!"

Wajah Mida berubah sayu. Hatinya begitu yakin hasrat yang tersirat saat mata mereka bertembung buat pertama kali seminggu lalu, namun Amid kelihatan tidak peduli.

"You tak rasa apa-apa ke saat pertama kali kita bersua?" Tanya Mida seolah kesal.

Amid diam seketika. Ya, dia rasakan sesuatu. Namun perlukah dipercayai rasa itu sedangkan rupa paras masing-masing jauh tidak sepadan? Amid segera mengangkat muka dan melihat ke mata Mida buat kesekian kalinya.

Tiba-tiba airmatanya bergenang, begitu juga Mida. Terbuktilah mereka saling mencintai di pandang pertama!

Sanin hanya memerhati dengan penuh rasa tidak percaya.

"Beauty & the Beast." bisik hatinya.

"Baiklah... mulai hari ini, kita akan sentiasa saling berjumpa." Ujar Amid kepada Mida tanpa ragu-ragu.

Malah buat pertama kalinya Sanin melihat Amid tersenyum penuh keikhlasan. Terpancar baris giginya yang putih bersinar cantik.

Tanpa sedar Sanin memuji "Manis jugak kau ni, ya Amid."

Mida di sebelah tersenyum gembira.

Amid hanya membalas "Alhamdulillah..."

"You nak gi mana sebenarnya ni?" Tiba-tiba Amid bertanya mesra.

"I dah lewat nak gi chambering." Jawab Mida penuh ceria kerana yang tercinta sudah mula pandai bertanya.

"You kena cepat camtu. Nah... you ambil phone I ni, can I have your phone?" Amid menyerahkan telefon bimbitnya, Sony Ericson Xperia™ Arc kepada Mida.

Mida tanpa lengah menyeluk saku kot hitamnya dan menyerahkan HTC HD7 kepada Amid tanpa ragu.

"After chambering you call I, pronto!"

Mida dalam sebak terharu berbaur gembira mengangguk setuju.

Amid balas mengangguk, matanya bergenang airmata turut terharu. Dengan senyuman manis terukir di bibir, dia setia melihat Mida berlalu pergi tergesa-gesa, sesekali menoleh kepadanya sambil melambai mesra. Hingga hilang di pandangan...

Namun HTC HD7 di tangannya bukti Mida masih ada di sini.

Sanin yang menyaksikan cerekarama itu turut rasa terharu.

Indahnya cinta di pandang pertama yang penuh keikhlasan tanpa disaduri pembohongan, mahu pun penafian, apatah lagi ragu...


Note: Hanya kerana melihat muka sendiri di tepek masker Himalaya semalam kat rumah rakan, terus dapat idea nak bikin cerita ni. Idea ada di mana-mana, yeah!

4 comments:

Syakir Rahman said...

wah~ini boley bikin novel nih..hu3...

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

Haha... tak dapat la. Jadi cerpen jer... takder idea lebih nak memanjangkannya jadi novel. Kalau adaptasi ke komik... insya-Allah. ^_^

Anonymous said...

not bad....
i like ur cerpen..^_^

Fakhrul 'Ayour' Anour said...

anonymous: Thanks... ^_^