Nampaknya berakhir sudah kemeriahan 100% GEMPAK STARZ™, tapi hati ini masih merindui saat² bersama-sama teman artis² komik & juga para kipas-susah-mati yang hadir. Tiga hari berturut-turut berkumpul di Sungei Wang KL terasa singkat sekali. Namun apakan daya, kita tidak mampu mengulang sejarah mahupun memutar waktu. Yang indah biarlah ia menjadi kenangan berharga buat kenangan kita bersama, yang payah kita jadikan sebagai pengajaran yang berharga. Tetapi 100% GEMPAK STARZ™ ternyata telah membuka mata ramai pihak akan pencapaian industri komik kita sekarang. Ayour ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para peminat yang mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan karya terkini Fakhrul Anour berjudul 'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI', anda tahu siapa diri anda! Juga yang membeli karya² Fakhrul Anour sebelumnya yakni 'Hanya...', 'Cinta Tunggal' & 'Kaoru's Cake House 143'. Sokongan anda sangat Ayour hargai buat selama-lamanya. Kesungguhan anda ingin mengenali bakat yang terkandung dalam diri ini membuatkan saya terharu & lebih bersemangat untuk menghasilkan karya² baru. Semoga kita dapat bertemu lagi di sesi autograf yang akan datang, sementara itu teruskan mengikuti jejak GEMPAK STARZ™... kerana selagi diperlukan, di situlah Fakhrul Anour akan berada. Trimas!
(Berikut petikan ucapan perasmian dalam Bahasa Melayu)
لسلام عليكم
& Salam Sejahtera buat semua hadirin
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada kipas-susah-mati, iaitu peminat setia GEMPAK STARZ™ dan semua yang berada di majlis perasmian ini. Selamat petang kepada para pengarah, rakan kongsi, rakan niaga dan tidak dilupakan wakil pengedar kami. Akhir sekali yang tidak mungkin dilupakan, rakan-rakan media yang sudi meluangkan masa menyaksikan salah satu acara gilang-gemilang dan bersejarah dalam Industri Komik Malaysia.
SELAMAT DATANG!
Kami masih ingat ketika itu di tahun 2001, ketika kami berimpian besar mahu lihat Malaysia menjadi medan konvensyen komik antarabangsa seperti Comicon yang berlangsung setiap tahun di Amerika Syarikat. Biarpun masa itu perniagaan kami masih kecil tetapi kami berwawasan mahu melihat industri komik tempatan dikongsi bersama dunia dengan menganjurkan konvensyen seumpamanya. Segala kertas kerja sudah kami laksanakan dan penyertaan daripada wakil luar negara menunjukkan tindakbalas positif. Namun sayangnya tiada penyertaan daripada wakil tempatan.
Semuanya tinggal kenangan. Ketika kami bermula, apa yang kami fikirkan ialah untuk berkongsi bakat-bakat kami bersama masyarakat dengan menerbitkan francais komik. Kemudian hadir wawasan kedua, mencipta konvensyen komik kita sendiri yang dinamakan Karnival Komik Malaysia.
Walaupun kami gagal menganjurkan konvensyen komik bertaraf dunia, namun ia tidak bererti putus asa.
Semuanya tinggal kenangan. Ketika kami bermula, apa yang kami fikirkan ialah untuk berkongsi bakat-bakat kami bersama masyarakat dengan menerbitkan francais komik. Kemudian hadir wawasan kedua, mencipta konvensyen komik kita sendiri yang dinamakan Karnival Komik Malaysia.
Walaupun kami gagal menganjurkan konvensyen komik bertaraf dunia, namun ia tidak bererti putus asa.
“Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara pertama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan realiti.”
Tidak salah bercita-cita tinggi tetapi mesti mulakan daripada bawah. Maka Karnival Komik Malaysia yang asalnya untuk dunia kami gantikan sebagai konvensyen komik sendiri yang hanya tertumpu kepada produk kami dan lokasinya di Plaza Sungei Wang ini.
Objektif kami ketika itu untuk bersua muka dengan kipas-susah-mati yang menjadi nadi kejayaan kami. Tidak langsung kami terfikir ia akan menjadi acara komik paling besar pernah diadakan di Malaysia. Sambutan kipas-susah-mati untuk Karnival Komik Malaysia 2001 sangat memberangsangkan.
Semenjak itu, Karnival Komik Malaysia menjadi acara tahunan besar-besaran kami dan ruang legar Plaza Sungei Wang menjadi arena utamanya. Malah karnival ini juga menjadi perangsang kepada acara-acara lain seumpamanya oleh para penggiat industri komik, animasi dan mainan video tempatan. Ini telah memberikan impak ekstra dalam membina kesedaran tentang industri ini di seluruh negara.
Pada tahun 2005, kami mengambil keputusan menganjurkan Karnival Komik Malaysia dua tahun sekali. Namun ia tetap menjadi kebanggaan kami dan semestinya buat kipas-susah-mati juga. Justeru kini kami melangkah ke hadapan dengan wajah baru untuk acara komik ini.
Sudah bertahun kami menganjurkan apa yang dinamakan Karnival Komik Malaysia. Tidak dinafikan ia memang untuk Industri Komik Malaysia tetapi tidak adil mewakili yang lain dalam industri jika apa yang anda lihat hari ini hanyalah GEMPAK STARZ™ dan segala yang berkaitan dengannya.
Bermula hari ini (21hb. November 2009) sehingga Isnin (23hb. November 2009), kipas-susah-mati di seluruh negara hadir di sini untuk meraikan label komik kesayangan mereka dan bertemu dengan bintang-bintang komik pujaan masing-masing. Manakala pengunjung Sungei Wang Plaza secara tidak langsung didedahkan tentang Industri Komik Malaysia dengan hanya melihat apa yang mereka dapat lihat di sini sepanjang tarikh tersebut.
Kami tidak menyangkal kewibawaan penerbit-penerbit komik Malaysia dengan produk-produk komik masing-masing yang bermutu, tetapi hari ini di Sungei Wang Plaza KL, kami persembahkan kepada anda penerbit komik pertama Malaysia di era milenium dengan lebih 200 judul komik (kami kategorikannya sebagai novel grafik) berbahasa Melayu yang merangkumi majoritinya hasil karya tempatan dan selebih dari luar negara yang kami terjemahkan secara sah.
GEMPAK STARZ™ sudah menerbitkan jumlah komik terbanyak berbanding mana-mana penerbit seumpamanya era kini. Namun kami belum layak dipanggil sebagai gergasi dalam industri. Tujuan utama kami adalah untuk menjadi sebahagian daripada anda yang menggemari animasi, komik dan mainan video.
Justeru kami dengan rasminya mengumumkan bahawa acara Karnival Komik Malaysia anjuran GEMPAK STARZ™ kini dikenali sebagai 100% GEMPAK STARZ™.
-SEKIAN-
5 comments:
skrg kn dh byk publishing company yg publish komik: Exact Publisher, Komik M, Ana Muslim etc. Tak nak wat event bersama? :)
Masalahnya nak ke diorang buat event bersama? Kalau dari dulu mereka nak, rasanya hari ini kita masih mengekalkan judul Karnival Komik Malaysia. Soalan camni jangan ditanya kat GEMPAK STARZ™ @ Ayour yang dah berpengalaman dalam situasi ni. Untung gak kami dijemput dalam Anugerah Pekomik 2009 lalu. Jika kami tak dapat meluangkan masa menyertai mesyuarat, ada gak kami tawarkan pejabat kami sebagai tempat bersidang. Jadi, soalan sebegini tanyalah kepada pihak lain. Sebab... kalau Fazl baca teks ucapan Ayour ni, u know where we used to stand. Kami datang dari pihak yang sentiasa merendah diri tetapi sering dianggap meninggi diri, entahlah kenapa. GEMPAK STARZ™ bukan syarikat milik Ayour, tapi Ayour sanggup berdiri mempertahankan mereka kerana Ayour tahu perasaan keperitan mereka menerima pertuduhan yang adakalanya membuatkan mereka kesal.
Owh...Ye ke? Tapi mungkin persepsi diorang dah berubah skrg.
Sy pun masih baru dlm industri ni tp Exact Publisher (anak syarikat Gemilang Publishing)& Komik M (PTS Publications) tu baru lagi rasanya.
Hmmm... Fazl kena ikuti perkembangan dengan lebih meluas la. Ada banyak lagi yang Fazl tak tahu. 9 tahun dalam industri ni, banyak sangat dah tahu... I mean, the darkside of others. Huhu! Komik M & Exact Publisher, mungkin brand baru... but they have been here longer than us.
Al Quds Travel Welcome You :-
"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999
Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!
Post a Comment