"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, November 18, 2009

BILA BERTINDAK BODOH KERANA TERCABAR

Masa Ayour dok melayari laman blog GEMPAK STARZ™, Ayour terbaca seorang hamba Allah ni dengan nickname Anti menulis...

"Hentikan beli barangan diorang... racist, mempergunakan hak melayu."

Apa ke hei nyer ko ni jang?! Ke minah?! Inilah yang Ahmad Dhani (penyanyi/komposer Indonesia) tuduh laman internet hanya untuk pengecut! Ntah siapa ntah dia, hanya menggelar diri Anti. Kalau betul Melayu tampil ke depan & akui diri sebagai orang Melayu yang berani menyuarakan hak kalau betul apa yang dia sebutkannya sebagai hak Melayu (?!). Atau dia sengaja melepaskan geram sebab tak puashati tak dapat apa yang diinginkan daripada GEMPAK STARZ™ atau... ?

Kalau betul kata GEMPAK STARZ™ (@ apa sajalah terjemahan produk luar berbahasa Melayu!) tu racist terutamanya kepada kaum Melayu, hari ini saya takkan berdiri di sini memartabatkan komik² berbahasa Melayu bersama diorang. Malah artis² komik kaum lain pun sudi berkongsi karya² diorang untuk pembaca Melayu. Kalau ramai berperangai macam Anti (dia ni yang sebenarnya racist!), belum tentu diorang ingin memajukan orang Melayu dengan memberi peluang memartabatkan industri komik berbahasa Melayu. Lagi baik buat komik bahasa lain jer... terutamanya komik bahasa Inggeris, lagi dapat untung, boleh jual seluruh dunia daripada berhabis modal jual hanya untuk orang Malaysia yang boleh baca bahasa Melayu. Buat komik berbahasa Cina pun elok, sebab leh jual kat China, Taiwan & Hong Kong, luas pasaran tu!

Bercakap pakai otak la Anti oiii! Jangan pakai nafsu. Lagi ramai Melayu macam Anti ni lagi malu Melayu woiiii! Nak maju guna otak & jangan asyik nak menunding jari jer. Lagi kerap korang melaungkan hak Melayu, lagi racist korang jadinya. Lama² orang kata Melayu bangsa kuat racist!

Cukup² la nak tembak orang racist sebab Ayour ni Melayu gak bro! Nilai Melayu dah ada dalam diri & tak boleh dibuang walaupun ada orang dok kata Ayour ni Eurasian (demi Allah banyak kali dah kena!), Ayour tetap kacukan Bugis (abah) & Jawa+Melayu (ibu). Ayour kalau lukis komik pun tetap tak ketinggalan nak lukis karakter pakai baju tradisi kita. Bagi Ayour, kalau sudah dibesarkan dalam keluarga tradisi Melayu Johor, dah besar & camner moden pun kehidupan tetap takleh buang nilai Melayu serta cintakan adat kita (ada bersaka memang tak cinta!). Bukan macam Anti ni dibesarkan dalam tradisi keturunan racist!


Konon hak Melayu, ke nak memalukan Melayu?!


So ada faham Anti? Ayour menjawab ni daripada sudut peribadi ya, jangan nak kaitkan lak kata majikan suruh kata (ni ler antara perangai memalukan Melayu.... suka propaganda! Tak habis² dengki!). Awak ingat Ayour ni pak turut?! (tak puashati leh siasat sendiri dengan semua kakitangan di GEMPAK STARZ™, Ayour ni pak turut ke tak, silap haribulan la beb!). Tujuan Ayour ni sebab nak ingatkan kaum sendiri jangan asyik nak melatah! Ramai dah orang Melayu & bukan Melayu membuktikan diorang boleh berjaya tanpa perlu bersifat racist. So renung²-kan ler pe'el (orang Muor kata perangai!) awak tu ek!

P/S: Kalau Anti ni sebenarnya nakkan perhatian (kurang kasih sayang kot! Ke terlebih kasih sayang sebab tu mengada-ngada sampai terlebih biadab camni!). Siapa yang baca blog Ayour ni nanti pun pasti akan bagi perhatian kat anta (awak dalam bahasa Arab). Lama² Anti glamer la! Kalau tunjukkan diri yang sebenar mesti lagi glamer. ^_^

7 comments:

Fazl said...

garangnya Encik Ayour ni :D

Sir Hady Jupaz said...

salam.

eventhough this is ur personal view...but saye sokong 100%

agak berapijuga lah saye ni kalau ade org kate ayour seorang yang membelakangkan melayu.

sbb saye kenal ayour dari lukisan-lukisan dan karya-karya ayour sejak awal penerbitan gempak lagi.

dan ayour ada juga menerapkan imej melayu dalam komik.

artis komik gmpak juga tidak menggunakan hak melayu untuk melariskan gempak dengan strok karya seolah luar negara tetapi berbahasa melayu.

actually itu lah uniknya gempak.

sampai saya prnah trbaca, cadangan seorang peminat untuk mewujudkan sebahagian ruang dalam gempak dalam emdium bahasa inggeris,

dan balasanya, pihak gempak menolak idea tersebut dengan prinsip meneruskan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi majalah. bahasa jiwa bangsa.

itu lah yang di kata editorial gempak ketika itu.

untuk ANTI pula, namanya saja dah mlambangkan dia ni racist dan sye dah tak hirau ade orang macam ni, kerana terlalu raai org melayu cuba memperjuangkan hak melayu..

sbnarnya apa dia hak melayu?

kite kat dunia ni takde hak langsung, smuanya datang dari yang maha esa.

kalau asyik bangkitkan isu hak, bila pulak nak bangkitkan isu yang boleh memajukan orang melayu.

c;mon la malay malaysian.

untuk ayour, saya menyokong anda dari belakang dan teruskan berkarya dgn tradisi dan stail sndiri. kerana itulah kreativiti anda.

gud luck brother...

mr. O said...

huhu, siapa tak marahkan kena ckp mcm tue..
takper anour, jgn dihirau sgt org2 mcm tuh...

Fakhrul Anour said...

Fazl: Ha tu belum lagi kerja ngan Ayour! Tau garang camner. Haha! Tulisan ni tak garang lagi, berbau tegas sinis jer. Kalau garang, dah kuar dah ayat² jampi sampah semua... Astaghafirullah. Idak ler! Moga2 ni dapat jadi wake up call!

Aad: Trimas! terharu rasa. tak sangka u know isu suruh terjemah ke BI tu. Sekarang dah ada! Yeay! Anyway, yang penting Aad, kita tahu di mana kita berdiri. sebenarnya yang banyak mulut serang GEMPAK STARZ™ ni majoritinya Melayu juga, percayalah. 9 years & I've seen enough! Telan jer... bila office mate bukan Melayu tanya "Why they like that?!", Ayour cuma reply "Human... ignore jerlah. Yang penting kita buat kerja kita."

That's why Ayour malas nak layan sangat kalau ada orang semangat berkobar-kobar lebih tapi usaha diiringi mengutuk orang. Lagi bila dah masuk isu racist. Silap la!

Fakhrul Anour said...

Mr. O: 9 tahun memang tak hiraukan. Tapi sesekali kena gak bersuara. Senyap memanjang nanti sedap plak diorang nak melebih-lebih. Nanti jadi cam akhbar tabloid sebar fitnah lak... kita cakap no comment dia tulis beromen. Pastu bila kena saman, jawab "Kami buat sebab ia dapat melariskan jualan!"... ke tak faham bahasa Inggeris? tabloid berbahasa Melayu jer banyak kena saman pasal isu sampah camtu. isn't it?

Sir Hady Jupaz said...

yup..thats it..human...lumrah manusia...tapi prlu ke kita salah kan lumrah atas apa yang kita lakukan..

tg pnting kita buat apa tidak mnyusahkan org...dan hnya kita yang boleh ubah diri kita...

sronok discuss isu ni..hahahh..:)

Fakhrul Anour said...

Benar tu Aad...
dalam hidup kita yang satu ini, kita hanya diberi 2 pilihan... sebab itu tubuh kita yang satu ini diseimbangkan dengan sepasang anggota.

Kepala kita diberi 2 bahagian otak di mana setiap belah di bahagian kepada bahagian2 yang saling berpasangan. sepasang mata, sebatang hidung dengan keseimbangan 2 lubang, 2 lapis bibir... setiap yang berdiri 1 itu pastinya sepasang.

Jadi, bila kita mengubah diri kita, seolah kita juga mengubah yang lain. Jika kita berubah ke arah negatif, maka ada 2 pilihan bagi yang mengenali kita untuk berubah; positif @ negatif.

Jika negatif, maka dia setuju cara kita & menolak cara orang lain.

Jika positif, maka dia menolak cara kita & menerima cara orang lain.

Begitu jugalah dalam hal ini. ^_^