"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Saturday, July 3, 2010

BILA SEPADAN NAMUN TIDAK SERASI

Pernahkah anda terfikir jika apa yang membuatkan anda terpesona dengan mata, anda rindui dengan hati dan keindahannya membuatkan anda jatuh cinta namun untuk memiliki ia terasa amat jauh daripada kenyataan? Itulah yang kita namakan 'memuji dengan harapan'.

Tetapi apa jadi kalau terpesona, merindui dan jatuh cinta itu lebih daripada sekadar 'memuji dengan harapan'? Apa akan jadi kepada logik anda untuk memahami sesuatu apabila anda dan dia tampak sepadan namun hakikatnya langsung tidak serasi?

Ini yang berlaku apabila menyentuh persoalan mengapa ramai kecewa dalam percintaan sebelum sempat ia terluahkan — 'Bila Sepadan Namun Tidak Serasi'.

Jatuh cinta adalah sesuatu yang mudah berlaku dalam hidup manusia, tidak kiralah samada secara spontan atau tidak. Antara anda ingin mengakui atau membohongi diri. Perasaan itu terlampau mudah berlaku dan ia amat mudah juga untuk diulangi tanpa perlu risau akan sebarang komitmen. Kerana jatuh cinta tidak memerlukan komitmen sebaliknya keterujaan perasaan apabila mata terpesona dengan sesuatu atau seseorang hingga mencetuskan hati yang rindu. Jika akal mampu membiarkan fenomena itu berlalu, perasaan itu akan hilang untuk diulangi lagi dengan subjek yang lain.

Walau bagaimana pun, jatuh cinta yang kerap pasti membawa kebarangkalian sekali dalam sejuta untuk anda terjerat dalam fenomena perasaan yang kekal. Fenomena ini bakal membawa resah berpanjangan jika faktor asas jatuh cinta itu tidak ingin terluahkan, dan lebih kritikal jika faktor persekitaran terus menjentik naluri kerinduan. Malah paling kritikal jika ia berterusan hingga melibatkan isu-isu secara kebetulan yang kerap terjadi hingga teman-teman di sekeliling dapat menghidu fenomena tersebut.

Mungkin anda dan si dia secara natural mempunyai banyak persamaan perilaku biarpun rupa fizikal berbeza; cara berpakaian, senyuman, corak berfikir, penggunaan kata-kata dan paling ketara lirikan mata. Di situ teman-teman sekeliling mula membuat pelbagai andaian di atas keserasian tanpa sengaja anda berdua walhal ia hanyalah satu kebetulan.

Apabila anda berdua cuba mengelak daripada dilihat tampak serasi, keadaan menjadi semakin lebih serasi dan ini menimbulkan kesangsian teman-teman akan erti sebenar perhubungan anda berdua. Ini kerana ketidakserasian tersebut menjadi faktor utama bahawa anda berdua adalah sepadan dan untuk lari daripada keterikatan itu adalah sesuatu yang mustahil.

Jika ketika itu anda sedang bercinta, fenomena ini bakal menggugat kesetiaan pasangan anda. Jika ketika itu anda sedang mengharapkan cinta seseorang yang dirasakan memenuhi citarasa dan prinsip hidup anda, fenomena ini akan mengelirukan logik anda untuk membuat pilihan yang pasti. Kesudahannya anda pasti terjerumus dalam kancah pergolakan perasaan cinta yang tidak menentu dan dia akan terus menyelubungi logik hidup anda.

Di dalam fenomena ini, anda berdua tidak boleh dipersalahkan terjadinya perasaan cinta itu sebaliknya anda berdua boleh dipersalahkan jika perpisahan anda membawa kemusnahan sekeliling. Justeru, pilihan terletak di tangan masing-masing untuk membuat keputusan mengiyakan apa yang terjadi secara semulajadi atau terus menafikan kebenarannya dan mengongkong diri dalam pembohongan jiwa seumur hidup.

Buruk atau baiknya sesuatu itu, pasti Yang Maha Pencipta ada rancangan-Nya sendiri untuk sesuatu perkara itu terjadi. Ini termasuklah perasaan cinta mencintai... satu-satunya anugerah teristimewa yang mampu membuatkan anda saling berdamai dan bersatu. Mengelak hanya bererti anda mengingkari dan akhirnya berkesudahan dengan benci dalam cinta.

Maka begitulah hakikat di zaman ini mengapa ramai yang hidup dalam pembohongan, mengelak mendengar kata hati dan terus berpura-pura melihat cinta hanyalah mainan jiwa yang mengkhayalkan. Walhal cinta itu adalah realiti yang hanya mampu dirasa tetapi tidak mampu dilihat kecuali di mata dia yang kita cintai...



Rujukan Teman:
http://eddyrizal.blogspot.com/2010/06/pesanan-mencintai-seseorang-tetapi.html

http://eskapisminda.blogspot.com/2010/06/rindu.html

8 comments:

Huda said...

Wah tersentuh baca post ni. Macam ada ura2 kena perli baik punye pun ada hehe. Dah tergeget cili ni. huhu! i loike! ;p

Fakhrul Anour said...

Huhu... terasa kewww? Nak try wasabi tak? Muahaha

Huda said...

Oh tidak~ Wasabi makes my nose bleed! Haha! But I don't mind if the wasabi comes with Torikarrage Sushi(not sure if I spell that right) or the Californian Sushi. :P nak belanje ke?? harharhar.

Fakhrul Anour said...

Huda: Tak sebut apa-apapun pasal sushi. jadi sila belanja diri sendiri... muahahaha! (*insya-Allah... boleh belanja, if we happen to meet at a place yang ada jual menatang tu la. Kalau takder... no belanja. Weeeeee! >_<)

Huda said...

Only if we really DO meet that is. xD Nah I was just kidding. ^^ Thanks for the thought though. I like seaweed snacks better than sushis anyway~ <3

Fakhrul Anour said...

Huda: insya-Allah... kita akan jumpa. Ketentuan Allah ni kita duga, cam Ayour jatuh cinta ngan seseorang pun... ketentuan-Nya. Kita kena redha... cam seaweed snacks tu, mana2 pun ada. ^_^

Huda said...

Haha! You've just brighten up my day with that last word of 'seaweed snacks' tu. xD Thanks. Insyallah if God wills we shall meet someday. :)

P/S: Wow, tetiba rasa nak nyanyi lagu ni for brader,
"Jatuh cinta lagi~" Hehe. Huda doakan biar kekal hendaknye, bahagia dunia akhirat pilihan kali ni. ^^ AMIN!

Fakhrul Anour said...

Huda: Heeee... AMIN!