"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Saturday, November 7, 2009

JUMAAT 13: PROMO 01

Ustaz Faiz menatap setiap dari mereka satu per satu. Dari yang tua hinggalah yang bayi. Melihatkan mereka, dia insaf. Mereka ini roh yang terseksa. Jiwa meronta, inginkan keadilan. Tiba-tiba Ustaz Faiz menitiskan air mata kesedihan. Matanya kini tepat memandang ke arah makhluk berjasad yang memanggil dirinya, Toku Walong.

“Maafkan kami... dengan izin Allah, aku akan tegakkan kebenaran ini untuk kamu semua,” ujar Ustaz Faiz. Suaranya sayup kedengaran di balik jeritan yang semakin nyaring.

Tapi tiba-tiba jeritan itu terhenti. Pengakuan Ustaz Faiz mengubah suasana. Toku Walong memandang tepat ke arah Ustaz Faiz. Johan dan Hajimi kebingungan. Apa yang sudah berlaku? Apa yang Ustaz Faiz sudah katakan? Irman yang tadinya bangkit menjerit kini kembali rebah terkulai di lantai.

“Kau aku percayai... kembalikan tanah kami. Kembalikan kehormatan kami. Kembalikan....,” ujar Toku Walong dalam nada garau yang masih keras.

“Aku akan kembalikan keadilan,” balas Ustaz Faiz dalam nada kesedihan. Matanya tertoleh kepada roh si ibu yang sedang mendukung anaknya yang masih bayi. Anak itu tidak bersalah, fikirnya. Kejam sungguh pengusaha pembangunan Taman Cempaka.

7 comments:

Abu _Ishak said...

Salam, bismillah, sekadar komen dari sudut "kepercayaan",

Bukankah dalam Islam, diwahyukan apabila orang yang dah mati, rohnya berada di alam kubur, dan mustahil berada di alam dunia.

Bukankah teori roh2 jahat atau baik ini berasal dari agama selain Islam / khurafat di alam melayu? sedangkan Allah dan Rasulnya telah menjelaskan bahawasanya roh orang yang mati berada di alam barzah, dan roh orang yg dah meninggal dunia MUSTAHIL dapat kembali di alam dunia.

Maka ingin dinyatakan di sini Cerita Hantu/seram saudara, ada unsur2 yang boleh merosakkan 'aqidah UMAT Islam, saya harap saudara dapat menilai apa yang saya katakan ini.

From bekas peminat gempakz and utopia.

Abu _Ishak said...

Cadangan saya kalau ingin dipaparkan peringatkan lah kepada pembaca2 yang beragama Islam yang akan membaca tulisan saudara, dengan meletak footnote/PERINGATAN: bahawa perkara ini hanya lah rekaan, di dalam Islam roh orang yang meninggal tidak akan wujud menjadi hantu atau roh jahat/roh baik, sedangkan itu adalah Jin/ Syaitan untuk menyesatkan manusia agar secara perlahan2 kita akan dapat mebSYIRIKKAN Allah.

Wallahhua'lam.

Fakhrul Anour said...

Trimas Abu Ishak... sebenarnya itu petikan novel yang bakal diterbitkan kelak & saya arif benar teguran saudara itu. Jalan cerita saya tidak mengakui wujudnya roh orang mati di dunia. Jangan salah tafsiran, nanti menjadi fitnah. Dalam kisah lengkap yang pernah tersiar 10 siri dalam majalah GEMPAK™, ustaz yang membantu menghalau hantu2 itu ada menyebut apa yang saudara tegurkan. Manakala dalam versi novel kelak, saya sudah mengisikan tambahan yang bukan saja mengingatkan apa yang saudara tegur malah turut menegur sifat2 lain seperti tamak, merampas hak & selanjutnya. Insya-Allah... saya akan cuba kekal menghasilkan karya2 fiksyen saya dengan pendekatan fahaman Islam jika kisah saya berasaskan kehidupan orang Islam, kerana sebagai seorang Islam saya tak mampu lari dari tanggung jawab itu. Jika cerita saya berdasarkan barbarian @ hantu bukan dari sudut Islam, saya akan cuba menerapkan nilai2 murni kemanusiaan. Sebab falsafah saya menurut cara yang halus itu lebih tajam dari cara yang kasar. Doakan ia satu dakwah yang berhasil... Insya-Allah.

Abu _Ishak said...

Syukran kerana respon, insyaAllah. Moga2 dipermudahkan Allah.

Anonymous said...

seram cerita ni.

Fakhrul Anour said...

Abu_Ishak: Insya-Allah... ^_^

Fakhrul Anour said...

Anonymous: TQ! ^_^