Sebuah karya yang saya hasilkan untuk menyokong kempen di facebook.com, 'DRAW SOMETHING FOR VIIV'. Kempen ni bagi memperingati protes besar-besaran transformasi komunisme pada tahun 1989 yang berlangsung selama ±7 minggu bermula 14hb. April - 4hb. Jun. Ia menyaksikan pakatan reformasi ±sejuta rakyat (terutamanya pelajar² universiti) di Republikan China yang menyokong arus perubahan yang cuba dibawa oleh mendiang Hu Yaobang dalam pemerintahan komunisme. Reformasi ini telah menyaksikan pertumpahan darah antara rakyat & tentera kerajaan China yang dipanggil 'JUNE FOURTH MASSACRE/六四屠殺.
Sebagai anak kelahiran Bukit Kepong yang dibesarkan dengan kisah² komunis di kampung oleh warga² veteran, saya melihat insiden ini sebagai satu peringkat sejarah politik yang perlu diingati. Ia mengingatkan saya bahawa perjuangan ini tidak berkaitan dengan soal bangsa, agama mahupun negara tetapi lebih kepada hak asasi manusia. Setiap fahaman politik tidak kira demokrasi, komunisme, liberisme, kapitalis & sebagainya jika tidak diselaraskan dengan keperluan hak asasi manusia yang seragam, ia akan membawa kepada reformasi perubahan secara paksa oleh rakyat.
2 comments:
Dulu kau berlakon cerita 'Bukit Kepong' kan? Kau ingat lagi tak dialog kau time tu camne? He he he.
Ayour ada dialog ke selain melalak dengan hati yang ikhlas? Sebut mak tu bukan Ayour rasanya. Ayour ke?! Yang Ayour tahu dialog mak... "AKu tak tahu! Aku tak tahu!"
Post a Comment