"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Monday, February 26, 2007

CINTA TUNGGAL

PENERBIT: GEMPAK STARZ™ HARGA: RM14.90
(Boleh didapati di Kinokuniya KLCC & MPH Bookstore)

Bagaimanakah anda melihat sebuah percintaan? Benarkah sebuah cinta yang bermula dari alam persekolahan adalah cinta monyet atau sememangnya ia sebuah cinta yang akan kekal abadi hingga ke akhir hayat? Hasrat sebuah cinta hanya lahir jika ia benar-benar sebuah cinta pandang pertama.

Siti Aishah seorang anak tunggal kepada seorang ibu tunggal. Membesar dengan jiwa tunggal, dia meniti kehidupan seperti insan lain. Mempunyai harapan tinggi menjadi manusia yang berjaya dalam hidup. Dia mahu membuktikan dirinya biarpun tunggal tapi tidak akan terabaikan. Dia begitu yakin dengan azamnya.

Dengan berkat keyakinan, azam yang kuat dan sentiasa bertawakal kepada Ilahi, segalanya dalam genggaman. Biar apa pun cabaran, dia pasti mampu mengharunginya. Tetapi dia tidak terperasankan cabaran cinta dan betapa kuat ia mampu merubah seseorang.

Jatuh cinta pandang pertama Siti Aishah dengan Nizam telah merubah dirinya. Azam dan cita-citanya kini bertiangkan semangat seorang pemuda. Segala harapan kehidupan dan jiwanya meneruskan hidup sedikit demi sedikit bertaut harap pada Nizam. Tanpa dia sedari, dirinya kini hidup dalam cinta kepada seorang lelaki. Satu cinta sesama insan yang tidak mungkin dapat dibahagi dua. Bagi Siti Aishah, itulah cinta pertama dan terakhirnya... Cinta Tunggal.

Cinta Tunggal menggarap sebuah kisah cinta yang unik dari alam persekolahan hingga meniti ke alam dewasa. Membawa anda ke sebuah pengalaman cinta antara Siti Aishah dan Nizam yang tidak pernah diluahkan secara lisan serta jujur. Bagi mereka ukiran persahabatan yang tercipta diawal pertemuan harus kekal sebagaimana ia. Jika diubah bimbang bakal menggugat perhubungan yang murni itu. Tapi mampukah dua insan ini bertahan dengan tanpa mahu mengakui masing-masing saling mencintai?

Dari seorang gadis yang kuat beramal serta berpegang teguh pada perintah agama, kini imannya goyah akibat keretakan persahabatan. Adakah cinta terhadap seorang insan bernama Nizam mampu menjadikannya ingkar kepada Yang Maha Esa? Atau dia masih sedar dirinya kecil di hadapan Ilahi tapi alpa bila terkecewa? Atau inikah balasan Tuhan kepada insan yang sering menipu dirinya dan cuba menidakkan cinta yang telah ditakdirkan?

Siti Aishah dan Nizam mampu mengubah takdir masing-masing. Menyangkal jodoh antara mereka dan menidakkan perasaan antara satu sama lain. Tapi wajarkah sebuah cinta yang benar-benar ikhlas sesama mereka dan tercipta atas restu-Nya diketepikan kerana ego diri? Atau ia memang bukan jodoh? Rahsia rohani begitu dalam dan tiada siapa mampu memahaminya sehingga kita benar-benar mendengar suara hati... dengarkan suara hati CT (CINTA TUNGGAL).

PERINGATAN: Novel ini dihasilkan sebelum Datuk Siti Nurhaliza mengenali Datuk Khalid, maka watak Siti Aishah dengan Datuk K di dalam novel ini tiada kaitan langsung dengan pasangan tersebut. Ia hanyalah satu kebetulan. Harap maklum!

No comments: