"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, December 9, 2009

MSC Malaysia Kre8tif Digital Contents Conference

Hari ini (9hb. Disember 2009) Ayour akan menjalankan tugas sebagai moderator untuk sesi panel berjudul 'Bringing Heroes from Pages to Eyeballs' bagi MSC Malaysia Kre8tif Digital Content Coference kat Courtyard Royale Chulan Hotel, KL. Ahli panel yang bakal Ayour ketuai bagi sesi ni ialah;

Suresh Seetharaman
Perintis bersama & Presiden, Virgin Comics & Virgin Animation (Bangalore, New York)

*juga merupakan perintis bersama & Ketua Pegawai Operasi bagi Gotham Entertainment Group, penerbit komik terbesar di Asia Selatan. Dia mengawasi operasi antarabangsa termasuk produksi, pengedaran, promosi & jualan.

* Pengalaman jawatan yang pernah dipegang termasuk sebagai Naib Presiden Senior & Pengarah Eksekutif Clarion McCann serta Pengarah Kreatif Tempatan J Walter Thompson India. Dia gak merupakan Pengarah Perintis Creative Works, kedai-laris kreatif yang telah membangunkan & membina jenama² terulung di rantau Asia-Pasifik.

Di tahun 2005, Sharad Devarajan & Suresh Seetharaman bekerjasama dengan Gotham Chopra mencipta mitologi baru yang membawa kebangkitan semula dalam hiburan karacter India. Disertai kreativiti Deepak Chopra & Shekhar Kapur, mereka membentuk Virgin Comics di bawah kumpulan syarikat Virgin milik Sir Richard Branson.


Objektif Virgin Comics/Virgin Animation adalah mencipta pelantar bagi mempamerkan bakat kreatif terbesar yang telah mendominasi negara² Asia Tenggara. Mereka percaya dengan visi negara Timur berpotensi mengrevolusikan budaya industri hiburan.


Si-Bum Kim
Founder and CEO at Characterline Korea (Seoul)

Ikon paling berpengaruh & dihormati dalam industri animasi Korea, menggabungkan pembangunan polisi industri & produksi kreatif. Cukup aktif dalam pelbagai bidang. Selain perniagaannya sendiri, dia juga merupakan pengerusi sebuah syarikat internet yang menyediakan perisian mencipta animasi 3D secara online & penasihat sebuah syarikat IT yang menghasilkan Golf Range Finder.

• Dia merupakan penasihat senior KOTRA (Korea Trade & Investment Promotion Agency) iaitu agensi kerajaan bagi mempromosikan bisnes antarabangsa antara Korea & lain² negara. Kini dia menjadi penasihat KOCCA (Korea Culture Contents Agency) iaitu agensi kerajaan Korea yang bertanggung-jawab mempromosikan bisnes buday Korea termasuk karakter, animasi, filem, muzik, mainan & sebagainya. Dia pernah menyelia latihan di banyak negara termasuk Jepun, Taiwan, Denmark, Bangladesh, Uzbekistan, Mongolia & Korea sendiri.

• Beliau berkhidmat sebagai pensyarah tambahan perniagaan di Hanyang Business Graduate School & kini mengajar International E-Commerce, International Marketing for Culture Business, Character Planning & Creating di Hanyang University.

• Dia turun membangunkan program latihan Leadership Academy; menyelia kursus 'Intellectual Property Marketing' di KOCCA serta pembantu pengarang 2 buah buku; 'Introduction of Cultural Contents & Becoming CEO' dan 'Idea & Guts at Twenties'.
Dia merupakan perintis Characterline Inc. (http://www.characterline.com) yang mencipta, mengurus & memasarkan IP (Intellectual Property) termasuk karakter, animasi, komik, kartun, termasuklah perlesenan & barangan merangkumi cetak, penyiaran, online, bimbit & taman² rekreasi.

Norman Abd Halim
President / Group CEO, KRU Studios

Dengan visi & kepimpinan strategik, dia telah menguasai kejayaan demi kejayaan, meletakkan kombinasi skilnya yang unik, bakat & kecerdasan perniagaan teruji. Pelbagai pencapaian tertingginya memungkin dia menerima anuerah Outstanding Entrepreneur Award in 2007 daripada Asia Pacific Entrepreneur Awards. Kini selepas lebih 15 tahun, beliau telah menganjak syarikat ke hadapan dalam dunia media & hiburan tidak kira secara domestik mahupun luar negara. Kepakarannya turut diperlukan oleh organisasi² lain yang secara tidak langsung refleks daripada peranan yang dipegangnya dalam pelbagai persatuan termasuk Naib Pengerusi Industri Rakaman Malaysia, Pengerusi Anti Cetak Rompak untuk Persatuan Penerbit² Filem Malaysia serta Lembaga Pengarah Festival Filem Antarabangsa KL & Persembahan Awam Malaysia.

Persidangan Isian Digital Kre8tif! MSC Malaysia (MSC Malaysia Kre8tif! Digital Content Conference) yang mula berlangsung pada 7hb. Disember 2009 menyaksikan penglibatan hampir 500 delegasi & ahli panel. Dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation/MDeC, ia menampilkan pameran² syarikat berkaitan, pemacu kerjaya & 3 kelas² master yang memfokus kepada pelbagai aspek produksi isian digital.

No comments: