"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, December 9, 2009

PERTAMA KALI SEBAGAI MODERATOR PANEL LUAR NEGARA

Alhamdulillah... hari ini akhirnya Ayour berjaya menyelesaikan salah 1 misi paling sukar pernah dibuat (setiap kali menjadi 1st timer!) sepanjang bergelar penyunting/artis komik/penulis/novelis GEMPAK STARZ™. Hari ni Ayour menjadi moderator bagi 1 sesi panel MSC Malaysia Kre8tif Digital Content Conference berjudul 'Bringing Heroes from Pages to Eyeballs' & tugas yang disangka payah (maklum ler semua 3 panel speakers sememangnya otai berbanding diri ini yang baru 9 tahun dalam industri... >_<) jadi seronok! Trimas tak terhingga kepada 3 ahli panel yang menjadikan sesi ini berjalan lancar tanpa sedikitpun nampak kaku. Yang penting setiap ahli panel berjaya menyampaikan persembahan masing² sebelum sempat sesiapa pun merasa bosan & tanpa perlu ditegur, diorang boleh ukur waktu sendiri. Syabas!

Semenjak difahamkan Ayour akan menjadi moderator, pelbagai kebimbangan bermain di fikiran. Baca segala macam artikel yang dirasakan berkait dengan 'Bringing Heroes from Pages to Eyeballs'. Tetapi bila 15 minit sebelum sesi bertemu dengan ahli panel sambil mengenalkan diorang antara 1 sama lain, terus rasa cool habesss! Dapat sticker karakter daripada Mr. Si-Bum Kim, moeeee!

Trimas Mr. Suresh Seetharaman, Mr. Si-Bum Kim & En. Norman KRU dengan kerjasama yang diberikan. Menjadikan tugas Ayour lebih mudah... (takyah Q&A sesi diorang sudah menjawab hampir semua persoalan! Memang profesional habesss!!!)

Persidangan Isian Digital Kre8tif! MSC Malaysia (MSC Malaysia Kre8tif! Digital Content Conference) yang mula berlangsung pada 7hb. Disember 2009 menyaksikan penglibatan hampir 500 delegasi & ahli panel. Dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation/MDeC, ia menampilkan pameran² syarikat berkaitan, pemacu kerjaya & 3 kelas² master yang memfokus kepada pelbagai aspek produksi isian digital.

2 comments:

Hady 'Aad' Abd Hamid Albar said...

yo bro...sye ade blog baru..

MovieHolic

just lawat otakmovie.blogspot.com

enjoyy...heheheh:)

Fakhrul Anour said...

Trimas Aad! This is cool... ^_^