"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Wednesday, June 6, 2012

SAINS, SENI DAN... MBA



Mencari Bayangan Abadi...
Kita semua ada waktunya akan berada di titik lemah dalam kehidupan. Titik di mana harapan tidak lagi menggunung, impian bagaikan terlalu jauh untuk digapai dan hidup terasa sempit walau jelas keluasannya. Ketika itu Tuhan kurniakan cinta dan segalanya kembali bersemangat. Namun di era moden, cinta bukan lagi gagasan keyakinan kerana manusia sudah banyak terdedah kepada komplikasi jiwa yang mendorong kepada wujudnya pelbagai penyakit psikologi dan sekaligus pelbagai perlakuan jenayah. Malah keyakinan manusia terhadap Tuhan juga tidak lagi berteraskan hati sebaliknya akal, apatah lagi untuk sedar menghargai anugerah-Nya (yang tidak dapat dilihat namun dapat dirasa). Manusia kini majoritinya lebih terdorong keyakinan kepada apa yang nyata untuk dilihat termasuk dunia maya dan menyokong pada yang mana lebih berpihak kepada kepentingannya.

Mengenal Bahasa Azali...
Ada jenis manusia sebaliknya, batin berbeza namun zahirnya sama seperti orang lain. Pemikirannya lebih banyak terdorong oleh hati dan dikawal oleh pengalaman yang tersisa di diri sendiri dan manusia sekeliling. Ada cinta dan ada kemampuan untuk menghargainya namun tidak dapat disempurnakan sebaiknya di kelompok manusia moden kini, lalu diterapkan perasaan itu di dalam karya-karya seni melalui bakat yang ada. Ini caranya memahami sains kehidupan dari sudut kesenian dalam membentuk kemahiran pemahaman melalui pengalaman. Sukar untuk difahami oleh pemikiran biasa, apatah lagi untuk ditelusi oleh jiwa yang berkelana.

Menelusi Bisnes Aspirasi...
Asas kemanusiaan terbentuk dalam perkongsian aspirasi memberi dan menerima. Selain ia terbina dengan cara memberi sedekah atau derma dalam menerima tuntutan pahala, perkongsian tersebut juga terbentuk dalam konsep perniagaan; yang memberi jelas akan menerima mengikut tuntutan nilai yang dipersetujui bersama. Jika dalam beragama pun kita dinilai dengan dosa dan pahala mengikut landasan mana yang haram dan halal, begitulah asas kemanusiaan yang hidup di muka bumi ini. Tiada yang percuma dalam memberi ilmu kerana yang mengajar juga perlu hidup dalam perniagaan duniawi untuk menerima pahala demi hakiki. Manakala yang menerima ilmu hari ini bakal memberi kelak, tidak boleh tidak... atau bakal tersandung dalam ketamakan inginkan kebebasan tanpa bertanggung-jawab.



Hidup ini mahu atau tidak, harus diperakui adalah satu konsep sains perniagaan yang berseni -- perbezaannya nilai aset, liabiliti dan ekuiti yang digunakan dalam perdagangan demi mengaut keuntungan. Keseimbangannya dunia dan akhirat dalam mengenal erti untung-rugi kehidupan dengan...

Memahami Budaya Antarabangsa. 

"Businesses may come and go, but religion will last forever, for in no other endeavor does the consumer blame himself for product failure" 
-- The Harvard Lampoon

No comments: