Seni ini...
Impianku sejak kecil
Bukan perkara main-main
Sudah jadi darah-daging
Biar ditegah aku teruskan
Biar dibantah aku patahkan
Biar dibalah aku gagahkan
Apa masalah kau?!
Ini jiwaku, bukan jiwamu!
Impianku sejak kecil
Bukan perkara main-main
Sudah jadi darah-daging
Biar ditegah aku teruskan
Biar dibantah aku patahkan
Biar dibalah aku gagahkan
Apa masalah kau?!
Ini jiwaku, bukan jiwamu!
Seni ini...
Kerjayaku sejak mula
Bukan perkara main-main
Susah senang semua ku rasa
Inilah mata pencarianku
Inilah juga segala usahaku
Inilah juga permata jasaku
Apa masalah kau?!
Ini takdirku, bukan takdirmu!
Kerjayaku sejak mula
Bukan perkara main-main
Susah senang semua ku rasa
Inilah mata pencarianku
Inilah juga segala usahaku
Inilah juga permata jasaku
Apa masalah kau?!
Ini takdirku, bukan takdirmu!
Seni ini...
Hidupku sekali ini sahaja
Bukan perkara main-main
Apa aku suka bukan kau pun
Semua kejayaan aku juga berusaha
Semua kegagalan aku yang angkara
Semua keupayaan aku kerah bekerja
Apa masalah kau?!
Ini aku, bukan kau!
Hidupku sekali ini sahaja
Bukan perkara main-main
Apa aku suka bukan kau pun
Semua kejayaan aku juga berusaha
Semua kegagalan aku yang angkara
Semua keupayaan aku kerah bekerja
Apa masalah kau?!
Ini aku, bukan kau!
Bersaudara pun kita,
Saling berjasa pun kita,
Cinta mencintai pun kita,
Ada perkara mesti berbeza
Jangan suka-suka...
Mengubah segala!
Saling berjasa pun kita,
Cinta mencintai pun kita,
Ada perkara mesti berbeza
Jangan suka-suka...
Mengubah segala!
Aku bukan anjing
menurut kata bila dikasihi
Aku bukan babi
Menyondol minta digilai
Aku manusia
Punyai hati dan perasaan sendiri
Cinta tidaklah tergila-gila
Waras pun ada batasnya
Jangan dipaksa ikut suka
Sekali ku tampar,
Bergegar dunia!
menurut kata bila dikasihi
Aku bukan babi
Menyondol minta digilai
Aku manusia
Punyai hati dan perasaan sendiri
Cinta tidaklah tergila-gila
Waras pun ada batasnya
Jangan dipaksa ikut suka
Sekali ku tampar,
Bergegar dunia!
Seni ini...
Bakatku sejak lahirnya
Bukan perkara main-main
Menafikan buruk padahnya
Terima saja ini kelebihan
Terima saja ini kekurangan
Terima saja ini ketetapan
Apa masalah kau?!
Ini fitrahku, bukan fitrahmu!
Bakatku sejak lahirnya
Bukan perkara main-main
Menafikan buruk padahnya
Terima saja ini kelebihan
Terima saja ini kekurangan
Terima saja ini ketetapan
Apa masalah kau?!
Ini fitrahku, bukan fitrahmu!
Pandai kau berhujah
Cuba mematahkan ilhamku
Pandai kau berbid'ah
Cuba memesongkan akidahku
Pandai kau berceramah
Dikala impian kau pun huru-hara!
Cuba mematahkan ilhamku
Pandai kau berbid'ah
Cuba memesongkan akidahku
Pandai kau berceramah
Dikala impian kau pun huru-hara!
Seni ini...
Ku menulis
Ku menulis
Seni ini...
Ku melukis
Ku melukis
Seni engkau...
Suka mengacau?