"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Friday, February 5, 2010

GEMPAK™ DENGAN KEYAKINAN BARU

Menjadi Ketua Editor, salah satu tugas saya ialah memantau kualiti majalah tersebut selepas ia diterbitkan sebagai pemantauan berskala bagi menjamin kestabilan isi kandungan selaras dengan konsep reka letaknya. Jika dulu sebagai editor, saya menikmati kepuasan menyumbangkan isi kandungan bersama Team Editorial namun kali ini saya boleh merasai kepuasan sebagai pembaca; menikmati isi kandungan selepas ia diterbitkan. Justeru hari ini saya mulakan dengan majalah paling baru tiba di meja saya, GEMPAK™ isu 246 dan hasilnya cukup membanggakan saya.

Sudah masuk 12 tahun majalah GEMPAK™ mewarnai persada Industri Komik Malaysia sejak ia mula diterbitkan pada tahun 1998 & hampir 10 tahun saya berkhidmat untuknya. Hari ini selepas lebih sebulan kita menjelalah ke tahun 2010, saya akhirnya berpeluang melihat mutu majalah tersebut dari kaca mata kipas-susah-mati sebagai pembaca melalui GEMPAK™ isu 246, keluaran khas Valentine (15hb. Februari 2010).


Hanya jauhari yang mengenal manikam kerana hanya yang pernah bertugas dalam Team Editorial di bawah seliaan saya sahaja yang tahu formula yang saya terapkan dalam gaya penulisan serta konsep penyuntingan. Ini termasuklah beberapa syarat-syarat asas wajib jurnalisme dalam menjaga hak subjek seperti tanda hakcipta, tanda dagang serta kawalan penggunaan bahasa pasar. Menjadikan penerapan ini gaya hidup penulis bukan mudah kerana masing-masing ingin tonjolkan kreativiti sendiri demi membuktikan mungkin cara mereka lebih baik daripada saya. Keyakinan yang bagus namun lazimnya ingin membuktikan sesuatu tidak berlangsung mudah di depan mata saya kerana apa yang telah saya buktikan hari ini tidak berlangsung mudah di depan mata majikan terutamanya Mr. Botak. Adakalanya sesuatu perkara itu memerlukan bertahun untuk dibuktikan dan selepas itu ada banyak lagi perkara yang perlu dibuktikan. Maka begitulah dilema yang dihadapi Team Editorial terkini GEMPAK™. Semestinya cabaran paling getir adalah buat editor barunya, Fey yang dulu selesa dengan gayanya tersendiri sebagai editor majalah STARZ™.

Prinsip saya tidak pernah berubah sejak kecil, insya-Allah setiap yang saya kerjakan perlu dengan rela hati dan berbaloi untuk jangka masa panjang. Justeru saya tidak pernah malu untuk belajar apatah lagi ditegur tidak kira apa pun pangkat mereka. Namun tatkala saya sudah membuktikan sesuatu, tegas saya katakan tiada siapa boleh menghapuskan bukti itu dan terpulang kepada mereka untuk menerima atau tidak.

Tahun 2009 jelas menguji kebolehan saya memanfaatkan amanat Mr. Botak memberi konsep baru kepada majalah UTOPIA™ melalui perspektif yang dia inginkan. Walhal ketika itu jadual kerja saya sudah berlapis dengan tugas menstabilkan Team Editorial baru majalah GEMPAK™ serta bahagian novel ringan.

Saya jenis positif dan melihat beban kerja ini sebagai tapak pengukuhan karier bagi merealisasikan matlamat saya selepas 10 tahun di sini. Biarpun matlamat itu rasanya tidak akan menjadi namun Alhamdulillah, saat Dia menurunkan bebanan ujian paling getir dalam hidup ini menghadapi hari-hari terakhir bonda tercinta, kedua-dua Team Editorial GEMPAK STARZ™ (UTOPIA™ & GEMPAK™) sudah saya yakini kemampuan masing-masing. Malah melihatkan cara kerja Ka-Mail (editor UTOPIA™) dan Fey (GEMPAK™), saya yakin mereka akan mengambil peluang untuk membuktikan kewibawaan masing-masing sepanjang ketiadaan saya.

Saya yang dulunya payah melepaskan kolum Games Waves kepada sesiapa, kini boleh tersenyum puas; isi kandungan GEMPAK™ isu 246 mengekalkan formula penulisan saya dengan kemas sekali. Sudah tentu ucapan tahniah harus diberi kepada Fey, editor majalah GEMPAK™ yang baru sah ditabalkan sekaligus meneruskan legasi 'tamparan wanita' selepas Toopai dan Kit. Namun segulung tahniah juga perlu di beri kepada para penulis yang memiliki bakat natural sebagai penulis GEMPAK™; Kero, Joi, Harry & Igniz. Biarpun setiap daripada seorang dengan perangai masing-masing, namun kualiti kerja mereka mengingatkan saya kepada diri sendiri masa mula-mula sertai GEMPAK™. Cuma yang berbeza, mampukah mereka terus bertahan dalam cabaran dunia penulisan di GEMPAK STARZ™? Saya sentiasa yakin kepada para penulis saya, namun datang dan perginya mereka dalam bimbingan saya bukan hak saya untuk dipaksa.

Walau bagaimanapun, syabas kepada Tema Editorial GEMPAK™ dan terus tingkatkan prestasi anda. Ingat! Hanya jiwa yang jujur, ikhlas dan kuat semangat berkhidmat mampu mendidik anda terus ingin membuktikan yang terbaik kerana dalam hidup berkarier, itulah yang paling sukar dilakukan tetapi saya sudah buktikan, maka anda juga boleh. Saya akan terus membimbing GEMPAK™ kerana keseronokan saya sebagai kipas-susah-mati di tahun 2010 baru sahaja bermula. Yok mara!

Tuesday, January 26, 2010

BERKONGSI PENGALAMAN KARIER BERSAMA SRI NOBEL

Menjejak tahun 2010, Ayour akan cuba memenuhi setiap undangan berbentuk akademik terutamanya dalam memberi pendedahan tentang karier di dalam Industri Komik Malaysia. Hari ini dijemput memberi ceramah & demonstrasi karier bagi Program Minggu Kerjaya di Sekolah Sri Nobel, Kelana Jaya menjadi pembuka tirai kepada nawaitu tersebut.

Dengan tugas mengemaskini sistem pengurusan bahagian penyuntingan GEMPAK STARZ™ (bahagian Bahasa Melayu) agar lebih teratur, menyiapkan novel ringan terbaru (Jangan Tutup Lampuoooo: Jumaat 13), komik² baru (kena menabung balik!) & urusan pindah rumah, semuanya dalam Januari 2010, memang tak menang tangan dibuatnya. Maklumlah, diuruskan sendiri (dah menjadi tabiat yang dididik sejak kecil, tak suka menyusahkan orang lain kecuali diorang menawarkan bantuan ikhlas). Namun itulah yang terbaik untuk diri ini agar setiap hari lebih terisi dengan aktiviti berfaedah setelah lebih 4 bulan muhabasah diri setelah ketiadaan bonda tercinta.

Trimas atas kepercayaan GEMPAK STARZ™ & Art Square Group kepada diri ini untuk terus mewakili diorang dalam jemputan² sebegini. Kepercayaan yang diberi tak mungkin Ayour persiakan kerana ia melibatkan ramai pihak & bahagian dalam penerbitan. Justeru, pengalaman berkongsi karier dengan lebih 100 pelajar Sekolah Sri Nobel, Alhamdulillah... berakhir positif. Trimas gak kepada pengetua serta kakitangan sekolah tersebut yang senang dengan penyampaian Ayour. Hanya mampu lakukan yang terbaik & jika ada sebarang kekurangan harap dimaafkan.

Kepada adik² Sekolah Sri Nobel yang berharap Ayour dapat berbicara secara peribadi dengan diorang namun disebabkan kesuntukan masa, harap maaf & jangan kecil hati sebab kita masih boleh berhubung di sini serta di laman² online networking yang sedia ada. I know you're there! ^_^

Akhir sekali, gunakan sebaiknya risalah yang Ayour berikan tu sebab ia merupakan jurnal yang ditulis berdasarkan pemerhatian serta pengalaman sendiri sejak 9 tahun bergiat dalam Industri Komik Malaysia.

Biarpun tak mengharap pencapaian diri dalam industri ini sampai ke tahap sekarang, glamor bukan yang diharapkan sebaliknya apa yang Ayour kongsi bersama korang adalah ikhlas dari hati. Selagi pengetahuan, pengalaman & kepakaran diri ini masih diperlukan, Ayour akan cuba sebaik mungkin memenuhinya. Namun Ayour juga manusia biasa & tak semua perkara Ayour dapat penuhi. Ada masanya I need to find myself again & again... meanwhile, you've got to find your own path of success & achievement for I'll always be ready to be replace... or can I be replace? Haha... insya-Allah NOTHING IS IMPOSSIBLE, remember that!

All the best for those I've touched...
Fakhrul Anour (Ayour)

Thursday, January 14, 2010

MY AVATAR...

Living in a society with racism chaos, hidden agendas, back-stabbers & hardly know who's behind who, still your heart can't betray yourself by staying true to your belief of anti-racist... I wish Pandora does exist, I wish I can transfer my soul into my own Avatar & be apart of Na'vi. I wish my name is RU'ONA LURH'KAF where no race in the world find that name tempting, not even Russian... because that's the name of an anti-racist.

Wednesday, January 6, 2010

2010... MENITI KEHILANGAN


Pancaroba hidup sukar untuk kita nilaikan, namun yang pasti diri ini sudah kehilangan segalanya. Cuma yang tinggal hanyalah sebuah harapan. Harapan yang dengan mudah untuk dimusnah, hanya dengan kata-kata menghina. Sedangkan jika dulu aku dihina, aku tetap gagah kerana masih sedar dicintai sepenuh jiwa...

Mungkin ada harapan untuk aku terus ke hadapan, itu sudah pasti. Tetapi jejak semalam bagaikan sudah tidak berbekas lagi. Insan yang menjadi harapan kepada setiap kejayaan ini mungkin akan hanya tinggal harapan. Harapan untuk lupus...


Semangat mulai pudar, apatah lagi semangat untuk cinta. Bila hilangnya semangat dan cinta maka kelupusan mengikis diri. Ingin digagahi seperti selalu tetapi nyata kekuatanku dimamah rasa kesunyian...

Aku kelihatan ditertawakan oleh mereka yang pernah menyorak kejayaanku. Namun ada juga yang sudi memujukku, menyuntik rasa semangat dan mengajakku terus melangkah. Mereka bilang aku sudah berjaya, sudah mendahului dan dikagumi. Cuba untukku percaya dan terus mencuba...

Nantilah teman-teman, jangan dikhuatiri siapa diri ini. Anggap sahajalah aku sedang koma yang mampu terus bernafas dan melakukan apa yang perlu kulakukan di sini. Selagi baktiku dan kerjaku kekal sempurna, usah dibimbangkan apa yang kosong di hatiku. Mindaku masih berharga dan lancar berkarya...

Jikalah aku tidak lagi kau lihat, teruskanlah jalanmu sejujurnya kerana aku hanyalah cebisan pengertianmu yang sia-sia. Namun jika kau lihatku bangkit semula, aku pasti jalanku terus jujur untukmu semua yang menghargai. Kerana ketidakjujuranku hanya bayangan mereka yang tidak mampu menerima apa yang tidak daya kuberi...

Terima Kasih kepada yang telah memberi saat-saat emas dalam hidup ini. Sekiranya benar sudah tertutup pintu gemilang buatku, saat untuk aku kembali mencari arah baru ke pintu sedia terbuka. Kali ini biarlah terbuka ke jalan sana yang menyudahkan asaku...

Jika kau temanku maka marilah yakin bersamaku. Selagi ada sedikit cebisan harapan di diri ini, biar berat hati merobek, setitis peluh pun takkan kupersiakan. Kerana aku bernama manusia yang pernah dilahirkan, dicintai dan didewasakan oleh seorang insan yang mengajarku erti cinta tunggal...

Yang perlu hari ini, esok, lusa dan akan datang adalah untuk terus hidup. Biar wajahku tampak kosong, tetapi Dia Maha Penyayang dan aku tidak mengharapkan apa-apa selain kasihan daripada-Nya...

Benarlah bibit akhir sajak ibuku,
Tunggu dan lihat...

JENNIFER'S BODY