"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Thursday, October 15, 2009

'PENTAS REALITI: ASPIRASI SENI' SIAP!

Yea! Yang dinantikan sudah tiba. Akhirnya saya & team GEMPAK STARZ™ berjaya menyiapkan novel ringan terbaru saya selepas 'Kaoru's Cake House'. Nantikannya di pasaran November 2009 dengan harga RM7.50. Ikuti gak interviu eksklusif saya bersama majalah GEMPAK™ 239 (1hb. November 2009). Saya harap karya terbaru ini akan memberi lebih peluang untuk saya terus maju di dalam industri ini, Industri Komik Malaysia yang semakin meningkat naik. Trimas kepada semua yang telah menyokong saya sekian lama. Orait!

Novel ringan kali ni saya bawakan dengan kelainan tersendiri. Ia bukan sekadar bacaan novel biasa kerana turut menyelitkan babak² komik sebagai garapan cerpen² PENTAS REALITI saya yang pernah tersiar di dalam majalah GEMPAK™ sekitar tahun 2000-2001. Malah saya gak menghasilkan ilustrasi² terbaru eksklusif untuk tatapan pembaca. Yang lama diberikan nafas baru... semoga ada menyenanginya.