"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Friday, September 25, 2009

SALAM AIDILFITRI, SALAM LEBARAN

السلام عليكم


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Sejahtera
kepada semua teman bloggers saya, para peminat & sesiapa sahaja yang mengikuti laman blog ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sempena bulan Syawal 1430 yang mulia. Ampunkan salah silap saya samada yang sengaja mahupun yang tidak disengajakan.

9 tahun mengabdikan diri di dalam Industri Komik Malaysia banyak membentuk peribadi saya, yang baik dijadikan tauladan manakala yang jahat dijadikan sempadan. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Namun saya tidak pernah melupakan insan-insan yang banyak mengajar saya erti hidup, membekalkan saya ilmu-ilmu berfaedah bekalan dunia akhirat dan insan paling agung semestinya arwah ibu saya,
Allahyarhamha Sa'adah binti Hj. Fadhil yang pulang kepada Maha Pencipta pada 29hb. Ogos 2009 (8hb. Ramadhan 1430). Sebagai anak tunggal kepada Allahyarhamha, banyak pengalaman hidup saya timba dengan berikhtiar sendiri namun Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan Insya-Allah berkat doa seorang ibu untuk anaknya. Al-Fatihah kepada bonda tercinta...

Aidilfitri tahun ini membuka lebaran baru buat saya dan memberi rahmat tersendiri tanpa keluarga paling rapat dalam hidup saya. Sejak tahun 2004, hanya dengan arwah saya meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur dan rakan-rakan yang tidak dapat pulang beraya kerana tugas. Syawal pertama atau kedua kami akan mengunjungi suami tercintanya yakni bapa saya di Bukit Jelutong. Namun menjelmanya Syawal kali ini, tiada lagi suaranya membangkitkan saya awal Subuh untuk terus sembahyang Aidilfitri apatah lagi juadah ketupat, rendang dan sambal kacang kegemaran hidangan beliau. Tidak saya sesali kerana redha saya dengan ketentuan Allah s.w.t.

Alhamdulillah, saya mulai merasakan kematangan saya di Aidilfitri ini dan Insya-Allah ia akan mendewasakan lagi saya justeru menjadikan saya lebih berusaha dalam bidang kerjaya yang saya cintai. Apatah lagi untuk tidak terus lalai bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan diri yang bimbang memusnahkan masa depan saya. Ingatkan saya jika terlupa.

Mungkin ada diantara kita belum pernah bersua tapi sudah mampu menyentuh hati masing-masing melalui perkongsian bakat dan ilham seni. Marilah kita bersyukur kepada Maha Pencipta dengan penuh rasa tawadhuk dan syumul dengan anugerah-Nya. Sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama, keceriaan Syawal turut saya raikan bersama anda semua dalam 1Malaysia.


Bakat saya bakat anda juga
Ilham saya ilham anda semua
Sifat saya renungan kita bersama
Jasa anda budi saya selamanya
Cinta kita anugerah Ilahi sesungguhnya

Yang Ikhlas
FAKHRUL ANOUR (AYOUR)

2 comments:

Mohamad Hj Yawmon said...

omg! sedihnya post ni. btw, tabahkan hati kay? doakan yang terbaik untuk dia n kitalah asset yang dia ada untuk bantu dia kat sana!

Fakhrul Anour said...

Trimas May... sorry lambat balas. Don't worry, I'm ok already... much wiser & louder. Haha!