"It's only through writing that I've ever been able to suppress life's personal disappointments. When I can't write I feel anxious and out of sorts and am easily riled, though I'm usually able to control my emotions..."
- Pramoedya Ananta Toer (The Mute's Soliloquy: A Memoir)
["Hanya dengan menulis aku mampu menekan segala kekecewaan peribadi hidup. Bila aku tidak menulis, aku merasa cemas & tidak keruan serta mudah gusar, walau selalunya aku bisa mengawal emosiku..."]

Tuesday, November 30, 2010

ACT AWARE: 1hb, Disember 2010 (Hari Aids Sedunia)


Di Malaysia, Hari Aids Sedunia majoritinya lebih dilihat sebagai kempen kesedaran bagi menakut-nakutkan rakyat bahayanya seks rambang, seks di luar tabii atau segala jenis seks yang melampaui normal hukum di Malaysia samada hukum kanun kerajaan atau hukum agama rasminya. Namun hari ini cukupkah sekadar memberi kesedaran tersebut sedangkan wabak tersebut juga boleh berlaku tanpa terjadinya perlakuan-perlakuan sedemikian?

Perlakuan seks bebas memang salah satu faktor penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahayanya terjadi Aids, tetapi ia tidak akan berjaya membuatkan masyarakat prihatin dan simpati kepada pembawa HIV yang sangat memerlukan kerjasama masyarakat untuk tidak mengasingkan mereka.

Ingat! Lebih tertekan hidup pembawa HIV, lebih cepat terjadinya Aids dan jika hampir keseluruhan 33.4 juta pembawa HIV seluruh dunia disahkan menghidap Aids dalam waktu yang sama. Ini memberi kemungkinan besar faktor berjangkit menjadi lebih tinggi daripada biasa kerana wabaknya lebih senang terdedah.

Malah lebih buruk jika kos perubatan di dunia amnya tidak mampu menampung kes HIV yang baru, ini sekaligus memberi 2 kali beban bagi misi pemantauan kesihatan. Impak lebih teruk ialah kita mungkin akan melihat wabak ini meningkat berkali ganda dalam setahun. Akhirnya kempen kesedaran bahayanya perlakuan seks bebas bukan lagi punca terjadinya Aids, sebaliknya sikap masyarakat yang tidak prihatin kepada betapa pentingnya penerimaan kita kepada mangsa Aids.

Maka adalah penting juga keprihatinan masyarakat memberi sokongan insentif bagi memastikan para pembawa HIV yang berada di sekeliling anda hidup tenang dan mengikuti proses terapi perubatan yang selesa bagi menjalani kehidupan seperti biasa.

Segala pertuduhan keji masyarakat dan sikat anti majoriti rakyat di negara ini kepada mangsa Aids sekaligus turut memberi impak negatif kepada pembawa HIV dari golongan kanak-kanak dan awal remaja. Malah situasi ini telah sekaligus menambah persepsi tradisional masyarakat kita yang turut menjatuhkan hukuman 'anak haram' terhadap mereka. Wajarkah?

Tahukah anda bahawa kanak-kanak HIV majoritinya tidak lahir daripada perkongsian seks luar nikah? Malah tahukah anda majoriti anak haram yang dilahirkan daripada perkongsian seks luar nikah tidak dijangkiti HIV. Juga ibu atau bapa yang menghidap HIV mampu melahirkan anak tanpa jangkitan HIV. Justeru apakah kesudahannya bagi menyokong persepsi masyarakat bahawa anak haram mahupun anak pembawa HIV sebagai yang terhina? Bagi saya, apapun kemungkinan punca, tidak seharusnya kanak-kanak sebegini dijatuhkan hukuman sedemikian. Kerana mereka baru lahir ke dunia ini dan ditakdirkan lahir dalam keadaan sedemikian. Ia sepatutnya bukan satu penghinaan tetapi kesedaran buat kita untuk memikirkan yang terbaik bagi mereka selagi hidup.



Rumah Solehah yang menempatkan kanak-kanak dan remaja pembawa HIV beragama Islam banyak memberi kesedaran kepada saya bahawa mereka ini lebih istimewa berbanding kebanyakan kanak-kanak atau remaja normal tanpa HIV. Mengetahui diri seolah-olah bom jangka yang hanya boleh dikawal oleh disiplin diri menjadikan mereka sangat prihatin di usia paling muda... justeru mengapa tidak kita kepada mereka?

"It's time to understand how to survive the HIV patients by not only surviving yourself to fear them. In this world, everything happens for a reason, without proper understanding, what you know maybe in the end will make you look like a fool & end up seeing your next generation acting more wiser than yourself by kissing a baby diagnosed with HIV... while you, kiss yourself goodbye with Aids. How it happened when you definitely anti-homosexual & drug free? If U ask me, I'll say because U never take effort to learn. Want to know a better answer? U can ask the monkey... so ACT AWARE!"


Rekod Pembawa HIV di seluruh dunia:

33.4 juta
31.3 juta dewasa
15.7 juta wanita
2.1 juta kanak-kanak di bawah umur 15 tahun

No comments: