Beberapa hari sebelum konvokesyen (pada 11hb. Oktober 2014) bagi menerima Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) di Universiti Islam Antarabangsa, kala sendirian sebelum melelapkan mata untuk melewati malam, hati dipanah sendu dengan bercucuran tangisan teringatkan arwah emak. Payah untuk melepaskan perasaan itu kerana beliaulah yang banyak mendorong diri ini untuk berjaya dalam akademik selain mengejar cita-cita kerjaya sebagai artis komik.
"Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi"
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi"
— Usman Awang (Ke Makam Bonda)
Sangat mengerti anak tunggal emak ini banyak ragamnya semenjak kecil. Degil usahlah cerita, apatah lagi dakyah sumbangsihku demi menggapai impian sendiri sebagai seorang karyawan di tinta melukis dan menulis. Namun ketika buku pertamaku terbit di pasaran, emak bangganya seolah satu kampung bergendang walau faham aku tidaklah gemar dirai-raikan.
"Kita sudah sampai di lereng amat indah,
di bawah pelangi...
dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh.
yang jauh.
Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian."
— A. Samad Said (Hidup Bersama)
Sedari kecil hanya hidup berdua dengan emak di bawah satu bumbung, siang
malam sudah mengenal hati budi masing-masing, saat berpisah jauh pun
hanya berdua saling mengerti keberadaan, bukan harapan orang lain
menjadi ikutan tetapi kefahaman di dua hati kami anak-beranak. Emak pergi tidak menyebut sebarang harapan yang besar kecuali aku mampu berdikari tanpa dirinya di sisi, jauh tertekan dari pengaruh mahupun bidikan resam kasihnya saudara-mara apatah lagi tekanan sayangnya rakan-taulan. Adakalanya emak tersandung di pengaruh orang lain demi menjaga anak tunggalnya ini dari teraniaya paksaan saat ketiadaannya nanti. Bagaimana pun emak juga sedar betapa anakmu ini degilnya mengalahkan sekeras berlian yang payah untuk dibentukkan. Maka apapun keputusan, diri ini tetap dengan pendiriannya sendiri walau jatuh di lubuk paling dalam, apapun keburukannya di permukaan... tetap kepada Ilahi berserah segala matlamat.
"Kebenaran yang agung ada pada kita
Panas dan dingin, duka cita dan penderitaan,
Ketakutan dan kelemahan dari kekayaan dan raga
Bersama, supaya kepingan kita yang paling dalam
Menjadi nyata."
Panas dan dingin, duka cita dan penderitaan,
Ketakutan dan kelemahan dari kekayaan dan raga
Bersama, supaya kepingan kita yang paling dalam
Menjadi nyata."
— Jalaluddin Rumi (Kesedaran)
Terima kasih buat arwah emak yang sedari kecil sudah memaksa diri ini agar menghargai ilmu, walau menghentak-hentak bumi meraung malas ke sekolah. Bangkit subuh seliat kungkang hingga emak dari pujukan sayang terpaksa menjerit bak halilintar. Walau sarapan tidak sedap namun berkhasiat; dipaksa telan telur setengah masak, Scott Emulsion, Bovril dan Vykamin. Sesekali dapatlah nasi lemak jiran sebagai ganjaran bila hilang menghindari hidangan untuk kesihatan. Soal kecantikan luar dan dalam usahlah cerita, disuap ulam-ulaman menakut-nakutkan walau setakat pegaga dan jering yang kelat, hanya rebus pucuk ubi dirasakan sedap. Oh, tidak boleh lupa! Terlewat bas sekolah segera dikejar dengan motor, tertinggal bekal gigih dihambat ke sekolah, tercicir wang saku diri ditempelak geram dek cuai, kenalah bersabar. Bersungguh betul emak mengharapkan masa depan anak tunggalnya ini ke menara gading. Sampai dihantar ke asrama, diri meraung minta dibawa pulang tetap ditinggalkan tanpa seraut pun wajah kasihan.
"Tuah si rajin bak pelampung
jatuh ke laut tetap timbul
bukan nasib batu jatuh terus kaku.
Diam si rajin diam berisi
bukan diam si lurus bendul
menang sorak kampung tergadai."
jatuh ke laut tetap timbul
bukan nasib batu jatuh terus kaku.
Diam si rajin diam berisi
bukan diam si lurus bendul
menang sorak kampung tergadai."
— Khadijah Hashim (Hikayat Si Rajin)
Seingat diri ketika bayi tidak pernahlah bersusu botol atau berputing bagai, ke sekolah pun pernahlah sekali merasa KFC itupun di belanja seorang kawan. Di rumah pun makan tidaklah mengharap yang mewah-mewah, setakat sambal tumis, sambal ikan bilis atau sambal telur pun sudah cukup memuaskan diri yang kuat makan. Bermain pun banyak suka sendirian, panjat sana sini, terjun itu ini dan hilang ke hutan sampai emak bimbang berpanjangan. Kerja sekolah dipaksa baru buat, masuk asrama rajinnya semacam tidak berkenan. Tengok orang lain lebih buat tidak hairan, tetapi kalau sudah bosan sertai sahaja ikut sedap badan. Emak runsing memikirkan anak yang tidak hairan dicabar, tetapi menyimpan impian orang lain pun tidak pernah buat. Masuk bertanding pun pura-pura bangga demi kumpulan, walhal hati ke lain yang diimpikan. Inilah anakmu, wahai emak yang ku rindui.
"Bunga akan nampak indah
Ketika musim bunga bermula
Mencium pucuk-pucuk kecilnya
Namun kasih akan sentiasa
Nampak indah dari bunga
Kerana ia terus tumbuh
Ketika musim bunga bermula
Mencium pucuk-pucuk kecilnya
Namun kasih akan sentiasa
Nampak indah dari bunga
Kerana ia terus tumbuh
tanpa bantuan musim."
— Khalil Gibran (Musim Bunga)
Anak tunggalmu ini akan sentiasa mendoakan agar emak senantiasa tenang di sana. Dijauhkan dari seksa kubur dan ditempatkan di syurga Ilahi yang terbaik. Buruk atau baiknya perbuatan anakmu ini, yang lalu dan manakan tahu yang akan datang, kesadaranku dan hatiku tetap ikhlas memohan agar keberkatan diberikan buat kita yang pernah bersama dan akan terus bersama dalam iman. Anakmu kini sedar bahawa hidup di dunia ini akan tidak pernah terlepas dari masalah apatah lagi cabaran, dan apa yang penting adalah cara kita menyelesaikan dan menanganinya. Emak tahu anaknya ini ada panas baran apatah lagi bila jalan impian ditegur dengan cakap yang bukan-bukan. Tetapi kini sudah sedar tidak semua manusia mampu faham, ada yang pandai tapi bodoh memaham malah yang bodoh itu mungkin lebih bijak melaksanakan kehidupan. Dan sabar adalah jalan terhebat dalam menghadapi segala kekalutan.
"Hai sekalian kita yang kurang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang
Amati-amati membuang diri
menjadi dagang segenap diri
baik-baik engkau fikiri
supaya dapat emas sendiri"
menjadi dagang segenap diri
baik-baik engkau fikiri
supaya dapat emas sendiri"
— Hamzah Fansuri (Petikan Syair Dagang)
Emak kembali ke rahmatullah setelah melengkapi anak tunggalnya menghadapi kehidupan ini sendirian. Mungkin sebelum pergi, beliau bimbang di hati tidak keruan. Namun di nafas terakhir itu, percayalah emak... walau banyak masalah diri yang perlu diperbetulkan, anak tunggalmu ini tidak akan pernah kalah meneruskan impian, dalam kerjaya dan juga akademik.
"Anakku
maafkanlah ibu
meninggalkamu setiap pagi
melepaskan pelukanmu
ketika kau ingin bermanja
maafkanlah ibu
meninggalkamu setiap pagi
melepaskan pelukanmu
ketika kau ingin bermanja
di meja ini mengadap kertas-kertas
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup
Sekecil itu aku sudah meminta pengertianmu
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup."
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup."
— Zurinah Hassan (Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja)
Terima kasih atas didikanmu yang begitu mementingkan ilmu. Ia benar-benar menguntungkan jiwaku dalam menghadapi segala dugaan. Walau dalam sepanjang membesarkanku banyak waktu emak terpaksa meninggalkanku demi menyara kehidupan kita, tetapi itulah yang menjadikanku lebih tabah persis tabahnya emak mendewasakanku. Jasamu tidak akan ku lupa sampai ke mati. Sayang emak...
4 comments:
congratz your dpt master da..nti ajar apis smpi dpt master pulak..ajar kaw2 ye hehehe
Maaf Naza... lambat dapat check comment. Dah bg kaw2 dah aritu. Hehe! Selamat Tahun Baru 2015 ^_^
Pak Nour, still remember me? Nabielah, anak kak Nuri. (Jumpa kat PBAKL haritu)
Sangat terinspirasi bila baca entri entri pak nour. Still ingat lagi, waktu kecik kecik dulu, pak nour selalu ajar melukis. Kenangan zaman kecik yang biela tak akan lupa sampai bila bila. Terutamanya rumah tok busu saadah yang selalu jadi tempat main kami waktu kecik berserta kenangan bersama arwah tok ayah.
All the best Pak Nour! Congratulation on ur convocation (walau lambat wish!)
Moga Arwah Tok Busu Saadah dicucuri rahmah dan ditempatkan bersama org yang beriman :)
Of course ingat Nabielah... ^_^... terima kasih anak saudaraku. Sebenarnya jujur Pak Your tak ingat byk sgt kenangan sbb pada tahun 1997 Pak Your eksiden kepala, amnesia. Syukur Biela tolong ingatkan, sbb ada yang boleh recall & ada yang langsung tak dapat nak recall. Terima kasih Biela... aamiin... Al-Fatihah buat Allahyarhamha Sa'adah bte Hj Fadhil, tok busu awak... the one & only.
Post a Comment